28 Disember 2014

Saluran Bantuan Untuk Mangsa Banjir | #prayformangsabanjir

tak sanggup dah nak tengok gambar-gambar
mangsa banjir yang disharekan di FB
sakit dada tahan sebak
='(

apa tindakan kita seterusnya?
jom la kita sama-sama hulurkan bantuan mana yang termampu
kalau tak mampu dari segi kewangan
kita hulurkan dari segi barangan (baju terpakai) 
jangan pulak kasi yang kotor dan berlubang
bagi la yang bersih dan elok
cuba bayangkan barang yang kita nak bagi tu
adalah barang yang kita sendiri akan terima
mesti kita pun kecewa kalau dapat baju terpakai yang kotor dan tak elok kan?
mereka tu saudara kita jugak - saudara seislam... betul tak?

andaikata takde barangan terpakai sekalipun
langsung takde apa nak bagi...
sama-sama kita hulurkan doa
moga mereka tabah hadapi dugaan
moga mereka terus cekal dengan ujian
moga segala bantuan cepat dan selamat sanpai pada mereka...

taktau nak salurkan bantuan pada siapa?
ni ada sedikit bantuan buat kawan-kawan sekalian
harap dapat membantu
sama-sama kita cuba utk bantu diorang, ok?

26 Disember 2014

#prayforpantaitimur | #prayformalaysia

sebak, sedih, simpati, kasihan...
berat mata memandang berat lagi bahu yang pikul
moga mereka terus tabah dan sabar dengan ujian ini
Allah dah janji, kan..?
takkan menguji seseorang lebih dari kemampuan mereka
moga ada hikmah di sebalik ujian yang diberikan

sebenarnya ujian tersebut untuk kita jugak
walau kita tak merasai keperitan mereka
tapi sekurang-kurangnya Allah nak uji diri kita
sama ada mata hati kita terbuka atau tidak dengan musibah yang melanda
sama ada tergerak tak hati kita utk tindakan selanjutnya
dengan membantu mereka dengan bantuan kewangan, barangan
atau setidak-tidaknya sepotong doa?
atau kita hanya tengok, pastu dahhh ~ lantak!

mamaZN tau kawan-kawan mamaZN tak macam tu :)
moga kita sama-sama terus berdoa
moga mereka diberi kekuatan diri dan semangat untuk harungi bencana
moga bantuan yang dihulurkan sampai kepada mereka
moga kita semua bermuhasabah diri dengan bencana yang menimpa
2014 terlalu banyak kesedihannya
lepas satu, satu...
jangan lupa pasal MH370, MH17, puting beliung, etc.

anggap la ujian yang menimpa sebagai kaffarah dosa
bukannya sebagai bala kepada sesetengah mereka
moga kita terus bersangka baik dengan Allah sentiasa

Allah...
T______T

25 Disember 2014

It's Ur Day, My Princess! :)

alhamdulillah
arini princess mamapapa genap 3thn
happy birthday sayang!
moga panjang umur & murah rezki selalu

syukur...
anak mamapapa diberi kesihatan yang baik
membesar bagai johan
good girl selalu ek kakak!
takmo la marah-marah dah...
takmo gado-gado ngan abang zack
mama tau... kakak nakkan perhatian kan, sebenarnya
mama, papa & abang zack tak ke mana-mana pun
in shaa Allah sentiasa ada dengan kakak, ok!

walaupun ada baby nanti
mama, papa & abang zack tetap sayangkan kakak
sebab kakak tetap 'baby' kami :) 
we love u, sayang!

