29 September 2016

#familiZNZNshortvacation | Muzium Kapal Selam, Klebang Melaka

1st impression, TERUJA!
pertama kali tengok kapal selam depan mata
makkk aih, besaunya! sukaaa..!

sebelum kami pi cari klebang original coconut shake
kami singgah dataran 1 malaysia di pantai klebang
sebab nak pegi muzium kapal selam
bayaran masuk kalu tak silap rm5 untuk dewasa
rm3 untuk kanak-kanak atas 6 tahun

sebelum masuk kapal selam
kami tengok 2 buah jet pejuang dulu
ni pun 1st time tengok depan mata
uiii camni rupanya jet dia... sangat teruja!
masa masuk kapal selam tu
terpaksa la bercerita kat zakwannayli
bagitau ni tempat apa, ni tempat apa...
haha, dah macam tourist guide
takpe, takpe.. mamaZN ok je :)
untuk tambah pengetahuan anak-anak jugak kan, heee...

bila berjalan masuk dalam kapal selam tu kan
dapat bayangkan la betapa susah, panas dan bertabahnya la pekerja-pekerja dalam kapal tu
tempat panas, sempit, tak dapat tengok cahaya luar
ate, dalam air je kan?
sangat tabah.. sangat

best, pengalaman baru untuk anak-anak
(dan jugak makpak nya haha!)


27 September 2016

Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

selamat dah tukar kad debit maybank yang baru
asek takde masa je nak ke kaunter maybank
tukar online jek la senang, hehe
sambil baring-baring pun bleh settle :)

kad debit lama ni bleh guna sampai end of this year je tau
tu sebab kena tukar dari sekarang
ada yang tanya, kenapa kena tukar? ada efek ke?
kena tukar sebab kad lama dah tak valid tahun depan
problem kalu nak swipe masa shopping
memang mencecet la lari cari atm kalu takde cash in hand huhu
macam tahun ni certain tempat masih guna signature kita kan time swipe
haa, tahun depan dah takde sign-sign dah
pastu beza pada kad pun, yang baru ni ada tulis 'my debit'
yang lama takde

kalu takde masa nak tukar kat kaunter
tukar je secara online
klik kat bahagian 'replace debit card' ataupun ke 'card management'
pastu folo je instructions
pastikan alamat surat menyurat tu betul
sebab kad akan diposkan ke alamat tersebut
tunggu 3-4 hari, kad baru pun sampai yeay!
kena activate kat maybank2u dulu
pastu tukar pin kat atm
pastu settle!
senang kan?

tempoh untuk activate pun lama
dia bagi masa dalam 90 hari camtu
jangan sampai terlupa dah la ye hehe

26 September 2016

#familiZNZNshortvacation | Tempat Makan Best Di Melaka - Wajib Pergi :D

melaka tersangat banyak tempat makan yang best utk jjcm
bergantung pada kita je untuk manage masa
kalau nak merasa semua tempat :)

macam kami aritu, memang dah plan nak jjcm
terima kasih pada google sebab saaaaangat banyak tempat yang best-best
tapi sebab banyak sangat kena la buat pilihan huhu
so, masa google tu, kami dah decide tempat
untuk sarapan kat mana, lunch kat mana, dinner kat mana, kudapan kat mana...

jjcm untuk sarapan tak sempat
lagipun pihak chalet dah sediakan brekfes
tak baek membazir, amalan syaitonnn haha

masa hari sampai tu, kami dinner seafood
kat MEDAN IKAN BAKAR MUARA SUNGAI DUYUNG
ingatkan banyak-banyak kedai
memang ada sebuah tu je kedainya kat sini
kami gi dalam kul 6-6.30, memang just nice
sebab tak buat reservation kan
tempat duduk kosong tapi ramai yg dah book awal-awal
tak reti sangat nak pilih lauk huhu
sebab nak serasikan dengan selera anak-anak
naseb baek setiap meja ada diletakkan nasi lemak bungkus
anak-anak makan nasi lemak je la hihi

kami order ikan pari bakar (SEDAP!),
sotong goreng tepung (SEDAP!),
lala goreng halia (SEDAP! zakwan sorang je abeskan huaaa!)
pastu dengan ketam goreng telur masin
(ni tak kena dengan selera kami, huhu)
overall, memang recommended! sila la datang sini
harga not bad, aritu kami bayar dalam rm108
ok la pada kami :)
sebab order sekali otak-otak, nasi lemak 4 bungkus, nasi putih 3 pinggan & air 2 jag

lepas check out kami pi lunch
plan nak makan asam pedas
kami pilih kedai makan PAK MAN ASAM PEDAS
lokasi sungai ujong melaka
dulu nama tempat ni adalah Hentian Kuih Kampung

sangat banyak pilihan makanan
dari kuih muih, nasi ayam, masakan goreng, asam pedas etc.
tapi dah sampai melaka, wajib la makan asam pedas kan :)
kami order asam pedas pari & kembung
budak-budak makan nasi ayam
asam pedas memang maveles! serius tak tipu
rugi kalu tak singgah makan kat sini
kuahnya tu sampai tahap hirup je pun sodap!
cukup rasa, pekat, pedas kawkaw!

