29 Mac 2016

Naik Menara Condong Teluk Intan :)

last week kami balik kampung
ada kenduri kat umah kampung papaZN
kenduri ari sabtu
tapi rabu malam dah gerak balik
no katering-katering, so balik awal
papaZN nak tolong sembelih & melapah lembu ;)

disebabkan papaZN bz rewang
mamaZN & kids dok umah atoknenekZN
payah nak tolong bila ada budak kecik ni
asek nak melekappp jek kerjanya kang
so, moh la kita... takyah susahkan papaZN

atoknenekZN plak rajin bawak gi berjalan
breakfast roti canai kat kedai depan ofis atokZN
pastu beli barang zakwan jap kat kedai tokong
atokZN bawak plak bebudak ni gi perpustakaan awam
1st time mamaZN masuk walau lama dok teluk intan haha!
best, cozy, zakwannayli pun seronok
zakwan dah bagitau atokZN lenkali nak datang lagi
nak penuhkan buku nilam katanya :P

pastu zakwan kata nak tengok menara condong
nayli panggil menara senget, haha!
atokZN pun bawakkan la dema ni..
kalau dengan papaZN tah bila nak sampai
lalu depan menara jek la jawabnya hehe

dengan atokZN zakwan siap naik sampai tingkat atas lagi :)
seronok la budak tu..
masuk & naik atas menara tu free jek
nayli taknak naik, dia takut
jadiknya mamaZN pun x dapat naik jugak
sebab temankan kakak nayli

dari luar nampak cam banyak tingkat
padahalnya 3 tingkat je pun
ikutkan sejarahnya, menara ni dulu jadi tangki simpan air
sekarang dah jadi menara jam

25 Mac 2016

Jalan-Jalan Penghujung Cuti Sekolah

cuti sekolah dah seminggu berlalu
baru nak up pasal jalan-jalan time cuti
huhu!
mana semangat nak berblog ni menghilang daaa...

seminggu bercuti kami tak ke mana pun
syoknya tengok kawan-kawan pi dok otel
lagipun papaZN kerja, payah nak ke mana-mana...
dok umah je la kami berempat habiskan masa bersama
dorang buat perangai, mamaZN pun berbunyi nyaring, haha!
dorang ok, bergelak ketawa la kami
macam takde apa terjadi :P
perggghhh, ayat! haha!

okeh, sambung citer...
disebabkan kesian kat zakwannayli
dan jugak pada mak budak dan si kecik
papaZN ajak kami berjalan ari sabtu
sebelum cuti sekolah berakhir...

lokasinya kat area kl
sebab memang tak bajet pun nak bercuti jauh-jauh
so, kami plan nak buat kejutan pada zakwannayli
bawak pegi planetarium negara
since zakwan pun minat menda-menda camni
pastu gerhana matahari pun baru terjadi aritu kan
saje la nak expose dorang dengan dunia sains ni
hajat hati nak bawak ke pusat sains negara
tapi ditutup sementara waktu untuk renovation

bila sampai planetarium negara tu
excited la memasing, sampaikan apa yg pak guard inform pun kami iye kan aje
zakwannayli apatah lagi, seronok la
jenuh la angkat stroller bagai sebab tempatnya bertangga - tinggi plak tu!
sampai kat atas, kejutan plak buat makpak zakwannayli...
sebab?
sebab planetarium pun ditutup sementara untuk renovation!!!
waaa...! nape la tak inform kat website!
huhu...

bebudak dah sedih sebab tak dapat masuk
kami memang taknak bawak dorang tengok show
nak bawak tengok tempat pameran je
balik la kami dengan hampanya...

dan sangat la bernasib baik
sebab area planetarium ni banyak gak tempat yang boleh dilawati
contohnya
taman burung kl, taman rama-rama kl,
muzium polis, muzium tekstil,
muzium seni islam, arkib tun razak,
taman tasik perdana, tugu negara, etc.

jadiknya kami pilih muzium polis dan jugak tugu negara
sebab zakwan kata, dia nak belajar pasal sejarah plak
masuk muzium polis adalah free
kawasan kecik je, tempat pameran pun tak luas tapi banyak gak menda menarik
mamaZN tak dapat nak explore keseluruhan muzium
sebab terpaksa temankan nayli yang memang takut masuk muzium, huwaaa!
zakwan kena jalan ngan papaZN & zaed je

dah lepas ke muzium, kami ke tugu negara jugak
seronok gak pegi tugu negara ni
1, selama 34 tahun, ni la kali pertama papaZN jejak tengok sendiri tugu tu
2, semangat dan rasa dia lain macam sket bila datang tempat camni
rasa bangga, sebak, bertuah, happy,
macam-macam la..!
ke, mamaZN jek rasa camni? haahhaah!

