30 Disember 2016

JJCM | Makan Western Food @ Polperro Steak House Seksyen 7 Shah Alam

konon makan-makan sempena anniversary aritu
tanya nayli nak makan mana? mamak
tanya zakwan nak makan mana? mamak
amboi, sekali sekala ikut tekak mama & papa plak ek, haha!
mamak tu bebila bleh pegi
ni sebab nak meraikan hari anniversary mama & papa yang ke 10 tahun
jadiknya kita special sket la heee

lokasi pilihan, Polperro Steak House
kat seksyen 7 shah alam
slalunya kalau nak pegi makan kat kedai mamak hakim
mesti lalu kedai ni
memang selalunya kedai ni full house!
tu yg teringin nak makan situ tu

apa yang boleh dikatakan...
servis pantas
order itu ini begitu begini
zupzapzupzap! ehhh, dah sampai?!
ada la tunggu dalam 5-10minit jugak
sempat la nak sembang chit chat dengan famili
ok la tu...
kami, kalu kena tunggu lebih 20 minit-30minit kira lambat sangat dah tu

okeh, makanan nya pulak
not bad, sedap di tekak kami
zakwan makan grilled sizzling chicken chop
papaZN makan black pepper sauce chicken chop
mamaZN makan lamb chop
kakak nayli, sebab dia nak makan nasi dia order nasi goreng chicken chop
owh ya! kakak punya je lambat sket sampai
tapi kakak x ngamok sbb dia ada eskrem hahaha!
sabo je la budak ni :)

ada jugak otak-otak, sedap
feveret zakwan la tu otak-otak tu
maheynya otak-otak skrg kan..
dulu masa study kat jb, sekeping 40sen je skrg rm1! huhuhu... bertabahhhhh

kesimpulannya, nak makan sini lagi?
boleh sajaaa..
ahkak bagi 3.5 bintang! :D

okeh
nak selit jugak gambo ikan siakap stim
mamaZN buat untuk makan lunch
almaklum, hari anniversary, masak pun special la sket hihihi...
tapi belum sempat tengah hari ikan abes
hahaha!
anak beranak meratah, tak sedor dah abes
konon nak rasa je :P

27 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade | Jadi Pemenang Mingguan, Yeay!!

alhamdulillah, syukur....!
memang tak sangka sangat-sangat
punya la submit entry last minute
akhirnya berjaya jugak mencuri hati juri
huhuhu.. terima kasih TRAVELOKA!
sebab pilih entry mamaZN sebagai salah seorang pemenang di minggu ke-3
menang berjemaah dengan mama El Darwena :)
tahniah babe!
tahniah pada pemenang lain jugak :)

banyak rintangan time nak submit entry
kul 11 malam baru boleh on laptop
selama ni online thru phone je
menggagau nak menaip...
sebab dah lama tak menaip kat keyboard haha!
pastu takde wifi, share data dari hp je
kejap ada, kejap disconnect, bertabah je laaaaa huwaaa!
at last kul 4 pagi baru berjaya send huhu
alhamdulillah, berbaloi semua susah payah tu :')
menangis gembira mamaZN dibuatnya hahaha! (poyo je kan?)
dah lama x menang kekdahnya

moga ada rezki anak-anak dan keluarga
untuk menang hadiah utama pulak
ameennn..
doa-doakan ya! :D

kot ada yang nak baca entry kemenangan mamaZN, hahaha! :P 
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2016/12/mytravelokaescapade-negeri-di-bawah.html

22 Disember 2016

221206~221216 | 10 Tahun Bersama...


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

10 tahun sudah bersama
Melayari bahtera yang dibina
Atas dasar tanggungjawab dan cinta
Penuh harapan dan impian yang membunga
Berharap harum dan mekar sentiasa
Pelbagai kenangan manis dicipta
Pelbagai ranjau, onak dan duka
Dihadapi dengan kesabaran di dada

Terima kasih untuk segalanya
Menjadi suami & sahabat yang selalu ada
Di kala suka mahupun derita
Teruslah menjadi imam menuju ke Syurga
Bantu, bimbing, didik dan sabar lah sentiasa
Moga terus berkasih sayang hingga hujung nyawa
Hidup bahagia bersama anak-anak tercinta
Keluarga dirahmati & diberkati Allah hendakNya...

