28 Disember 2015

Jamuan Minum Petang Sempena Birthday ZakwanNayli

alhamdulillah
selesai sudahhh...

26/12/2015 (sabtu)
kami adakan jamuan minum petang kat umah
sempena sambut besday ZakwanNayli
ala kadar je pun, saja-saja buat dorang hepi
maaf kalau tak terjemput yea
memang panggil jiran-jiran taman, famili & geng seratas yang rapat
sue syawalsimpsons & adlin mama 3K
jadi wakil rakan alam maya la ye, hehe

menu minum petang
bihun goreng, kuey teow goreng, roti jala
kuih cucur badak & karipap
sume pun order jek haha!
mamaZN malas nak penat2 kat dapo :P
pastu utk candy buffet banyak order ngan lin je hehe...
kek plak macam biasa semestinya dari m&m cupcake
zakwan rekues nak kek ultraman
nayli plak rekues nak kek frozen
order kek double theme sonang cite :)

goodies bag plak
untuk kawan-kawan ZakwanNayli bagi jigsaw puzzle
untuk kawan-kawan makpaknya plak surah yassin

memula riso jek..
cukup ke makanan? cukup ke goodies?
alhamdulillah, rupanya cukup je
kalau kata berlebih pun tak banyak mana
just nice gitu
lagipum ramai yang dah ada agenda sendiri
almaklum, cuti panjang kan
ramai dah plan balik kampung & jalan2

apa2pun, selesai sume rasa lega sangat
sebab dapat penuhi kehendak ZakwanNayli
macam zakwan..
sejak umo 4 tahun mintak nak buat makan2 untuk besday
tapi bila umo 7 tahun baru merasa
tu pun kena share ngan nayli
hehe

takpela, janji ada jugak kan.. :)
pasni tunggu baby zaed umo 3 tahun
baru buat lagi skali kot haha
jamakkan trus 3 beradik :P

22 Disember 2015

9 Tahun | Aku Terima Nikahnya...

assalamualaikum
lama tak bersiaran
rindu toksah kata! huhu :'(
mana la peginya kerajinan itu...

special day, nak abadikan kat sini :)
221206-221215
ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9
alhamdulillah, syukur

kenal sejak form 4 (1998)
1 sekolah yang sama, lain-lain kelas
zaman remaja muda mudi bersama sejak 2000, hehe
disatukan menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 2006

selama 9 tahun perkahwinan
pelbagai rintangan, cabaran, suka, duka tangis, gembira dihadapi bersama
menjadi pengajaran dan pengalaman
supaya kami terus tabah dan sentiasa bersama menanganinya...

terima kasih papaZN yang sentiasa sabar dengan isterinya ini :)

anugerah terindah
bila dikurniakan 3 amanah Allah yg comel dan bijak
~ zakwan afif najmi
~ nayli az zahraa
~ zaed afif nasri
(kalau campur yang keguguran, dah 5 org.. kuasa Tuhan, takde sape bleh pertikai)

'perjalanan' yang masih panjang buat kami...
moga dimurahkan rezki
moga diberi kebahagiaan & keberkatan
moga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT
yang berterusan buat kami sekeluarga

ameennn...

15 Disember 2015

Movie Time! | The Good Dinosaur - Bertemakan Kekeluargaan

sekali malas update, memang lambat la nak rajin, huhu
bila la dapat tukar henpon ni..!
(hint utk papaZN, haha!)

ok, back to the topic
dah lamaaa sangat kami tak tonton movie
last citer masa tengok avengers dulu kot
time tu dah dekat 8 bulan preknen
lepas dari tu, memang takde pegi nonton

setelah sekian lama tak jejak panggung
2-3 minggu sebelum bukak sekolah
kami bawak la bebudak ni tgk movie
1st time untuk baby zaed masuk tengok wayang
alhamdulillah good boy, hehe

kami tengok citer the good dinosaur
layan kartun jek la dulu - amik mood katanya, haha!
best citer nya...
ringan, tak banyak kene pikir
banyak elemen kekeluargaan
sangat menyentuh hati, huhu...

kitorang memang amik seat atas skali
pastu dekat dengan pintu
kot zaed wat hal senang nak lari keluar, hehe
baby zaed memula tido
half citer dia pi bangun plak! haha
naseb la takde kejadian yang tak diingini
yang bisa mengganggu penonton lain, hehe
good zaed, pasni bleh tengok movie lagi
:)

mamaZN la rasa mcm boring dok dalam tu
xtau pasaipa... faktor usia kah? haha!

p/s: teringin nak tengok dilwale, tapi takde teman huhu!

