20 Mei 2015

Wordless Wednesday : Hadiah Hari Guru

anak rileks je...
mak yang menggedik nak order, haha! :D
sebab cantek sangat! cute sangat!
harga pun berpatutan..
RM20 utk 1 frame (saiz A3 bahagi 2)

zakwan kata nak kasi guru kelas je
sekolah agama & sekolah kebangsaan
okeh, mak order 2 je la hehe..

order khamis lepas
semalam (selasa) dah sampai
ngam-ngam zakwan pun ada sambutan hari guru kat sekolah ptg selasa tu
seronok sangat la anak bujang bawak hadiah nak kasi cikgu

tq kat AIRIS WALL DECO
servis tiptop & mesra pelanggan
saya mesti pilih! :)

p/s: edd esok. tanda nak bersalin dah ada. tp baby syok dok dlm perut mama lagi, hewhew! mak neves dah ni! doakan ek!

15 Mei 2015

Keep Calm & Counting Days...

tu dia aihhh! haha!
gelak-gelak jugak, debo makin terasa
ikut edd yang diberi (21/5/2015)
maknanya ada dalam 6-7 hari jek lagi ni
calm, calm, calm... T___T

bismillahirrahmanirrahim...

sebelum berjuang antara hidup & mati
di kesempatan ini
mamaZN nak mintak ampun dan maaf
atas segala salah dan silap yang ada
sama ada secara langsung atau tak
sepanjang kita semua berkawan
kalau ada terasa hati dengan entry / komen mamaZN selama ni
harap dapat dimaafkan ya!

if mamaZN ada hutang apa2
pm me trus bersekali dengan details
in shaa Allah, mamaZN akan mintak tolong papaZN settlekan nanti

diharapkan juga...
doa-doa dari kalian
moga segala urusan kami 1 famili dipermudahkan
riso kat papaZN je sebab kena jaga zakwan & kakak nayli
dalam masa yang sama kena uruskan mamaZN & coming baby nanti
moga mamaZN dapat bersalin dengan mudah dan selamat
dan moga baby yang dilahirkan jugak selamat dan sempurna hendakNya
in shaa Allah...
doakan ek!
tq sesangat...

Jemputan Kenduri Kahwin @ Kompleks Kastam Kelana Jaya

ahad ritu kami penuhi jemputan kenduri kawen
merasa gak makan nasi kenduri sebelum bersalin, hehe
ni merupakan kenduri anak kepada sepupu mamaZN
kiranya cicit pertama arwah opah yang kawen

kendurinya kat dewan kompleks kastam kelana jaya
ingat jauh sangat la dari klang
rupanya dekat je...
kul 11.30 dah sampai, moh makan trus hihi

ada eskrem free
paham-paham je la zakwannayli ni
tak menyempat nak abeskan makan nasi sebab itu yang ditunggunya
3-4 kali ulang alik makan eskrem tu
memang sebulan lagi la baru dapat makan eskrem lagi ye anak-anak hehehe...

seronok gak la dapat dtg kenduri ni
bukan apa, sebab dapat berkumpul sesama sedara
yang walau raya pun payah nak berjumpa
apatah lagi la hari biasa
tapi tu la, memang tak dapat nak bersembang panjang la kan
kita dah abes makan, depa baru sampai
kita dah nak balik, depa baru nak makan gitu la...
takpela, better ada dari nan ado langsung
ye dop? hihi...

apa-apa pun tahniah adzhim & pasangan moga bahgia hingga ke syurga

esok plak ada lagi 1 kenduri kawen kat manjung
ni sepupu mamaZN yang memang rapat masa kecik
kalu diizinkan Allah, nak la jugak penuhi jemputan ni
harap-harap nya sempat :)

p/s: pagi-pagi dapat berita dukacita. anak kepada kawan papaZN meninggal dunia pagi tadi. Allah, sedih tak terkata. berat mata memandang, berat baru yang memikul. moga Syurga buatmu anak.. al-fatihah. salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah..