dah lepas bergambo sket-sket
kami pun balik
memang tak lama pun
panaih berdeting!
nasib bawak payung dan bekalan air

satu pengalaman yang menyeronokkan!
bercuti tanpa keluar kan $$$ yang banyak
tapi dapat 3 lokasi sekaligus :)
kalau tak penat, mau je kami jelajah semua tempat yang menarik kat kl
tapi apakan daya...
hehe

okeh, pasni bleh terjah tempat lain plak ;)

14 Mac 2016

JJCM | Makan Nasi Manggey @ Warung Kita, Kapar Klang

kan dah kata macam biskut
kejap ada kejap takde
ni baru ada..
seminggu takde sebab bebudak cuti skool
tapi tak ke mana pun, dok umah je
melayan depa la sampai blog pun bersawang! :)

nak citer pasal jjcm la!
aritu lepas balik tengok movie boboiboy
kami trus balik umah, takde jenjalan dalam mall
otw balik, singgah 1 kedai yg femes gak la..
nama kedainya WARUNG KITA
sebelum ni kedainya di sungai buloh
tapi sekarang dah ada kat klang, yeay!
dekat sket dan bleh selalu ke sana :)

kalau kat sungai buloh, depa kata beratur panjang!
kat sini sebab tempat baru beratur tak berapa panjang lagi, hehe
tengok la nanti, bila ramai dah suka datang sini ;)

dia punya 'bintang' kat sini adalah nasi manggey
apa tu nasi manggey? ada kawan bagitau sebenarnya nama dia 'nasi memanggil' :)
nasi manggey ni sebenarnya nasi berlauk
kedai tepi jalan kat jalan bandar bukit raja
dari jalan besar nampak dah
sebab signboard dia besar! :D

suka suasana kedai dia
lapang, pencahayaan bagus, selesa
tak suka masuk kedai tapi gelap
takde mood nak makan!

konsep kedainya ni self service
takde waiter waitress
nak makan pi kaunter makanan area luar
nak minum pi kaunter minuman kat dalam sekali ngan cashier

nasi manggeynya memang dibungkus
makan situ dia bungkus, nak tapau ofkos la bungkus kan
pastu kuah campur nasi
yang bestnya, walau tapau, walau kuah dah bercampur
nasinya tetap tak 'kembang', tetap tak muak
macam makan kat kedai jugak
bagus betul!
menu yang ada nanti tengok kt gambo ek :)

ok, minuman plak, kena try coconut shake dia
perghhhhh! memang cenggini sedap dia!
pastu lagi 1, air kelapa
uniknya kena minum dalam baldi kecik, hehe
comey!

harga makanan dan minuman sangat berpatutan dengan servis dan rasa

bleh pi lagi pasni :)
waktu operasi kedai dari jam 7am-7pm


JJCM | Restoran Seri Keningau, Meru Klang

okeh, jom citer pasal jjcm lagi hehe

malam bila tah, yang pastinya weekend la kan
kami gi jalan-jalan cari makan kat meru, klang

restoran pilihan kali ni : restoran seri keningau, meru klang

kedai menarik
pencahayaan cukup
mamaZN x gemor makan candle light dinner ni
gelap! x nampak makanan, haha!

ada surau sendiri
ada ruang parking sendiri jugak
jadi takde masalah la kot kecuali kalau parking penuh hee
ada gak la inisiatif dorang utk selesakan pengunjung :)

selalu sangat lalu kat newsfeed fb
pasal menu utamanya : nasi kapal karam
nampak menarik!

tapi bila sampai, tak order pun nasi kapal karam tu, hehe
sebabnya menu tu sesuai utk 4-5 orang
zakwannayli konfem tak berapa makan sangat
lenkali jek try

kami order nasi goreng daging merah,
chicken chop utk zakwan,
nasi goreng cina utk nayli,
nasi goreng seri keningau utk mamaZN

order sume sampai kecuali mamaZN punya
sedihhh!
bukan tak tanya, dah tanya dah
tapi still 'kejap ye, kejap ye'
sampai ke sudah tak sampai-sampai
last-last cancel jek la :(
share jek makanan dengan zakwan n nayli

tu cuma segelintir nya la
memang bukan rezki kami agaknya malam tu
kami pun faham, kedai dah femes
sure sentiasa ramai orang
waiter & waitress pun tak menang tangan dibuatnya
takpe, its ok :)

overall,
kedai ok, makanan ok
servis pun ok actually
cuma bukan nasib kami je kot malam tu

boleh makan situ lagi :)

Masak-Masak | 1st Time Buat Laksam, Yummm!


tepuk bahu sendiri, hihihi..

masa preknenkan zaed, ngidam nak makan laksam
mencari la mana sedap, x jumpa
akhirnya, bila zaed dah umo 4-5 bulan baru dapat makan
lepas dah rasa ngidam haha! layannn

ni tetibe teringin nak makan laksam jugak
tapi malas nak gi beli
terasa macam nak buat sendiri
google-google, cari resepi paling mudah
mari kita cuba buat! :)

utk 1st timer, bila menjadik rasa bangga la jugak haha!

