07 Disember 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Kembali lagi setelah sekian lama menyepi =P 
Takpe, tu citer lain nanti-nanti 
Ada yang paling penting untuk dikongsikan sekarang 
Apa dia? 
Yezzaaa... JUALAN LAZADA ONLINE REVOLUTION kembali! 
Sangat lah berhantu sale LAZADA ni. Sesiapa yang terlepas nak shopping pada 11/11/2017 aritu, tunggu 12/12/2017 ni nanti okehhh! :) 



a) 
Untuk pengetahuan kalian, produk yang pertamaaaaa sekali MamaZN beli melalui LAZADA adalah 2 utas jam tangan Casio kiriman daripada AtokZN, hahaha! Hebatkan AtokZN? Kirim beli jam secara online di LAZADA jek, hehehe... 

Tarikh pertama kali MamaZN shopping online di LAZADA adalah pada 17 Mei 2014. Perghhh, 3 tahun yang lepas! :D 

Pada mulanya agak gementar jugak nak beli barang mahal secara online. Apatah lagi kiriman orang lain dan bukan barang kita sendiri. Sedikit sebanyak mesti ada rasa bersalah kalau-kalau barang yang diterima tu nanti tidak menepati citarasa dan piawaian AtokZN. 
Bila barang sampai, Alhamdulillah ia dalam keadaan yang sangat baik. Barang yang diperolehi menepati citarasa dan berkualiti serta penghantaran adalah dalam tempoh yang telah dijanjikan. Sangat puas hati shopping di LAZADA :) 

Lepas daripada pembelian pertama, bermula la episod pembelian seterus-seterusnya secara online di LAZADA, haha!  



Bukti pembelian pertama kali di LAZADA ;)



b) 
MamaZN tak kesah apa barang sekalipun untuk dibeli secara online. Bak kata orang, berani buat, berani la tanggung, kan? Kikikiki... Yang pastinya, sebelum membuat sebarang pembelian, memang MamaZN akan baca segala review daripada pembeli-pembeli sebelum ini. Description dan juga details spesifikasi barang juga sangat-sangat perlu untuk diteliti sebelum membuat sebarang pembayaran. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan LAZADA, tiada sebarang pengalaman perit, seram, pahit yang MamaZN lalui :) 

Antara barang-barang yang MamaZN pernah beli secara online di LAZADA adalah binokular, teleskop, jam tangan, mesin basuh, vacuum cleaner, ampaian 3 tingkat, lampin pakai buang dan paling terbaru adalah beg sekolah untuk ZakwanNayli  :) 

Macam tak percaya je kan, mesin basuh pun beli di LAZADA?!! Hahahaha... yea, sebab nak murah, MamaZN beli di LAZADA :) 










Ini adalah sebahagian barang-barang yang MamaZN beli di LAZADA dan telah selamat diterima dengan baik. Good job LAZADA!! =D 



c) 
Pada pendapat MamaZN, online shopping ni sangatlah memberi banyak faedah daripada segala segi. Terutamanya melibatkan kos. Bila kita beli sendiri di kedai, sudah tentu kos untuk minyak, tol, belanja makan perlu dikira sama. Tetapi tidak dengan shopping secara online ni kerana kos penghantaran yang dikenakan kepada pembeli sangat lah munasabah dan berbaloi. Tunggu sahaja di rumah dan barang yang ditempah akan tiba di hadapan pintu rumah anda :) 

Begitu juga dengan penjimatan masa yang sangat ketara. Tempoh perjalanan dan kesesakan lalu lintas perlu diambil kira sekiranya kita hendak membeli sendiri di kedai. Sudah tentu waktu yang terluang adalah semasa hujung minggu. Masa yang suntuk dan pengunjung yang ramai kadangkala membuatkan kita terasa penat dan hilang mood untuk membeli belah. Dan kerana itulah, sesetengah barang, MamaZN lebih selesa untuk membeli secara online sahaja. Jimat masa, tenaga dan juga kos :) 



d) Dan kini, jualan LAZADA ONLINE REVOLUTION kembali lagi, yeay! Tibalah masa untuk MamaZN menyediakan senarai barang untuk dibeli nanti, haha! :) 