14 Mei 2015

Bila Laki Bini Mengidam...

ni la dia
bila ngidam buah di luar musim
nak mencari in shaa Allah ada...
nak dapat yang murah memang TAK la
huhu!

disebabkan teringin sesangat
papaZN belikan jugak
3 biji = 60 hengget!
naseb baek isi elok dan sangat sedap
lemak berkrim gitewww
puas hati dapat makan :)
tq papa!

ni lagi 1
tapi yang ni bukan mamaZN yang teringin
tapi papaZN yang nak, haha!
dia teringin nak makan nasi lemak daun pisang
ate, untuk makan malam
celah mana plak nak cari nasi lemak berbungkus daun pisang?
solutionnya, kena la masak sendiri
daun pisang amik je kat belakang umah ni ha, hehe

siap rekues tak tahan tu
ni siapa preknen plak ni? haha!
nak telur rebus, takmo telur dadar / telur mata
nak ikan bilis goreng, takmo ikan bilis sekali ngan sambal tu
pastu sambal nak banyak bawang
adeyhhh, kemain lagi...
takpe, mamaZN layankan aje
janji incik suami puas hati :)

takde ngidam nak makan pape dah pasni harap-harap la, hihihi
:)

13 Mei 2015

1st Time Ke Kedai Dobi 'Self-Service'

disebabkan mesin basuh rosak
merasa jugak la jejak kaki ke kedai dobi layan diri ni
kalu idak, jangan harap la...

tah nape tah ngan mesin tu
dah sampai masanya kot, huhu
sayang pun ada, sebab klu 'wash' ok lagi
masalah time nak 'spin' tu je
papaZN dah try baiki
tapi katanya motor yang nak kena ganti tu payah nak dapat
hukhuk
kena cari lain ganti baru jugak la jawabnya tu
sementara tu, moh le ngangkut bakul baju basuh kat kedai...

kedai ni open 24hours
tapi takut la plak nak gi kul 2-3-4 pagi tu
takpe, pi petang-petang ok je
bukan ramai sangat pun orang
lagipun mesinnya pun banyak, ngee~

untuk 'wash' ada 3 saiz mesin & harga pun lain-lain
9kg : rm4.50, 14kg : rm6, 27kg : rm11
sume transaksi guna duit syiling 50sen
takde syiling? jangan risau...
ada mesin tukaran wang kertas ke syiling disediakan :)
mula-mula cuak gak, sebab kitorang pun tak bawak syiling, haha!
sabun kami bawak sendrik
better bawak sendrik je la sabun, softener sume tu
takde share-share...

abes basuh, nak guna 'dryer' pun bleh
takmo pun bleh
tapi sidai la bila balik umah nanti
takkan nak bior berlembab gitu kan? heee
bila guna 'dryer' kena la masuk mesin lain plak
bertambah la $$$ huhu
tapi yang bestnya, kang sampai umah bleh trus lipat
aritu kami bawak balik sidai kat umah je
save bajet punya citer, kuikuikui :P

1st timer cam kami ni ok la
takde la tercangak-cangak sangat hehe
sebab ada je instructions yang disediakan kat situ
walaupun takde person in charge yang jaga

11 Mei 2015

Mengidam ABC Fradoo, Seksyen 2, Shah Alam

lama mintak, minggu lepas baru dapat
takpe...
janji dapat jugak dari xdapat langsung, huhu

masa preknen kan kakak nayli dulu pun ngidam ABC ni
sanggup datang dari BSP memalam
kali ni datang dari klang je
naseb tak jauh mana...
tapi kesedapan dia xde beza
tetap maintain! :)

mamaZN order ABC special rm4
ingatkan bebudak ni tak suka
tapi bila dah tengok ada aiskrim, buah, biskut love letter tu
tak cukup plak dahhh!
nak order lagi cam segan kat papaZN huhu!

takpela, nanti ajak papaZN dtg lagi la
kali ni beli sorang 1, hehe
btw, otak-otaknya pun sedap gak
kemain lagi zakwan makan sengsorang
tah bila jadi feveret dia tah

masa upload kt fb/ig
rupanya ramai yang ngidam abc ni hihihi
mmg terkenal pun sebab nampak ada plak JJCM TV3
pastu masuk suratkhabar lagi
mmg femes gak la rupanya tmpt ABC ni :)

p/s:
happy mother's day utk semua kengkawan bergelar ibu
tapi, tapi, tapi...
takde wish, celebrate, kek, etc pun utk kitewww, huhuhu! T___T'