#familiZNZN

16 Disember 2016

#weekendfamiliZNZN | Kenduri Situ Sana Sini :)

ni citer 2 minggu lepas kot rasanya hihihi
time selangor cuti panjang sampai 4 hari aritu
syokkkkk 'gantung kuali' weekend tu sebab penuhi jemputan kenduri sana sini

sabtu tu ada 2 kenduri di shah alam
1 kenduri 2 pupu papaZN
wakilkan famili papaZN yang x dapat datang
grand mak aihhh, teman orang kampung je
segan pun ada hihihi...

lagi 1 kenduri adik kawan seratas mamaZN & papaZN
seronokkkkk dapat jumpa kawan lama :)
nak makan nasi kenduri pun macam x lalu
sebab seronok punya pasal huhu
balik kenduri baru terasa lapar balik, kahkah!
padan muka :P

esoknya pulak pegi kenduri jiran kat taman ni
kenduri akikah cucu nya yang pertama
makan tengah hari 'ditaja' lagi la kami hihihi...
alhamdulillah moga terus murah rezki
pada mereka yang menjemput :)

Wordless Wednesday : Berkat Menabung Membuahkan Hasil

citer masa persediaan persekolahan zakwan awal-awal aritu
berkat menabung note hijau
alhamdulillah dapat la settlekan hal buku-buku sekolah zakwan :)

moga terus istiqomah dalam menabung note hijau...

p/s: mood MALAS sedang melandaaaaa!! huarghhhhhh!

#jejakmelakaZNZN | Melawat Muzium Samudera

story terakhir pasal #jejakmelakaZNZN awal disember ritu
lamanyaaa nak kasi perabes, huhu!

okeh, last destination kami singgah muzium samudera
zakwannayli teringin nak naik kapal besar katanya
moh le meninggalkan jejak
time ni cuaca panas berdenting! merelit!
sepet-sepet mata dibuatnya huhu

bayaran masuk untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak = rm13
murah jaaa, rugi kalu tak masuk timba ilmu hehe
luar panas kemain, dalam sejukkk ada ekon
ok la, tenang sket rasa nak melawat :)
dinasihatkan untuk x bawak stroller ye
tempat bertangga di sana sini
kalu ada ssc, better guna
kami pun sangat bernaseb baek memang dah standby awal-awal ssc tu

ada 2 fasa kawasan pameran
fasa 1 atas kapal besar tu
fasa 2 kat bangunan sebelah dia
nanti akan ada fasa 3 tapi tak sure belah mana
bahan pameran pun memang pasal kapal, pelayaran & bahan-bahan artifak yang berkaitan
menarik la jugak, merasa naik kapal besar hehe

abes sudah citer pasal jalan-jalan musim cuti sekolah kali ni
in shaa Allah panjang umur dan murah rezki kita jalan tempat lain pulak
moga diizinkan Allah :)

#jejakmelakaZNZN | Upside Down House - Tarikan Terbaru Di Melaka

lepas brekfes kat kedai roti canai kayu arang
(lokasi mukim bakar batu, bachang)
kami gerak ke destinasi baru bagi pengunjung yang ke melaka
baru tak baru ada la dah 2-3 tahun jugak kewujudannya hihi..
tempat ni zakwan la yang sebuk ngajak
so, untuk bagi dia gembira meh la kita pegi

ok, destinasi tersebut adalah upside down house, melaka
bertempat di area bandar hilir jugak
sila waze/google maps, memang ada dah
konsep rumah terbalik tapi dia buat kat dalam bangunan kedai
kecik je tempatnya
bayaran masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (tinggi lebih 90cm) : RM50
haihhhhh, terpaksa pejam mata je mak sebagai bendahari percutian nak membayornya, hewhew..

