03 September 2015

Aktiviti Cuti Merdeka | Kemas Bilik ZakwanNayli

okeh ni aktiviti kami masa cuti merdeka ritu
orang lain update status pi holiday, pi balik kampung
mak sentap nakkk, huhu!
untuk mengubat hati yang lara, meh mengemas
memang terapi - penat yang berbaloi!

sebelum ni mainan dorang ni campur aduk
sume campak masuk bakul jek
mana hotwheels nya, mana barbie nya,
mana mainan masak-masaknya, lego lagi..
semua letak 1 tempat
nak mencari 1 hal, bila tak jumpa yang tak tahan tu
tak sah kalau tak bergaduh, mesti punya!
makkk jugak yang kena carikan mainan dorang
padahal dorang yang main! sabo je la!

solutionnya, jom asingkan mainan!
beli kotak kat ikea je (rm3.90/unit)
pastu asingkan la ikut jenis mainannya
1 kotak khas utk lego, 1 kotak khas utk hotwheels, 1 kotak khas utk mainan masak-masak, etc.
setiap kotak letak label sesiap
ikut warna kegemaran masing-masing
nak mencari senang, nak kemas pun senang
makkk jugak senang hati, haha!

dah ada kotak-kotak-kotak tu
nak plak ada rak, biar nampak kemas
dah beli rak kayu kat ikea, rm59
tapi setiap shelf tu x muat letak 2 kotak
takpe, rak tu guna utk susun buku-buku je
pegi aeon big, jumpa rak besi utk stor tu
rm89 - ada 4 tingkat
jadik la.. janji kemas

almari baju zakwannayli tu sebelum ni gambo spiderman
beli wallpaper kat mr.diy rm3.30 segulung
trus transform jadi almari cantik camtu, haha!
sape lagi nak puji kalu bukan diri sendrik, kikiki :P
zakwan pun dah beso, nampak la matured sket
kononnyaaa.. :P
nanti dah boring dgn wallpaper tu
tukar la design lain plak, hehehe...

kengkonon nak la deko bilik ZN
macam yang di'share'kan kat fb tu
bilik umah omputeh yang kemas & cantik dengan mainan warna-warna yang cun
seronok tengok!
tapi kita ikut poket sendiri je la kan, haha!
janji matlamat tercapai :)

p/s: puas hati dapat deko-deko dengan  $$$ yang minima

11 comments:

mama tisya berkata...

senang asingkn tp kalo dh sepahkn jenuh gk tu hehe

Ida Puanstoberi berkata...

akak kalau dapat long weekend, lebih nikmat rasanya duk rumah dari gi memana. Biasanya long weekend, hway superjammed, tempat peranginan lagi la toksah nak ckp..
So, mmg suka duk rumah ja. Tido.. and kemas2 umah.

Tapi, tu hari balik kg, sbb nanti raya haji tak balik kg Perak.

Boxes tu kan, kat Go Shop, ada satu box yg macam kabinet. DIY Tupper ke apa ntah nama dia. Smart jugak.

Nory Zoulkefle berkata...

wahhhh cantik...nory pon nak kemas bilik mainan Iqy nanti..Semak betul mata tengok mainan bercampur aduk dalam satu bakul..huhuhu

idzwa kamaruddin berkata...

wahhh cantik dan kemas!

Chekgu Azrine berkata...

kemasnya nampak/..great job la mama!!!

eima berkata...

dah penah dah asing cam ni nad .. budak berdua sepahkan ....pastu depa sumbat suka hati je ..... hohohoho
bila mama kerah simpan ...asal boleh je hahahaa

Sue-Rya Qistina berkata...

cantik dan kemas..tunggulah pindah rumah sendiri nnt nak buat style gini..dok rumah sewa ni rumah sempit, x dan nak mengemas bagai..hehehe

beat berkata...

wuih cam kat internet

el berkata...

kita ni susun cam mn pun kan kejap je lah kemas pas2 buat balik sepah hahahahah...

Nor Marshaliza Shaidan berkata...

Saya pun suka habiskan masa weekend kemas bersama famili. Seronok tgk bilik teratur.

Saya dapatkan air bersih tapi bil elektrik jimat. Jemput baca sharing saya AIR BERSIH , BIL ELEKTRIK JIMAT

Aishah Amin berkata...

kami pun asing2kan toys tapi tang melabel tu belum sempat lagi hehe
Aishah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...