26 April 2017

BBQ Time! | Acara Makan-Makan Bersama Jiran :)

dulu mamaZN akui, memang suka terperap kat umah je
(sekarang pun sama, haha!) 
sebab pikir, kerja dalam umah adaaa je yg menanti
tapi kena gak kluar sekali sekala
ksian kat baby zaed

lately ni baru la tergerak hati
nak join aktiviti jiran-jiran :)
start masa folo pi family day trip
ke gambang aritu la ni
seronok plak join ramai-ramai... :D

baru-baru ni, ada plak aktiviti bbq
acara makan-makan, ada ke yang tolak?
rugi, rugi... hahaha! :P

mamaZN nak merasa kambing bako je, hihihi..
macam-macam adaaa malam tu
dari kambing, ayam, ikan, sotong, udang
semua pun dibako
ada plak sate, otak-otak
bihun goreng, roti jala, serawa durian pun ada
memang yummmehhh! ;)

malangnya, mamaZN x dapat lepak lama pun :'(
baby zaed asek dok tarik-tarik tangan ajak balik dah
baruuuuu je dok 10minit, dah dia ajak balik
sedih mak.. baru nak beramas mesra huhu!
paling sedih, kambinggggg bako pun mamaZN x sempat makan, huwaaa..!

tapi takpe.. no big deal ;)
walau kejap, mak tetap happy
hubungan mesra dan semangat kejiranan tu yg 'mahal' harganya
moga ikatan ukhuwah terus terjalin sampai bila-bila in shaa Allah...
ala, pasni mesti depa buat bbq lagi punya...
x caya, tengok ar nanti, haha! :P
(mak sedapkan hati, hihihi)

School Trip Kakak Nayli Ke Zoo Negara (Again?!)

yup! again.. haha!
tahun lepas pi zoo negara
tahun ni pi zoo negara lagi ;)
time zakwan dulu pun trip ke zoo negara jugak, haha!
yea, tadika yg sama... hihihi...
layankan aje la...

sabtu aritu kakak nayli pi zoo
papaZN je anta kakak kat skolah
mamaZN taaa kuaddd, huhu!
mamaZN risau nanti mamaZN tak benarkan kakak nayli pi ikut trip plak, haha!
papaZN je rajin anta gambar-gambar masa tunggu bas
alhamdulillah nampak kakak ok sangat
memang dia nak sangat ikut school trip ni
walau dah bagitau, tahun lepas dah pegi
dia nak jugak
dia kata, 'tu tahun lepas, ni tahun ni..'
ok, baekkk...

gerak kul 8.30pg sampai sekolah semula jam 5ptg
sempat la mama, papa, abang & baby pegi jusco & kedai uncle loped hihihi

terasa lain sangat bila tak cukup ahli
time tu la rasa rinduuu!
padahalnya, kakak ni memang lawan gaduh dengan semua orang, hahaha!

walau apa pun, mama seronok tengok kakak happy
petang tu, masa nak amik kakak
tengok kakak dah duduk kat depan kelas
kami lambat beberapa minit je hihihi..

baru nampak muka
trus bercerita pokpekpokpek pasal pegi trip tu
sampai ke malam tak sudah-sudah, haha!
'kakak tengok haiwan ni..'
'kakak naik tram..'
'kakak makan tu..'
'kakak tengok persembahan haiwan..'
'kakak tido dalam bas..'

ayat akhir yang buat mamaZN sebak
'masa jalan-jalan kat zoo, kakak teringat kat mama..'
alaaaaa, rasa nak nangis..!
macam tau-tau je mama pun rindu kakak huhuhu ;)

25 April 2017

JJCM | Celebrate Besday MamaZN @ D' Arab Cafe, Bandar Bukit Raja

alhamdulillah
diberi peluang untuk merasai nikmat
diberi kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik
in shaa Allah akan gunakan kesempatan yang diberi sebaik mungkin :)

19/4 aritu genap la mamaZN 35tahun
terasa tua plak ai, hahah!
umur sekadar angka gitewww, kikiki
jangan lupa diri sudah ;)

takde apa-apa yang special pun
papaZN ajak pi makan sempena nak celebrate katanya
tu je la pun..
ai is ok je, janji ada bersama famili tercinta :)

lokasi pilihan adalah restoran nasi arab d'cafe cawangan bandar bukit raja
dekat pun dekat, selesa pun selesa
sedap dah semestinya :)

order sedulang trus, share beramai-ramai
berkattttt makan sedulang hehe

1st time makan kat cawangan bandar bukit raja ni
sebelum ni penah try makan kat food court belakang unisel seksyen 7 shah alam
tapi kat situ crowded sket la sbb banyak kedai makan, ramai la pengunjungnya..
kalu kat sini memang tenang
makanan pun cepat sampai :)

tq papa, zakwan, kakak nayli & baby zaed
sebab celebrate bday mama :)
sayaaaaang semua!

p/s: masuk je kete, anak-anak dah tidur kekenyangan, hehehe...

03 April 2017

Family Day TK7 - Gambang Water Park, Here We Come! (Part 2)

okeh!
semangat nak sambung citer gambang
hehe..
serius la, takleh nak move on
terbayang lagi ke'best'an nya

day 1 kita dah lenjan water park
keluar semua perangai sebenar, haha!
day 2 kita layan safari plak
pagi day 2 tu, sempat lagi depa ni layan berendam lagi
adoi, pantang jumpa air!

lepas dah siap-siap kemas semua
kami pi rombongan melawat safari plak
1st time masuk safari (mamaZN & famili) selama ni tengok kat tv je cemana keadaannya
best la.. memang best
dapat tengok binatang secara dekat
dapat tambah general knowledge pasal haiwan-haiwan ni

part paling menyeramkan..
hahahaha! gelak dulu
paling menyeramkan bila anak bertuah zaed ni pi meraung dalam bas tu!
taktau la kenapa.. meraung sebab taknak naik bas ke, meraung sebab ingat nak balik ke, tah la..
hahaha! tebal muka makpak hadap hang ni zaed oiii! :P
tapi rasanya sebab mengantuk
mula la kan, buat perangai..
taknak tido pastu tahan mata tak bagi pejam
mendapat la!

dah abes masuk safari tu kami pun mulakan perjalanan balik
singgah jap rnr temerloh kot (lupa!)
pekena patin masak lemak tempoyak sat dapnya!
jam 8-9 camtu selamat sampai rumah
alhamdulillah..

pengalaman yang sangat best!
best sangat!
repeat please! ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...