tempat ni sangat sesuai pada mereka yang suka bergambar
suka wefie beramai-ramai, suka benda unik
point utama : SUKA BERGAMBAR, haha!
memang sesuai..!
macam zakwan, dia suka la tempat-tempat camni
suka buat aksi pelik-pelik hihihi...

dia ada 2 ruang
1 ruang ada bahagian ruang tamu, dapur, ruang makan
lagi 1 ruang ada bahagian bilik tidur utama, ada bilik tidur budak dan bilik air

kalau tak reti nak posing cemana, jangan risau...
ada staf yang sangat peramah untuk bantu kita
dia la yang bagi arahan buat gaya camni, buat posing camni
senang la sket kan haha..!

cuma yang tak bestnya ruang sempit
bila sempit, bila dah ramai pengunjung
paham-paham la apa jadik...
kena tunggu turn,
elok kita dah posing ada yang ganggu,
ada pulak tu selfish, depa saja yang konker sume tempat
jadiknya, bertabah je laaaaa..  :(

so, kalu nak merasa benda baru, bleh la pegi tempat ni
tapi rasanya setiap negeri pun dah ada upside down house ni
konsep sama je pun :)

#jejakmelakaZNZN | Tempat Sarapan Best Di Melaka

sebelum pegi melaka aritu
memang dah siap-siap google tempat nak jjcm :)
dan ini adalah salah satunya weee~

dan sebab ini jugakla kitorang tak book bilik hotel including breakfast
just book bilik only jaaa
sebab nak pi brekfes kat luar, yeay!

nak cari tempat memula tu agak sesat jugak hahaha!
alhamdulillah akhirnya jumpa
lokasinya di area mukim bakar batu bachang google maps / waze in shaa Allah ada :)

inilah diaaaaa... kedai makan ROTI CANAI KAYU ARANG!
famous amos dah tempat ni sejak dah viral 
dah menjadi lokasi pilihan jjcm tv3 jugak
no wonder la memang pengunjung saaaaangat ramai!
kena bertabah dan hati kental menunggu order ya
tapi once dah dapat order kita, memang layannnnn! :)
sangat-sangat-sangat recommended pada kawan-kawan yang nak jjcm

kedai dia memang biasa-biasa
kedai tepi jalan gitu-gitu je
tapi orang yang datang masha Allah,  ramai giler!
parking sesak kottt!

menu utama dan yang menjadi pilihan ramai dah tentu la roti canai tampal telur goyang
dimasak plak kat dapur kayu arang
rasa lain macam sedapnya tu uols!
perghhh! sambil menaip sambil terliur ni
acaner? haha!

bukan takat tu je, ada nasi lemak, kuih muih pelbagai jenis, sate, ayam goreng gunting, etc.
ehhhh, macam-macam la ada lagi
pelbagai variasi juadah sarapan kita
bukan just roti canai je ada
so, memang banyak pilihan no worries

macam dah dibagitau awal tadi
cuma kena sabar la sket..
orang yg datang memang ramai
siap kena berdiri lagi tunggu meja
tapi kesabaran anda berbaloi bila dapat merasa menu viral ni

bagi sesetengah orang mesti kata
'ala roti canai je pun, sama je rasa..'
ye la, lain orang lain selera nya
tapi tak salah kalau nak cuba :)

15 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade : Negeri Di Bawah Bayu, Tunggu Aku!



TRAVELOKA kata, ‘U Need A Holiday Lah!’

Ehhh...?! Macam tau-tau sahaja,  
Bagaikan ahli nujum pula,
Mana tau kami memang perlukannya?
TRAVELOKA sangat bijak meneka :)

Memanggggg...! Memang sangat memerlukan holiday tika ini, huwaaa! TRAVELOKA, please... Tolong realisasikan impian kami!

