03 April 2017

Family Day TK7 - Gambang Water Park, Here We Come! (Part 2)

okeh!
semangat nak sambung citer gambang
hehe..
serius la, takleh nak move on
terbayang lagi ke'best'an nya

day 1 kita dah lenjan water park
keluar semua perangai sebenar, haha!
day 2 kita layan safari plak
pagi day 2 tu, sempat lagi depa ni layan berendam lagi
adoi, pantang jumpa air!

lepas dah siap-siap kemas semua
kami pi rombongan melawat safari plak
1st time masuk safari (mamaZN & famili) selama ni tengok kat tv je cemana keadaannya
best la.. memang best
dapat tengok binatang secara dekat
dapat tambah general knowledge pasal haiwan-haiwan ni

part paling menyeramkan..
hahahaha! gelak dulu
paling menyeramkan bila anak bertuah zaed ni pi meraung dalam bas tu!
taktau la kenapa.. meraung sebab taknak naik bas ke, meraung sebab ingat nak balik ke, tah la..
hahaha! tebal muka makpak hadap hang ni zaed oiii! :P
tapi rasanya sebab mengantuk
mula la kan, buat perangai..
taknak tido pastu tahan mata tak bagi pejam
mendapat la!

dah abes masuk safari tu kami pun mulakan perjalanan balik
singgah jap rnr temerloh kot (lupa!)
pekena patin masak lemak tempoyak sat dapnya!
jam 8-9 camtu selamat sampai rumah
alhamdulillah..

pengalaman yang sangat best!
best sangat!
repeat please! ;)


Family Day TK7 - Gambang Water Park, Here We Come! (Part 1)

walau hampir sebulan berlalu
nak jugak up kat sini
walau dah hampir sebulan tu jugak
mamaZN masih tak boleh nak move on!
sebab seronok sangat!
1st experience pada kami penduduk TK7 :)

4-5 mac yang lepas, kami join family day penduduk taman perumahan kami ni
destinasi pilihan adalah gambang water park, kuantan
excited! sebab 1st time mamaZN & famili jejak kaki ke gambang water park tu :)

ada dalam 13-14 buah kereta yang berkonvoi
kul 8 pagi kami bertolak dari taman
gelombang merah melanda!! siap tempah baju tu :D
ada la beberapa pitstop jugak
almaklum, banyak kereta yang berkonvoi, banyak la tempat persinggahan heee

famili mamaZN join carpool dengan jiran sebelah umah hee..
sebenarnya last minute jugak kami join semula
walau dah bagi nama lama dah, huhu
ada la atas beberapa sebab yang buat kami cancel
tapi last2 tu, papaZN kata kami dapat join jugak, alhamdulillah :D
anak-anak la happy
makpak tengok anak-anak happy, dah lega sangat dah

sampai-sampai, ada yg check in dulu
dan ada yg teruk ke waterpark
kami ramai anak kecik, so check in dulu
makan lunch, solat apa semua
baru pi waterpark
mamaZN bawak bekal macam-macam
haha!
biasa la kan.. bukan mamaZN la kalu tak bawak bekal tu ;)
ada nasi tomato, bihun goreng, sandwich
macam-macam kudapan bagai
semua standby sbb zakwannaylizaed cepat lapo, haha!

masa nak masuk waterpark, bleh plak terserempak dengan geng seratas :)
seronok dapat jumpa walau sekejap

masuk waterpark tu pun dah lambat sebenarnya
best la pulak, haha!
mak x puas, anak-anak lagi la x puas, huwaaa..!
berendam la, main slide la, etc.
seronok gak, tengok perangai memasing yg sebenar, kahkah! :P

balik tu, papaZN & jiran pi tapau utk dinner
naseb baek sangat bawak bekal
bila dah berendam, perut cepat lapar
anak-anak dah makan awal
nasi tomato la, megi la, roti la..
takpe, janji kenyang
lepas makan sume pakat tidoq
letih bebeno nampaknya..
jadiknya yang dewasa je la makan hasil tapau tu :)

okeh, nanti sambung lagi
part pi safari plak
nanti ek :)

apa2pun, memang best! best sangat!
harap ada next plan pasni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...