18 Julai 2016

Perginya Seorang Sahabat... Alfatihah


genap 2 minggu dah... :'(
_______

ahad 2 minggu yang lalu
papaZN dapat berita yang cukup mengejutkan
daripada kawan seratas kami jugak
yang mengatakan sorang lagi kawan kami telah kembali ke rahmatullah

Allah..! :'(
innalillahiwainnailaihirojiun...
pagi tu trus takde mood nak buat apa-apa
nak beraya apatah lagi =/
meremang rasa...
menggigil taip wassap nak bagitau kawan-kawan lain
pagi tu papaZN ikut pegi ziarah arwah kat jalan klang lama
mamaZN tak folo.. jaga zaed kat umah

papaZN agak rapat jugak dengan arwah
sama-sama 1 dorm
sama-sama kat seratas dari form 1
banyak susah senang depa rasa bersama sedih gak nengok papaZN

arwah baru kawen
tinggalkan isteri dan seorang anak yang belum pun 1 tahun
moga isteri arwah tabah hadapi dugaan
dan kuat untuk hari-hari mendatang

secara peribadinya antara arwah dengan kami
arwah sangat membantu masa papaZN eksiden kat putrajaya dulu
bab insurans n repair kete suma
semua dia yang tolong settlekan
arwah memang sangat baik

penah kami car pool dengan arwah dan sorang lagi sahabat
pegi kenduri kawan seratas kitorang kat tronoh
lama dulu.. 5-6 tahun lepas
seronok dengan arwah, hepi sokmo ja

papaZN penah dapat wassap dari arwah
mengatakan yang dia bersyukur sangat
lepas beberapa bulan tak missed dari buat infak
arwah dan isteri dimurahkan dengan rezki anak
(papaZN ada tubuhkan grup wassap infak sebelum ni utk disumbangkan pada sekolah tahfiz)
syukur alhamdulillah... seronok sangat dia citer kat papaZN time tu
#powerofsadaqah kan? :)

tu la sedikit sebanyak kenangan manis kami dengan arwah

moga tenang dan damai di Sana wahai sahabat yang baik
yang sentiasa menyenangkan hati orang sekeliling
rehat lah daripada urusan dunia..
moga rohMu di tempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman

alfatihah...
:(

5 comments:

eima berkata...

TAKZIAH UNTUK PAPAzN DAN KELUARGA ARWAH SEMOGA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN INSHAAALAH

Eliss Mie berkata...

Al Fatihah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

idzwa kamaruddin berkata...

takziah..semoga isteria arwah kuat hadapi dugaan ini

mama tisya berkata...

alfatihah utk arwah

Rizziela berkata...

Al Fatihah.. memang terasa bila kehilangan sahabat yg rapat dengan kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...