02 September 2018

Lazada | Shopathon Blogger Contest 2018


hai korang! :D
just timbul sekejap sebab nak join contest, hihihi...

bismillahirrahmanirrahim
saya memang pembeli online yang tegar.
dari baju-bajan, barang dapur sampai ke barangan elektrik seperti mesin basuh pun beli secara online. betapa tegar nya la kan mamaZN ni? haha! dan sudah tentu lazada menjadi sumber pencarian online saya :) 
membeli boleh, tapi jangan sampai lupa dengan keadaan 'poket'. takut tak sedar, tuptup dah kosong :)

lazada bakal mengadakan 9.9 festival sale tak lama lagi. memang berita baik buat pembeli online (macam saya), kan?
saat-saat yang sangat dinantikan bila lazada membuat pengumuman tersebut kerana pembelian yang dilakukan pasti berbaloi! :)

di lazada, ada beberapa barang yang menjadi wishlist saya. antaranya ialah:

(1) Seterika 'Tefal Steam Generator'
pembantu yang sangat berguna buat seorang mama di rumah. dengan pertambahan anak, makanya sudah pasti kuantiti baju sekolah yang wajib digosok juga akan bertambah. bukan itu sahaja, setiap kali hari raya, kerja menggosok baju akan menjadi berganda-ganda dari biasa. jika seorang mempunyai 3 pasang baju raya, cuba bayangkan jika ahli keluarga 6 orang? bertabah la...! itu lah sebabnya kenapa saya sangat memerlukan 'bibik' yang 1 ini. dengan adanya dia, moga dapat membantu memudahkan kerja-kerja menggosok saya :)

(2) L-Shape 3 Seater Sofa
sangat menjadi idaman. memandangkan sofa yang sedia ada sudah menampakkan kelusuhan. faham-faham sahaja lah bila ada anak-anak kecil yang sel-sel otaknya sedang ligat berhubung. habis sofa dilenjan sebagai trampolin! dah lama bersabar untuk menukar sofa baru. tapi tabung ayam tak penuh-penuh lagi ni!

(3) Massage Recliner Sofa Chair
ini lebih kepada kehendak berbanding keperluan, haha! tapi berangan itu percuma kan? saya selalu berangan, alangkah bagusnya ada sofa urut ini. boleh la juga melegakan badan yang 24 jam bekerja tanpa henti dengan rutin harian. hadiah untuk papaZN juga kerana sentiasa bekerja keras mencari rezeki buat kami sekeluarga. sekali sekala memanjakan diri dengan barangan kehendak, apa salahnya kan? tapi itu lah, seringkali hajat terbantut lepas melihat harganya... terus menjadi anganan yang tak sudah 



itulah 3 barangan yang sentiasa menjadi wishlist saya di lazada. diharapkan wishlist ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. doakan juga ya! :D






jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di 9.9 festival sale lazada tak lama lagi. pasti berbaloi, menjimatkan dan meninggalkan kenangan yang takkan kalian lupakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...