30 Jun 2016

Weekend ZN Bersama Cousins :)

last week kitorang plan nak cat umah
belah ruang tamu je, bukan keseluruhan :) hitam bebeno dah nampaknya, berbelak-belak...
paham-paham je la bila ada anak kecik ni kan
pastu plan gak nak panggil maid datang bersihkan umah
ala 4jam rm50 ok la kan..
malasssnya nak cuci habuk kt tingkap & grill
alang-alang tu, soh la dia bersihkan 1 umah hehehe..
tq pa! sayang papa :P

tapi tu la, sebab taknak kacau papaZN ngecat punya pasal
terpaksa la kami 'mengkeluarkan' diri kami, hewhewhew..
pikir punya pikir punya pikir...
moh la kita stay everly hotel lagi, haha!
kali ni ajak cousins zakwannaylizaed yang dok shah alam tu :)

dok otel di bulan puasa banyak gak jimatnya, kahkahkah!
merasa la dok executive suite dgn harga rm190 utk 1 mlm
(not inclusive sahur & berbuka)
aritu check rate lepas raya dah jadi rm380 huhu
rezeki, rezeki..

bilik best...! besar dan luas
1 bilik separate bhgn hall & bilik tidur
siap ada sinki asing dari dalam bilik air
microwave pun ada
bleh la nak panaskan lauk time sahoq ;)
bebudak dah teruja sebab ada bath tub jugak! huwaaaa best!

sabtu check in, ahad dah check out
rindu lorrr nak tinggalkan papaZN lama-lama (hahaha!)
tapi walau 2d1n, aktiviti full bebudak suma ni
dah check in hotel, pas asar layan dorang mandi pool
pastu cousinsZN yg dok putrajaya join skali berbuka kat hotel
atoknenekZN pun ada, best! best! :)
penuh la anak beranak memenuhi bilik hotel
naseb baek luas, memang muat sesangat la..

pas isyak, atoknenekZN layan cucu-cucu nak pegi alamanda plak
jalan kaki je since alamanda kat sebelah hotel
mamaZN tak folo, sebab tidokan dak zaed ni ha..

esoknya plak rombongan tengok movie citer finding dory
9 seat berderet je kami anak beranak, hehe
atoknenekZN dah balik kampung time ni
citer agak slow memula
penghuni 4 seat dari 9 seat tu dah terlentok ketiduran
termasuk la zaed, nayli & mamaZN kahkahkah!
ngantok giler!

lepas dah tengok movie masing-masing balik
kejapnya rasa...!
takpe, nanti raya kita kumpul sama-sama lagi
thanks aunty yaya n kids! thanks aunty wawa & family!
thanks atok & nenek jugak! :)

balik rumah... 
tengok kejutan plak dari papaZN
umah dah cantek dan bersih, haha!
mak sukaaaaa :D

29 Jun 2016

21 Jun 2016 | Celebrate Birthday PapaZN

lamanyaaaaaaaaaaa tak jenguk blog!
kemalasan melanda! huwaaa..!

just nak update sket je huhu
mood masih merudum...

21/6/2016 aritu besday papaZN
takde la celebrate bagai nak rak pun
just buatkan kek cekelat guna tepung kek instant, muahahah!
bab-bab mem'baking' ni memang mamaZN tak pandai
tu pun ada gak salah silap tang nak membuatnya
ahhh, layan je. janji bleh makan, haha!

konon-konon nak buat surprise
sembunyi kat dalam bilik belakang pastu nyanyi lagu hepi bday to u
tapi tu la...
tiap tahun pun plannya serupa
papaZN pun dah leh agak bila tengok umah sunyi jek
haha!

malam tu pas terawih pi kedai mamak kat seksyen 7 shah alam
pekena cheese nan
besday boy ngidam, haha!

07 Jun 2016

Surprise Untuk ZakwanNayli | 2D1N @ Everly Hotel, Putrajaya

seminggu dah cuti sekolah
memang tak ke mana-mana pun
zakwannayli pun takde pulak mintak ke mana-mana
paham dah kot papa kerja huhu
ksian depa.. orang lain balik kampung, gi bercuti
depa dok la terperuk kat umah
gaduh-kena marah-gaduh-kena marah
haha! ksian, ksian..

mamaZN plan ngan papaZN
nak buat surprise pada depa
tido hotel 1 malam sebelum posa ni
lokasi pilih yang dekat-dekat je dah la
save cost gitu hehe...
akhirnya hotel everly, putrajaya jadi pilihan :)

book bilik deluxe rm160 without brekfes
memang taknak amik brekfes
sebelum ni dah penah stay bilik deluxe
takde rezki nak try bilik lain
sebab dah hampir fully booked! huhu
memasing nak holiday sebelum puasa ni

cakap kat zakwannayli, nak dok umah aunty wawa
papa balik kerja nanti kita balik klang semula
semua monyok dan pasrah
'nape kejap sangat?',
'nape tak tido umah aunty wawa?',
'nape, nape, nape..?'
mamaZN diam je.. takut rahsia pecah, haha!

tengah hari tu, lepas papaZN solat jumaat
papaZN amik kat lobi umah aunty wawa
zakwan tanya, 'dah nak balik klang ke papa? tak bestnya.. kejap sangat'
muka nak nangis, masam giler dah dia
dalam perjalanan senyap je semua
sebab sedih dah kena balik klang, haha!

tetiba...
papaZN parked keta kat depan lobi hotel
zakwannayli dah terkejut
'papa, kita buat apa kat sini?'

1, 2, 3... SURPRISE!!!
'kita tak balik klang, kita tido hotel!'
hahahaha!
menjerit semua kat dalam keta tu :P
zakwan dah nangis gembira
tak abes-abes, 'terima kasih papa..'
sonok & happy dapat surprise kan dorang hehe

ramai giler orang, nak check in amik kunci pun beratur panjang
kul 4 baru dapat kunci
papaZN anto kitorang pastu dia gi keja semula
kitorang dok la dalam hotel tu bersenang lenang haha
zakwannayli x sesabo nak gi alamanda
tapi papaZN tak kasi pegi dulu
riso susah mamaZN nak handle 3 'henbeg bergerak' ni hehe

pas maghrib baru la dapat pegi alamanda
sebab petang tu hujan
dinner trus kat sana.. dorang nak makan kfc, layankan je la
pegi alamanda pun banyak muka yg macam kenal-kenal
sebab sesama beratur check in amik kunci tadi, haha!
dah alamanda sebelah hotel kan hehe

esok paginya, papaZN pi beli brekfes kat luar
pastu kitorang makan dalam bilik je
bebudak dah tak sesabo nak mandi pool
bapak ramai giler anak-anak-anak
sekali makpak mandi sama ha
kejap je bertahan, dalam 15-20 minit je
pastu semua ajak naik atas dah 

nayli plak tak berapa sehat pagi tu
ceri beri & muntah-muntah
tapi semangat jugak nak mandi kolam
naik atas trus ketiduran sebelum check out

cadangnya lepas check out nak bawak dorang merasa naik erl
tak jadi, kena postpone sebab nayli tak sehat :(

tu la citer cuti sekolah bebudak ni
walau dekat, walau kejap
jadi la ye anak-anak... janji ado, huhu
nanti pas raya kita tuntut kat papa ek
gi bercuti kat tempat lain plak heee

p/s : salam ramadhan & selamat berpuasa semua!

* sori la, gambar pun tunggang terbalik caca marba hehe *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...