24 Disember 2014

Persiapan Sekolah Untuk Zakwan (Mak Yang Kalut!)

buku-buku sekolah dah beli aritu
dapat la skodeng skali kelas baru zakwan tahun depan
lepas ujian penentuan kelas oktober lepas
zakwan dapat kelas 1 Arif

cop nama kat buku dah
kes malas nak tulis, haha!
tu la, letak lagi nama anak panjang-panjang :P
buku tak balut lagi
papaZN asek lupa je nak beli pembalut buku plastik tu.. 

letak sticker nama kat stationary pun dah
stok pensel 2-3 kotak tu tak tau la tahan bape lama
ada kengkawan yg komen kat FB
pensel-pensel tu tak tahan 6 bulan huhu
maknya berharap sesangat supaya takde la asek membeli jek
kalu tak tahan 6 bulan, dapat 3 bulan pun jadi la...
tengok la cemana masuk sekolah nanti...

basuh baju sekolah, iron baju sekolah sume dah
tapi lupa plak tak jahit lencana lagi
tetibe terasa macam tak konfiden plak nak menjahit huhu
almaklum, mak 'kerastangan' haha!
kapur kasut pun blum, nenanti la buat

31/12/2014 ni nanti orientasi kat sekolah agama
3/1/2015 plak orientasi kat sekolah kebangsaan
jenuh nak kena ingat tarikh-tarikh ni belaka
jangan sampai lupa tarikh buat check-up baby plak kang, haha!

nak amik gambar pasport zakwan
nak fotostat surat beranak & ic makpak..
sume ni nak buat sabtu ni kat kampung
harap-harap ada la masa...

ehhh, buat apa tangguh-tangguh
buat esok pun bleh kan?
esok kan cuti...
nayli kasi cuti seluruh dunia esok, hahaha!
:D
tq nayli sebab kasi cuti 25/12 setiap tahun, kekekeke :P

23 Disember 2014

Movie Time! : Big Hero 6 - BEST!

serius dah lama x tgk movie
trailer citer ni dah byk kali ulang sejak bulan 10 lagi
paham-paham je la zakwan ni...
asal ada citer baru mesti dia ajak tengok punya
tp jawapan makpak dia?
nanti, nanti, nanti...
ksian plak kat zakwan...

abes tu nak buat cemana...
mak nya masih mabuk-mabuk lagi huhu
soh pegi tengok ngan apaknya, taknak plak
nak makkk ada jugak, hmmm
alamatnya, tunggu la sampai mak betul-betul sehat, ok? :)

setelah sekian lama
baru la zakwan dapat pi tengok citer ni
kami pi tengok sabtu lepas kat SCM
better late than never kata orang jawa, haha!
seronok bukan main la budak-budak ni
tak abes-abes, 'terima kasih mama', 'terima kasih mama'

seat dah kena amik 4 seat
mamaZN dah tak larat nak pangku nayli, huhu
makin jauh la dengan papaZN, sebab anak-anak kat seat tengah-tengah, haha!
beli tiket online jek, sonang... malas dok q dah

jalan cite best! lain dari yang lain
tak macam citer superhero lain
walau superhero gemokkk tapi comel, haha!
baaaanyak sangat pengajaran dalam citer ni
best la, memang best
nora kasi 5 *, hahahaha!

walau jalan citer best pun
ada budak tu lagi 10 minit nak abes citer
bleh plak dia bantai tido, haha!
lawak btul nayli ni :P

22 Disember 2014

Happy 8th Anniversary To Us :)

22/12/2006 - 22/12/2014
genap 8 thn usia perkahwinan kami
Alhamdulillah, syukur...
syukur dengan segala pemberian Allah sepanjang kami bersama 

tq sangat-sangat kat my other half 
sebab SANGAT SABAR dengan kerenah isterinya ini, hewhew T_T
memang kena bold kan tu, sbb itu la kelebihan papaZN
in shaa Allah isterimu ini akan berusaha untuk menjadi lebih baek, lebih sabar & tak baran (opps! :P)

perit tak hati bila ada yang kata perkahwinan kita takkan bahagia?
sakit tak hati bila ia disampaikan depan-depan kita?
yaaa, itu la salah satu dugaan kami dulu
memang down, sedih, kecewa...

tapi kita kena sentiasa ingat...
bahagia datang adalah dengan izin Allah
bahagia datang bila kita berusaha ke arah itu
bukan manusia sekeliling kita yang tentukan
sabar, sabar, sabar dan terus bersabar

tipu la kalau cakap dari awal kawen semuanya manisss je kan? ;)
ada jugak pasang surutnya
semua orang pun macam tu...
berkat tolak ansur & persefahaman yang ada
alhamdulillah ia dapat diatasi

apa-apapun...
moga persefahaman sentiasa ada antara kami
moga kebahagiaan sentiasa kami kecapi
moga kami terus dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk
moga rumantangga yang dibina diredhai Allah ameen... ameen...

