01 Disember 2016

Beli Kasut Sekolah @ Warehouse Sale BATA

tadi pegi warehouse sale BATA
baru je mula hari ni.. :)
dah 3 tahun berturut-turut (sejak zakwan mula sekolah)
kami shopping kasut sekolah kat sini je

masa zakwan darjah 1 (beli kasut 2014)
dapat lagi kasut rm5/sepasang
tapi sekarang tak dapat dah huhu
abes trus stoknya kot, haha!

kali ni zakwan beli kasut hitam 2 pasang
dan kasut putih sepasang
pastu beli beg sekolah baru untuk sekolah agama
dah nazak sangat mamaZN tengok
so, total lebur : RM80 (RM20 setiap 1)

untuk hari pertama hari ni, apa yang mamaZN tengok
kasut sekolah semua pun RM20 sepasang
jenama bfirst.
tak kesah la kasut hitam ke atau kasut putih
jenis velcro tape ataupun bertali
jenis kanvas atau tak kanvas
semua pun RM20 untuk sepasang
pada mamaZN masih berbaloi untuk dibeli

macam tahun-tahun sebelum ni
zakwan memang tak pernah beli kasut ganti
itu je la yang dipakai sepanjang tahun
maknanya kualitinya bagus la kan
tapi depends gak pada si pemakai, hehehe
kalu elok jaganya, elok la kasutnya tu kan? :)
harapnya kalini pun bertahan sampai akhir tahun persekolahan...

bukan kasut sekolah je ada kat warehouse sale ni
kasut pompuan, kasut lelaki, sport shoes, kasut budak, kasut baby, beg, semua pun ada
elok-elok designnya. harga average RM20-RM30
nak murah lagi pun ada, tapi design kureng la sket
nak mahal lagi pun ada, macam brand primavera tu
tapi dah nama pun warehouse sale
maknanya masih murah dari kat kedai la kan? ;)
ok la, not bad jugak warehouse sale kali ni

pergi awal, banyak la pilihan saiznya
tapi jangan risau sebab setiap hari kasut akan ditopup semula
kadang tu design pun berbeza-beza setiap hari
contohnya, hari ni design ABC, esok design DEF plak
haaa gitewww :P
nampak sangat mamaZN selalu pergi warehouse sale ni kan? haha! :D

pada kawan-kawan yang jauh
kalu teringin nak datang sini meh la..
tapi better buat la kira-kira dulu
kot nanti bila campur tolak kos minyak, tol & makan minum
dah sama je harganya dengan kat tempat korang
tapi kalau tak kesah, no hal je :)
bleh jalan-jalan lajak sampai ke jeram
pekena seafood kat aroma ikan bakar, hehe

tapi pada kawan-kawan yang berdekatan
sila la terjah - jangan lepaskan peluang! ;)

info sale
mula : 1/12/2016-2/1/2017 (9.30pg-7.30mlm)
wa

4 comments:

el berkata...

awalnya dah beli baguslah
iols ni tgu hujung tahun

♥♥ Cik Nur ♥♥ berkata...

minggu lepas pun bata ada buat sale kat IOI Mall Puchong...

Azura Aziz berkata...

ohh murah yer. nnt nak terjah lahh. tq nad for info ;)

Chekgu Azrine berkata...

Berbaloi bg akk even jauh sbb anak ramai..kasut sorang 4psg...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...