08 April 2015

Homemade Nuget Ayam Tempura

semalam terlebih rajin sket
skettt je pun, haha!
sebabnya kelmarin baca entry blog kak lelalelord pasal homemade chicken nugget
dan-dan tu jugak rasa nak buat
malam tu soh papaZN beli bahan
tu yg smlm projek berjalan :)

senang jek rupanya nak buat
bleh la buat lagi pasni
pastu buat stok banyak2 utk bekalan zakwan pi skolah

pastu nak letak apa-apa ikut suka/kreatif kita sendiri pun bleh
nak letak carrot ke, jagung ke, sayur pape ke
elok sesangat pada anak-anak yang tak makan sayur
leh sembunyikan sayur dalam inti nuget tu, hehe

atau
nak rasa pedas, tambah lada hitam
nak cheesy, tambah keju sket
terpulang pada memasing utk buat eksperimen :)

dan lagi satu, ni satu langkah penjimatan
untuk kurangkan bayar gst, kikikiki...
pokok pangkalnya, kena rajinnnnn, huhu
(dush! dush! kena sebijik kat diri sendrik)

okeh, meh tengok bahan-bahan & cara membuatnya

*bahan-bahan:
- 1 pek daging ayam kisar (boleh guna daging ayam pejal tu then kisar sendiri)
- 3 sudu mayonis
- 3 sudu tepung gandum
- lada sulah & garam secukup rasa
- carrot yang disagat (bleh letak sayur lain ikut suka)
- breadcrumb (mamaZN buat sendiri, bakar 2 keping roti pastu blender kering)

*cara nak buat:
- satukan semua bahan-bahan kat atas
- bentukkan ikut kreatif sendiri (ada acuan comey2 tu lagi syok!)

*kalau nak goreng versi tempura macam mamaZN
- sediakan 1 mangkuk sebiji telur putih & 1 mangkuk sedikit tepung gandum
- biarkan minyak betul-betul panas
- celupkan nuget pada tepung gandum then telur putih
- pastu gorengkan dalam minyak panas tadi (time ni dah bleh slowkan api sket)

*kalau nak goreng versi ada serdak tu
- sediakan 1 mangkuk sebiji telur putih & 1 mangkuk sedikit breadcrumb
- biarkan minyak betul-betul panas
- celupkan nuget pada breadcrumb then telur putih
- pastu gorengkan dalam minyak panas tadi (time ni dah bleh slowkan api sket)

siap! selamat mencuba ^_____^

19 comments:

mama tisya berkata...

mmg dh mcm kt kedai ni..mmg jimat la sgt..bdk2 suka mkn nugget kn

eima berkata...

yaaa Allah tempting nye aku nengok wei ... hebat2 big clap utk nad

mummy_ayu berkata...

wah..good good. Ayu pun nak gak la buat..

::Mamalyna:: berkata...

ehhh senang gilerrr...
boleh buat
bila rajinnnn... rajin tu suke benor pegi jauh2, hehehhe

syawalsimpsons berkata...

ok boleh buat untuk syawal...syawal sekarang ni rajin jugak bawak bekal G sekolah ni

Azura Aziz berkata...

Amboi rajinnya mak buyong ni... tapi tengok pun dah bole nampak kesedapannya...

Rai OurKizuna berkata...

rajinn! boleh cuba buat jugak nanti..

Chekgu Azrine berkata...

ok.nti nak buatla nad..nmpk sedap..buat sendiri lagi berkhasiat kan

Falsya berkata...

yeayyyy!!!..boleh cubeeeee..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH berkata...

Assalam nad,
waaa
nampak menarik uols :)

~aSHa~ berkata...

pernah nak cuba buat..tapi tak mula2 kan lagi nak buat nye..ihihihi

Masya berkata...

ohsemnya lg senang buat sendiri kan.. jimat pun jimat ... berbaloi²

lieyalatif berkata...

sejibik jek mcm beli kat kedai la nad..... lagi terjamin buat sendiri kan....bersih nyer....tapi tulaa antara rajin ngan malas jek laa ni ekekkeekek

imm hassan berkata...

salam kenal..singgah jalan2 kat sini kejap ☺

tiga lalat berkata...

Salam. Hee sedap mak ;p

Aty_Fared berkata...

waaahhh.. sama macam kedai punya.. besh ni.. pose2 nanti boleh cube buat bukak pose kan.. :)

el berkata...

mcm best je nuget ni
senang pun senang
lau rajin boleh lah buat
malas dah beli hat siap pya
kena gst bagai ekeke

Fiza Rahman berkata...

Tak yah beli nugget dah lpas ni. Buat sendiri jer. Nampak macam kedai punya lah ☺

aLyNnZ berkata...

nugget buat sendiri lebih berkhasiat kan nad..rajinnyer nad..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...