Happy Anniversary To Us! :)

p/s :
sabtu baru ni dah celebrate awal-awal hehe
TQ papaZN, sebab belanja makan nandos!
alhamdulillah, sedap...
lama dah dok ngidam :)

p/s lagi :
gmbr 1st gmbr time raya aritu
takdan lagi nak amik gmbr berdua hehe
adaaa je yang nak menyelit ;)

17 Disember 2014

Celebrate Birthday @ Medan Ikan Bakar, Putrajaya

citer #throwback (again..! :P)

ni bukan besday anak-anak mamaZN
zakwannayli tak berkesempatan lagi
nak celebrate besday besar-besar camni
perancangan ada, tapi takde rezki dorg lagi la kot... T_T
sabar ye anak-anak, in shaa Allah next time
tapi kita tetap celebrate gak kan walau hanya kita-kita aje :)

ni besday sepupu zakwannayli - khadeeja
best btul! jeles abg zack & kakak nayli, hehe
ada inflatable pool, ada candy buffet
candy buffet tu mama yong yg deko-deko, haha!
walau tak cantek, jadik la kan dari takde
kan khadeeja? hehehe
(khadeeja panggil mamaZN - mama yong :P)

ada cerita di sebalik kejadian besday ni
sangat-sangat tak sangka la pulak
hari kejadian bersamaan dengan hari event upin ipin @ picc & formula e
makanya, bertabah je la dengan jammed di merata jalan @ putrajaya!
nak-nak jalan yang menghala ke picc tu huhu! 

perjalanan biasanya amik masa 15-20 minit
dah jadi 2 jam sebab jammed!
giler btol!
majlis start kul 3, tapi 1 apa pun tak set up lagi, huhu
sampai dalam kul 2.30 mmg macam lipas kudung tolong aunty wawa & uncle najjib
ksian kat mama & papa khadeeja
tetamu yang patah balik sbb x tahan jammed pun ada, hukhukhuk :'(
bertabah je la bila jadi tuan umah

tu belum lagi pasal inflatable pool tu
dah terang-terang depan mata ada event private
siap dah berpagar
bleh plak mak-mak yang dtg makan tu
benarkan anaknya main kat situ! hmmm...

agak-agak la kot kan...
kalau gi tmpt lain pun nak main kena bayo, bukannya free
kalau tetamu jemputan lain la citer
awak nak datang umah orang pun beri salam
bukan main terjah masuk je, btul tak?

macam-macam hal...
takpela, baru 1st time buat makan-makan
banyak yang perlu diperbaiki
lagi-lagi buat kat tmpt awam camtu
pasni khadeeja ajak papa & mama pi holiday je la masa besday khadeeja, kekekeke... :P

apa-apa pun hepi besday khadeeja nur jasmin!
mama yong doakan khadeeja jadi anak yg solehah
dan sentiasa gembirakan mama & papa
nanti mintak kt mama & papa adik ek
ada kawan nak main masak-masak, haha! :P

15 Disember 2014

Zakwan @ Majlis Ihtifal & Penyampaian Sijil

assalamualaikum
citer #throwback bermula :)

16/11/12 aritu, tadika zakwan buat majlis penyampaian hadiah
mula-mula tu rasa macam taknak pegi
sebab condition kesihatan tak ok lagi
almaklum time tu mabuk alahan masih bersisa

tapi bila pikir-pikir balik, rasa macam taknak lepaskan peluang pulak
kuatkan diri jugak la pegi sekolah zakwan huhu
pagi tu, papaZN hantar zakwan dulu sbb budak kena sampai awal
pastu baru papaZN amik mamaZN & nayli

terlepas persembahan zakwan - amali solat & bacaan maksud surah al fatihah :(
sebab sampai dah lewat sket huhu
tapi persembahan lain masih ada... naseb baek :)
berapa kali turun naik pentas ntah zakwan ni
persembahan kelas, persembahan murid 6thn, amik hadiah 2x
mau la 5-6 kali gak turun naik pentas hehe

alhamdulillah selesai dah sesi persekolahan zakwan kat tadika an naim tu
pasni dah ke sekolah baru, alam baru plak
tah cemana plak la zakwan ni nanti huhu

yang si nayli plak tak sabo nak pi skool
tapi ksian, papaZN x kasi lagi ;)

p/s: gambar terakhir tu klakooo, haha! ucapan guru besar panjag sangattttt, nayli penat menunggu, hehehe

