12 Oktober 2016

Kek Besday Zakwan :)

mood 'M' dah datang, grrrr..!

kek impian zakwan
macam biasa order dengan M&M CUPCAKES
setiap tahun pun order dengan baker yang sama :)

tahun ni zakwan rekues nak kek boboiboy
layankan aje la..
mak-mak sangat, mana tahan kalu anak mintak
nak-nak pulak mintaknya setahun sekali je pun
seboleh daya nak tunaikan
semua mak pun camtu kan? kan? :)

kali ni order kek rainbow, saje ubah selera
not bad! sedap :)

kakak nayli dah rekues awal-awal
nak sambut besday tema pony tapi kek nak robocar poli
aiyakkk! hahaha! :P

05 Oktober 2016

Celebrate Birthday Zakwan

aduiii, rasa malas nak update blog dah ni
napeeeee..??!!!
huhu, ni pun kuatkan semangat je ni
harap mood tak terus merudum

birthday zakwan (4/10) jatuh pada hari sekolah
jadiknya kami sambut awal
kebetulan pulak cuti 3 hari time tu
amik 1 hari memang khas untuk birthday boy :)

bila tanya nak apa? memang panjang list dia...
nak naik train - time public holiday paham-paham je la sape je yg penuh dalam train huhu
nak gi hotel - baru je balik dari keCabin, melaka aritu
nak gi zoo, nak gi aquaria, etc
macam-macam la budak ni...

last-last mamaZN suggest kan kat zakwan
kita jalan-jalan kat aeon shah alam je la
hihihi
zakwan nak naik train boleh, bayar rm5 je zakwan nak makan apa-apa yang zakwan nak pun boleh
tapi end up zakwan pilih nak kfc je
bagusssssnya la hai! :)
pastu zakwan nak shopping pun boleh
tapi no-no-no mainan
pastu zakwan pilih nak beli komik, pensel tekan, bekas pensel baru & 1 hotwheels
ha, hambekkk... layankan aje la...
alhamdulillah zakwan pun tak banyak ragam

in shaa Allah next time mama papa cuba penuhi hasrat zakwan nak naik train tu ye
kita cari masa yang bersesuaian nanti :)

isnin cuti tambahan untuk awal muharram tu
atokZN ajak makan-makan 1 family
nak celebrate besday cucu-cucu katanya
zakwan (4/10) & sepupu zakwan, adib (1 muharram)
huhu, tq atok! tq nenek! datang all da way dari teluk intan
so kami lunch di aroma hijrah ttdi jaya
suka ar makan kat sini sebab nasi arob dia sedap!
harga pun quite ok la.. berbaloi dengan rasa n servis :)

bila dah berjumpa ramai-ramai ni
sempat lagi si zakwan hulurkan kad derma basikalthon dia!
hahaha! anak, anak.. pandai amik kesempatan :P
penuh dah kad basikalthon zakwan tu :)

mamaZN pun ada sediakan goodies
untuk kawan-kawan sekolah agama & kebangsaan zakwan
saje suka-suka nak gembirakan zakwan & kawan-kawan :)
simple-simple je pun hehe...

papaZN yang hantarkan ke 2 sekolah tu
malu-malu pulak besday boy
bila cikgu suruh ramai-ramai nyanyi lagu hepi bday to u untuk zakwan :)
sayangnya takde amik gambar...
papaZN kalut la tu kot, hehe
takpela janji zakwan ada kenangan yang best masa besday dia yang ke 8 tahun :)

moga jadi anak yang baik dan berjaya ya! sayang zakwan... :)

03 Oktober 2016

4/10/2016 | Zakwan Sudah 8 Tahun!

alhamdulillah..
terima kasih Allah kerana beri peluang untuk melahirkan, membesarkan & menjaga zakwan selama 8 tahun ni
banyak kurang, salah dan silap
moga Allah ampunkan dosa-dosa ku
moga Allah panjangkan umurku untuk menjaga amanah ini
ameennn...

selamat hari lahir zakwan afif najmi!
moga panjang umur dan dimurahkan rezki
diberi kesihatan yang baik, cerdas akal fikiran
dan berjaya dunia akhirat

alhamdulillah, zakwan genap 8 tahun arini
walau zakwan dah besar, mama tetap anggap zakwan masih kecik
tetap terbayang cemana saat-saat melahirkan zakwan
tetap terbayang masa zakwan dulu-dulu
macam tak percaya anak mama dah besar huhu
maknanya mama dah makin berusia.. eh?! haha!
ye, kena sedar diri >___<

takde apa yang mama mintak dari zakwan
moga jadi anak soleh, dengar kata, sentiasa solat, sentiasa ngaji
tu je...
sebab doa zakwan jugak yang mama harapkan 'di sana' nanti :'(

aritu awal-awal dah celebrate kan?
harap zakwan suka, hehe
ada surprise bakal menyusul petang nanti, hihihi...

jeng jeng jeng!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...