30 Ogos 2016

JJCM | Patmos Steak Cafe, Jalan Batu Belah, Klang

rezeki dikongsi bersama...
alhamdulillah, ada rezeki lebih sket
hasil buat busy book & busy board aritu
meh mamaZN belanja makan western :)

pada mulanya kakak nayli teringin nak makan sate
tapi kedai tutup la pulak
makanya, jom la kita try kedai baru bukak ni
nama kedai, patmos steak cafe
lokasinya di jalan batu belah klang
kedai menarik, kemas, simple & bersih :)

kakak nayli order chicken chop kuah mushroom (RM8.90)
zakwan order grilled chicken chop (RM10.90)
papaZN order steak (RM14.90)
mamaZN order lamb chop (RM14.90)
air pulak kami order green apple gelas besar (RM5) & orange juice (RM3.50)

hmmm... not bad!
good service, sedap & berbaloi dengan harga
dalam banyak-banyak menu yang kami order
kakak nayli punya saaaaaangat berpatutan
portion besar, banyak side dish, harga murah
sume nak rasa makanan kakak hehe...

nora bagi **** bintang!
boleh makan sini lagi
sesuai jugak untuk family gathering atau nak celebrate besday :)
tapi kena book dulu la kot & inform diorang

waktu operasi : 5ptg~12mlm

diharapkan servis, rasa & harga sekarang konsisten la hendaknya ye..
almaklum kedai baru
taknak la bila dah lama-lama nanti
semua pun bertukar.. tak syok plak kan :)

29 Ogos 2016

'Busy Board' Temukan Kami :)

lepas gi ikea cheras, kami gerak ke bmc
dekat jek rupanya ye heee :)

tak sabar nak jumpa kawan lama
kawan seratas yang selama ni dok berhubung thru fb ja huhu
kali terakhir kami jumpa tahun 2009 kalu tak silap
time ada reunion #seratas9599 kat bangi golf resort
masa tu masing-masing ada anak sorang :)
sekarang ni, masing-masing anak dah 3
hehehe...

busy board ketemukan kami semula setelah 7 tahun lamanya ^___^

ya, ya, ya... btul tu...
busy book, busy board, mak zakwan bertambah busy, hahaha!

busy board ni ala-ala busy book jugak
bezanya segala mak nenek nak buat anak busy tu
diletakkan di atas board yang sama
beza dengan busy book - by pages :)

nak order? heee... bleh ja.. pm tepi na :)

okeh, sambung cerita...
tq dalila sebab sudi jadi 1st customer hihihi...
tq jugak jamu kami dengan spageti & brownies yang sedap :)
buat susah-susah je...
akhirnya anak-anak-anak kita bertemu jua kan?
baru 1st time, semua pun malu-malu lagi
in shaa Allah next time dorang dah boleh main sama-sama :)

diharapnya anak-anak suka dengan busy board tu
sebarang komen sangat la dialu-alukan
untuk penambahbaikan di masa akan datang :)

Pertama Kali Ke IKEA Cheras

sabtu ritu papaZN dengan bermurah hati
offer ajak ke ikea cheras
wahwahwah! ada apa-apa ke ni
tetiba dia plak yang ajak, hehehe...
selalunya kita yang sesiap bagi proposal tolong bawakkan ke ikea kihkihkih :P

1st time sampai sini, haruslah excited!
pagi-pagi dah kluar umah
elak jem, elak orang ramai
anak-anak behave sebab dah sarapan & bawak bekal sesiap haha!

okeh, selamat sampai... alhamdulillah
besau gak ikea nya tu
tapi nape rasa macam ikea damansara lagi best? haha!
sebab dah terbiasa kot, kan? yang ni baru 1st time :)

bila dah beso sangat, penat la pulak nak berjalan, hehehe...
takde la nak cari apa-apa pun
melawat kawasan je
tapi tu la, bila dah sampai ikea ni
tak sah kalau tak terbeli apa-apa, hahaha!
mesti adaaaaa je yang dibawak balik :P

banyak barang dah naik harga huhuhu
ingatkan ada beza harga antara ikea cheras & damansara
rupanya bila check website memang harga baru lagi mahai huhuhu
tak bestnya!

