sejak 2 menjak ni
viral kejap pasal busy book / quiet book
bila lalu je kat newsfeed fb,
nampak lawa, nampak lawa je...
sebab kalerful!
join plak grup homeschooling kat fb
lagi la macam-macam aktiviti mak-mak ni share
geram jek rasa, sebab nak buat jugak
memang pembakar semangat la bila tengok
dan-dan ajak papaZN gi kedai mr.DIY
sebab kat sana macam-macam ado!
disebabkan dah terjebak
nak la jugak buat busy book ni
tapi bila dah siap... ehhh, macam sesuai untuk nayli jek!
untuk zaed macam tak sesuai lagi
melainkan kasi dia pegang rasa-rasa je la
nak buat aktiviti belum boleh lagi
jadiknya nayli ngan zakwan la main dulu
zaed tunggu dah beso sok baru bleh join
busy book ni sebenarnya 1 kaedah
untuk anak-anak belajar macam-macam skills
membutang, meng'zip', kenal warna, kenal bentuk, kenal nombor, etc.
cumanya lebih interaktif sebab warna warni
yang boleh tarik minat anak-anak nak belajar
nak buat sendiri boleh, nak beli dah siap pun boleh
kalau taknak buat pun boleh jugak, no hal!
sebabnya boleh je belajar membutang dari baju sedia ada kan?
atau ajar nombor, warna & bentuk dari bahan yang sedia ada kat umah
no problem, boleh je
dah mak zakwannaylizaed tetibe angin rajin nya mai
tu yang sebuk buat jugak, hehe
siap buatkan untuk anak buah skali :)
rajin tak rajin..
seminggu siapkan 1 buku, tetiap malam tido 2-3-4 pagi
semangat punya pasal, haha!
rasa penat pun ilang bila buat kerja yang kita suka
lama dah tak melembutkan tangan buat kerja-kerja kraf ni
nak order? nak tempah?
adoi.. ramai je tanya
tapi maaf sesangat sebab tak dapat penuhi kehendak kawan-kawan
bukan apa, qc tak lepas maaa.. masih amatur gitu :)
tak sampai hati nak mintak bayaran untuk kerja yang tak seberapa
melainkan...
bukan seorang yg fussy bab jahitan, haha!
mamaZN memang jahit je
sebab bila guna gam macam tak tahan lama
eh, tapi buat busy book ni memang bleh buat duit!
ada tengok ritu, dia jual rm80 tau!
perghhh! giler ar
kalau elok, cantik seronok la kita yang membeli kan?
kalau indah khabar dari rupa...
boleh putus kawan beb! haha!
13 comments:
rajinnya naddddddddddddd
kak nad buat tutorial... mcm best je... hihihi.. ada lagi satu kak nad pnh nmpak tak org share post pasal buat busy books ni tp utk bdk mcm nayli ke zakwan ke ok.. yana pun lupa link dia..cari blek tak jumpa da
wahhhhh rajin nyer!~
rajinnye ...camne tu nak buat cer bg toturial sikit... semua buat sendirik ke
mcm menarik je nie..tp kene rajin la kan...hehe
rajinnya uuols
comey2 haaaaa
klo nak buat sendiri ..mesti nak kreatif gak kan
Mmg meronta ronta nak buat gak..tp anak anak pun sama meronta ronta nak diberi perhatian...jehe...tak berjalan kerja kalau diorang serta
rajinnya semua org..sy jugak yg mls..
teringin nak baut,,tp masa selaloo tak mengizinkan...
cantik sgt,...
bgusnya skarang..msa zaman asya dlu maybe dh ada..tp x meluas mcm ni..
mmg bgus utk anak2,
secara x lgsung jgk leh eratkan hbungan ibu+ank
kreatif nad.. cantek ha rajin pn iye...
cantik la nad... mmg seswai utk homeschooling...
Catat Ulasan