15 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade : Negeri Di Bawah Bayu, Tunggu Aku!



TRAVELOKA kata, ‘U Need A Holiday Lah!’

Ehhh...?! Macam tau-tau sahaja,  
Bagaikan ahli nujum pula,
Mana tau kami memang perlukannya?
TRAVELOKA sangat bijak meneka :)

Memanggggg...! Memang sangat memerlukan holiday tika ini, huwaaa! TRAVELOKA, please... Tolong realisasikan impian kami!

Akhir tahun kebiasaannya memang busy. Busy dengan rutin harian yang sedia ada. Bertambah pulak anak-anak dok kat rumah sempena cuti sekolah ni. Baru nak rehat, dah jerit nak makan. Baru nak bersandar, jerit lagi, ‘lapar!’. Haihhh, mama makan korang karang, nak? 

Tu baru hal anak-anak kat rumah. Belum lagi cerita pasal persediaan nak masuk sekolah. Semuanya kena siapkan. Buku, baju, kasut, alat tulis, etc. Kalau settle awal, dapat la rehat awal. Selagi tak selesai semua, selagi tu la mak stress sebab memikirkan banyak benda. Mana taknya, bila dah beli buku kena la balut. Bila dah beli baju kena la basuh dulu dan gosok. Berganda-ganda kerja mak jadiknya. Belanja $$$ pun usah dikenang, double triple tu memang dah tentu la bila hujung-hujung tahun macam ni. Mak STRESS! Hmmm.....

Yes, I Need A Holiday!
That’s why la MamaZN sangat-sangat-sangat memerlukan percutian! Merehatkan minda, mencari ketenangan, lari dari rutin kebiasaan buat seketika. Dapat 4-5 hari ok la kan? =) Tapi tu la, terpaksa la menabung semula, sobs sobs. Bila dah kena menabung tu, makan masa la jawabnya. Ntah bila pulak dapat pergi bercuti tu, huhu! TRAVELOKA, anda memahami bukan perasaan MamaZN ni? winkwink!~ ;)

Dah lama MamaZN pasang angan-angan. Teringinnn sangat nak bercuti ke SABAH dengan keluarga tersayang. Mesti ada yang tanya, ‘kenapa taknak pergi oversea?’ Jawapan MamaZN senang jaa ;)
Memang betul bagai dikata,
Jauh perjalanan luas pandangannya,
Tapi yang dekat usah dilupa,
Kerana yang di sini tiada kurangnya,
Keindahan luarbiasa masih boleh dirasa,
Tetap menjadi kebanggaan sepanjang masa...

Pastu, ‘kenapa mesti SABAH?’ Ini jawapannya ya, eceh!
Sabah, destinasi impian di hati,
Banyak tempat boleh dilawati,
Sejarah ditinggal untuk dipelajari,
Tidak lupa uniknya geografi,
Indah dengan pelbagai kaum dan etnik,
Gunung tertinggi dan pulau yang cantik,
Terkenal dengan seafood dan mutiara,
Flora dan fauna masih rapi dijaga,
Ingin mengambil kesempatan yang ada,
Pengalaman baru buat kami sekeluarga...

Amacam? :)

Jangan tak tau, MamaZN dah siapkan itinerary seandainya kami berpeluang ke SABAH, haha! Advance kan? =P Angan-angan tu percuma. Dengan harapan ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti (betul tak TRAVELOKA? =P) Meh MamaZN share kan ye, hehe... 



1. HARI PERTAMA


  • Tiba di Kota Kinabalu dan teruskan perjalanan ke Kundasang
  • Dalam perjalanan, singgah ke Rumah Terbalik & Jambatan Tamparuli 
Rumah Terbalik – rumah unik yang pertama di Malaysia di mana bumbungnya  di sebelah bawah dan lantainya berada di atas. Lokasi menarik untuk yang suka bergambar ;)
  • Check in di hotel pilihan (semestinya menerusi TRAVELOKA)




2. HARI KEDUA







  • Memulakan misi lawatan sambil belajar :)

Kinabalu Park – lokasi permulaan bagi para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia! Sekiranya bernasib baik, kita berpeluang melihat puncak gunung dari taman ini sahaja. Seronoknya! 

Desa Cattle Dairy Farm – lokasi seakan berada di New Zealand! Tarikan utamanya adalah dapat melihat secara live pertenakan lembu dan berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti belajar cara memerah susu lembu dan bagaimana susu segar diproses. Pengalaman berharga untuk anak-anak! 