bila berjalan kat showroom ikea ni
berangan adalah 1 kemestian
'bang, nanti kita buat bilik stor camni. kemas sket'
'cantik la dapur camni bang.. nanti buat kat umah camni gak ar'
'elok gak buat bilik design camni ek'

konfem! memang konfem akan berangan
hahaha!
naseb baek berangan tu free :)
in shaa Allah akan jadi kenyataan la nanti hendakNya
hihihihi
tak gitu bang? :P

p/s: patut rajin bawak kita jalan ke ikea. dia nak ride ngan kengkawan ke bentong rupanya ;)

26 Ogos 2016

BUSY BOOK | Feedback Positif | Alhamdulillah :D

alhamdulillah
busy book yg ditempah dah sampai ke tangan empunya
selagi tak sampai, selagi tu berdebar
taktau cemana penerimaan mereka

syukur dua-dua pun suka
feedback camni buat rasa letih x tido malam sangat la berbaloi :D

walau camtu pun, masih banyakkkkkkkk improvement kene buat
sangat banyak!
in shaa Allah akan pelan-pelan perbaiki kualiti
terutamanya bab jahit & kekemasan
huhu! caiyok! caiyok!

tq pada buyer yang memberi kepercayaan
moga terus dimurahkan rezeki uols ya! :)
mintak halal kalau ada terlebih dan terkurang di mana-mana

buat permulaan ni memang banyak kene belajar
banyakkan bersabar & kena terus berusaha
in shaa Allah, moga dipermudahkan urusannya :)

21 Ogos 2016

BUSY BOOK | Tempahan Daripada Kawan-Kawan :)

tak penah terpikir pun nak buatkan untuk kawan-kawan..
tak penah terpikir pun untuk dapat bayaran upah
tak penah terpikir pun untuk dijadikan bisnes :)

semuanya secara tak sengaja :)

buat saja untuk suka-suka je
sebab memang suka benda colourful camni, hehe...
takde la kreatif mana
design semua pun cilok google ja, haha :P
memang 100% guna tangan ku yang keras kihkihkih
orang takde mesin jahit, jahit tangan je la kita
jahitan senget2, herot2, harap dimaafi huhu

niat memang nak tolong
orang mintak tolong, kita pun dengan senang hati nak tolong :)
tak tido malam, dengan rutin kerja rumah lagi
tapi sebab dah minat, semua pun tak kisah dah, hehe

tapi tu la, bahan kraf nak buat ni memang pricey
kadang tak reti nak letak harga
letak harga mahal, takut melampau sangat
letak harga murah, tak balik modal, jenuh la teman...
udoh dok di rumah ja kan, haha!
pastu kadang, nak jugak rasa dihargai
seminggu nak siapkan,seminggu gak tak tido malam weiii!
kul 3-4 pagi baru jumpa bantal, uwaaa..!

pastu kita pulak buat ikut orang tempah
kalu sorang tempah, memang order bahan pun untuk 1 buku
kalu 2 orang tempah, kita order la double
hah, gitu gayanya...
nak beli borong macam membazir pulak (buat masa sekarang)
kang dah takde orang nak order,
barang melambak bersepah tak guna, haha!
haihhh, dilema teman :P

apapun, diharapnya dapat beri manfaat kepada anak-anak
kalu anak-anak tak berminat, ampunnn!
kena kasi minat gak la nanti ye, haha! :D

