03 April 2017

Family Day TK7 - Gambang Water Park, Here We Come! (Part 2)

okeh!
semangat nak sambung citer gambang
hehe..
serius la, takleh nak move on
terbayang lagi ke'best'an nya

day 1 kita dah lenjan water park
keluar semua perangai sebenar, haha!
day 2 kita layan safari plak
pagi day 2 tu, sempat lagi depa ni layan berendam lagi
adoi, pantang jumpa air!

lepas dah siap-siap kemas semua
kami pi rombongan melawat safari plak
1st time masuk safari (mamaZN & famili) selama ni tengok kat tv je cemana keadaannya
best la.. memang best
dapat tengok binatang secara dekat
dapat tambah general knowledge pasal haiwan-haiwan ni

part paling menyeramkan..
hahahaha! gelak dulu
paling menyeramkan bila anak bertuah zaed ni pi meraung dalam bas tu!
taktau la kenapa.. meraung sebab taknak naik bas ke, meraung sebab ingat nak balik ke, tah la..
hahaha! tebal muka makpak hadap hang ni zaed oiii! :P
tapi rasanya sebab mengantuk
mula la kan, buat perangai..
taknak tido pastu tahan mata tak bagi pejam
mendapat la!

dah abes masuk safari tu kami pun mulakan perjalanan balik
singgah jap rnr temerloh kot (lupa!)
pekena patin masak lemak tempoyak sat dapnya!
jam 8-9 camtu selamat sampai rumah
alhamdulillah..

pengalaman yang sangat best!
best sangat!
repeat please! ;)


Family Day TK7 - Gambang Water Park, Here We Come! (Part 1)

walau hampir sebulan berlalu
nak jugak up kat sini
walau dah hampir sebulan tu jugak
mamaZN masih tak boleh nak move on!
sebab seronok sangat!
1st experience pada kami penduduk TK7 :)

4-5 mac yang lepas, kami join family day penduduk taman perumahan kami ni
destinasi pilihan adalah gambang water park, kuantan
excited! sebab 1st time mamaZN & famili jejak kaki ke gambang water park tu :)

ada dalam 13-14 buah kereta yang berkonvoi
kul 8 pagi kami bertolak dari taman
gelombang merah melanda!! siap tempah baju tu :D
ada la beberapa pitstop jugak
almaklum, banyak kereta yang berkonvoi, banyak la tempat persinggahan heee

famili mamaZN join carpool dengan jiran sebelah umah hee..
sebenarnya last minute jugak kami join semula
walau dah bagi nama lama dah, huhu
ada la atas beberapa sebab yang buat kami cancel
tapi last2 tu, papaZN kata kami dapat join jugak, alhamdulillah :D
anak-anak la happy
makpak tengok anak-anak happy, dah lega sangat dah

sampai-sampai, ada yg check in dulu
dan ada yg teruk ke waterpark
kami ramai anak kecik, so check in dulu
makan lunch, solat apa semua
baru pi waterpark
mamaZN bawak bekal macam-macam
haha!
biasa la kan.. bukan mamaZN la kalu tak bawak bekal tu ;)
ada nasi tomato, bihun goreng, sandwich
macam-macam kudapan bagai
semua standby sbb zakwannaylizaed cepat lapo, haha!

masa nak masuk waterpark, bleh plak terserempak dengan geng seratas :)
seronok dapat jumpa walau sekejap

masuk waterpark tu pun dah lambat sebenarnya
best la pulak, haha!
mak x puas, anak-anak lagi la x puas, huwaaa..!
berendam la, main slide la, etc.
seronok gak, tengok perangai memasing yg sebenar, kahkah! :P

balik tu, papaZN & jiran pi tapau utk dinner
naseb baek sangat bawak bekal
bila dah berendam, perut cepat lapar
anak-anak dah makan awal
nasi tomato la, megi la, roti la..
takpe, janji kenyang
lepas makan sume pakat tidoq
letih bebeno nampaknya..
jadiknya yang dewasa je la makan hasil tapau tu :)

okeh, nanti sambung lagi
part pi safari plak
nanti ek :)

apa2pun, memang best! best sangat!
harap ada next plan pasni :)