kedai ni sentiasa ramai orang
suggestion waktu untuk datang dalam kul 11.30-12.30
selepas je dari waktu tu,
mendapat la korang menunggu meja yang kosong hee
kedai ni bukak sampai petang je tau

bila dah sampai melaka
sila lah singgah klebang - cari coconut shake ori :)
tak sia-sia kami sesat aritu haha!
banyak gerai yang jual coconut shake kat klebang
sampai kan google maps pun pening dah haha!
so, kalau nak guna google maps / waze
search KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE

cadangnya nak makan kat situ
orang kata nasi lemak nya sedap
tapiiiii... tak berkesempatan, huwaaa!
penuh, padat, sesak!
almaklum, hari jumaat waktu operasi mula jam 2.30 ptg
memang dah ramai standby walau kedai belum beroperasi
kami surrender la.. anak-anak pun x bagi kerjasama
tapi papaZN soh tapau je...
dia soh tapau, tapi dia dok dalam kete ngan anak-anak
kita plak yang kena beratur!
takpela, kita yang ngidam dari tahun lepas kan
biar kita je la yang beratur, huhu...

untuk tapau beratur kat tempat lain k
untuk makan kat sana jalan kaki masuk dalam sket kedainya
parking ada disediakan untuk yang nak makan kat sana

ada la beratur dalam 45 minit gitu
bertabah je la!
tapi pujian harus diberi
sebabnya, pekerja sangat komited
masing-masing ada tugas sendiri
takde main-main, sembang-sembang
pastu kedai bersih, kemas & servis tiptop
beratur lama tu sebab tunggu dia bukak kedai
once dah start beroperasi, cepat je barisan jadi pendek :)

okeh tu je pengalaman kami jjcm kat melaka
WAJIB pergi ok 3 tempat ni
memang tak mengecewakan!
tips untuk tak kecewa, sila manage masa anda, haha!
jangan pegi time peak hour, memang masak ar jawabnya :)

23 September 2016

#familiZNZNshortvacation | Inilah Yang Ditunggu-Tunggu, Yeay!

okeh, citer pasal langkawi dah abes
malas citer details, haha!

sambung balik citer pasal melaka
memang SHORT vacation sangat
sebab tak dapat cover banyak tempat menarik
padahalnya melaka tu kecik je
zakwan dah tarik-tarik muka sebab tak pegi tempat-tempat bersejarah
mamat tu kan peminat sejarah
dia cakap 'mama ni asek jalan-jalan cari makan je'
hahahah! hambekkk! :P

cuti kali ni santai je
masa kat langkawi tak puas mandi pool
kali ni kita mandi pool puas-puas, yeay!
masa sampai x sempat nak mandi
sebab dah petang sangat pastu kitorg pi dinner trus
esok paginya tu, memang balas dendam abes, haha!
dengan makpaknya join mandi pool jugak :P

memang takde orang
kolam mandi tu bagai ana yang punya kikiki
x tau la pasaipa sume orang taknak mandi kolam
tapi baguih gak, kami 1 famili je konker
dari kul 7.30 pagi sampai ke 11 pagi
kecut-kecut jari semuanya haha!

alhamdulillah, seronok bila dapat gembirakan anak-anak
happy abes depa dibuatnya
lepas mandi, brekfes plak kat balcony cabin
sempoi ;)

17 September 2016

#misilangkawifamilitokmidi | Bird Paradise Wildlife Park

pegi langkawi kali ni memang free and easy
underwater world tak pi, cable car tak pi, dataran lang pun sama
paling terkilan, nak jjcm pun x sempat :'(
masa terhad, makanya tempat melawat pun kena pilih-pilih huhu
sangat tak puas! memang kena repeat lagi

untuk menggembirakan anak-anak
jom la kita pi tengok haiwan @ bird paradise wildlife park
hujan-hujan pun kami redah je
naseb baek tempat nya berbumbung
dapat la cover sket

tempat menarik
budak-budak suka la dapat bagi binatang makan
pastu binatang-binatang nya pun takde la pasif je macam kat zoo

kat sini bukan ada burung je
walau nama tempat bird paradise
tapi ada gak rusa, racoon, ular, ikan, arnab, keldai, ostrich, etc
ada certain haiwan yang kita boleh bagi depa makan
memang ada jual makanan utk haiwan-haiwan ni
tapi nak murah, amik pakej famili la
sebab harga tiket+harga makanan haiwan skali 

tu je la pun tempat yang kami pi kat langkawi aritu heee
tak banyak tempat bleh cover huhu
next time in shaa Allah panjang umur murah rezki, bleh datang lagi :)

