22 Mei 2017

ShortVacay-Port Dickson | Eagle Ranch Resort, PD - Yeay!

okeh sambung citer sebelum hilang ingatan, haha!
lepas dah lunch dekat PD Golf & Country Club
kami teruskan perjalanan ke destinasi utama

dah sebulan lebih Aunty Yaya book utk famili short vacation ni
makanya jom la kita...

akhirnya kami sampai ke Eagle Ranch Resort, PD
yeay! :D
slalu stay kat hotel yang selesa, tenang2
kali ni merasa budak-budak ni stay kat hotel biasa-biasa tapi best, haha
biasa-biasa cemana tu?
hmmm.. cemana nak citer ek?
biasa-biasa sebab mmg basic sangat keadaan bilik hotelnya
masih selesa tapi takde la sangattt selesa
ala, xtau nak citer! haha
tapi yang pasti, memang best la!
1 pengalaman baru untuk budak-budak ni
untuk makpak budak-budak jugak ;)

actually, tempat ni biasa untuk company buat team building
memang sangat banyak facilities
paintball ada, memanah ada, padang untuk sukaneka ada
aktiviti lasak mcm flying fox
pastu apa ntah yang bertali2, kena panjat pokok sume ada la..
memang not me la, huhuhu
mamaZN bukan jenis lasak-lasak ni
aktiviti untuk berBBQ pun ada disediakan
untuk anak-anak pulak, mandi pool paling dinantikan! hehe
pool best! ada 4 kolam
1 jakuzi untuk dewasa, 1 kolam untuk kanak-kanak, 1 kolam untuk dewasa & 1 kolam besarrrrr untuk dewasa & kanak-kanak
kitorang aritu mmg terjun tiruk kat kolam besar tu ja, haha!

ada jugak kereta kuda untuk dinaiki
pusing keliling resort
of kos la kena bayar kan, hehe
tapi tak sure berapa rm, mamaZN xnaik
aunty Yaya & kids je join

bilik plak ada beberapa jenis dan harga pun berbeza
bleh google
kami stay kat bilik jenis bandwagon
ok la, not bad je
lagipun tido 1 malam je kan, heee

untuk makan malam,
kalau taknak kluar jejauh ke arah PD sana
ada je 1 restoran dekat pintu besar resort
ok ja, not bad
dari nak jejauh jjcm kan
bebudak lepas mandi pool sure lapar & mengantuk
takyah la nak jjcm jauh-jauh.. ksian depa
lepas dinner, terus tumbang semua sebab kepenatan ;)

untuk breakfast keesokan harinya tu
memang basic ja
takyah la berharap ada macam-macam menu, haha!
orang bz nak ber team building
janji isi perut ja ;)
kalu nak pi cari breakfast kat luar ok jea
ada banyak je kedai-kedai sepanjang jalan tu
kena pandai-pandai la pilih :)

apa2pun, overall memang best
pengalaman lain dari yang lain! :D

15 Mei 2017

ShortVacay-Port Dickson | Lunch Bersama Tersayang Sempena Mother's Day

lepas dah melawat muzium tentera port dickson tu
kami teruskan perjalanan ke Port Dickson Golf & Country Club
untuk makan tengah hari
kat sana baru la berkumpul semua 1 famili :)

makan-makan sempena mother's day katanya, hehe
alang-alang dah berkumpul semua tu kan :)

aunty wawa awal-awal dah book tempat
siap order lauk makan tengah hari skali
kami sampai semua dah siap terhidang
takde la tunggu lama ye dok? heee
bukan apa.. budak-budak ni la
bila dah kelaparan mula la macam-macam perangai keluar

menu pilihan aunty wawa bleh tahan gak
ada masak lemak tenggiri dgn bendi,
ada asam pedas tenggiri, ada ayam goreng, sayur pak choy, udang goreng butter
alhamdulillah kenyang :)

tempat pun selesa, sebelah padang golf
berangin je tengah hari tu
mata pun mula la nak layu jek kan
lagi-lagi lepas makan, haha! ksian driver ;)

lepas dah lunch, baru la kami gerak ke destinasi percutian kami
kali ni ke mana? tungguuuuu....! ;)