30 Mac 2017

JJCM | Lunch Bersama Famili @ Cafe UAK Batu 3 Shah Alam

ya ampunnn..! dekat sebulan takde entry
bulan 3 langsung takde!
ni ha, baru nak ada...
apa nak jadik la mak zakwan ni, haha!

kejadian dah lama, mak baru nak update 
sindrom kemalasan melanda huwaaa! 
takpela janji ada entry baru hukhuk 
aptb!

okeh, hujung minggu yang sudah-sudah 
macam biasa, kalau ada kesempatan 
memang akan cuba untuk gathering reramai macam ni 
dapat time lunch pun jadik la huhu

kali ni kami try makan kat cafe UAK 
cafe Ustaz Abdullah Khairi 
lokasi dekat area batu 3 shah alam 
konsep menarik, suka, suka! 
food pun bleh tahan 
harga setanding dengan food 
so, berbaloi la :)
pizza dia sedappppp!

sempat la jumpa owner cafe aritu 
tapi x sempat nak bergambar hehe 
pegi time weekend, agak ramai jugak customers
biasa la tu kadang waiter lupa order kita 
huhu 
takpela bersangka baik.. maybe lepas ni akan ada improvement :)

cantik tempatnya 
ada banyak section untuk lepak & makan 
ada tempat open, ada tempat bertutup
kalau nak buat event pun sesuai sangat 
memang ada ruang untuk itu pun 
parking jangan risau, memang ada disediakan

bleh pegi lagi pasni hehe :)

28 Februari 2017

#familiZNZN di Bukit Cahaya Seri Alam

ni citer time cuti thaipusam aritu
lama betul baru nak update huhu.. ampun!

cuti sehari tapi papaZN nak gembirakan anak-anak
padahalnya papaZN still kerja on that day
makanya moh la pegi yg dekat-dekat je
pilihan kami adalah beriadah ke bukit cahaya seri alam a.k.a bukit cerakah

mulanya sebab zakwan bagitau, kawan dia pegi tengok salji
dah dia pun sebuk nak tengok jugak
makanya, jom la kita pegi.. alang-alang dekat kan

lepas brekfes kami terjah bukit cerakah
ingatkan tak ramai orang
rupanya ramai yang gunakan hari cuti yang sehari tu untuk beriadah jugak
tiket masuk kalu tak silap rm3 untuk dewasa, rm1 untuk kanak-kanak
pastu bayar sekali siap-siap tiket masuk rumah 4 musim
rm5 untuk dewasa rm3 untuk kanak-kanak

kami takde la beriadah beriya pun hehe
outfit pun tak menepati piawai haha
naik bas tram pegi rumah 4 musim
pastu baru berjalan kaki patah balik ke pintu utama
boleh tahan penat jugak weiii! huwaaa!

rumah 4 musim sekarang musim salji
musim salji mula dari bulan november sampai mac
pasni musim bunga plak
mesti lagi cantik kan? :)

dalam perjalanan berjalan kaki tu
banyak la zakwannayli belajar huhu..
almaklum, selama ni kerja mengukur mall je
hah, kali ni ukur hutan haha!
pengalaman pertama untuk dorang
lalu jambatan gantung, tengok bekas sodokan babi hutan, tengok pokok cendawan
pastu tengok haiwan-haiwan macam rusa, landak, kura-kura, itik, burung kakak tua

seronok dalam masa yang sama penattttt!
bercinta nak sampai pintu utama...
konon bagi semangat kat anak-anak
tapi yang sebeno, mak nya pun dah pancit!
seawal 10 pagi pun panas dia merelit lit lit!
bleh tahan gak la, memang kena bawak bekalan air yang secukupnya

dah nak balik tu, ada plak budak ngamok, haha!
sebab dia xpuas berjalan lagi dalam bukit cerakah tu kikiki
next time kita datang lagi ek? :)
apapun, pengalaman yang best!

