15 Ogos 2016

Tempat Makan Best Di Teluk Intan, Perak

hahaha..! tetiba nak promote tempat sendiri :P

sebenarnya kat teluk intan memang banyak tempat makan best-best
dari makan untuk sarapan, tengah hari sampai la ke malam
antaranya kalu untuk sarapan
ada nasi lemak 6kupang (60sen) kat pasar besar, nasi lemak padang speedy, roti canai pak andak kat medan mak intan, roti canai pak din kat pekan baru, roti canai sebelah bgnn koperasi bekas polis dan banyak lagi

kalau untuk makan tengah hari & petang plak
ada banyak tempat yang jual nasi dengan lauk campur
dekat sebelah bank rakyat ada, dekat city mewah depan sekolah sultan abdul aziz ada
takpun bleh try nasi lambai, nasi krishnan atau mi rebus mastan ghani
yummm! lapo! haha!

kalau nak citer banyak lagi la tempat makan best
apam balik malindo, cendol, gado-gado, sate, etc.
yang bezanya tekak memasing
kita kata sedap, tak semestinya orang lain kata sedap jugak
yang pasti kena la rasa dulu :D

tapi cam kami ni bila dah balik kampung
payah sket la nak jjcm
dah tu, makan kat umah lagi syiokkk haha!

kebetulan balik kampung aritu ada masa sket nak jjcm
sarapan kami pi makan roti canai kat kedai seberang bangunan medan mak intan, sebelah bangunan koperasi bekas polis, sebelah tapak gerai jual buah jugak
haaa... kalu x jumpa jugak xtau la
banyak landmark dah bagi ni haha!

sini roti canai dia memang sedap!
kalu ada peluang, memang nak sarapan kat sini je
bukan ada roti canai je, ada jugak makanan lain macam nasi lemak, bihun goreng, etc

pastu tengah hari tu kami pi makan nasi lambai
haha! kenapa namanya nasi lambai?
haaa ni la sejarahnya...
dengor citer, orang kedai ni selalu melambai-lambai panggil pelanggan
yang baru tiba dari seberang sungai
ajak makan kat kedai depa
dulu takde jambatan
orang naik bot nak datang teluk intan
kedai makan ni pulak letaknya tepi sungai
haa gitu la kesahnya..
ala-ala nasi kandar, sedap!

bila nak jjcm kat tempat sendiri memang payah sket la
kena pandai cari peluang dan masa
ate, makan di rumah lagi best, ye dok? haha!
meh kome, datang teluk intan :)

4 comments:

adarnadzmie berkata...

nampak sedap ye menu dr Teluk Intan... x pernah sampai lagi ke san...insyaallah...

eima berkata...

kalau lalu ke teluk intan tu boleh la mencuba ... mmg best ni

LYAfrina berkata...

hehe..mkn kt rmh lg best...tp sesekali nk jgk tukar angin..gantung kuali..hehe

Fiza Rahman berkata...

Kalau balik perak balik Kg Gajah jer. Tak der nak berjalan sangat. Wah... Nasi lambai pon hado yerp ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...