2/5/2015 ari sabtu kami pi jalan-jalan
kami ke kuala gandah, lanchang, pahang
sebenarnya dah lama dah plan
tapi asek adaaa je aralnya
nekad je ni dengan harapan tak jem
sebab jumaat 1st day cuti tu
tengok orang dah sesak kat jalan raya
dengan harapan sabtu ramai yang dah sampai ke destinasi
dan diorang akan gerak balik hari ahad atau isnin
bertolak kul 10.30 pagi sampai kul 1.30
alhamdulillah, perjalanan lancar
walau banyak kereta tapi tak jem
masa pegi terasa jauh plak perjalanannya
setiap 10 minit zakwan tanya, 'x sampai lagi ke mama?'
aiyooo!
apa nak buat, anak bujang tu excited sangat
bagitau malam tu, kul 6 pagi dah terjaga
dengan badan dedor2 panas nak demam
dia nakkk pegi jugak
tapi dah standby ubat bagai la
sebelum masuk kami lunch dulu
macam biasa, bawak bekalan utk kurangkan kos hehe
kami bawak bihun goreng, nasi goreng, pisang goreng & kudapan
zakwannayli ni tau-tau je la...
bila dah excited, mana depa nak makan sangat pun
takde bayaran masuk dikenakan
just daftar sebagai pengunjung & diberi pelekat
tapi kalau nak join xtvt mandikan gajah tu
kena la bayar dewasa rm10, kanak-kanak rm5
masa kitorang pegi tu, takde xtvt mandikan gajah
sebab hari sebelum hujan lebat
air sungai naik dan takut bahayakan pengunjung yang nak join xtvt kat sungai
ok la, takpe..
kita kasi gajah-gajah tu makan
dan tengok persembahan pun ok dah :)
ada 1 stall jual tebu rm3 seikat, kacang rm3 sepeket
dengan makanan tu la, kasi kat gajah
zakwannayli seronok sangat la depa!
sebab 1st time kasi gajah makan
maknya penakuttt, jadi tukang amik gambo je, haha!
cuaca agak panas jugak la
kena pakai baju yang sesuai
kena bawak bekalan makanan & minuman secukupnya
pegi tempat camni takyah dok melawa pun xpe
pakai tracksuit ngan tshirt dah sempoi dah
(tak macam kami, ber'jeans', kasut bertutup bagai, haha!)
takpe, dah tau tempatnya cemana
pasni kalu datang lagi tau dah nak pakai apa, hehe
ok la, walau gajah je pun yang ada
bebudak ni dah cukup hepi sangat dah
tu pun dok ulang nak datang lagi, nak datang lagi..
ye la, zakwan pun tak berapa sehat masa pegi aritu
jadi dia tak dpt nak menghayati keseronokan betul-betul
ksian gak kat dia...
in shaa Allah, nanti kita datang lagi ek
pasni kita bawak adikbaby plak
tq kat nana ibudamia sbb berjaya mempengaruhi, hihihi...
lepas baca blog nana la, kami bertambah excited nak pegi tu :)
tq jugak kat atokZN yang berjaya pujuk papaZN bawak kami berjalan! yeayy! :D
* UPDATE *
waktu operasi dari jam 10.30pg sampai 5ptg
klu sampai dalam kul 2-3 just nice sebab xtvt banyak start time petang-petang :)