11 Disember 2015

Sedih-Sedih-Sedih...

short update for today huhu

selamat bercuti warga selangor!
walau kami dok klang, tapi papaZN kena work
sebab kerja kat putrajaya, huhu
3 hari cuti, boleh gi cuti-cuti malaysia kan?
syoknya...!

semalam dok umah dendiam
patutnya gi istana budaya redeem hadiah contest
merangkap hadiah besday kakak nayli
disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan
makanya, tak dapat la tengok hi-5 secara live!
hukhukhuk

dah lama tak jenjalan blog kengkawan
rinduuuuu..!
henpon rosak dapat online kejap
mampu update blog sendiri
nak blogwalking tak bleh huhu
kena charge lama - off henpon plak tu
adoihaiiiii, henpon baru plz papa! haha

arini genap setahun arwah pakcik yang sangat disegani meninggalkan kami
moga rohnya dicucuri rahmat
al fatihah...

okeh tu je utk hari ni...
hepi wiken sume! :)

07 Disember 2015

Ke Big Bad Wolf 2015 @ 12 Tengah Malam!

weekend baru ni sangat penuh dengan aktiviti
penat tapi seronok
jadiknya penat tu tak terasa sangat
sebab bersama insan-insan tersayang
penat tu datang bila dah tiba hari isnin
tu sebab selalu monday blues! hahaha
:P

siang sabtu dari klang ke bangi
cam biasa la, kalu ke bangi memang ke pkns je la biasanya tu
pastu singgah putrajaya jap amik walker baby zaed
cam nyesal pun ada, sebab baby zaed takmo dok dalam tu
baru kot, takpela.. tu nanti-nanti la

malam plak dalam kul 10.30 kami ke mines
niatnya hanya 1, sebab nak ke big bad wolf! wuuuhuuu!
tq atok!
sebab atok kami dapat gak terjah bbw untuk tahun ini haha!

papaZN kene jaga zakwannayli kat dalam kete
sebab depa dah tido
baby zaed kena ikut mamaZN & atokZN soping buku hehe
semangat woo! sebab suuuka! :)

tq baby zaed sebab sangat behave
sayang iye tu :)
masuk je hall dia terjaga jap
tak lama pastu lena semula
senang mak dia nak belek buku

lebih kurang 2 jam gak dok dalam tu
ke hulu ke hilir nengok buku
takde beli apa sangat
buku-buku untuk zakwannaylizaed jek pun
tu pun dah hepi!

03 Disember 2015

Shopping Baju Sekolah Zakwan | Kedai Tokong, Teluk Intan Tetap Jadi Pilihan

balik kampung ritu
sempat la curi masa sket
untuk beli baju sekolah zakwan
dan macam tahun lepas, 'kedai tokong' tetap jadi pilihan
selain harga murah, dapat tawar menawar lagi (kalau pandai, haha!)

mamaZN xtau tempat lain cemana harganya
sebab tak pernah survey
bila kata baju skolah je mmg otomatik teringatkan kedai tokong
so, pada pendapat kami memang berbaloi beli kat sini
tu sebab takde pegi beli kat tempat lain

kualiti baju pun boleh dikatakan ok
baju zakwan masa darjah 1 memang takde beli lain
sepanjang tahun dari awal sampai akhir
pakai baju tu je la 

sebab apa panggil 'kedai tokong'
sebab kedainya memang bersebelahan dengan tokong cina
berderet kedai jual baju-baju & kelengkapan sekolah
port kami cari barang sekolah gak ni
masa kecik2 dulu

alhamdulillah selesai dah beli baju sekolah
tahun depan zakwan jadi pengawas pusat sumber
kena pakai kemeja kaler ungu
beli la kemeja 3 helai & seluar 2 helai
baju melayu 2 pasang untuk sekolah agama dengan sampin sehelai
beli gak skali tracksuit 2 helai, stokin 6 pasang dengan 1 tudung putih nayli
total rm232
ok not bad.
masih dalam peruntukan
bajet rm250, siap ada balance, ok what? hehe
kena bijak berbelanja skrg ni
kan?

01 Disember 2015

Family Trip | Ilham PNB Resort, Port Dickson

sabtu 22/11/15 yang lepas
adhoc plan buat family trip (belah mamaZN)
plan asal baekkk punya nak ke kuala gandah
tapi bila ada kes tanah runtuh kat bukit tinggi tu
trus sume takut nak lalu sana
makanya jom plan bercuti ke arah selatan
aunty yaya book bilik kat Ilham PNB Resort, Port Dickson

kami konvoi 2 kereta
1 kereta dari klang shah alam, lagi 1 dari putrajaya
janji berjumpa di r&r seremban
singgah la kejap, nak celebrate besday khadeeja yang jatuh pada hari kejadian :)
lepas makan kek sket, trus kami gerak

