31 Mei 2016

Celebrate Birthday Boy Naik Choo-Choo Train! :)

masa besday zaed mggu lepas
ada check up kat klinik kesihatan
petangnya pulak kena amik report card kat sekolah zakwan
so, papaZN cuti la utk sehari tu :)
mak is suka, haha!

settle semua bab-bab penting
petang tu bawak la bebudak ni gi aeon mall shah alam
takde nak jalan-jalan ke hape
memang semata nak bawak besday boy naik train hehe
ada train bebudak yang bawak pusing 1 floor kat tingkat atas skali
bukan takat budak, makpak budak pun bleh join, haha!
rm5 utk seorang, pusing 2x round
sebabkan zaed besday boy pada hari itu
dapat la free utk dia hehe

tergerak nak bawak naik train
sebab dah nampak minat zaed ke arah transport ni
nak-nak lori, lagi dia suka
aritu naik train pun senyap je dia menikmati haha!
pasni kita ajak papa naik train betul2 plak ek :)

sebelum naik train kami tea time jap
beli kek red velvet yang super sedap
pastu makan sesama haha!
ala-ala kek besday la kan.. boleh je :)

lepas dah ke aeon mall, singgah umah aunty yaya
langkah kanan, dapat makan dominos pizza
ksian besday boy mampu nengok je
padahal nak celebrate dia, hehehe..
sabo ek sayang... :)

26 Mei 2016

Happy 1st Birthday, Zaed Afif Nasri! :D

alhamdulillah syukur ya Allah..!

hepi bday to u...
hepi bday to u...
hepi bday to u zaed afif nasri...
hepi bday to u..!
:D

alhamdulillah syukur..
walau pelbagai dugaan sepanjang mengandungkan dia dulu
walau pelbagai ujian di saat kelahirannya
alhamdulillah, Allah sentiasa ada..
sentiasa ada untuk memudahkan segalanya

mamaZN perasan...
papaZN sangat terkesan dengan anaknya yang sorang ni
setiap kali bersembang pasal anak
setiap kali tu dia cerita betapa beruntung nya dia
sebab dapat lihat sendiri perkembangan tumbesaran baby zaed

masa zakwan & nayli dulu ada la jugak
tapi masa tu busy dengan kerja
sampai tak perasan semua tu
tau pun bila mamaZN cerita atau tunjuk video
tapi kali ni alhamdulillah papaZN dapat tengok semua tu
baby zaed memang anak manja papa nya pun ;)

alhamdulillah baby zaed pun memang anak yang baik
senang menjaganya
macam-macam akal dah dia ni, hehe..

mama & papa sentiasa mendoakan 
jika diizinkan Allah, moga-moga baby zaed dipanjangkan usia
membesar dengan sihat, kuat dan disenangi ramai
moga jadi anak yang soleh & baik dengan ahli keluarga
moga sentiasa dirahmati Allah dan berjaya dunia akhirat
in shaa Allah, bakal tahfiz besar sok ni ;)

terima kasih sebab hadir dalam hidup kami
mama, papa, abang & kakak sayang sangat-sangat-sangat kat baby zaed

22 Mei 2016

Ke Aeon Mall Shah Alam | Shopping Pra-Raya ZakwanNayliZaed :)

puasa pun belum ye?
dah sebuk nak beraya, kuikuikui :P

bila anak dah bertambah
jangan harap la nak tangguh-tangguhkan kerja
asal ada waktu lapang sket settlekan trus, senang
kalu tak nanti, mula kerja pun bertambah
huhu!

senang takyah pikir-pikir dah
nak kuar time bulan posa? nehi, nehi..
perangai 2 orang pun dah bikin mak ko ijo
ni kan pulak nak tambah perangai lagi 2 orang? (termasuk apaknya hihihi)
baik takyah..

tahun ni baju raya (baju kurung/baju melayu) sume recycle je
kecuali zakwannayli la..
makpaknya memang takde beli baru
mana yang elok, muat, bleh dipakai, pakai je
mana x muat, ganti je kain atau bajunya
mix & match gitu
takde istilah tema tahun lepas dah kaler ni,
tahun ni kaler lain plak.. takde
memang pakai je mana ada..
dengan zaed, zaed skali pakai baju recycle abang dia, hehe

sabtu baru ni gi aeon mall shah alam
dengan misi nak settlekan baju raya kasual dorang
memang dah list kan dah awal-awal

sebenarnya konfius..
nak pegi aeon bukit tinggi ke shah alam?
papaZN kata gi shah alam la, bukit tinggi dah biasa sangat pegi
ok la, saya yang menurut perintah..
lagipun, tak explore lagi keseluruhan aeon mall shah alam ni

kul 10 pagi kitorang dah sampai
pintu aeon x bukak pun lagi, haha!
tu pun dah ramai kome, yang perangai cam kami, hihihihi...

