26 Oktober 2015

Aktiviti Hujung Minggu | Klang-Bangi-Putrajaya-Klang

sabtu baru ni mmg full masa kami
dari pagi membawa ke petang
awal-awal pagi anak-anak dah kena kerah bangun
8.30 pagi dah gerak ke pkns bangi
nak ke klinik homeopati, check zaed

sampai-sampai tu mak datok!
beratur panjang nak tunggu amik no. giliran
1st time tau gini.. selama ni takde sampai beratur pun
hebat ustaz hasan ni, moga terus sukses!
:)

settle check zaed dah jam 12tgh hari
dekat 2 jam gak dok tunggu giliran (pergh!)
naseb baek pkns bangi tu banyak kedai
bleh gak cuci-cuci mata dulu

settle kat bangi, trus gerak ke putrajaya
nak penuhi jemputan kenduri 2 pupu mamaZN
atoknenekZN xdapat datang
sebab atokZN ada reunion sekolah rendah kat kg (wow, hebat!)
jadiknya anak-anaknya la menjadi wakil :)

kenduri nya buat kat marina putrajaya
dapat jumpa kejap je dengan famili pengantin
datang time peak hour kan
memang takdan nak dok chitchat
salam-salam, makan, salam-salam, balik
makan pun kena cepat, bagi laluan pada tetamu yg baru sampai plak...

abes kenduri trus balik klang
nak menyembang sesama adekbradek pun tak sempat
zakwannayli pun x puas jumpa sepupu-sepupu
sebabnya malam tu zakwan & papaZN nak gi stadium tengok game
dapat tiket free, jiran bagi.. harus la pegi
lagi pulak, ni 1st time zakwan nak masuk stadium
memang impian dia sejak dulu

tapi tu la.. kita hanya merancang..
game kat stadium dibatalkan sebab jerebu huhu
ksiannn sangat kat zakwan
xpe, lain kali in shaa Allah impian zakwan tercapai ye ;)

jadiknya malam tu rehat-rehat je kat umah
tido awal, sebab malam sebelumnya tu
mamaZN & nayli tido kul 4 pagi! 
buat apa?!!
nanti kita stori-mori lain ek! :)

4 comments:

kayyana berkata...

Kak nanti boleh lah share pasal rawatan homepati tu eyh... Tulah ramai jugak peniaga mengeluh kan pasal bola cancel last minit. Kesian peniaga peniaga kat stadium tu. Semoga mereka tabah la hadapi dugaan ni.

Azura Aziz berkata...

comey kakak nayli pakai tudung...

LYAfrina berkata...

comeynya kak nayli tdo... letih sgt ke tu?

Fiza Rahman berkata...

Penuh jadual. Ubat homeopati memang bagus. Org cakap dari gi klinik baik gi homeopati. Nak try gi situ lah nanti.

Comel kakak nayli pakai tudung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...