disebabkan check in kul 3
kami singgah muzium tentera darat dulu
lokasi kat lukut, negeri sembilan
baby zaed dah tido
jadiknya mamaZN kene jaga dia kat dalam kete huhu
papaZN jek bawak depa berjalan dalam tu

tengok gambo, alahai menariknya!
memang kena repeat pegi lagi nanti
dah la masuk free jek
tapi tu la, panas meghelit!
sepet-sepet mata depa dibuatnya, hehe

abes melawat muzium singgah makan lunch kat teluk kemang
aunty yaya yg rekomen kan
asam pedas kat situ superb katanya ;)
lepas tu baru gerak ke hotel

dapat bilik jenis apartment, ada 3 bilik
legaaa rasa dapat baring atas katil
rehat-rehat kejap bebudak ajak gi pool
jom la, pegi la jugak
walau memasing dah selsema batuk bagai
ubat katanya, haha!
kejap je pun sebab hujan plak petang tu
malam rehat-rehat je
makan bekalan yang kami bawak

pagi esoknya lepas breakfast
bebudak sambung main pool
mamaZN cam biasa la bila dah ada anak kecik
dok bilik je la jawabnya hukhuk

check out kul 12, singgah lunch kat labu jap
pastu bersurai...
abes la family trip kami yang simple jek
tapi bermakna ;)

next?
akhir bulan 1 nanti, yeayyy!
can't wait!
amboi, mak plak yg tak menyabo, haha!

Majlis Aqiqah Baby Noah | Jom Shell Out!

2 perkara berbeza ye tu
taktau nak letak tajuk apa dah, hehe

sabtu baru ni kami balik kampung
ada majlis aqiqah & kesyukuran
anak aunty wawa, baby noah imran arrazi
buat sekali majlis hari lahir untuk kakaknya, khadeeja nur jasmin

kami bertolak sabtu lepas subuh
sebab jumaat tu papaZN balik keje lewat
jem dan hujan
kesian plak nak rushing balik kampung
rehat dulu kat umah, esok paginya baru balik
fresh sket

kami sampai kul 8.45pagi
majlis mula kul 11, banyak masa lagi
sempat sesiapkan anak-anak sume
dimulakan dengan marhaban pastu doa selamat pastu makan! hehe

alhamdulillah majlis berjalan lancar
aunty wawa anak beranak pun cantik2
baby noah pun good boy, senyap je dia
pelamin pun cantik sangat!
makanan pun cukup
alhamdulillah...

lama dah umah atoknenekZN tu tak buat kenduri
sekali sekala buat, meriah la jugak

kami tak sempat tido umah
sebab pas maghrib dah nak balik kampung papaZN plak
kampung dekat-dekat, kena give & take la kan

memang kena balik gak
sebab kat kampung papaZN pun ada 'event'
kehkehkeh :P
takde la, diorang dah berjanji adik bradik
nak ber'shell out'
makanya just nice la timing nya tu
siang kenduri aqiqah, malam shell out

alhamdulillah
seronok sangat dapat balik kg kali ni
walau kejap tapi banyak masa terisi
berkumpul anak beranak & adik bradik

Jalan-Jalan Ke Muzium Negara, Kuala Lumpur

tanya zakwan, dapat no.1 sekolah agama ni nak hadiah apa?
zakwan jawab, nak pegi muzium negara
tanya lagi, nak buat apa pegi muzium?
zakwan jawab, nak tengok barang bersejarah
dalam hati maknya, makkk aih, baru darjah 1 dah pandai nak amik tau pasal sejarah!
kusss semangat!

ok la, papaZN tunaikan...
1st timer gak untuk papaZN
selama 33 tahun, ni pertama kali nak ke muzium negara, hehe
bertolak dari umah kul 9 sampai sana dalam kul 10 kot
panas lit-lit-lit walau baru kul 10
takleh bukak mata dah huhu
bayo tiket rm4 untuk makpak (sorang rm2)
anak-anak bawah 12 tahun free

pegi kat bangunan utama je
pameran khusus baru selesai
pameran baru tak set-up lagi
jadikla... kasi zakwan merasa
masuk galeri A pasal zaman batu
nayli dah mula takut bila nampak tengkorak2 sume
nak berdukung je la dia, papaZN jadi mangsa huhu!

mamaZN la terpaksa menjawab segala mala soalan zakwan
paham-paham je la budak sekecik zakwan ni
macam-macam soalan ditanya nya
apa mamaZN tau, jawab je la kan hehe

masuk galeri B pasal kesultanan melayu
masuk galeri C pasal zaman penjajah
masuk galeri D pasal kemerdekaan tanah melayu

pastu settle! haha!
ok la, xde la besar mana..
tp untuk zakwan dia suka je camni
siap cakap kat papaZN pasni nak pegi muzium lain plak
dah la apaknya tak minat sangat sejarah, haha!
layankan aje la ye, papa :)