sebab memang dah plan kan
so trus tuju h&m ngan brands outlet
settle sana baru terjah jusco
tak syok la.. tak banyak pilihan :(
rasa nyesal plak g aeon mall shah alam
minggu depan ajak pi aeon bukit tinggi plak ar ;)

sebenarnya baju-baju raya kasual depa settle dah
hihihihi...
biasa la mak nya, ada aja yang teringat-ingat :P
selagi x beli selagi tu dok teringat, haha!

gambo tengah shopping takde
mak sebuk shopping, apak sebuk jaga anak :P

18 Mei 2016

Nayli's School Trip | Pegi Zoo Negara! :)

sabtu yang lepas kakak nayli ikut trip skolah
pegi zoo negara
dari awal bulan 4 cikgu dah bagi surat
sejak tu jugak la kakak nayli asek pujuk
'nak pegi, nak pegi, nak pegi'
jenuh mak mendengo nya, huhu!

bukan apa, rasa macam kecikkk je lagi
nak pegi trip-trip ni..
mana nak makan lagi, mana nak gi toilet lagi
dah la kakak nayli takleh kalu tak makan nasi
ni nak tunggu sampai kul 5 baru dapat nasi
riso le jugak
tapi mamaZN ada bawakkan bekal
nugget n sosej as per requested by kakak nayli

janji 7.30 pagi bertolak
akhirnya kul 8.30 pagi jugak gerak
hmmm... no komen
ksian kat budak-budak je

sementara kakak nayli g zoo
mamaZN gi trip lain jugak, haha!
trip mencari lauk basah :)
biasa la, mak-mak ni.. tempat camtu pun dah meroyan dibuatnya kikiki

balik dari beli lauk, masak utk lunch
then kul 3 kluar balik gi setia city mall
hajatnya nak mencari baju raya (kasual)
untuk zakwan
tapi nan ado yang berkenan, huhu..
nanti la weekend ni cari lagi kat tmpt lain

pastu mamaZN nak gi kaison jugak
nak cari wallpaper, ada projek deko-deko sket kat umah haha!

kejap je shopping, kul 4.30 dah kene gerak balik
nak tunggu kakak nayli kat skolah
plannya sampai kul 5
tapi kul 5.30 jugak sampainya..
biasa la, kl kalu petang mesti jem punya
paham la kan..

balik tu, rasa excited sangat nak jumpa kakak nayli
nampak je muka dia turun bas trus mamaZN peluk huhuhu!
macam dah lama x jumpa plak ye? hihihi

macam2 mamaZN tanya, itu la, ini la,
tapi kakak nayli jawab sepatah, sepatah je
okeh la, mak paham.. anak penat
mak plak teruja lebih hukhuk
takpe kasi chance kat kakak nak rehat
nanti pandai la dia cite sendiri kan? :)

balik tu sampai umah kul 6 suku
siap2 mandi suma, tup-tup aikkkk..!
dah tido dah dia... penat sangat
makan malam pun x sempat :(

esoknya memang kitorang bersedia je
dengar kakak nayli citer pengalaman dia
alhamdulillah, kakak nayli happy
mak dia yang riso tak bertempat huhu..!

p/s : gmbr kat zoo memang nan ado. malas nak tanya cikgu T___T

16 Mei 2016

Selamat Hari Guru!

SELAMAT HARI GURU
ya... kepada anda-anda-anda semua
yang bergelar pendidik :D
korang memang ohsem!
tak kira apa jua keadaan, tetap berusaha
untuk mendidik anak bangsa hingga berjaya
moga trus sukses! :)

zakwan & kakak nayli ada sambutan hari guru arini
dah siap-siap hadiah untuk cikgu-cikgu yang mengajar
tahun ni mamaZN sediakan jam ikea & custom fridge magnet
siap letak nama dan kelas depa hehe
yang jam & fm bagi pada cikgu kelas
fm sahaja bagi pada cikgu-cikgu matapelajaran
moga cikgu sudi menerimanya :)

apa la sangat yang ada pada harga barangan..
mahal ke, murah ke
apa yang penting ia sebagai tanda ingatan
buat cikgu-cikgu yang dah membantu ibubapa mendidik anak-anak kita, kan?
rasanya cikgu-cikgu tak kesah pun
kalau ada anak murid yang tak bagi apa-apa (ke ada yg kesah? hihihi)
cikgu-cikgu lebih bangga kalau anak didik mereka berjaya dalam hidup
kan? kan? kan? :)

saje la buat anak-anak hepi sket
sesambil tu ingatkan jugak pada zakwannayli ni
kena belajar rajin-rajin
kena ucap terima kasih kat cikgu
sebab cikgu dah ajar kita kat sekolah

untung jadi cikgu ni
walau dah pencen, dah veteran
pangkat cikgu tu tetap diguna hehe...
macam atokZN, pegi mana-mana orang mesti panggil cikgu midi :)
(tapi atokZN bukan cikgu sekolah pun, hihihi...)