12 Disember 2014

Live Update From Langkawi

assalamualaikum
bersiaran dari bumi mahsuri - pulau langkawi
arini dah masuk hari ke-3 kat sini
sampai rabu aritu jam 9.30 malam
esok pagi balik dah...

ni kiranya trip famili mamaZN
tapi sayang sbb papaZN tak dapat join
sebab baru tukar kerja
cam takbest plak bila nak mintak-mintak cuti
takpela, xde rezki

mulanya zakwan je yang ikut sorang
mamaZN & nayli tinggal
sebab rasa macam tak larat pulak nak berjalan nanti
tetibe pagi sebelum bertolak tu tukar fikiran
pegi jugak la bila tengok zakwan nangis-nangis nak mamanya ikut jugakkk
terpaksa la kuat demi anak-anak
janji diorang hepi

semalam naik cable car atas permintaan zakwan
ksian nayli sebab takut, hehe
petang tu plak aktiviti buat mak-mak : soping time! :)

lepas soping, kami ke dataran lang pulak
ni pun atas permintaan zakwan
dia kata nak amik gambar ngan helang beso
nayli lagi skali takut nak dekat! adoihaiii!
pening mak!
kalau badan maknya ni boleh kerat dua takpe la jugak, huhu!
naseb baek ada aunty yaya & atokZN yang tolong jaga

balik tu depa berkubang plak dalam swimming pool
mamaZN mmg dah penat sgt dah time ni
ye la, seharian tak rehat & tak baring
malamnya, mendapat la kedemaman huhu :(
harini tak dapat nak ke mana-mana
rehat jek kat homestay
bebudak je ikut yang lelain pi jenjalan lagi...

dalam pada tengah seronok pi bercuti
tetibe papaZN inform berita yang tak disangka-sangka
memang terkejut, sedih & terkilan...
terkejut sebab last time jumpa (30/11)
nampak arwah sehat & bersemangat lead majlis pertunangan adik ipar
sedih sebab kami kat langkawi ni, tak dapat nak ziarah arwah
terkilan sangat sbb tak bersama dengan keluarga yang lain dalam kesedihan ni

ye la, mati tu kan pasti
setiap yang hidup pasti akan mati
dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali
ada hikmahnya kenapa papaZN tak ikut skali dalam trip ni

al fatihah buat arwah paman (ayah saudara papaZN)
moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
moga segala urusan pengkebumian harini dipermudahkan
bersyukur sebab berpeluang kenali arwah walau dalam masa yang singkat

tu je la buat masa sekarang ni
nak pi siapkan zakwan..
dia tu memang, kalu maknya ada, semua maknya yg kena siapkan huhu

nnt kita citer lagi ek! :)

10 Disember 2014

Wordless Wednesday : Sayang Abang Zack, Rindu Abang Zack :'(

bila selalu ada depan mata
asek gadohhh je memanjang
sampai mama pun dah letih nak melayan
last-last bior je kome bertekak
lelama pandai la berenti sendiri

tapi...
bila takde depan mata, tau pulak rindu!
tu la dia, baru tak jumpa 2-3 hari
dah nangis-nangis rindu kat abang, huhu
maknya plak sebak menengok depa ni :'(

p/s: gmbr ni masa nayli lepaskan rindu kt abang zack sbb abang zack dok kt kampung 3d2n

