01 Disember 2015

Family Trip | Ilham PNB Resort, Port Dickson

sabtu 22/11/15 yang lepas
adhoc plan buat family trip (belah mamaZN)
plan asal baekkk punya nak ke kuala gandah
tapi bila ada kes tanah runtuh kat bukit tinggi tu
trus sume takut nak lalu sana
makanya jom plan bercuti ke arah selatan
aunty yaya book bilik kat Ilham PNB Resort, Port Dickson

kami konvoi 2 kereta
1 kereta dari klang shah alam, lagi 1 dari putrajaya
janji berjumpa di r&r seremban
singgah la kejap, nak celebrate besday khadeeja yang jatuh pada hari kejadian :)
lepas makan kek sket, trus kami gerak

disebabkan check in kul 3
kami singgah muzium tentera darat dulu
lokasi kat lukut, negeri sembilan
baby zaed dah tido
jadiknya mamaZN kene jaga dia kat dalam kete huhu
papaZN jek bawak depa berjalan dalam tu

tengok gambo, alahai menariknya!
memang kena repeat pegi lagi nanti
dah la masuk free jek
tapi tu la, panas meghelit!
sepet-sepet mata depa dibuatnya, hehe

abes melawat muzium singgah makan lunch kat teluk kemang
aunty yaya yg rekomen kan
asam pedas kat situ superb katanya ;)
lepas tu baru gerak ke hotel

dapat bilik jenis apartment, ada 3 bilik
legaaa rasa dapat baring atas katil
rehat-rehat kejap bebudak ajak gi pool
jom la, pegi la jugak
walau memasing dah selsema batuk bagai
ubat katanya, haha!
kejap je pun sebab hujan plak petang tu
malam rehat-rehat je
makan bekalan yang kami bawak

pagi esoknya lepas breakfast
bebudak sambung main pool
mamaZN cam biasa la bila dah ada anak kecik
dok bilik je la jawabnya hukhuk

check out kul 12, singgah lunch kat labu jap
pastu bersurai...
abes la family trip kami yang simple jek
tapi bermakna ;)

next?
akhir bulan 1 nanti, yeayyy!
can't wait!
amboi, mak plak yg tak menyabo, haha!

9 comments:

mama tisya berkata...

gmbr mandi pool tkde ke

Salina Johari berkata...

warghhh..best dpt kumpul ramai...ramai...

eima berkata...

wahhh suka la budak2 tu dapat berkumpul dengan sepupu dia kan

syawalsimpsons berkata...

seronk G reramai gini yee....sejuk je rasa tgk part gamba yg dorang solat ni

Rizziela berkata...

Bestnya.. kalau sy bawa anak2 sy ni..mesti suka

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Akak dah tiga tahun tak buat family belah keluarga akak..
Selepas bermula arwah abah akak sakit..
kemudian diikuti pula arwah mak akak sakit..

Seronok tengok muzium tentera tu..
Nanti balik kg en suami macam nak singgah jer..

Falsya berkata...

meriahnyeee..seronok tgk..and haaaa, part yg semua solat tuh..comel je tau..hehe

el berkata...

bestnya korg...
el taun ni x pi mana2 lagi..huhu

idzwa kamaruddin berkata...

wahhh meriah sebab ramai!! seronok nyerrr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...