12 Mei 2016

Berangkat Ke Yaman | Selamat Menuntut Ilmu

semalam anak sedara papaZN
selamat berangkat ke yaman
menuntut ilmu di negara orang
alhamdulillah
mengikut jejak abang nya 2 tahun lepas

mamaZN & zakwannaylizaed x dapat ikut hantar ke klia
sebab zakwan tengah exam sekarang ni
papaZN je wakilkan kami

didoakan moga dipermudahkan segala urusan beliau
belajar rajin-rajin, jaga diri baik-baik
moga sentiasa dilindungi Allah swt
banggakan ibu ayah yang dah banyak berkorban

panjang umur murah rezki
in shaa Allah kita ketemu lagi 8 thn akan datang
jika diizinNya...

p/s : sedih plak rasa... tapi dalam masa yg sama sangat bangga. moga jadi contoh pada zakwannaylizaed

08 Mei 2016

Jadi 'Personal Shopper' Barang IKEA Di Hari Ibu :)

semalam hari ibu
sambut?
takde sambut pun
wish?
takde sape wish - wish diri sendiri jek
hahaha! cam ksian jek ye, heee..

cuma papaZN ikutkan je kehendak mamaZN nak menyoping semalam, kikiki
tq pa! i lebiu!

memang dah lama survey nak beli barang kat ikea
kebetulan adik ipar kesayangan pun ada nak mengirim
aihhh, takkan la kita nak kata tak boleh kan?
mamaZN suka aja, hehehe
bagi sokongan pada yg nak deko-deko umah :)
berangan beli untuk diri sendiri kekdahnya
walau tau takkkkk pun haha! :P

dah alang-alang nak gi ikea tu kan
saje la tanya-tanya pada jiran setaman kat grup wassap
kot-kot ada yang nak mengirim jugak :)
amik peluang nak beramah mesra dengan jiran katanya
selama ni senyap je dalam grup wassap tu, hihihi...

ada jugak la 4-5 orang yang mengirim
takde mintak upah apa pun
sebab niatnya nak tolong je
dah kebetulan memang nak gi ikea kan
ok la tu
sesekali buat amal jariah, heee

seronok dan hepi bukan main!
puas rasanya, muahahahah!
walau belikan untuk orang lain,
tp puas dia macam beli untuk diri sendiri, kahkahkah!
memang betul-betul terapi
terapi minda, mata, poket jugak! :P

dalam seronok-seronok tu, gigil gak tangan
sebab nak membayo lebih rm1k! huwaaa
tak penah-penah soping sampai camtu skali, hehe

tq anak-anak sebab behave
tq pa sebab layan kerenah makZN ni hihi

in shaa Allah next trip ke ikea
mamaZN nak pegi lagi awal bulan depan
ha, ada sesapa nak kirim gak tak?
kekekeekek :P

05 Mei 2016

Kenduri Kahwin 4 Beradik | Serentak :)

ahad 1 mei aritu kami ke kenduri kawen adik ipar
kata senangnya majlis bertandang la heee..
belah pompuan (belah adik papaZN) dah buat bulan 8 thn lepas
ni belah lelaki nya plak, kat ipoh
serentak sekali dgn adikberadik pihak lelaki
ada 4 pasangan sumenya

kami konvoi 4 kereta dari teluk intan
gerak kul 11, kul 1.30 sampai tmpt kenduri
makan-makan, sembang-sembang, rehat-rehat, amik-amik gambo, hehehe..
kul 3 lebih gerak balik teluk intan
masa pegi terasa lama, bila nak balik..
aikkk cepat plak sampai, haha!

rare kan? 4 pasangan pilih tarikh majlis yg sama ;)
sampai masuk suratkhabar kisah depa
sinar harian ada, harian metro pun ada
heee..
kenangan terindah tu :)

_____________

alhamdulillah, sepupu zakwannaylizaed
selamat dilahirkan 3/5/2016 yg lepas
baby girl
pasni bleh celebrate dgn zaed sbb sama bulan mei :)
baru je makpak masuk paper, esoknya anak plak lahir hehehe..
alhamdulillah berganda rezkinya :)
tahniah adik ipar & husbandnya
selamat menempuh alam baru :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...