30 September 2015

JJCM | Rayyan Burger Bakar Seksyen15, Shah Alam

ni makan masa cuti sempena hari malaysia
teringin bebeno nak makan burger bakar
dia punya iklan kat billboard bapak beso
memanggil-manggil utk 'menerai' hehe

banyak postpone masa nak makan ni
jerebu la, nak gi malam budak2 dah tido la
last-last sampai jugak

lokasi dekat dataran otomobil seksyen 15 shah alam
landmark: kalu jumpa petronas yang ada kfc
dah nak sampai dah la tu
bleh la pusing-pusing cari kedai ni hehe

kami makan time petang
so, takde la mentekedarah sangat haha!
kakak nayli je order nasi ayam bakar
dia kan mmg takleh miss makan nasi
sedap gak nasi ayam bakarnya tu
zakwan plak order mushroom soup dgn garlic bread
pastu dia order cheezy wedges gak
sup tu mmg tak kena dengan tekak zakwan
sebab banyak sayo, haha!
ksian dia, terkial-kial nak abeskan

mamaZN share ngan papaZN
kami makan burger bakar
ape ke namanya ntah, lupa plak
kami amik yg 2tgkt means daging double sedap gak, juicy sangat!

servis pun ok, xde la lambat sangat
ok la not bad la.. bleh dtg lagi next time

Wordless Wednesday : Hai, Imran! (Sepupu Baru ZN)

sepupu terbaru ZN :)
noah imran ar razi nama diberi
lahir sama tarikh dengan besday mamanya
hadiah terindah!
tahun depan bleh celebrate besday sesama ye ^____^
moga jadi anak yang soleh! 
kakak khadeeja, jaga adik okey!


29 September 2015

Jalan-Jalan Melawat Kawasan | Tadom Hill Resorts

2 minggu sudah (cerita sebelum raya)
kami pegi kenduri kawen di dengkil
alang-alang dah sampai dengkil
jom la kita pi melawat kawasan
yang viral kejap di fb aritu - tadom hill resorts
lokasinya di kampung labuhan dagang, banting
kawasan orang asli rasanya ni
sebab kami tersesat sampai ke perkampungan orang asli bukit tadom
excited bak hang!
okeh, ni pandangan / pendapat peribadi kami la ye
melalui pemerhatian dan pengalaman kami yang baru 1st time ke sana...
lain orang, lain kan pandangannya?
bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain
jadiknya, #jangankecamsaya huhu!
masa kami pegi aritu
tempat belum 100% siap lagi
mamaZN xtau apa yang sedang disiapkan
tapi kerja-kerja construction memang sedang dijalankan semasa kami di sana
walau ramai orang, dorang still buat kerja 
pada dasarnya, agak bahaya la pada pengunjung
malang kan tak berbau?
kan lebih baik mencegah?
masa ramai orang, hentikan kerja-kerja bina kejap
weekdays bleh all out buat kerja, ye dak?
kemudahan yang mamaZN perasan aritu
adalah kawasan parking - parking nampaknya dijaga oleh ahli RELA
ada cafe, toilet, bilik mandi, kawasan khemah, tempat bbq, ruang berbumbung utk lepak (berkerusi), tent berkelambu & kawasan lapang utk aktiviti sukaneka kecil-kecilan
even, tempat reception pun just pakai khemah
chalet takde lagi ye, harap maklum
tido dalam khemah kaler pepel tu
takpun tido dalam tent yang berkelambu tu je
ada jugak mamaZN perasan
selain bleh mandi manda, aktiviti sukan lasak lain pun ada gak disediakan
contohnya atv & berkayak
kalau mamaZN, memang tak suka la pegi tempat yang tak 100% siap
dengan budak-budak ni yang tak biasa beraktiviti lasak
nyamuk / serangga pun dah jerit-jerit
berpasir sket pun dah merungut
baik takyah pegi, huhu..!
tu la dia kalau dah terbiasa bercuti kat hotel beraircond
(kecuali CH, hihi)
tapi part air dia memang superb!
jernih!!!! biru kehijauan jek... suka sangat!
geram jek tengok dorang mandi manda
rasa macam nak terjun gak, haha!
tapi ceq sedaq dighi, hihihi..
sape nak mandi WAJIB pakai life jacket setiap masa
tu la antara peraturan yang mamaZN baca
kawasan air tu dalam rasanya tu huhu
gerun kejap sebab mamaZN tak pandai berenang!
pada pendapat mamaZN la kan
kalau kami la, memang takkan pegi ke sana
memandangkan anak-anak yang masih kecik
lagi-lagi sekarang ni ada baby kecik
macam tak sesuai utk menginap kat kawasan camtu
unless piknik balik hari je tanpa tido sana mungkin ok
tapi ye la kan...
masa kami pergi ni, belum 100% siap
kot akan datang tempat tu lagi superb!
sape tau kan?
konfem la akan datang tempat tu akan lebih complete kemudahannya
konfem la pihak pengurusan pun akan lebih peka akan keperluan pengunjung ye dak?
bila 100% siap, memang kena datang lagi utk melawat kawasan, hehe
tapi sepatutnya tunggu tempat tu fully siap la baru open pada public
baru syok rasanya...
kesimpulannya
tepuk dada tanya selera
sape yang sukakan cabaran, aktiviti lasak
memang tempat ni sesuai utk anda
kalau macam famili kami, tunggu zaed beso baru bleh repeat datang lagi :)
diingatkan semula, ni pandangan peribadi...
nak tau lebih lanjut pasal tempat ni
bleh search di fb : tadom hill resorts
atau google utk review yang lain plak :)

