29 Julai 2015

Short Getaway ~ Cameron Highlands | ASZI Homestay Yang Best!

abes dah citer raya...
kot ada citer pasal raya lagi nanti
mamaZN sambung balik ek, hihihi...

lamaaaaa sangat teringin nak pegi CH
ngidam gak la time preknen aritu
siap cakap kat papaZN 'jom la balik hari je'
memang takkk la utk dapat approval dari papaZN huhu!
at last sabtu aritu baru dapat pegi, hehehe
syoknya! dah 3 tahun tak jejak
last pegi, kakak nayli baru umo 1 tahun :)

dapat banyak jemputan open house pun terpaksa ditolak huhu
nak sangat pegi CH punya pasal
pegi sabtu aritu dengan harapan
CH tak ramai orang sebab sebuk beraya lagi, hehe...

semangat nak pegi, siap bawak bekal bagai
bawak nasi tomato, mi goreng dgn nugget
pastu ada la kacang2 ngan waffle gardenia
tak dilupakan sardin tin & roti
utk buat sandwich brekfes esoknya
semangat kan? haha!
owh, kami memang jenis bawak bekal
takde nak singgah2 utk makan
save bajet di situ, hihihi...

bertolak kul 8 pagi, kul 11.30 sampai CH
sebelum tu singgah shell nkve utk brekfes
makan bekalan yg dibawak tu je hihihi...
pegi lalu simpang pulai sebab nak balik ikut tapah
cuaca time kat simpang pulai cun jek
sampai kat atas, hujan turunnnnn T___T
plan nak ke sg palas & big red strawberry farm tertangguh
ksian la kat anak-anak...
kami trus je check in homestay
padahal check in sepatutnya kul 2
tapi kami kul doblas dah bleh lepak bilik
haha!

memula survey hotel
tapi bila pikir ahli dah bertambah
makanya pilih homestay je la
kami pilih nak dok kat kg taman sedia
sebab sana tenang sket banding dgn brinchang

kat kg taman sedia memang banyak chalet / homestay
pilih la dengan bijak, haha!

cam kami, kami pilih ASZI Homestay
tengok feedback semua puji
terus je la book nak dok sana

ingatkan tempatnya dalam kg taman sedia
rupanya atas bukit & kalau nak masuk kampung kena turun tangga (ikut shortcut)
memula cam 'alaaa, tak bestnya sebab mcm terpencil'
tapi lama-lama rasa ok plak
sebab selesa, tenang, tak bising, rileks sket hihi...

1 malam RM160
bilik attached dengan bilik air
pastu ada 2 katil queen bed
bersih!
ekon? tak payahhhhh... sejuk kot!
memang puas hati
kami mesti pilih! andai kata datang lagi

tak jalan sekeliling pun...
nak jenjalan ke tempat lain apatah lagi..
memang dok ontok-ontok je dalam bilik
sebab hujan!!! uwaaa...!
takpela, takde rezki nak berjalan masa day 1 tu

naseb baek bawak bekalan yg banyak
cukup sampai malam tu

pastu malam tu, seksaaaa nak tido!
sebab sejuk sampai ke tulang sumsum!
siap pakai stokin, sweater bagai
zaed plak 3 selimut mama balut dia hehe sejuksss nak mamp!

tapiii
kakak nayli paling tahan sejuk
tido pakai pampers je kot!
budak bertuah betul! =D

mamaZN cakap kat papaZN
5 tahun lagi la kot baru datang lagi
tak tahan sejuk! huhu...
bila dah lupa cemana rasa sejuk dia tu
baru kita datang balik CH ek papa? haha!

28 Julai 2015

Raya Ke-3 @ Manjung | Jalan-jalan Naik Bot

hari ni dah raya ke berapa?
baru nak citer pasal raya ke-3 hihihi..
apadehal... layannn! ;)

ok, raya ke-3 giliran beraya dgn famili mamaZN plak
kali ni diorang nak beraya ke manjung
ok, jommm... i folo je

sebelum ke manjung kami semua beraya umah papaZN sat
atoknenekZN nak beraya ngan besan :P

pastu baru gerak ke manjung
kami lambat sket gerak sbb sedara papaZN beraya kat umah tu
takkan nak tinggalkan gitu je kan? huhu

kat manjung ni umah mak menakan ceq
hihihi
kat sana jumpa la sepupu2 manjung & ipoh
baby zaed pun dapat la jumpa 2 pupu yg lahir selang sehari je :)
nak bergambar? mmg takdan
ate, mengulik anak je..
nak menyembang pun takde sangat huhu

pastu beraya ke umah mak menakan yang ke-2
kat manjung jugak
kat sini bebudak ngan pak budak ngan mak budak la seronok
sebab dapat naik bot
seronok plak tengok depa naik bot tu

mamaZN x join? takkkkk, dok umah je...
jaga baby zaed yang ketiduran...
ai is sedar diri, takleh huha huha sangat
dah ada baby kecik T____T
tunggu la zaed beso kan sayang?
nanti kita lenjan naik bot sesama hehehe

selesai sudahhh
simple jek
okeh, tu je la citer raya kami kat kampung
raya ke-4 dah balik klang hukhuk

27 Julai 2015

Raya Ke-2 @ Sabak Bernam | BBQ Sempena Birthday

assalamualaikum
jom, nak sambung citer pasal raya lagi :)

raya ke-2 kami beraya dengan famili papaZN
ramai sedara mara papaZN kat sabak bernam
so, moh la beraya ke sana...
kalau raya pertama tema ungu
raya kedua tema 'mak kau hijau' plak
haha!