30 November 2015

Menang Contest | Tiket Konsert Hi-5 Di Istana Budaya Bernilai RM1,216!

tau pasal contest ni secara tak sengaja
time belek-scroll-belek-scroll IG

memula malasss sangat nak join
sebab kena buat video!
pastu tau diri tak kreatif
sure kalah punya la!
haha! negatif sangat kan? :P

tapi bila pikir balik,
'kalau menang kakak nayli mesti tersangat happy'
trus rasa, ok la.. rakam je apa yang patut
kreatif tak kreatif tolak tepi
janji ada submit entry

hantar video kakak nayli tengah menari
sambil tgk rancangan hi-5
pastu kena tulis slogan plak lagi
trus je anta 1 entry kat IG broframestone
lagi 2 entry anta kat IG diya.nadia

tapi yang menang kat IG broframestone
ya Allah, tersangat-sangat-sangat happy
sampai rasa ketor-ketor & nak nangis!
sebab niat nak bawak kakak nayli tengok hi-5 tercapai!

syukur sangat sebab berpeluang nak gembirakan kakak nayli
sebelum ni ada dia ajak nak tengok holiday on ice la
pastu ultraman yang kat genting la
memang takkk la jawabnya
sebab tau tiket mahal! :(

kalu ikutkan, harga tiket VIP - RM304/tix
4 tiket dah RM1,216!
ingat senang nak simply bayo rm1200 utk menda cenggini?!
bagi kami idok le kan...
ukur baju di badan sendiri, kata orang

alhamdulillah
ni hadiah mamaZN untuk kakak nayli sempena besday dia 25/12 nanti
memang sedang elok sangat la tu
untuk zakwan jugak sbb prestasi yang baik untuk darjah 1 aritu :)

alhamdulillah, alhamdulillah
memang niat sangat nak gembirakan anak2
rezki diorang... :)

27 November 2015

Shopping Kasut Sekolah Murah @ Jualan Gudang BATA

lepas pujuk-pujuk-pujuk
berkesempatan gak pegi semalam, hihihi
bila dah sampai baru perasan
rupanya yang kami pegi kali ni, warehouse sale
sebelum ni BATA shoe fair je
memang lagi banyak pilihan la bila jualan gudang camni kan
nak-nak plak pegi masa 1st day

tempat luas, almaklum dalam gudang
mula masuk dah nampak sign 'RM5'
teruja dah ni, haha!
awal-awal selipar lelaki dewasa
sepanjang belah kiri kasut dewasa lelaki
belah kanan plak kasut dewasa pompuan
pastu tengah sket, kasut budak-budak
dah hujung kat cashier kasut sekolah

buat dalam gudang, pegi time tengah hari
memang masak!
sampai merah-merah muka zakwannayli ikut mama soping huhu
zaed plak, papaZN jaga

bila time pujuk tu kata nak beli kasut sekolah
memang kasut sekolah je la yang dituju pun
dah janji kan? hukhuk
tapi mata meliar gak nengok apa yang best, haha!
memang banyak yang best
kasut primavera pun ado
teringin nak beli untuk diri sendiri
tapi tak sempat la plak nak membelek huhu

kasut nayli pun nan ado
kesian dia.. spesis kaki kembang cam omak eh
takpe, nanti kita beli kat tempat lain, ek kakak!

dapat la kasut sekolah zakwan
beli 2 pasang kasut hitam (rm10 sepasang)
sebab tahun depan zakwan jadi pengawas pusat sumber
2 pasang lagi kasut putih untuk sekolah agama (rm15 sepasang)

sepasang lagi buat kasut jenjalan la, haha!
ala rm10 jek pung! :P

kasut sekolah yg putih ada 2 jenis
yg rm15 dengan yg rm10
yg rm10 tu jenis kain keseluruhan kasut
mamaZN amik yg rm15 sebab malas nak kapurkan kasut zakwan, kekekeke

jenuh la nak mencari saiz dan pasangan kasut
sebab awal-awal dah bercampur aduk!
kena check sebelum bayar
kot kang teramik dua-dua kanan atau dua-dua kiri
takpun sebelah saiz lain, sebelah saiz lain
kes naya tu kalo gitu dek non!

alhamdulillah, settle part kasut!

sesapa nak terjah masih sempat lagi
start semalam 26/11 sampai 6/12
lokasi kilang lama BATA kat jalan kapar, klang

p/s: rasa-rasa akan ada jugak BATA shoe fair akhir bulan 12 ni nanti. rasa-rasa nya la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...