28 September 2015

Cerita Raya Haji Kami

takde apa yang best pun, hehe
melainkan dapat balik kampung :)
tahun ni raya haji turn papaZN
tapi kami balik lepas solat raya
nak elak jem punya pasal

bertolak kul 10.30 sampai dalam 1.30
3 jam ngam-ngam

sampai2 tu, makanan raya sedia menanti
ketupat, lemang, rendang, nasi impit & kuah kacang!
alhamdulillah...
moga terus dimurahkan rezeki keluarga mertua ku, heheh :)

tido 2 malam kat kampung
raya pertama rileks-rileks ja..
raya kedua 'beraya' kat aeon manjung
sesambil merasmikan ssc baby zaed hihi
tak menyempat mak zaed ni tau! :P

pastu malam plak sesi membako
bbq la kita... ayam, kambing, ikan
pergggh! memang thorbaek!
sabtu dah balik klang
nak elak jem jugak la citernya tu...
lagipun ahad nak amik atokZN kat klia
tu yang balik awal tu

sebelum balik, singgah mi rebus mastan ghani
melepaskan rasa ngidam, haha!
sedapppnya!

elok dok kampung udara & cuaca baik
dalam perjalanan sampai sabak bernam start jerebu!
pedih mata, perit tekak!
dok dalam asap bau semacam!

moga jerebu cepat hilang
moga malaysia cepat kembali pulih

23 September 2015

Wordless Wednesday : Komen Yang WIN Dari Pak Mertua, Hehe

komen di fb dr pak mertua kepada menantu nya, hehehe
abah mamaZN letttewww ;)

22 September 2015

2 Hari Berturut Penuhi Jemputan Kenduri...

cuti sekolah dah pun bermula
bermakna banyak la undangan kenduri
hehehe...
memang sinonim kan cuti sekolah & kenduri kawen? :)

sabtu dan ahad ada jemputan kawen
tu pun terpaksa 'letgo' 1 kenduri kat hulu langat
lain laluan huhu

hari sabtu sepatutnya nak pegi yang kat hulu langat
tapi atokZN mintak wakilkan ke kenduri di wangsa maju
so, pegi yang wangsa maju je la
lagipun tu jiran lama masa dok sana tu
tak best plak kalu tak penuhi

nak pegi kenduri hulu langat sekali?
hmmm, tak sanggup nak hadap jem
di mrr2 dgn depan cheras leisure mall tu
dengan construction mrt lagi
dengan weekend nya lagi
memang jem luar jangkaan
nak2 time cuti sekolah ni huhu
kang dengan bebudak ni wat perangai xleh dok diam plak - jenuh!