kami konvoi 2 buah kereta
dari kul 11 sampai kul 6.30 beraya
dapat la 6 buah rumah camtu
mamaZN dah rasa exhausted sangat dah
mana tak nya,
sampai rumah orang, zaed trus nak menyusu
pastu dia nak dipegang slalu
blum rasa secure btul lagi kot huhu
cuaca plak agak panas & berbahang
zaed tak lena nak tido
masuk kete tido, bila dah sampai jaga
gitu je la, ksian gak nengoknya

malam tu pulak, balik umah mamaZN
camtu la kami...
walau kampung sama-sama teluk intan
balik tetap bergilir, sehari sana sehari sini
malam tu umah mamaZN buat bbq
kami sesama anak beranak je pun
kami sampai lambat, jadiknya semua dah siap terhidang, huhu.. sori!
biasanya papaZN la yg jadik tukang bako :)

kebetulan raya ke-3 (19/7) besday atokZN
pastu raya ke-4 tu (ikut bulan Islam) besday zakwan plak
so, jamakkan skali la celebrate mereka :)

malam tu jugak hujan punya lebat
memang sodap tido, muahaha!
dah kenyang kan, apa lagi mentido la :P

okeh, tu je citer utk raya ke-2 kami
dari pagi sampai ke malam

nanti sambung citer raya ke-3 plak
citer raya yang terakhir kami di kampung
sbb raya ke-4 kami balik klang dah pun

ok daaa..!

p/s: hari ni baby zaed genap 2 bulan ^_^

24 Julai 2015

Photoshoot Di Raya Pertama

baru dapat gambar2 ni drp aunty wawa
so nak share kat sini plak
kekekekeke :P
jadikla drpd takde langsung kan? hee
alhamdulillah complete semuanya
in shaa Allah, bulan depan bertambah lagi ahli keluarga
^_____^

23 Julai 2015

Syawal Ber-5 :)

assalamualaikum
selamat hari raya semua! :)

alhamdulillah, selamat sudah
beraya / berkumpul sesama keluarga
dan sedara mara
tambah lagi 1 kegembiraan...
sebab tahun ni kami beraya ber-5 :)
raya disambut sangat sederhana
biasa-biasa je, takde meriah mana
tapi seronok la dapat berkumpul
tu pun ada gak yang x dapat jumpa
raya ke-4 kami dah balik klang semula...

1 syawal tahun ni turn mamaZN
tema raya pertama kaler purple
tapi sayang... memang nan ado gambar kami 1 famili, huhu
sedih sangat! :(

lepas sesi bersalaman, kami bergambar 1 famili
alhamdulillah kali ni complete semua ada
rasa macam dah lama tak beraya belah mamaZN, haha!

lepas dah bergambar, kami ke padang tembak
rumah atok/nenek mamaZN - beraya
syukur dapat tengok atok yang beransur sehat
sebab sebelum ni atok mamaZN sakit
masa dok wad, kami x dapat jenguk
mamaZN x abes pantang lagi...

pastu kami ke rumah uncle najjib jugak
besan atoknenekZN
almaklum semua kawen dengan orang dekat-dekat je
dapat la beraya bersama ;)

stop beraya kejap sebab nak solat jumaat
then petang dapat la beraya sebuah umah lagi
ke batak rabit - rumah mak sedara mamaZN

hari pertama dapat la beraya ke 3 buah rumah
masa terhad sebab masing-masing nak solat jumaat
gambar pun x banyak
nape ntah, kurang plak bergambar tahun ni

^___^
nanti kita sambung citer raya ke-2 plak ek, hihihi..

14 Julai 2015

Selamat Hari Raya!

ada yang dah sampai kampung ke?
waaa, bestnya!
yang dalam perjalanan?
huhu, syoknya!
kami? papaZN masih kerja lagi esok
-___-

yang dah otw atau yang bakal balik kampung nanti
hati-hati di jalan raya, ya!
moga selamat sampai ke destinasi
kalau stuck dalam jammed
banyakkan bersabar, ingat orang tersayang :)

di kesempatan ini
mamaZN nak pohon ampun dan maaf
jika ada tersalah bahasa, tersilap kata
sepanjang kita semua berkawan
maaf ya!

moga Syawal kali ini akan disambut
dengan gembira dan ceria
dalam suasana penuh kesederhanaan
dan semoga kita semua akan bertemu lagi
dengan Ramadhan yang akan datang

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
daripada kami ~ Famili ZNZN~

p/s: takde e-card nak share huhu.. kena tggu pagi raya, amik gmbo dgn si kecik hihihi.. 

daaa..! take care semua!

13 Julai 2015

Merdeka!

assalamualaikum
kejap ado, kejap nan ado
time pantang, x kemana, xde la citer
nak citer pasal makan2 di bulan posa
memang tak feel
dah tu tak posa kan? hahaha!
xdenya sempat nak masak-masak
tahun ni memang tahun ke PARAM, huhu

sabtu baru ni dah abes pantang
MERDEKA!
btul ke merdeka? takde maknanya..
abes pantang, rutin dah kembali seperti biasa
dan bertambah bila dah ada baby zaed
haiii, bertabah! cayok, cayok!
haha, sedapkan hati sendiri.. :P

persiapan raya mesti dah complete kan?
tinggal nak balik raya je kan?
ramai dah ke yang mula cuti raya?
balik je kampung, time ni la kita nak jumpa famili & sedara mara
jangan dengar kata 'orang tu'
ada plak kata xyah balik kampung kan?
eh, suka kita la! haha!

okeh, take care semua! :)

p/s: jeng, jeng, jeng! baby zaed in da house! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...