Antara barang-barang yang MamaZN rancang untuk beli nanti adalah lampin pakai buang dan juga sofabed , hihihihi.. Tu antaranya la ye.. Senarai lain akan menyusul nanti, haha! :P













Bagi MamaZN, sangat berbaloi untuk membeli lampin pakai buang secara online di LAZADA. Di samping harganya yang murah, kos penghantarannya pula adalah percuma :) Kena pandai buat kira-kira dan pilih mana yang terbaik :) Almaklum, bakal terima ahli baru tak lama lagi, hihihi... Kena la bijak berbelanja ;) 

Tak sabarnya untuk menanti tarikh 12/12/2017-14/12/2017 sebab tak sabar nak shopping online di LAZADA, yeay! 




Kesimpulannya, boleh untuk bershopping secara online, takde salahnya :) Tapi kena bijak. 
1. Pilih barang yang perlu dan bukan kerana kehendak hati 
2. Baca description dan spesifikasi barang dengan teliti
3. Baca review pembeli-pembeli sebelum ini yang pernah membuat pembelian untuk barang yang sama 
4. Kena banyak bersabar kerana kadangkala barang yang dibeli tempoh penghantarannya mengambil masa yang lama (mungkin dipos dari luar negara). Sekali lagi, baca description barang dengan teliti :) 
5. Ketahui hak anda sebagai pembeli dan pengguna. Salah satunya adalah, LAZADA menawarkan pemulangan barang dalam masa 30 hari, jadi gunakan hak anda sebaik-baiknya :) 
6. Pastikan anda tidak ketagih untuk bershopping online, haha! Sebab ianya sangat berhantu  =P 


Jangan lupa, save the date! :) 
11112017 ~ 14122017 

22 Mei 2017

ShortVacay-Port Dickson | Eagle Ranch Resort, PD - Yeay!

okeh sambung citer sebelum hilang ingatan, haha!
lepas dah lunch dekat PD Golf & Country Club
kami teruskan perjalanan ke destinasi utama

dah sebulan lebih Aunty Yaya book utk famili short vacation ni
makanya jom la kita...

akhirnya kami sampai ke Eagle Ranch Resort, PD
yeay! :D
slalu stay kat hotel yang selesa, tenang2
kali ni merasa budak-budak ni stay kat hotel biasa-biasa tapi best, haha
biasa-biasa cemana tu?
hmmm.. cemana nak citer ek?
biasa-biasa sebab mmg basic sangat keadaan bilik hotelnya
masih selesa tapi takde la sangattt selesa
ala, xtau nak citer! haha
tapi yang pasti, memang best la!
1 pengalaman baru untuk budak-budak ni
untuk makpak budak-budak jugak ;)

actually, tempat ni biasa untuk company buat team building
memang sangat banyak facilities
paintball ada, memanah ada, padang untuk sukaneka ada
aktiviti lasak mcm flying fox
pastu apa ntah yang bertali2, kena panjat pokok sume ada la..
memang not me la, huhuhu
mamaZN bukan jenis lasak-lasak ni
aktiviti untuk berBBQ pun ada disediakan
untuk anak-anak pulak, mandi pool paling dinantikan! hehe
pool best! ada 4 kolam
1 jakuzi untuk dewasa, 1 kolam untuk kanak-kanak, 1 kolam untuk dewasa & 1 kolam besarrrrr untuk dewasa & kanak-kanak
kitorang aritu mmg terjun tiruk kat kolam besar tu ja, haha!

ada jugak kereta kuda untuk dinaiki
pusing keliling resort
of kos la kena bayar kan, hehe
tapi tak sure berapa rm, mamaZN xnaik
aunty Yaya & kids je join

bilik plak ada beberapa jenis dan harga pun berbeza
bleh google
kami stay kat bilik jenis bandwagon
ok la, not bad je
lagipun tido 1 malam je kan, heee

untuk makan malam,
kalau taknak kluar jejauh ke arah PD sana
ada je 1 restoran dekat pintu besar resort
ok ja, not bad
dari nak jejauh jjcm kan
bebudak lepas mandi pool sure lapar & mengantuk
takyah la nak jjcm jauh-jauh.. ksian depa
lepas dinner, terus tumbang semua sebab kepenatan ;)

