25 Mac 2016

Jalan-Jalan Penghujung Cuti Sekolah

cuti sekolah dah seminggu berlalu
baru nak up pasal jalan-jalan time cuti
huhu!
mana semangat nak berblog ni menghilang daaa...

seminggu bercuti kami tak ke mana pun
syoknya tengok kawan-kawan pi dok otel
lagipun papaZN kerja, payah nak ke mana-mana...
dok umah je la kami berempat habiskan masa bersama
dorang buat perangai, mamaZN pun berbunyi nyaring, haha!
dorang ok, bergelak ketawa la kami
macam takde apa terjadi :P
perggghhh, ayat! haha!

okeh, sambung citer...
disebabkan kesian kat zakwannayli
dan jugak pada mak budak dan si kecik
papaZN ajak kami berjalan ari sabtu
sebelum cuti sekolah berakhir...

lokasinya kat area kl
sebab memang tak bajet pun nak bercuti jauh-jauh
so, kami plan nak buat kejutan pada zakwannayli
bawak pegi planetarium negara
since zakwan pun minat menda-menda camni
pastu gerhana matahari pun baru terjadi aritu kan
saje la nak expose dorang dengan dunia sains ni
hajat hati nak bawak ke pusat sains negara
tapi ditutup sementara waktu untuk renovation

bila sampai planetarium negara tu
excited la memasing, sampaikan apa yg pak guard inform pun kami iye kan aje
zakwannayli apatah lagi, seronok la
jenuh la angkat stroller bagai sebab tempatnya bertangga - tinggi plak tu!
sampai kat atas, kejutan plak buat makpak zakwannayli...
sebab?
sebab planetarium pun ditutup sementara untuk renovation!!!
waaa...! nape la tak inform kat website!
huhu...

bebudak dah sedih sebab tak dapat masuk
kami memang taknak bawak dorang tengok show
nak bawak tengok tempat pameran je
balik la kami dengan hampanya...

dan sangat la bernasib baik
sebab area planetarium ni banyak gak tempat yang boleh dilawati
contohnya
taman burung kl, taman rama-rama kl,
muzium polis, muzium tekstil,
muzium seni islam, arkib tun razak,
taman tasik perdana, tugu negara, etc.

jadiknya kami pilih muzium polis dan jugak tugu negara
sebab zakwan kata, dia nak belajar pasal sejarah plak
masuk muzium polis adalah free
kawasan kecik je, tempat pameran pun tak luas tapi banyak gak menda menarik
mamaZN tak dapat nak explore keseluruhan muzium
sebab terpaksa temankan nayli yang memang takut masuk muzium, huwaaa!
zakwan kena jalan ngan papaZN & zaed je

dah lepas ke muzium, kami ke tugu negara jugak
seronok gak pegi tugu negara ni
1, selama 34 tahun, ni la kali pertama papaZN jejak tengok sendiri tugu tu
2, semangat dan rasa dia lain macam sket bila datang tempat camni
rasa bangga, sebak, bertuah, happy,
macam-macam la..!
ke, mamaZN jek rasa camni? haahhaah!

dah lepas bergambo sket-sket
kami pun balik
memang tak lama pun
panaih berdeting!
nasib bawak payung dan bekalan air

satu pengalaman yang menyeronokkan!
bercuti tanpa keluar kan $$$ yang banyak
tapi dapat 3 lokasi sekaligus :)
kalau tak penat, mau je kami jelajah semua tempat yang menarik kat kl
tapi apakan daya...
hehe

okeh, pasni bleh terjah tempat lain plak ;)

6 comments:

Chekgu Azrine berkata...

Bawak anak2 ke tmpt2 berilmu ni pun dh cukup bagus dah sis...at.least anak2 happy kan

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed berkata...

Okla tu nad..area sane byk tpt utk lwatan kan so tk tido otel pon tkpe..jnji bdk2 happy kan..hihi..

LYAfrina berkata...

samalah dgn lya..penghujung ct sekolah bru bawa fasya bercuti..

confirm zakwanayli happy sgt...
cantik2 pic..suka tgk.. lya x pnh smpai lg sini

Azura Aziz berkata...

oklah dpat jalan dekat2 pun takpe. Kak ALycia dah alma tak bawak budak jalan2.. 1st disebabkan cuaca panas skrg ni. lps tu sejak Adik Zhafran elok batuk dan demam, memang duk kat rumah jer..

eima berkata...

wahhh comey betul nayli bertudung ... kadang2 tak plan kemana-mana kami ke situ juga ... janji budak2 happy

ch@ berkata...

semua comel. paling suka skali gmbr fmly tu. happy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...