05 Disember 2014

Tempat Shopping Baju Sekolah Murah Turun Temurun

sape org teluk intan, tau le kot tempat ni  sebab memang jadi pilihan untuk beli kelengkapan sekolah 
terutamanya baju sekolah, beg sekolah & kasut sekolah 
sampai sekarang, boleh dikatakan tetap jadi pilihan untuk tujuan yang sama
kat sini harga yang diberi memang murah & boleh tawar menawar lagi
barangnya pun berkualiti & penjualnya peramah & friendly

org panggil tempat ni 'kedai tokong'
sebab, kedai-kedai nya berdekatan dgn tokong cina
memang yang menjual pun semuanya cina
banyak deretan kedai, tapi biasanya harga sama & x lari banyak mana pun

mamaZN penah beli beg sekolah kat sini
ingat lagi, mak sedara yang bawak soping
masa tu nak beli beg utk darjah 1 hehe
papaZN pun citer yang bapaknya selalu soping kat sini jugak
beli barang-barang sekolah diorang adik beradik

sekarang ni, turn zakwan plak merasa soping kat sini, hehe
memang mengimbau kenangan sungguh!
:)

alang-alang balik kampung minggu lepas
kami singgah kejap nak beli baju sekolah zakwan
beli dalam 5 pasang
3 pasang untuk sekolah kebangsaan
2 pasang untul sekolah agama
total semuanya RM150!

baju sukan zakwan plak mamaZN beli kat TESCO je
2 helai baju putih (RM5 sehelai)
2 helai tracksuit (RM15 utk 2 helai)
stokin pun beli kat TESCO jugak, RM15 utk 6 pasang

lega bila baju-baju sekolah zakwan dah beli
lepas ni tinggal nak basuh & iron
pastu tinggal nak beli buku-buku sekolah je

senang hati bila dah siapkan awal-awal
banyak sungguh benda yg nak dipikirkan pasni
nak-nak bila melibatkan $$$ huhu!

sebenarnya, apa pun yg kita belanjakan utk anak-anak
terpulang pada kemampuan kita jugak kan?
kalu kita rasa mampu utk beli barangan
yang kualitinya sangat terjamin
walau harganya tinggi sket, apa salahnya?
beli je, takpe...
orang kata, 'alah membeli, menang memakai'
semua pun demi anak-anak kita jugak... ^__^

okeh, settle dah citer pasal shopping brg sekolah zakwan
pasni citer #throwback plak, haha!
bertabah ye kengkawan :)

04 Disember 2014

Beli Kasut Sekolah Murah-Murah :)

rumah kami ni memang dekat sgt dgn kilang BATA lama
jadiknya kami amik pi beli kasut sekolah zakwan pun kat sana je
kebetulan BATA tengah buat jualan BATA SHOE FAIR
memang elok sangat la tu :)

jualannya takde la besar mana
ruang pun takde la luas
dah memang nak cari kasut sekolah kan
memang terjah area kasut sekolah je la

umang aihhh! rambang mata!
kasut budak sekolah menengah yang jenis bertali harganya sepasang RM5
kalau beli 2 pasang, dapat FREE lagi sepasang!
maknanya 3 pasang = RM10!
giler kentang!

untuk kasut budak sekolah rendah plak
yang jenis lekat zap tu sepasang RM15
beli 2 pasang dapat FREE sepasang jugak!
maknanya 3 pasang = RM30 (RM10/pair)
masih dalam kategori murah kan? :)

zakwan punya kasut ofkos la beli 3 pasang hehe

niat asal nak cari kasut sekolah zakwan je
tapi mak ngan adik pun dapat gak sepasang sorang, haha!
kasut mamaZN harganya RM30
pastu beli sandal jalan-jalan utk zakwan RM30
dapat kasut nayli FREE, weeehooo!
RM60 utk 3 pasang kasut jalan-jalan, yeay!

lega maknya sebab dapat beli kasut murah-murah, hehe

kasut tak banyak sangat pilihan
almaklum, design lama... diorang nak abeskan stok
tapi ok la, janji bleh pakai, hihi

sesapa yang nak terjah jugak, meh la...
lokasinya dekat jalan kapar, klang
ikut tol shapadu exit kapar
memang akan terus nampak kilang BATA lama ni
sale sampai 4 Januari 2015 (lama lagi, hehe)
tapi beli awal-awal ni syok sket...
sebab banyak pilihan saiz lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...