17 Ogos 2016

Wordless Wednesday : Sampul Duit Raya

ada jugak yang buat koleksi ek?
mamaZN simpan tapi bukan buat koleksi
agak-agak terdesak nanti
tahun depan guna balik time raya, haha!
recycle! :)
yang elok-elok la..
yang tak elok takde la simpan jugak, heee

ni tengah sorting utk bagi kat kawan yang buat koleksi
harap kawan suka la nanti sebab tambah koleksi beliau hehe

p/s :
tahniah Malaysia dpt tambah pingat lagi!
bakal dapat pingat lagi utk badminton nanti. tak sabar nak tengok! :)

15 Ogos 2016

Tempat Makan Best Di Teluk Intan, Perak

hahaha..! tetiba nak promote tempat sendiri :P

sebenarnya kat teluk intan memang banyak tempat makan best-best
dari makan untuk sarapan, tengah hari sampai la ke malam
antaranya kalu untuk sarapan
ada nasi lemak 6kupang (60sen) kat pasar besar, nasi lemak padang speedy, roti canai pak andak kat medan mak intan, roti canai pak din kat pekan baru, roti canai sebelah bgnn koperasi bekas polis dan banyak lagi

kalau untuk makan tengah hari & petang plak
ada banyak tempat yang jual nasi dengan lauk campur
dekat sebelah bank rakyat ada, dekat city mewah depan sekolah sultan abdul aziz ada
takpun bleh try nasi lambai, nasi krishnan atau mi rebus mastan ghani
yummm! lapo! haha!

kalau nak citer banyak lagi la tempat makan best
apam balik malindo, cendol, gado-gado, sate, etc.
yang bezanya tekak memasing
kita kata sedap, tak semestinya orang lain kata sedap jugak
yang pasti kena la rasa dulu :D

tapi cam kami ni bila dah balik kampung
payah sket la nak jjcm
dah tu, makan kat umah lagi syiokkk haha!

kebetulan balik kampung aritu ada masa sket nak jjcm
sarapan kami pi makan roti canai kat kedai seberang bangunan medan mak intan, sebelah bangunan koperasi bekas polis, sebelah tapak gerai jual buah jugak
haaa... kalu x jumpa jugak xtau la
banyak landmark dah bagi ni haha!

sini roti canai dia memang sedap!
kalu ada peluang, memang nak sarapan kat sini je
bukan ada roti canai je, ada jugak makanan lain macam nasi lemak, bihun goreng, etc

pastu tengah hari tu kami pi makan nasi lambai
haha! kenapa namanya nasi lambai?
haaa ni la sejarahnya...
dengor citer, orang kedai ni selalu melambai-lambai panggil pelanggan
yang baru tiba dari seberang sungai
ajak makan kat kedai depa
dulu takde jambatan
orang naik bot nak datang teluk intan
kedai makan ni pulak letaknya tepi sungai
haa gitu la kesahnya..
ala-ala nasi kandar, sedap!

bila nak jjcm kat tempat sendiri memang payah sket la
kena pandai cari peluang dan masa
ate, makan di rumah lagi best, ye dok? haha!
meh kome, datang teluk intan :)

Pengalaman Pertama Zakwan Masuk Stadium :)

haiyaaaaa..! bila dah rajin, rajin sangat!
bila malas, memang terbengkalai la blog kesayangan ni huwaaa..!
bakpe malas bebeno sekarang ni? huhu..

takde citer pun ye jugak hehe
orang lain ada je update blog hari-hari
wat entry review, food review, produk review..
makcik ni nak review pebenda, haha!
citer pasal famili ja la yang makcik rajin :P

okeh, nak share...
malam sabtu lepas, zakwan timba 1 pengalaman baru
tengok perlawanan bola kat stadium shah alam
bestnyaaaaaaaa..! jeles mak!
mama pun baru sekali je masuk stadium
tengok myTeam kat stadium bukit jalil dulu haha!

