14 September 2016

Cerita Hari Raya Korban #familiZNZN

stop jap citer pasal langkawi
nak citer pasal raya haji jap hehe
blog pun dah lama terbengkalai nampaknya ni huhu

ahad pagi lepas bekfes kami bertolak balik kampung
jalan clear takde jem
bertolak kul 10, sampai kul 1
singgah kedai mi rebus mastan ghani dulu - lunch
pastu baru balik umah :)

raya kali ni kat belah famili mamaZN
memang sempoi, biasa-biasa je
pagi isnin tu tolong masak-masak sket
no ketupat, lemang, rendang bagai
ada nasi dagang, nasi arab, nasi goreng haha!
alhamdulillah syukur dengan rezki yang ada...
aunty yaya x balik, beraya kat shah alam
so, mamaZN & aunty wawa je la ada

pagi lepas solat raya pegi bawak budak-budak ni tengok sembelih lembu
tumpang tengok je la huhu
sebab kami takde buat korban
atokZN plak buat korban di Kemboja
zakwan x nak ikut, kakak nayli dengan zaed je la huhu

kemain seronok zaed, tak takut plak tu
lagi dia nak ke depan tengok dekat-dekat ada la..
sabo je la budak ni :D

petang lepas zohor kami balik kampung papaZN plak
almaklum, dekat kan.. dalam sehari bleh pegi 2 kampung hehe
kat kampung papaZN seronok sket
sebab adikberadik papaZN ramai
makanya sepupu2 zakwannaylizaed pun ramai la jugak
seronok la depa main sama

selasa kami dah balik klang
papaZN amik cuti sehari je
jalan dah start banyak kete tapi masih smooth
tu je la citer raya kami huhu
cam bosan je kan? haha!

balik dari kampung 1 famili dah srott, srott, srott selesema
mamaZN plak dah rasa macam nak demam ni
esok nak shortvacation
harap larat dan diberi kesihatan yang baik

atokZN selamat berlepas ke Kemboja semalam
balik jumaat nanti
moga dipermudahkan urusan atokZN di sana
dan selamat kembali ke Malaysia nanti

3 comments:

idzwa kamaruddin berkata...

Best best :)

el berkata...

meriah raya uols
baju nely tu sama ngan baju anak2 dara iols
tp smpai skrg x pakai
tebal sgt..risau budak2 tu rimas ekekeke
rasa nak letgo je lah

LYAfrina berkata...

comeynya nayli bertudung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...