02 Mac 2016

Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2017 & 2018

pendaftaran sekolah rendah tahun 1
sesi 2017 & 2018 telah pun dibuka
bermula 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016
ini adalah untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2010 dan juga 2011

pendaftaran boleh dibuat secara online
di : https://public.moe.gov.my

selepas daftar secara online
hendaklah ia diPRINT dan dibawa ke sekolah untuk sesi pengesahan
dokumen-dokumen berikut perlu dibawa bersama :

Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
Kad Pengenalan Ayah dan salinan
Kad Pengenalan Ibu dan salinan
Sijil Asal Nikah dan salinan
Bil Api/Air/Astro dan salinan

pastikan dokumen yang dibawa
adalah dokumen asal berserta salinan fotostat

pastikan juga pihak sekolah cop belakang surat beranak sebagai  pengesahan penempatan

p/s:
kakak nayli baru jek masuk tadika
dah kena daftar untuk darjah 1
apa ke cepat bebeno kamu membeso ni?!
huhu...
sebak plak mak dibuatnya...

7 comments:

lieyalatif berkata...

semalam lieya dah daftar nad, tadi dah pi sekolah anta dokumen sokongan...tgk dari rekod terima tu nama dayyan org ke 18 hantar utk tahun 2018 heheheeheh...baik settle awal2 kan...

babYpose berkata...

Alhamdulillah kak Nayli dah besar. thanks for info, ni baru nak register anak.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed berkata...

Besar dah kan anak2 kite..hehe..zareef tk daftar pon lg..biasa sek tentera ni daftar offline jek..^_^

QasehnyaRania berkata...

alahai kejap nya rasakan..
awal benor daftarnya..

LYAfrina berkata...

mudahkan skarang..smua d hujung jari..
alahai.. kak nayli pon dh dftar drjah 1.. cpt sgt msa blalu

el berkata...

eh eh cepatnya nayli dah nak darjah 1..mcm baru je dia masuk tadika kan

aizamia3 berkata...

Terasa diri makin tua pulak.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...