ahad plak pegi kenduri di dengkil
kawan ofis papaZN kawen
kuar umah kul 11.30 balik kul 4.30
ape ke lama beno pegi kendurinya tu?
haha!
menyinggah ke TADOM HILL RESORT yang viral kat fb tu
melawat kawasan katanya :)
nanti mamaZN share citer pasal tadom hill ni ek
best ke idok macam yang diviralkan tu?

21 September 2015

Shopping Kasut Murah @ Pesta Sale BATA

memang ni yang ditunggu-tunggu
tapi tak sangka plak awal buatnya
bila mula pun tak tau, tengok-tengok dah ada hehe

pesta sale bata ni memang best
pengalaman mamaZN tahun lepas
masa beli kasut sekolah untuk zakwan
beli sepasang harganya rm5
tapi kalau beli 2 pasang, dapat free lagi sepasang
best kan?

jangankan kasut sekolah
kasut jalan, kasut kerja, kasut sukan, kasut anak2, kasut mak2, kasut apak2
semua la ada..!
tapi jangan la cari design yg up-to-date
memang nan ado
nama pun nak clearkan stock
mana yang ada je la..

aritu singgah kejap sebab nak cari selipar nayli
dapat la sepasang selipar angry bird
harga sebenar rm28, tapi aritu ada diskaun
dapat rm8.50
huhu, best sangattt!

ingatkan nak beli kasut sekolah zakwan
tapi nanti dulu la..
bulan doblas nanti mesti ada lagi
beli sekarang awal sangat plak rasanya
tak sabo nak menyoping lagi nanti!

ada yang tanya lokasi?
lokasinya dekat perkarangan kilang bata lama, jalan kapar, klang

18 September 2015

Pasang Wallpaper Sendiri

okeh, bukan mamaZN yang pasang
tapi papaZN yang kerja kan hehe
mamaZN tolong kasi arahan je, haha!

lama dah beli, biar je belakang pintu
weekend baru ni baru berkesempatan nak pasang
beli dengan ex-blogger, eza amry
ada promosi 3 gulung rm100
tak termasuk postage lagi ye
papaZN keje 1 bangunan ngan eza
amik by hand je la hehe
save cost di situ :)

dia jenis pvc yang ada sticker
macam yang ada jual kat mr.diy & kaison tu jugak
tapi ofkos la yang ni lagi tahan lama
gam sticker dia kuat kot!
mula-mula agak renyah gak nak pasang
tapi lama-lama laju plak papaZN siapkan haha!
kami pasang dekat 1 dinding je sebagai feature wall

tu pun papaZN dah tanya-tanya
nak pasang wall paper kat mana lagi ek?
kemaruk la tu, haha!

save gak guna wallpaper ni
kalu cat, nak beli cat, berus..
pastu nak kerjakan pun agak payah
tunggu kering bagai
wallpaper ni agak dah boring dengan corak tu
tahun depan tuko la corak lain plak
ye dak? hehehe...