Akhir tahun kebiasaannya memang busy. Busy dengan rutin harian yang sedia ada. Bertambah pulak anak-anak dok kat rumah sempena cuti sekolah ni. Baru nak rehat, dah jerit nak makan. Baru nak bersandar, jerit lagi, ‘lapar!’. Haihhh, mama makan korang karang, nak? 

Tu baru hal anak-anak kat rumah. Belum lagi cerita pasal persediaan nak masuk sekolah. Semuanya kena siapkan. Buku, baju, kasut, alat tulis, etc. Kalau settle awal, dapat la rehat awal. Selagi tak selesai semua, selagi tu la mak stress sebab memikirkan banyak benda. Mana taknya, bila dah beli buku kena la balut. Bila dah beli baju kena la basuh dulu dan gosok. Berganda-ganda kerja mak jadiknya. Belanja $$$ pun usah dikenang, double triple tu memang dah tentu la bila hujung-hujung tahun macam ni. Mak STRESS! Hmmm.....

Yes, I Need A Holiday!
That’s why la MamaZN sangat-sangat-sangat memerlukan percutian! Merehatkan minda, mencari ketenangan, lari dari rutin kebiasaan buat seketika. Dapat 4-5 hari ok la kan? =) Tapi tu la, terpaksa la menabung semula, sobs sobs. Bila dah kena menabung tu, makan masa la jawabnya. Ntah bila pulak dapat pergi bercuti tu, huhu! TRAVELOKA, anda memahami bukan perasaan MamaZN ni? winkwink!~ ;)

Dah lama MamaZN pasang angan-angan. Teringinnn sangat nak bercuti ke SABAH dengan keluarga tersayang. Mesti ada yang tanya, ‘kenapa taknak pergi oversea?’ Jawapan MamaZN senang jaa ;)
Memang betul bagai dikata,
Jauh perjalanan luas pandangannya,
Tapi yang dekat usah dilupa,
Kerana yang di sini tiada kurangnya,
Keindahan luarbiasa masih boleh dirasa,
Tetap menjadi kebanggaan sepanjang masa...

Pastu, ‘kenapa mesti SABAH?’ Ini jawapannya ya, eceh!
Sabah, destinasi impian di hati,
Banyak tempat boleh dilawati,
Sejarah ditinggal untuk dipelajari,
Tidak lupa uniknya geografi,
Indah dengan pelbagai kaum dan etnik,
Gunung tertinggi dan pulau yang cantik,
Terkenal dengan seafood dan mutiara,
Flora dan fauna masih rapi dijaga,
Ingin mengambil kesempatan yang ada,
Pengalaman baru buat kami sekeluarga...

Amacam? :)

Jangan tak tau, MamaZN dah siapkan itinerary seandainya kami berpeluang ke SABAH, haha! Advance kan? =P Angan-angan tu percuma. Dengan harapan ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti (betul tak TRAVELOKA? =P) Meh MamaZN share kan ye, hehe... 



1. HARI PERTAMA


  • Tiba di Kota Kinabalu dan teruskan perjalanan ke Kundasang
  • Dalam perjalanan, singgah ke Rumah Terbalik & Jambatan Tamparuli 
Rumah Terbalik – rumah unik yang pertama di Malaysia di mana bumbungnya  di sebelah bawah dan lantainya berada di atas. Lokasi menarik untuk yang suka bergambar ;)
  • Check in di hotel pilihan (semestinya menerusi TRAVELOKA)




2. HARI KEDUA







  • Memulakan misi lawatan sambil belajar :)

Kinabalu Park – lokasi permulaan bagi para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia! Sekiranya bernasib baik, kita berpeluang melihat puncak gunung dari taman ini sahaja. Seronoknya! 

Desa Cattle Dairy Farm – lokasi seakan berada di New Zealand! Tarikan utamanya adalah dapat melihat secara live pertenakan lembu dan berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti belajar cara memerah susu lembu dan bagaimana susu segar diproses. Pengalaman berharga untuk anak-anak! 

