22 Mei 2017

ShortVacay-Port Dickson | Eagle Ranch Resort, PD - Yeay!

okeh sambung citer sebelum hilang ingatan, haha!
lepas dah lunch dekat PD Golf & Country Club
kami teruskan perjalanan ke destinasi utama

dah sebulan lebih Aunty Yaya book utk famili short vacation ni
makanya jom la kita...

akhirnya kami sampai ke Eagle Ranch Resort, PD
yeay! :D
slalu stay kat hotel yang selesa, tenang2
kali ni merasa budak-budak ni stay kat hotel biasa-biasa tapi best, haha
biasa-biasa cemana tu?
hmmm.. cemana nak citer ek?
biasa-biasa sebab mmg basic sangat keadaan bilik hotelnya
masih selesa tapi takde la sangattt selesa
ala, xtau nak citer! haha
tapi yang pasti, memang best la!
1 pengalaman baru untuk budak-budak ni
untuk makpak budak-budak jugak ;)

actually, tempat ni biasa untuk company buat team building
memang sangat banyak facilities
paintball ada, memanah ada, padang untuk sukaneka ada
aktiviti lasak mcm flying fox
pastu apa ntah yang bertali2, kena panjat pokok sume ada la..
memang not me la, huhuhu
mamaZN bukan jenis lasak-lasak ni
aktiviti untuk berBBQ pun ada disediakan
untuk anak-anak pulak, mandi pool paling dinantikan! hehe
pool best! ada 4 kolam
1 jakuzi untuk dewasa, 1 kolam untuk kanak-kanak, 1 kolam untuk dewasa & 1 kolam besarrrrr untuk dewasa & kanak-kanak
kitorang aritu mmg terjun tiruk kat kolam besar tu ja, haha!

ada jugak kereta kuda untuk dinaiki
pusing keliling resort
of kos la kena bayar kan, hehe
tapi tak sure berapa rm, mamaZN xnaik
aunty Yaya & kids je join

bilik plak ada beberapa jenis dan harga pun berbeza
bleh google
kami stay kat bilik jenis bandwagon
ok la, not bad je
lagipun tido 1 malam je kan, heee

untuk makan malam,
kalau taknak kluar jejauh ke arah PD sana
ada je 1 restoran dekat pintu besar resort
ok ja, not bad
dari nak jejauh jjcm kan
bebudak lepas mandi pool sure lapar & mengantuk
takyah la nak jjcm jauh-jauh.. ksian depa
lepas dinner, terus tumbang semua sebab kepenatan ;)

untuk breakfast keesokan harinya tu
memang basic ja
takyah la berharap ada macam-macam menu, haha!
orang bz nak ber team building
janji isi perut ja ;)
kalu nak pi cari breakfast kat luar ok jea
ada banyak je kedai-kedai sepanjang jalan tu
kena pandai-pandai la pilih :)

apa2pun, overall memang best
pengalaman lain dari yang lain! :D

6 comments:

mama tisya berkata...

meriah nmpk pool tu..janji ada pool bdk2 suka la..tkde gmbr view dlm bilik sgt ye

lieyalatif berkata...

lieya suke kat eagle ni nad...ye laa asek pi hotel lawo2 jek kan..sesekali pi mcm ni okey gak...aktiviti pun not bad...mcm2 boleh try.... cume kalo management tempat ni upgrade sikit n lawa2 kan lagi tempat ni lagi best....ni kalo buat team building geng opis pun best nieh.....

Chekgu Azrine berkata...

akk teringin sgt nak stay dekat eagle ranch ni tapi bila ada plan nak g PD selalu sgt last mins.. mana nak ada kosong dh...huhu

idzwa kamaruddin berkata...

besar nyer pool diaaa!!

mamapp berkata...

Aslm nad.. apa Khabar? Lama tak ke sini. Mama x penah g eagle ranch lg to mmg nampak best Sgt. Syafi mesti suka pool dia

Nisa berkata...

Eh, macam best je hotel ni. Siap ada paintball field lagi, etc. Memang bersesuaian untuk venue-venue company kan, banyak aktiviti boleh dibuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...