#misilangkawifamilitokmidi | JJCM - Laksa Power Ikan Sekoq, Airport Langkawi

sedap baq hang!
kuah pekat likat, cukup rasa
makan plak kat tepi pantai sambil angin sepoi-sepoi bahasa
yang kureng syoknya, makan sambil mata melilau tengokkan anak-anak main pasir, haha!
adoi! diorang dapat pasir, makan pun x ingat dah
sabo je la...

port tepi pantai kat area airport langkawi ni
banyak je lori-lori jual makanan
kena pandai pilih la mana berkenan, mana sedap ;)
lori yang kami pi ni sangat recommended utk hangpa pi rasa, haha!
lepas makan laksa, trus kluaq slang utagha :P

tengah syok makan-makan tu
bleh plak jumpa kawan sekolah convent, haha!
keciknya donia sekali lagi
last time jumpa masa mamaZN preknenkan zakwan (2008)
pi kenduri kawen kawan ni
ui, dekat 8 tahun gak tak jumpa sejak kali terakhir ketemu
alhamdulillah, seronok rasa :)

lepas dah kekenyangan kami balik chalet
sesiap tapau nasi untuk dinner plak
bebudak ni bukan boleh makan kat kedai dah
kang memasing buat perangai
owh ya, misi jjcm ni, atoknenekZN x ikut
depa tinggai kat chalet, berehat hehe
bertuah sungguh anak, menantu, cucu ye..
takpe, nanti kita repeat bawak atoknenekZN merasa lagi skali hihihi

memang btul pun
esoknya sementara nak tunggu waktu flight balik kl
kami singgah lagi skali hahaha!
kali ni bawak atoknenekZN plak :)

#misilangkawifamilitokmidi | Makam Mahsuri & Shopping @ HIG Mall :)

sebelum hilang ingatan bab bercuti kat langkawi
baik la mamaZN update cecepat
kang bila dah lupa bleh share gambo je la huhu!

abeskan citer langkawi, nanti bleh citer melaka plak, yeay! :D

flight kami jumaat malam
sampai chalet trus rehat sebab kepenatan
esoknya baru la cargas nak berjalan :)
pagi-pagi dah bersiap nak pusing-pusing langkawi
brekfes dulu kat chalet, nenek masakkk
hukhukhuk... siap bawak rice cooker tak tahan tu >___<

lokasi pertama adalah makam mahsuri
ini atas permintaan zakwan
dia nakkk sangat pegi tempat ni
tiket berapa rm tah, aunty wawa yang bayarkan heee
masuk dalam tu, mamaZN la yang jadi tourist guide anak-anak
sambil berjalan, sambil bercerita pasal mahsuri
jenuh gak nak bercerita pada anak kecik ni
banyak soalannnnn tak terjangka, hahaha!

suasana dalam kawasan makam mahsuri ni beza sungguh dah
rumah-rumah replika pun tak macam dulu huhu
banyak berjualan je dalam tu
info sangat la sikit
rasanya dulu lagi banyak info disediakan
mana tah sekarang
harap akan ada improvement
rugi kalu tak share info pasal mahsuri tu

dalam ni je takde la makan masa banyak sangat pun
selain bawak dorang tengok makam mahsuri
ajak dorang masuk rumah-rumah replika yang ada
'keciknya rumah orang dulu'
'nape rumah dia kosong je'
'kat mana dorang tido'
adoihai, macam-macam kena explain haha!
dah macam cikgu skolah :P

lepas tu, tunjuk la perigi mahsuri
papaZN buat demo amik air perigi
bila timba penuh, menjerit kesukaan budak-budak ni hahah! lawak btul :D
pastu ada pokok kekabu
mamaZN citer gak la kat dorang pasal isi bantal
haihhh anak-anak zaman sekarang :)

abes pusing kami keluar
atoknenekZN & aunty yaya x join
dorang tunggu kat luar je
panaih kome.. baik la sediakan topi, payung & air utk budak-budak
ksian depa

next kami pi shopping kat hig mall plak
kasi nenek bergumbira plak, haha!
lunch dulu kat food court depan mall
baru ada tenaga nak mengempiskan poket kikiki..

keciknya donia, bleh plak terjumpa blogger femes amos kat hig mall ni
kenal safurara? haaa dia la.. comey jek orangnya ;)
tapi sayang, tak berkesempatan nak wefie, huhu!

pas shopping balik chalet
budak-budak dah tak sabo nak berendam petang tu, ada misi jalan-jalan cari makan plak :)
haaa, misi jjcm kita citer kat next entry k!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...