15 Mei 2017

ShortVacay-Port Dickson | Lunch Bersama Tersayang Sempena Mother's Day

lepas dah melawat muzium tentera port dickson tu
kami teruskan perjalanan ke Port Dickson Golf & Country Club
untuk makan tengah hari
kat sana baru la berkumpul semua 1 famili :)

makan-makan sempena mother's day katanya, hehe
alang-alang dah berkumpul semua tu kan :)

aunty wawa awal-awal dah book tempat
siap order lauk makan tengah hari skali
kami sampai semua dah siap terhidang
takde la tunggu lama ye dok? heee
bukan apa.. budak-budak ni la
bila dah kelaparan mula la macam-macam perangai keluar

menu pilihan aunty wawa bleh tahan gak
ada masak lemak tenggiri dgn bendi,
ada asam pedas tenggiri, ada ayam goreng, sayur pak choy, udang goreng butter
alhamdulillah kenyang :)

tempat pun selesa, sebelah padang golf
berangin je tengah hari tu
mata pun mula la nak layu jek kan
lagi-lagi lepas makan, haha! ksian driver ;)

lepas dah lunch, baru la kami gerak ke destinasi percutian kami
kali ni ke mana? tungguuuuu....! ;)

3 comments:

mama tisya berkata...

Syok la mkn rmi222 meriah

Nisa berkata...

Menu semuanya sangat menyelerakan.

mamapp berkata...

Muzium tentera darat Tu mmg feberet Syafi. Dah 4kali pergi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...