08 Mei 2015

Jalan-Jalan | 1st Time Sampai Pantai Remis

walau dah dok sini dekat 3thn
tapi ni la 1st time sampai pantai remis ni
padahal kalu balik kampung mmg wajib lalu sini pun, huhu
tak terbukak hati lagi kot, haha!

aritu, papaZN saje ajak berjalan ke sana
bestnya..!
lama dah tak lepak tepi pantai
sejuk mata memandang
pasni bleh datang lagi berpiknik
tapi nak buat mandi macam tak sesuai
huhu!

lepas jalan tepi pantai
saje singgah pasar pagi yang ada kat situ
alemakkk, apasal la lambat tau ni!
best giler kot!
rambang mata tengok sayur-sayur hijau!
harga seikat rm1 je pun
dari sayur yang kenal
sampai ke yang tak penah nampak, sume ada!
siap tanya lagi 'pakcik, ni sayur apa? ni masak apa sedap?' :P

pastu belum tengok ikan-ikan dia
perghhh! gerammm jek!
segar-segar, harga pun not bad la
yang bestnya macam-macam jenis kerangan ada
tah... pepahat la, lokan la, kupang la,
ehhh, macam-macam la!

tu yang kami 1st time tengok belangkas tu
haha! kelakar..
selama ni tengok kt tv/buku je :P
zakwan pun sebuk tanya,
'tu makhluk asing ke mama?' kekekeke...
anak-anak zaman millenium ^_____^
belangkas seekor rm8
tapi isinya sikit je ek? sedap ke?
kami tak pernah merasa pun
teringin nak makan tapi tak reti, hihihi

lepas pi pasar pagi tu
saje ronda-ronda naik kereta plak
nak tengok tempat percutian yang best
THE KABIN
okeh, memang best!
comel jek tempat dia
penah gak aritu nak book bilik
tapi bila weekend mmg fully booked
takde rezki nak tido dalam kontena, haha!

papaZN kata pasni nak beli barang basah
cari kat pantai remis je
takyah pi pasar, haha!
ye la tu :P

06 Mei 2015

Wordless Wednesday : 'Makhluk Asing' Ke Tu, Mama?

... tanya zakwan pada maknya...

ni la dia anak-anak zaman millenium
huhu!
tak penah tengok depan mata kekdahnya harapkan gambar kat buku/majalah
ataupun kat channel 550 national geographic
ehhh, makpak nya pun sama gak, hehe
ni 1st time tengok depan mata
agak teruja gak la haha!
anak-beranak sama je :P

esok la citer pasal jenjalan ni, hihihi...

Jalan-Jalan | Kuala Gandah Elephant Sanctuary

2/5/2015 ari sabtu kami pi jalan-jalan
kami ke kuala gandah, lanchang, pahang
sebenarnya dah lama dah plan
tapi asek adaaa je aralnya

nekad je ni dengan harapan tak jem
sebab jumaat 1st day cuti tu
tengok orang dah sesak kat jalan raya
dengan harapan sabtu ramai yang dah sampai ke destinasi
dan diorang akan gerak balik hari ahad atau isnin

bertolak kul 10.30 pagi sampai kul 1.30
alhamdulillah, perjalanan lancar
walau banyak kereta tapi tak jem
masa pegi terasa jauh plak perjalanannya
setiap 10 minit zakwan tanya, 'x sampai lagi ke mama?'
aiyooo!
apa nak buat, anak bujang tu excited sangat
bagitau malam tu, kul 6 pagi dah terjaga
dengan badan dedor2 panas nak demam
dia nakkk pegi jugak
tapi dah standby ubat bagai la

sebelum masuk kami lunch dulu
macam biasa, bawak bekalan utk kurangkan kos hehe
kami bawak bihun goreng, nasi goreng, pisang goreng & kudapan
zakwannayli ni tau-tau je la...
bila dah excited, mana depa nak makan sangat pun

