26 April 2017

Masak-Masak Sempena Cuti Hari Pertabalan Agong :)

minggu lepas aritu dapat cuti 3 hari
ni akan datang esok ni cuti lagi 3 hari

seronok mak, haha!
seronok tak seronok, tugas hakiki rutin harian tetap jugak kena buat, huhu!
baru berangan, 3 hari cuti, 3 hari jugak nak gantung kuali
alahai, x jadik ar...
ksian tengok anak-anak asek kena makan kat luar
meh la mama masak
walau mama masak simple je pun
tapi tetap dari air tangan mak kan? ;)

mamaZN bukan jenis suka masuk dapo berulang kali (means; masak)
kalau boleh tu, masak untuk lunch sekali dinner terus..
senang! :)
so, masak la nasi ayam
lama dah x masak nasi ayam rupanya...
tu pun tersedar bila zakwan tegur
'dah lama mama tak masak nasi ayam'
ok la, meh mama masak :)

pastu saja gatalllll tangan nak buat homemade aiskrim
bahan-bahan sempoi jak, dah siap beli pun
tapi tak berkesempatan nak buat
makanya, jom la.. alang-alang baby zaed tengah tido
kalu dia dah jaga, memang payah sket nak buat projek :)

bahan-bahan dan cara nak buat
homemade aiskrim memang senang sangat...
1 sudu besar ovallete
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat (kurangkan kalu nak kurang manis)
nutella/milo/koko sesedap rasa

•satukan semua bahan (kecuali nutella/milo/koko) - mix kan depa sampai gebu
•bahagikan kepada 2 bahagian, 1 natural, 1 lagi campurkan nutella/milo/koko sesedap rasa
•satukan 2 bahagian berselang seli, pastu lorek-lorek kasi cantek, haha!
•sejukkan dalam 4-5 jam lepas tu dah bleh makan dengan roti, kikiki!

try tau! senang jek buatnya :)

dah settle buat homemade aiskrim,
kakak nayli nak penkek pulakkkkk!
bila mama bleh rehat ni? hahaha!
takpela, anak-anak punya pasal,
mama buatkan dengan senang hati :)
seronok tengok semua berselera makan
alhamdulillah
happy tummy, happy kids, happy me :)

1 comments:

mama tisya berkata...

lama xmasak nasi ayam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...