21 November 2018

Lazada | 11.11 Shopping Festival - Unboxing Time!

hai korang! :)
berjaya mengharungi 11.11 dengan tenang? haha! 

banyak ke korang shopping aritu?
betul kan 11.11 Lazada Shopping Festival menawarkan banyak tawaran yang lumayan dan menarik?
memang tertarik uols! :) 

apa mamaZN beli time sale 11.11 aritu?
mamaZN memang tertunggu-tunggu sale ni
semata-mata sebab nak beli diapers huhu! 
kenapa? 
sebab memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan 
boleh tengok gambar yang mamaZN lampirkan 
perhatikan harga sebenar dan harga total yang perlu dibayar 
menarik bukan? :) 




kalau ikutkan memang banyakkkkkk barangan yang berada dalam wishlist
tapi kita dulukan barangan keperluan
bak kata zakwan, 
'tu bukan keperluan mama, tu kehendak'
okeh, baik zakwan... 

tau je lazada ada buat sale,
memang mamaZN pakat-pakat dengan adik beradik, kawan-kawan dan jiran tetangga, ajak dorang shopping diapers sama, haha!
beberapa hari sebelum sale, memang bz la dengan grup wassap, kahkah! 

niat di hati nak membantu
sama-sama merasa barang murah dan berbaloi
kalau kita mudahkan urusan orang, in shaa Allah, nanti-nanti Allah mudahkan urusan kita pulak, kan? 



berkotak-kotak jugak la berjaya mamaZN shopping tepat jam 12 malam 11.11 tu
alhamdulillah berjaya dapat harga yang saaaaaaangat di luar jangkaan
guna voucher diskaun, ada free shipping, boleh cash on delivery
apa je yang korang tak puas hati?
semua pun lazada ada sediakan
memang terbaikkkkk


bila time sale ni, 1 je risiko yang kena hadapi dengan tenang dan sabar
apa dia? hehe
bab delivery barang la, apa lagi...
tau-tau je la time sale hebat ni
bab penghantaran memang menjadi isu utama
lambat la, barang rosak la, etc. 

tapi bagi mamaZN, alhamdulillah...
servis penghantaran lazada memang terbaikkk!
sangat di luar jangkaan dari ramalan mamaZN
order hari ni, esok dah ada bungkusan yang sampai! biar betul! yaaa percaya la.. memang betul 

alhamdulillah semua barang mamaZN dah selamat diterima dalam tempoh penghantaran yang diberikan
salute kat lazada! 

01 November 2018

Lazada | 11.11 Shopping Festival!

assalamualaikum & hai! ๐Ÿ˜Š 


ada yang ternanti-nantikan festival membeli-belah terbesar dari LAZADA? 
ya! kini ia kembali lagi dengan tawaran yang lebih lumayan dan hebat! 


untuk pengetahuan semua, Festival Membeli-Belah LAZADA akan diadakan hanya SEHARI pada 11/11/2018
jangan lupa tandakan tarikh ini di kalendar anda ๐Ÿ˜Š 



banyak tawaran yang menarik yang LAZADA sediakan dan antaranya ialah harga barangan serendah RM1, diskaun barangan mencecah 90% dan voucher terkumpul berjumlah hampir RM11,000,000.00
hebat bukan? jadi, jangan lepaskan peluang anda! 

*

uols pun mesti macam mamaZN kan? ;) 

• plan dulu nak beli apa
untuk mengelakkan lebihan belanja, haha! almaklum, mamaZN ni pantang dapat online shopping. sekali diberi peluang, memang digunakan sehabis baik ๐Ÿ˜Ž 


• survey harga barang 
lain seller, lain harganya. better bandingkan harga dan pilih yang bersesuaian dengan bajet. kadangkala ada seller tetapkan harga untuk caj penghantaran dan ada juga yang free delivery. jadi, buatlah pilihan yang bijak 