ni resepi mudah masak laksam
yang mamaZN guna

a) untuk kuah
-3 ekor ikan sardin (saiz besar) rebus
-kopek2 isi ikan, kisar kasi hancur (kisar guna air rebusan ikan tadi)
-tulang jangan buang, kisar jugak pastu tapis amik airnya
**maksudnya part ikan ni 2 kali blend ye
-blend bawang merah, bawang putih, belacan
-masak dalam periuk
- campurkan air rebusan dan isi ikan yang dikisar tadi
-gaul sampai mendidih
-perasakan dengan garam dan gula
-masukkan asam keping
-masukkan santan

okeh, kuah dah siap! :)

b) untuk kuey teow
-3 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-sedikit garam
-5 cawan air (3 cawan daripadanya air mendidih)

-gaulkan semua sehingga sebati
-sementara tu panaskan kukusan
-sapukan penutup periuk/pinggan dengan minyak masak
-letak 1 senduk campuran tepung
-kukuskan selama 3-4 minit
-bila dah siap, lalukan belakang penutup periuk/pinggan pada air paip, kasi sejuk
-gulung perlahan2
-buat sampai bahan campuran tepung abes

okeh, kuey teow dah siap!

untuk sambal nya pulak
tumbuk cili padi, cili merah, belacan, gula
pastu perahkan sikit dengan limau

ulaman bleh la letak kacang panjang & kobis yg dipotong halus

ni resepi amik dari google
tak ingat plak dari blog mana
pastu mamaZN pun tak sure
sama ada ini resepi original ore kelate ke
yang pasti sedap sangattttt..! :)
macam nak makan lagi, haha!

Movie Time! | Boboiboy The Movie Best Giler!

tenggelam timbul tenggelam timbul
mak zakwan sorang ni
apa nak buat, minggu lepas zakwan exam
tumpu pada dia lebih sket la
takde citer nak share pun iye jugak, hihihi

dah janji dengan zakwan nak tengok movie
tapi kena abes peksa baru bleh tengok
zakwan menunggu dengan kesabaran je la
bila kengkawan kat skolah dok bercerita pasal movie ni
ksian dia, hehe.. tahan skettt ye :)

ahad lepas pagi-pagi dah bangun
kalau tak, liat bebeno
waktu tayangan kul 10.30 pagi
memang amik yg paling awal
sebab time tu depa ni fresh lagi
kami tengok kat setia city mall

ramai kot orang! terutamanya bebudak la kan
sume pun excited nak tengok boboiboy the movie
termasuk la zakwannayli

sementara tunggu 10.30pagi tu
layan zaed berjalan
amboi, dak ni.. dah dapat kaki kemain lagi dia!

panggung penuh!
suara bebudak je kedengaran, haha!
kami amik seat belah atas dekat dgn pintu
kot ada emergency zaed nangis ke
senang sket nak kluo, hehe

citer best?
best sangat! 5 bintang!
kagum kot, animasi taraf international!
tak sangka sangat anak malaysia bleh buat filem animasi camni
cun abes!

sape belum tengok pi la tengok :)
anak-anak sure suka punya la :)

p/s: nak amik kesempatan, mintak tolong kawan2 doakan yg terbaik buat sahabat kita sue ibu kepada syawal, izz dan mirza firash. kita doa sama-sama moga anaknya diberi kesembuhan dr sebarang penyakit.. ameennn...

02 Mac 2016

Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2017 & 2018

pendaftaran sekolah rendah tahun 1
sesi 2017 & 2018 telah pun dibuka
bermula 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016
ini adalah untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2010 dan juga 2011

pendaftaran boleh dibuat secara online
di : https://public.moe.gov.my

selepas daftar secara online
hendaklah ia diPRINT dan dibawa ke sekolah untuk sesi pengesahan
dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :

Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
Kad Pengenalan Ayah dan salinan
Kad Pengenalan Ibu dan salinan
Sijil Asal Nikah dan salinan
Bil Api/Air/Astro dan salinan

pastikan dokumen yang dibawa
adalah dokumen asal berserta salinan fotostat

pastikan juga pihak sekolah cop belakang surat beranak sebagai  pengesahan penempatan

p/s:
kakak nayli baru jek masuk tadika
dah kena daftar untuk darjah 1
apa ke cepat bebeno kamu membeso ni?!
huhu...
sebak plak mak dibuatnya...

Wordless Wednesday : Menang Contest Chef Brian (Masterchef)

lama tak menang contest
akhirnya ada jugak rezki ceq, hihihi ;)
kemenangan pertama di tahun 2016, haha!

hadiahnya buku resepi 'selera masakan kampung'
free kot! sapa nak kasi free-free gitu ja kan?
alhamdulillah...

moga lebih rajin memasak pasni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...