ShortVacay-Port Dickson | Muzium Tentera Darat, PD [√]

13-14 mei baru ni famili mamaZNZN bercuti beramai-ramai
takde la ramai mana
adikberadik 3 orang je pun kan? haha!
yang memeriahkan suasana bebudak seramai 7 orang ni je la
tu pun dah gamat sangat sihhh!
bulan 9 nanti in shaa Allah bertambah lagi sorang
makin gamat la jawabnya nanti
cucu-cucu atok midi & nenek noma pasni hehehe...

pilih lokasi dekat-dekat je
ke port dickson la kita :)
konvoi 2 kereta
tapi kereta kami gerak dulu sebab nak ke destinasi pertama
MUZIUM TENTERA DARAT, PD

kali kedua kami jejak ke sini
tapi mamaZN 1st time explore dalam muzium
sebab sebelum ni baby zaed kecik lagi
dok menunggu dalam kereta je

fee untuk masuk adalah free ya :)
memang berbaloi melawat muzium ni
mamaZN teruja sangat!
banyak replika kenderaan tentera dijadikan pameran
kereta perisai, jip, kapal terbang, helikopter, keretapi
belum termasuk basikal dan motorsikal lama lagi
pelbagai jenis dan saiz meriam pun ada jugak

bilik pameran pulak dibahagikan dalam 3-4 buah bilik
kalu tak silap la, mamaZN lupa plak, haha!
dari kesultanan melayu melaka sampai ke era kemerdekaan

tak la besar mana bilik pameran nya
kecik tapi padat
cukup la untuk anak-anak kecik
dapat pendedahan / ilmu awal
pasal perang & tentera dulu-dulu

sampaikan ada 1 masa tu
mamaZN rasa sebak sampai nak nangis, huwaaa!
sebab apa? sebab rasa terkesan betapa susahnya pahlawan-pahlawan dulu kala nak memperjuangkan tanah air dari tangan penjajah
huhuhu...

pastu ada 1 bilik pameran yang membolehkan kita merasa masuk dalam terowong
terowong menunjukkan tempat persembunyian tentera kita dulu kala ada tempat merawat
ada tempat perbincangan tentera meramcang strategi
uishhh! kita yang baru skali masuk dah rasa panas, letih, berkuwap
apa la agaknya mereka-mereka terdahulu tu rasa kan?
demi negara dorang sanggup bersusah payah

kesimpulannya, memang x sia-sia datang muzium ni
sangat best!




03 Mei 2017

Famili Time! @ Homestay Dwiputra Residence Putrajaya

alhamdulillah
berkesempatan utk berkumpul 1 famili
asalnya sebab atokZN ajak pi kenduri je
last-last jadi family gathering pulak :)
alang-alang dah berkumpul semua tu
mamaZN suggestkan book homestay ada pool
so, bebudak dapat mandi pool :)
lagipun kesian aunty wawa nanti
nak kena entertain 'tetamu' dalam keadaan sarat tu
xpe, kita jangan serabutkan kepala dia, hehe...

mamaZN book homestay thru traveloka
best traveloka ni - jimat banyakkkkk!
:)
macam homestay yang mamaZN book ni
harga asal rm360
tapi bila guna voucher traveloka just bayar rm290
utk 2d1n, apartment 3 bilik
setiap bilik ada aircond, water heater pun ada
condition sume tiptop! selesa, kemas & bersih :)

owh lupa! homestay yang kami stay ni terletak di presint 15 putrajaya
dwiputra residences namanya

memang best, lokasi pun strategik
shopping mall dekat, area kedai2 kat presint 15 pun dekat
anak-anak paling seronok sebab pool dia best!! :D

serius puas hati
homestay best
book thru traveloka pun best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...