• yang ni paling suka - standby siap-siap 'add to cart
supaya senang di hari kemudian. tak perlu lagi untuk survey seller dan harga lagi. 
sangat berguna di saat-saat tibanya festival membeli belah terhebat di LAZADA 





apa agaknya yang dah ada dalam 'cart/trolley' mamaZN? let's check it out ๐Ÿค— 

1) setiap kali LAZADA adakan sale, mamaZN memang akan simpan bajet untuk beli lampin pakai buang anak-anak. sangat berbaloi beli semasa sale kerana harganya jauh lebih murah daripada biasa 





pilihan mamaZN tentulah jenama PETPET. jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. review dan rating yang sangat baik dari ratusan pelanggan membuatkan mamaZN tidak teragak-agak untuk memilihnya. lebih meyakinkan apabila belian dibuat di LazzMall-Petpet

di samping itu tawaran yang disediakan jugak sangat pelbagai dan membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih bijak mengikut bajet yang diperuntukkan. 

ada belian combo, belian extra savers, caj delivery juga tidak mahal dan kadangkala ianya percuma! serta tawaran pulangan semula dalam masa 15 hari. sangat menguntungkan! 

shopping masa sale LAZADA yang lepas :)


2) barangan yang kedua yang telah sedia ada di dalam 'cart/trolley' adalah dapur gas.
pandai... masa nak dekat sale ni la, dia nak rosak ๐Ÿ˜… dan belian semasa sale akan lebih menjimatkan.



mamaZN memilih jenama dan jenis sepertimana yang tertera di gambar adalah kerana juga disebabkan rating dan review yang bagus dari pelanggan. di samping itu, penjual juga ada menyediakan waranti selama setahun. 






3) barangan yang ketiga adalah lebih kepada self-reward. membeli beg tangan  CARLO RINO sebagai penghargaan kepada diri sendiri. 




belian di LAZADA lebih memudahkan dan menjimatkan dari segi masa, kos dan juga tenaga. bayangkan mamaZN shopping di mall dengan kerenah 4 orang anak yang macam-macam? tak sangguppppp...! ๐Ÿ˜… 

biarlah, mamaZN shopping di LAZADA sahaja. hati pun tenang, lebih rileks, banyak masa untuk membuat pilihan dan badan pun tak penat. tau-tau, barang dah sampai di depan rumah. 

tak berkenan? ia boleh dipulangkan dalam masa 15 hari (mengikut terma dan syarat). 


jadi, tiada alasan lagi untuk tidak shopping di LAZADA! gedung belian terbesar dengan tawaran hebat, memudahkan dan menjimatkan ๐Ÿ˜Š 



ingat 11 NOVEMBER 2018 , ingat Shopping Festival di LAZADA

25 September 2018

Lazada | Shopathon Blogger Contest 2 | Super Shopathon Sale!


assalamualaikum. ketemu lagi kita :D 

kali ni nak share berita thorrrbaek! khas buat sesiapa yang terlepas sale di Lazada 9/9 haritu. jangan bermuram durja. kerana kalian masih berpeluang untuk shopping dengan harga yang rendah dan menjimatkan! 

untuk pengetahuan semua, Lazada akan mengadakan Super Shopathon Sale tak lama lagi! 
bila? bermula 27/9 ini. weeeeehuuuuu! 
cepat-cepat terjah, pilih-pilih dulu barang apa yang diidamkan. add to cart. bila tiba tarikhnya nanti tinggal buat payment je, hihihi... 
bijak kan? :) 





terdapat banyak brand store yang dah berkolaborasi dengan Lazada. lagi senang nak shopping lepas ni. hanya di hujung jari saja. contoh brand store yang ada adalah samsung, phillips, anakku, genki, dan sebagainya 

kalau nak tau apa brand store pilihan kalian yang ada, just klik LazzMall di apps atau website Lazada. macam-macam ada..! 

apa pilihan mamaZN? 3 pilihan kegemaran saya adalah yang memang banyak membantu selama ini 

1) Petpet 
jenama lampin pakai buang yang tak perlu diperkenalkan lagi. memang banyak jenama lain. tapi anak-anak dah serasi dengan yang ni. tu sebab malas tukar-tukar dah :) 
lagipun, Petpet banyak menawarkan promosi terbaik yang memang menjimatkan! contohnya belian kombo, penjimatan dengan menggunakan voucher dan lain-lain 






2) Tesco 
ya! ini adalah jenama hypermarket terkenal. tak perlu lagi bersesak di mall, beratur panjang semasa membuat pembayaran dan lebih menjimatkan masa. hanya klik groceries yang diingini, buat bayaran dan tunggu delivery :) semudah A-B-C kan? 