Tagal Luanti  (Fish Massage) – tagal bermaksud tidak boleh memancing (dialek Kadazan Dusun) dan Luanti pula merupakan nama kampung di mana lokasi fish massage ini berada. Ikan kelah adalah ikan yang telah dilatih khas untuk memberikan urutan pada kaki anda. Menarik! 

Pasar Kundasang / Pasar Nabalu – cuci-cuci mata melihat jualan orang tempatan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar yang adakalanya tidak pernah kita temui di Semenanjung. Terdapat juga cenderahati yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan 

  • Bergerak balik ke Kota Kinabalu dan check in hotel pilihan (semestinya menerusi TRAVELOKA





3. HARI KETIGA

  • Island hopping, yeay! 
Pulau-pulau yang sangat popular dengan kecantikannya. Tak sabar nak melakukan aktiviti air seperti snorkelling dan berkelah serta menikmati keindahan dasar laut. Weee, tak sabarnya! 
  • Dinner : Jalan-jalan cari makan ~ seafood bebeh!



4. HARI KEEMPAT


  • City-sightseeing : jalan-jalan ronda bandar Kota Kinabalu 
Menara Yayasan Sabah - mercu tanda negeri Sabah 

Masjid Kota Kinabalu – senibinanya yang menarik, seakan-akan terapung di perairan 

Muzium Negeri Sabah – tempat penyimpanan artifak dan sejarah yang berharga berkaitan dengan Sabah. Memberi pelbagai maklumat berkaitan dengan masyarakat Kepulauan Borneo khususnya. Lagi ilmu untuk ditambah! ;) 

Pasar Filipina – destinasi untuk membeli barangan kraf dan cenderamata seperti mutiara, aksesori wanita, hiasan dalaman dan tshirt. Terdapat juga produk laut yang kering seperti ikan masin dan ikan bilis 

Pasar Gaya – hanya dibuka pada hari Ahad dan bermula seawal jam 8 pagi 

Pantai Tanjung Aru – santai di tepian pantai sambil melihat matahari terbenam. Romantik! =P

Sambil menaip, sambil berangan, 
Seolah-olah sedang berada dalam percutian idaman 
Penuh dengan aktiviti tapi sangat menyeronokkan! 
Banyak pengalaman baru yang bakal kami simpan

TIPS untuk yang suka pergi bercuti. Seeloknya sediakanlah 1 itinerary dalam setiap percutian. Ia berfungsi as a guidance supaya dapat membantu kita menguruskan masa. Perancangan ad-hoc atau free & easy pun boleh je, tak menjadi masalah. Cumanya percutian kita akan lebih tersusun dari segi masa & perancangan lokasi. Terutama sekali untuk destinasi yang sememangnya banyak tempat yang menarik untuk dilawati seperti negeri SABAH. So, harapnya itinerary MamaZN ni sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan yang lain jugak (yang belum pernah pergi la ye, hihihi...) Marilah sama-sama kita pasang impian untuk ke SABAH, yeahhh! 


Dan begitulah cara yang akan kami lakukan sekiranya berpeluang untuk pergi bercuti ke destinasi idaman - #MyTravelokaEscapade : SABAH :) 


Dari tadi asyik sebut TRAVELOKA, TRAVELOKA je. Apakebenda tu? Haaa... kalau nak tau, TRAVELOKA ni merupakan laman web ‘1 stop centre’ yang memudahkan urusan holiday kita. Ia membantu kita untuk menempah tiket kapal terbang dan juga bilik hotel dalam 1 aplikasi yang sama dengan kadar harga yang lebih rendah dan sentiasa terdapat 'ongoing promo'. Nak tau apa promosi yang ada? Kenalah rajin-rajin layari websitenya :)

Senarai hotel yang ditawar, memuaskan
Harga yang dipapar, menguntungkan
Penggunaan aplikasi, memudahkan
Selesai semua, dengan hanya 1 jari ditekan 





Layari www.traveloka.com untuk info lebih lanjut atau download aplikasi TRAVELOKA dan kawan-kawan akan alami keterujaannya, yeay!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...