seperti yang dijanjikan :)
harap dapat membantu kawan-kawan ya!
dah lama sebenarnya kami plan bagai
nak pi bercuti tenangkan fikiran
rasa serabut kepala dibuatnya lately ni
lagipun, dah lama sangat familiZNZN tak pi berjalan...
antara yang masuk dalam list : CH, janda baik, fraser hills
kami dah diskus ciri-ciri percutian kali ni
ciri-ciri kooo! hahahah! :P
antaranya: nak dekat-tenang-tempat tak serabut-ada pool-under bajet
tempat yang disenaraikan tu semua tak menepati ciri-ciri, uwaaa..!
setelah ditimbal balik makanya kami pilih SINGGAH SANTAI RESORT, HULU LANGAT
mamaZN tau tempat ni secara tak sengaja
terus tersuka, terus ter'survey', terus ter'book'
:)
lokasinya adalah di sg.gahal, hulu langat
1 jalan dengan lembah azwin resort & felcra semungkis
nak ke tempat ni ada dalam 1-1.5km
dari jalan besar hulu langat tu
mamaZN ada share kan skali map nya kat bawah nanti
kalau google, memang tak banyak info secara details
tawakkal je la, huhu...
lokasi kat ceruk kampung-ke dalaaaam!
mamaZN pakai line umobile, memang kurenggg sket coveragenya
line lain tak sure plak cemana...
tapi memang mendamaikan & menenangkan
dikelilingi pokok-pokok, bunyi ayam, katak, unggas
memang suasana kampung betul la
harga bilik plak kami amik pool view (RM160)
excluding breakfast, bilik memang basic abes
rasa macam mahal tapi bilik besar & selesa
katil queen bed & single bed
siap bleh bentang toto kat tengah2 ruang
tv flat screen, siaran dari njoi - basic je ada
tapi bukan tengok tv sangat pun kannn...
penat berkubang, terus tido jawabnya! haha!
ada ekon, water heater, arah kiblat & sejadah
walau area kampung mcm dalam hutan
tapi alhamdulillah takde nyamuk
ok la, pegi bercuti tempat camni
takleh expect tinggi sangat macam hotel 5*
janji anak-anak hepi je pun huhu
untuk mereka yang fussy rasa macam kurang sesuai
antara sebab-sebabnya:
- bayar mahal tapi excluding breakfast
sebenarnya, keluar ke jalan besar, memang banyakkk kedai makan kat tepi jalan
tinggal pilih je mana yang berkenan
sama gak kalu nak dinner
- lokasi sangat ke dalam, jauh dari orang
in shaa Allah keselamatan terjamin
sebab ada guard & kawasan berpagar
malam-malam pun pintu pagar dikunci
- keadaan bilik ala-ala rumah kampung
takde cerek elektrik, cadar tak seragam (lain-lain corak), hook langsir ada yg patah
benda remeh camni kalau pikir teruk-teruk sangat, hati jadi tak senang
kami let it go je, buat-buat 'tak nampak'
janji matlamat nak hepi tercapai :)
- ada cafe tapi tak bukak time kami stay sana
kami memang jenis ada bawak kudapan
so, tak jadi masalah kat kami
lagipun macam dah dibagitau tadi
banyakkk kedai makan kalu rajin nak keluar ke jalan besar
ni bagi pandangan mamaZN la kan..
tak mustahil pun ada orang yg cerewet gitu
btul tak?
bilik yang lagi teruk dari ni pun kami penah stay
pejam mata jek, huhu -___-
okeh, meh citer pasal pool plak :)
bilik kami kan ngadap pool tapi tu pool utk dewasa
kena berjalan sket je untuk ke pool kanak-kanak
ada slide tapi better ada orang dewasa untuk mengawasi anak-anak ye..
yang bestnya dia pakai air bukit! sejukkks!! :)
pastu kalau terendam takde la pedih mata
kot terminum ke takde la perit tekak nak muntah
mak yong pun join sekaki berendam dalam pool, hehe
masa kami pi aritu, ada 3 bilik je berpenghuni
jadiknya tak ramai orang kat pool
pool itu 'ana yang punyaaa!' ~ gituuu, haha!
tempat ni sesuai untuk buat famili day @ berkursus
sebab dia ada sediakan dewan jugak
pastu pada mereka yang taknak bermalam pun boleh datang sini
just datang untuk berpiknik & mandi manda
dengar citer, 1 kereta dikenakan rm35 kot
kalau tak silap la...
mamaZN pun takde tanya lebih-lebih, hehe
banyak je pondok-pondok untuk berteduh disediakan
siap dgn meja & kerusi-kerusi skali
toilet pun ada, so jangan risauuu :)
bagi kami, percutian kali ni
memang menepati ciri-ciri percutian yang kami nak
alhamdulillah, semua pun seronok
benda yang remeh-temeh tu tolak tepi sat
takyah dipikirkan sangat
nak mewah pegi hotel 5* la kan huhu ;)
kami ni idok la, ukur baju di badan sendiri gitu :)
ada rezki lebih next time apa salahnya kan?
tapi buat masa sekarang, kita hold dulu :)
apa-apapun terpulang kepada masing-masing
lain orang, lain citarasa nya...
apa yang mamaZN citerkan ni pun dari pengalaman sendiri
kalau tanya nak datang lagi tak?
zakwannayli akan jawab 'NAKKK!'
maknanya, ok la tu.. :P
hope membantu beri gambaran pada kawan-kawan yang bertanya
nak tau lebih lanjut sila call no ni k! :)
SINGGAH SANTAI RESORT : 019-6768454 / 013-3727706