20 Februari 2017

JJCM | Sarapan Pagi Di Kedai Makcik Capati, Shah Alam

aritu saje google 'sarapan pagi sedap di shah alam'
saje nak tukar angin...
asek gi kedai mamak je kan, hewhew ;)
google suggestkan 1 kedai ni
namanya 'Kedai Makcik Capati'
lokasi kat seksyen 8, shah alam
kebetulan papaZN pun teringin nak makan capati cicah kari kambing
ok la, moh la kita try
rata-rata bagi good review

dari tempat kami tak la jauh mana
dalam 15 minit ok ar kan
tempatnya pun senang jek nak cari

dah sampai tu tengok kedainya biasa-biasa je
ye la, lot food court kan
orang pun tak berapa ramai lagi
maybe pagi cuti thaipusam, ramai bangun lambat kot, hehe
order pun kemain tak hingattt
capati 2 keping, capati cheese sekeping
nasi lemak 1 pinggan, roti telur sekeping
kuah plak amik kuah kari kambing ngan kima daging
memang stok kenyang sampai tengah hari la kot ni kan konon-kononnya
tunggu time nak bayar nanti ye, haha!
part harga memang takde sapa yg review kahkah!

bab rasa, capatinya sedap lembut & nipis ok la, not bad katanya kan heee
kima daging pun ok je, sedap jugak
kari kambing, papaZN kata ceroi sket
taktau la, maybe pagi tu lain dari biasa kot hehe

bila dah nak balik, baru start ramai orang datang nak sarapan
memang tak menang tangan la dibuatnya depa
tapi yang bestnya makcik ngan kaum kerabatnya memang peramah
rileks jek sembang-sembang layan tetamu
ok la, suka gak la kan.. takde la muka ketat je

silapnya kami, masa nak order tak tengok harga kat senarai menu, haha!
bila nak bayar baru terkedu tak terkata
1st time bayar harga sarapan dah macam makan western food kekdahnya kahkah!
takpela, bukan selalu... kata pun nak JJCM kan.. :P
sedapkan hati, hehe...
berapa total rm kena bayar? agak-agak berapa? hehe...

capati 2 keping
capati cheese sekeping
nasi lemak 1 pinggan
roti telur sekeping
kuah kari kambing
kima daging
teh ais 3, nescafe o panas 1
= RM41.50

hambekkkkk ko! :D

06 Februari 2017

Jalan-jalan IKEA & Tengok Lion Dance @ IPC

macam dah lama sesangat tak pegi ikea
tetibe rasa macam nak pegi :)
cuti cny aritu baru berkesempatan
lama mamaZN memendam perasaan tau, haha!
asek dulu kan anak-anak je, kali ni bagi mama plak redakan stress! ;)
ye, dapat jalan-jalan window shopping je pun jadik la...
lega rasa, haha!

yang sebenonya mamaZN join kutu grup personal shopper ikea
bulan ni turn mamaZN
tu yang gigih jugak nak pegi ikea
sebab nak tengok depan mata barang-barang yang nak dibeli nanti
baru puas hati ye dok?
pasni bagi je list kat ps, pastu tunggu je brg sampai kat umah, hehe
x sabar! :)

dah settle gi ikea, jenjalan plak ke ipc
ada lion dance show
syok la bebudak ni dapat tengok depan mata
mamaZN pun 1st time sebenarnya hehe
bunyi gendang kuat sangat! sampai zaed pun ketakutan kekekeke..! :P

time nak balik, masuk balik ikea sebab nak gi parking
perghhh! giler la..! bapak ramai umat manusia!
naseb baek la kami ni jenis pegi memana awal pagi.
dapat elak ramai orang, parking pun senang dapat
gigih betul depa ni berasak-asak
kalu kami, memang tak sanggup!
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...