3) Phillips 
pelbagai barangan elektrik rumah yang ditawarkan dengan harga yang sangat menjimatkan. betul ke jimat? ya, guna la voucher yang disediakan, pasti pembelian anda dirasakan sangat berbaloi :) 






•tak perlu risau dengan barangan yang dijual oleh brand store yang terpilih ini kerana barangannya dijamin authentic
•jika tidak puas hati atau ada apa-apa masalah lain, barang boleh dipulangkan dalam masa 15 hari
•tak perlu tunggu lama! kerana delivery dibuat dalam masa 24jam selepas pembelian berjaya 

menarik kan? apa tunggu lagi.. terjah apps / website Lazada sekarang. pilih barangan yang diimpikan selama ini. buatlah perbandingan dan pilihan yang bijak. semuanya di tangan anda :) yang pasti, Lazada adalah lubuk belian onlian yang sangat efektif! 

tak sabar menantikan tarikh 27/9 ini kerana Super Shopathon Sale akan menggegarkan dunia online shopping sekali lagi, yeayyy! =D

02 September 2018

Lazada | Shopathon Blogger Contest 2018


hai korang! :D
just timbul sekejap sebab nak join contest, hihihi...

bismillahirrahmanirrahim
saya memang pembeli online yang tegar.
dari baju-bajan, barang dapur sampai ke barangan elektrik seperti mesin basuh pun beli secara online. betapa tegar nya la kan mamaZN ni? haha! dan sudah tentu lazada menjadi sumber pencarian online saya :) 
membeli boleh, tapi jangan sampai lupa dengan keadaan 'poket'. takut tak sedar, tuptup dah kosong :)

lazada bakal mengadakan 9.9 festival sale tak lama lagi. memang berita baik buat pembeli online (macam saya), kan?
saat-saat yang sangat dinantikan bila lazada membuat pengumuman tersebut kerana pembelian yang dilakukan pasti berbaloi! :)

di lazada, ada beberapa barang yang menjadi wishlist saya. antaranya ialah:

(1) Seterika 'Tefal Steam Generator'
pembantu yang sangat berguna buat seorang mama di rumah. dengan pertambahan anak, makanya sudah pasti kuantiti baju sekolah yang wajib digosok juga akan bertambah. bukan itu sahaja, setiap kali hari raya, kerja menggosok baju akan menjadi berganda-ganda dari biasa. jika seorang mempunyai 3 pasang baju raya, cuba bayangkan jika ahli keluarga 6 orang? bertabah la...! itu lah sebabnya kenapa saya sangat memerlukan 'bibik' yang 1 ini. dengan adanya dia, moga dapat membantu memudahkan kerja-kerja menggosok saya :)

(2) L-Shape 3 Seater Sofa
sangat menjadi idaman. memandangkan sofa yang sedia ada sudah menampakkan kelusuhan. faham-faham sahaja lah bila ada anak-anak kecil yang sel-sel otaknya sedang ligat berhubung. habis sofa dilenjan sebagai trampolin! dah lama bersabar untuk menukar sofa baru. tapi tabung ayam tak penuh-penuh lagi ni!

(3) Massage Recliner Sofa Chair
ini lebih kepada kehendak berbanding keperluan, haha! tapi berangan itu percuma kan? saya selalu berangan, alangkah bagusnya ada sofa urut ini. boleh la juga melegakan badan yang 24 jam bekerja tanpa henti dengan rutin harian. hadiah untuk papaZN juga kerana sentiasa bekerja keras mencari rezeki buat kami sekeluarga. sekali sekala memanjakan diri dengan barangan kehendak, apa salahnya kan? tapi itu lah, seringkali hajat terbantut lepas melihat harganya... terus menjadi anganan yang tak sudah 



itulah 3 barangan yang sentiasa menjadi wishlist saya di lazada. diharapkan wishlist ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. doakan juga ya! :D






jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di 9.9 festival sale lazada tak lama lagi. pasti berbaloi, menjimatkan dan meninggalkan kenangan yang takkan kalian lupakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...