Tagal Luanti  (Fish Massage) – tagal bermaksud tidak boleh memancing (dialek Kadazan Dusun) dan Luanti pula merupakan nama kampung di mana lokasi fish massage ini berada. Ikan kelah adalah ikan yang telah dilatih khas untuk memberikan urutan pada kaki anda. Menarik! 

Pasar Kundasang / Pasar Nabalu – cuci-cuci mata melihat jualan orang tempatan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar yang adakalanya tidak pernah kita temui di Semenanjung. Terdapat juga cenderahati yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan 

  • Bergerak balik ke Kota Kinabalu dan check in hotel pilihan (semestinya menerusi TRAVELOKA





3. HARI KETIGA

  • Island hopping, yeay! 
Pulau-pulau yang sangat popular dengan kecantikannya. Tak sabar nak melakukan aktiviti air seperti snorkelling dan berkelah serta menikmati keindahan dasar laut. Weee, tak sabarnya! 
  • Dinner : Jalan-jalan cari makan ~ seafood bebeh!



4. HARI KEEMPAT


  • City-sightseeing : jalan-jalan ronda bandar Kota Kinabalu 
Menara Yayasan Sabah - mercu tanda negeri Sabah 

Masjid Kota Kinabalu – senibinanya yang menarik, seakan-akan terapung di perairan 

Muzium Negeri Sabah – tempat penyimpanan artifak dan sejarah yang berharga berkaitan dengan Sabah. Memberi pelbagai maklumat berkaitan dengan masyarakat Kepulauan Borneo khususnya. Lagi ilmu untuk ditambah! ;) 

Pasar Filipina – destinasi untuk membeli barangan kraf dan cenderamata seperti mutiara, aksesori wanita, hiasan dalaman dan tshirt. Terdapat juga produk laut yang kering seperti ikan masin dan ikan bilis 

Pasar Gaya – hanya dibuka pada hari Ahad dan bermula seawal jam 8 pagi 

Pantai Tanjung Aru – santai di tepian pantai sambil melihat matahari terbenam. Romantik! =P

Sambil menaip, sambil berangan, 
Seolah-olah sedang berada dalam percutian idaman 
Penuh dengan aktiviti tapi sangat menyeronokkan! 
Banyak pengalaman baru yang bakal kami simpan

TIPS untuk yang suka pergi bercuti. Seeloknya sediakanlah 1 itinerary dalam setiap percutian. Ia berfungsi as a guidance supaya dapat membantu kita menguruskan masa. Perancangan ad-hoc atau free & easy pun boleh je, tak menjadi masalah. Cumanya percutian kita akan lebih tersusun dari segi masa & perancangan lokasi. Terutama sekali untuk destinasi yang sememangnya banyak tempat yang menarik untuk dilawati seperti negeri SABAH. So, harapnya itinerary MamaZN ni sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan yang lain jugak (yang belum pernah pergi la ye, hihihi...) Marilah sama-sama kita pasang impian untuk ke SABAH, yeahhh! 


Dan begitulah cara yang akan kami lakukan sekiranya berpeluang untuk pergi bercuti ke destinasi idaman - #MyTravelokaEscapade : SABAH :) 


Dari tadi asyik sebut TRAVELOKA, TRAVELOKA je. Apakebenda tu? Haaa... kalau nak tau, TRAVELOKA ni merupakan laman web ‘1 stop centre’ yang memudahkan urusan holiday kita. Ia membantu kita untuk menempah tiket kapal terbang dan juga bilik hotel dalam 1 aplikasi yang sama dengan kadar harga yang lebih rendah dan sentiasa terdapat 'ongoing promo'. Nak tau apa promosi yang ada? Kenalah rajin-rajin layari websitenya :)

Senarai hotel yang ditawar, memuaskan
Harga yang dipapar, menguntungkan
Penggunaan aplikasi, memudahkan
Selesai semua, dengan hanya 1 jari ditekan 





Layari www.traveloka.com untuk info lebih lanjut atau download aplikasi TRAVELOKA dan kawan-kawan akan alami keterujaannya, yeay!






8 comments:

Fiza Rahman berkata...

Good luck.

el berkata...

nti kita pi sama2 eh ke sabah
hihihi
gud luck nad

Mar Mansor berkata...

wish u luck

Eliss Mie berkata...

wah ni entry kemenangan ni. lama tak baca blog. x dan..tahniah nad.

mummy_ayu berkata...

congrats!!!

Panjang Azhari berkata...

Tahniah nad

QasehnyaRania berkata...

akak... tahniah. akak menang ;)

Adlin Mohamad berkata...

tahniah !!! nak join la tapi tgk n3 nad perghhh panjang jugak erkk patut leh menang heehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...