untuk breakfast keesokan harinya tu
memang basic ja
takyah la berharap ada macam-macam menu, haha!
orang bz nak ber team building
janji isi perut ja ;)
kalu nak pi cari breakfast kat luar ok jea
ada banyak je kedai-kedai sepanjang jalan tu
kena pandai-pandai la pilih :)

apa2pun, overall memang best
pengalaman lain dari yang lain! :D

15 Mei 2017

ShortVacay-Port Dickson | Lunch Bersama Tersayang Sempena Mother's Day

lepas dah melawat muzium tentera port dickson tu
kami teruskan perjalanan ke Port Dickson Golf & Country Club
untuk makan tengah hari
kat sana baru la berkumpul semua 1 famili :)

makan-makan sempena mother's day katanya, hehe
alang-alang dah berkumpul semua tu kan :)

aunty wawa awal-awal dah book tempat
siap order lauk makan tengah hari skali
kami sampai semua dah siap terhidang
takde la tunggu lama ye dok? heee
bukan apa.. budak-budak ni la
bila dah kelaparan mula la macam-macam perangai keluar

menu pilihan aunty wawa bleh tahan gak
ada masak lemak tenggiri dgn bendi,
ada asam pedas tenggiri, ada ayam goreng, sayur pak choy, udang goreng butter
alhamdulillah kenyang :)

tempat pun selesa, sebelah padang golf
berangin je tengah hari tu
mata pun mula la nak layu jek kan
lagi-lagi lepas makan, haha! ksian driver ;)

lepas dah lunch, baru la kami gerak ke destinasi percutian kami
kali ni ke mana? tungguuuuu....! ;)

ShortVacay-Port Dickson | Muzium Tentera Darat, PD [√]

13-14 mei baru ni famili mamaZNZN bercuti beramai-ramai
takde la ramai mana
adikberadik 3 orang je pun kan? haha!
yang memeriahkan suasana bebudak seramai 7 orang ni je la
tu pun dah gamat sangat sihhh!
bulan 9 nanti in shaa Allah bertambah lagi sorang
makin gamat la jawabnya nanti
cucu-cucu atok midi & nenek noma pasni hehehe...

pilih lokasi dekat-dekat je
ke port dickson la kita :)
konvoi 2 kereta
tapi kereta kami gerak dulu sebab nak ke destinasi pertama
MUZIUM TENTERA DARAT, PD

kali kedua kami jejak ke sini
tapi mamaZN 1st time explore dalam muzium
sebab sebelum ni baby zaed kecik lagi
dok menunggu dalam kereta je

fee untuk masuk adalah free ya :)
memang berbaloi melawat muzium ni
mamaZN teruja sangat!
banyak replika kenderaan tentera dijadikan pameran
kereta perisai, jip, kapal terbang, helikopter, keretapi
belum termasuk basikal dan motorsikal lama lagi
pelbagai jenis dan saiz meriam pun ada jugak

bilik pameran pulak dibahagikan dalam 3-4 buah bilik
kalu tak silap la, mamaZN lupa plak, haha!
dari kesultanan melayu melaka sampai ke era kemerdekaan

tak la besar mana bilik pameran nya
kecik tapi padat
cukup la untuk anak-anak kecik
dapat pendedahan / ilmu awal
pasal perang & tentera dulu-dulu

sampaikan ada 1 masa tu
mamaZN rasa sebak sampai nak nangis, huwaaa!
sebab apa? sebab rasa terkesan betapa susahnya pahlawan-pahlawan dulu kala nak memperjuangkan tanah air dari tangan penjajah
huhuhu...

pastu ada 1 bilik pameran yang membolehkan kita merasa masuk dalam terowong
terowong menunjukkan tempat persembunyian tentera kita dulu kala ada tempat merawat
ada tempat perbincangan tentera meramcang strategi
uishhh! kita yang baru skali masuk dah rasa panas, letih, berkuwap
apa la agaknya mereka-mereka terdahulu tu rasa kan?
demi negara dorang sanggup bersusah payah

kesimpulannya, memang x sia-sia datang muzium ni
sangat best!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...