alkisahnya, acik jiran sebelah umah ni offer zakwan
nak tak pi tengok game kat stadium
perak lawan pkns fc
haihhh, anak bujang bagaikan sudah mengantuk dihulurkan bantal la
mana boleh kata tidak, peluang keemasan katanya
ajak papa, tah bila dapat pegi...
asek tertangguh-tangguh je
tawaran baek, dia grab cecepat... bijak!

mamaZN ni punya la risau
walau zakwan dah besar tapi tetap kecik di mata mak dia ni huhu!
nak pulak zakwan pegi dengan orang selain ahli keluarga
macam-macam mamaZN psycho zakwan
nak gi bilik air cemana, kalu acik terlepas pandang pastu hilang cemana, bla, bla, bla...
semua pun yang negatif huhu...
apa nak buat, mak paranoid...
banyak sangat kisah-kisah culik ni

tapi akhirnya mak zakwan kalah
bilamana anak sendiri balas,
'mama doakan la supaya saya tak apa-apa...'
>__< baek anakku...

maka pergi la zakwan malam tu dengan acik jiran
seronok kemain dia dapat pegi
maknya kemain resah gelisah memikirkan si anak

anak pi stadium, maknya pegi shopping kat mr.DIY haha!

kul 12 lebih kot rasanya baru zakwan balik
macam-macam la dia cerita
almaklum, 1st timer katanya kan...

mamaZN lega gak tengok zakwan happy
sebelum tu lagi dah lega,
sebab acik jiran send gambar zakwan dalam stadium
alhamdulillah :)
pastu bleh pulak zakwan jumpa kawan sekelas dia dalam stadium tu, haha!

malam tu zakwan tido pakai jersi perak
acik jiran belanja dia katanya
tali ikat kepala tak tinggal
bangun pagi, tengok tali ikat kepala tu dah sampai paras mata, hahahaah!
lawak sangat zakwan ni :D

sori, mak excited. pengalaman baru untuk anak katanya :)

02 Ogos 2016

#familiZNZNberaya | Weekend Terakhir Syawal :)

weekend terakhir Syawal yang sangat bz
hari sabtu je ada 5 undangan open house
1 terpaksa dilepaskan sebab takleh nak slot masuk dah huhu!

ahad plak beraya ke area wangsa maju & gombak

hari sabtu baru ni 3 open house jiran setaman ni je
waktu open house pun memang cantik
belah petang, belah petang hingga malam, belah malam
so, cantik la kan, senang nak susun jadual perjalanan hehe :)
alhamdulillah, semua undangan dapat dipenuhi...
tq pada jiran-jiran yang menjemput

sebuah umah lagi, umah sahabat seratas
alhamdulillah, dapat jugak datang
setelah sekian lama tak berjumpa
ada dekat 2 tahun rasanya!
foods pun sedappp, tq tuan umah :D
seronok layan kakak mia bambam hihihi

hari ahad plak pagi-pagi dah ke rumah aunty yaya kat pinggiran usj
brekfes sesama 1 famili :)
patutnya lunch bersama, tapi kami bz kalah menteri haha!
dapat tunjuk muka pun jadik la...

pastu trus gerak ke wangsa maju
umah sepupu mamaZN hihihi..
seronok zakwannayli main dgn harisz :)
seronok jugak mamaZN berborak dengan sepupu mamaZN tu
lama giler kot tak jumpa! harap raya je la..

pastu lepas zohor kami gerak ke gombak
penuhi jemputan kenduri akikah member blogger, falsya ;)
awal kami sampai, awal jugak kami balik
huhu.. anak-anak meragam!
takpela, win-win situation
mama dapat jumpa kawan mama,
anak-anak dapat makan pastu trus balik :)
ye la, bila dah ada anak-anak ni memang kena banyak berkorban... kan?

tamat sudah citer pasal #familiZNZNberaya untuk Syawal tahun ni
moga diberi kesempatan utk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun depan :)
in shaa Allah, tahun depan zaed dah beso sket
cadangnya nak jadi host plak la hihihi...
lama tak terima tetamu kat umah ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...