takde bayaran masuk dikenakan
just daftar sebagai pengunjung & diberi pelekat
tapi kalau nak join xtvt mandikan gajah tu
kena la bayar dewasa rm10, kanak-kanak rm5
masa kitorang pegi tu, takde xtvt mandikan gajah
sebab hari sebelum hujan lebat
air sungai naik dan takut bahayakan pengunjung yang nak join xtvt kat sungai

ok la, takpe..
kita kasi gajah-gajah tu makan
dan tengok persembahan pun ok dah :)
ada 1 stall jual tebu rm3 seikat, kacang rm3 sepeket
dengan makanan tu la, kasi kat gajah
zakwannayli seronok sangat la depa!
sebab 1st time kasi gajah makan
maknya penakuttt, jadi tukang amik gambo je, haha!

cuaca agak panas jugak la
kena pakai baju yang sesuai
kena bawak bekalan makanan & minuman secukupnya
pegi tempat camni takyah dok melawa pun xpe
pakai tracksuit ngan tshirt dah sempoi dah
(tak macam kami, ber'jeans', kasut bertutup bagai, haha!)
takpe, dah tau tempatnya cemana
pasni kalu datang lagi tau dah nak pakai apa, hehe

ok la, walau gajah je pun yang ada
bebudak ni dah cukup hepi sangat dah
tu pun dok ulang nak datang lagi, nak datang lagi..
ye la, zakwan pun tak berapa sehat masa pegi aritu
jadi dia tak dpt nak menghayati keseronokan betul-betul
ksian gak kat dia...

in shaa Allah, nanti kita datang lagi ek
pasni kita bawak adikbaby plak

tq kat nana ibudamia sbb berjaya mempengaruhi, hihihi...
lepas baca blog nana la, kami bertambah excited nak pegi tu :)

tq jugak kat atokZN yang berjaya pujuk papaZN bawak kami berjalan! yeayy! :D 

* UPDATE * 

waktu operasi dari jam 10.30pg sampai 5ptg

klu sampai dalam kul 2-3 just nice sebab xtvt banyak start time petang-petang :)



05 Mei 2015

Setelah 4 Hari Bercuti...

kini kembali kepada rutin biasa huhu
rasa takbest pun ada
sebab 4 hari dok bergolek-golek je anak beranak
harini tinggal kami berdua je kat umah
-____-'

cuti 4 hari memang tak kemana
tak kuasa nak hadap jem!
situ sana sini citer pasal jem
baik dok ontok-ontok kat umah layan perut dan mata, kekekeke...

abes-abes pun sabtu ritu
bawak la zakwannayli gi kuala gandah
atokZN pun ikut skali, hehe
tu nenanti la citer, klu rajin :)
dapat gak la depa ni berjalan jugak
kadang ksian gak kan, dok terperap kat umah je
naseb tak jem sabtu tu...

jumaat tu 1/5 mesti ramai yang menikah
date cantek tu 1-5-15
tahniah pada sepupu & anak sepupu mamaZN yang dah selamat menikah pada hari tersebut
beso-beso dah depa...
dulu mamaZN dukung & tidokan depa masa kecik
sekarang dah selamat jadi suami orang dah memasing
sori tak dapat join memeriahkan majlis
in shaa Allah kenduri this weekend & next week akan diusahakan jugak utk datang
kalau masih tak bersalin lagi la, hehehe
eh, sape bersalin 15-5-15 nnt pun cun gak kan? nice date... ;)
eh, tetiba plak, haha!

cuti-cuti ni la nak masak best-best pun
hari biasa masak sempoi, simple jek
sempat la masak mi kari idaman hati
teringin punya pasal, masak sendri je
kalu beli takut tak kena dengan selera

semalam ingat nak buat nasi tomato
tapi x jadi pulak, uwaaa..!
kontraksi 'false alarm' melanda
ksian papaZN yang kena masuk dapo
hehe, bukan selalu kan pa? :)

haaa, gigi zakwan pun roboh 1 lagi cuti baru ni, haha!
dah goyang sesangat, nak cabut takut
last-last tercabut sendrik sebab terkena tuala, hehe
takde dah pagar belah depan, comey jek :P

tu je la citer cuti-cuti kitorang
hehe ^_________^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...