kalu teringin nak beli jugak
search je kat fb nama : eza amry

15 September 2015

Bila Kawan Bergaduh Mama Demam T__T

ari kamis lepas kalu tak silap
kakak nayli demam
tetiba panas plak badannya
huhu, mak mana yang tak sedih tengok anak sakit
susah hati ada, sedih ada, kesian ada

satu yang eloknya nayli ni
bila demam, takde banyak ragam
pastu aktif - takde la melepekkk je
tapi biasa la demam kan, aktif cemana pun
tetap ada masa-masa nya yang dia tak larat - tido je
paling lega sangat bila nayli ada selera makan masa tak sihat

beza dengan zakwan
kalu demam lama, pastu kuat merengek
cam maknya, hihihi..
nayli macam papaZN
sekali demam memang panas sangat!
tapi alhamdulillah dalam masa sehari 2 dah ok

masa nayli demam tu
dalam sehari ada 4-5 kali gak mamaZN kerah dia mandi
jawapannya asek taknak-taknak-taknak
bila kata 'pi berendam dalam kolam baby'
amboi, cepat plak bukak baju huhu

biar je dia berendam main air
pastu baru jirus badan & kepalanya
alhamdulillah memang banyak kurang panas badan nayli
elok petang papaZN balik
nayli dah bertenaga nak main basikal
memang kasi je dia main biar kuar peluh

masa nayli demam
memang terasa sangat...SUNYI!
kalu tak tu, asek gaduh je dengan dia
bukan sunyi sebab dia tak gaduh ngan abangnya
tapi sunyi sebab tak gaduh dengan maknya, hihihi...
ala, biasa la, gaduh-baik-gaduh-baik :)

elok dia baik malam tu... gaduh balik!
tak lama mana pun...
sebab time tido, cari gak maknya, hewhew ;)

11 September 2015

Masak-Masak | Kek Milo '3 Minit'

viral kejap resepi kek milo ni
kalu tengok kat wall fb tu
memasing share menda yang sama, haha!

senang sangat uols!
bahan-bahan senang cari,
cara nak buat pun senang jugak
soh nayli buat pun bleh ni, hehe

a) bahan-bahan kek milo '3 minit'
- 4 sudu besar milo/vico/tamar cocoa
- 4 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar minyak masak
- 4 sudu besar susu cair / fresh milk
- 4 sudu besar gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sudu besar baking powder

b) cara-cara buat kek milo '3 minit'
- gaulkan semua bahan hingga sebati
- masukkan dalam bekas tahan kepanasan microwave
*sukatan bahan ni sesuai utk 1 mangkuk ikea yang kaler-kaler tu
- letak dalam microwave
- set masa selama 3 minit. kalau yg kene letak suhu tu, mamaZN letak 300-450
- tinggg! siap!

dah sejuk, bleh la makan :)
owh ya!
sebelum masukkan ke dalam microwave
bleh je tambah apa-apa bahan lain
ikut kreativiti memasing
nak tambah choc chips ke, badam ke
sama jugak dengan bekasnya
nak letak dalam bekas cupcake ke, bekas plastik lain ke
terpulang... itukan kek anda :)

selamat mencuba!

10 September 2015

JJCM | Burger Bakar Celup

kalini nak merasa makanan western
kedai baru bukak kekdahnya
lokasi dekat jalan sungai saim, rantau panjang, klang

nape nama dia burger bakar celup?
sebab roti dia kaler-kaler!
ada merah, ada biru, ada hitam, haha!
dia guna pewarna ke taktau la plak
macam seremmm jek nak try

kami order set grilled chicken chop,
set meatball & burger special 2 utk zakwannayli
order dulu, balik umah, pas maghrib papaZN pi amik
hehe, dekat je ngan umah :)

bila tengok rupa, memang sume mengujakan
excited jek nak makan...
rasa?
grilled chicken chop tu ok la, not bad
siap ada coleslaw dgn cheezy wedges
set meatball pun ada wedges gak
tapi rasa meatball nya mcm kurenggg sket, cepat muak
jangan sama kan dengan yg kat ikea
yang ni dia buat sendiri kot
tapi kuah black pepper dia sedap!
burger special plak memang special, hihi
sebab sos mayonis kaler 'mak ko ijo' :P
zakwannayli x suka plak burger ni huhu
taktau la nape...
ye la selera memasing kan...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...