31 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka! Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

salam merdeka dari bumi Taiping!
short vacation for our lill' family :)

hayati kemerdekaan yang dah pun menjangkau 57 tahun
tanamkan sifat bangga pada negara kita Malaysia
hargai perjuangan mereka-mereka yang berjuang demi sebuah kemerdekaan
tanpa usaha mereka, tiadalah kita seperti sekarang ini...

selamat bercuti!
^_____^

29 Ogos 2014

Jom Pi Bercuti, Yeay! ;)

tak sabarrrrr nak tunggu esok! :) :) :)
dah lama sangat rasa tak pi cuti-cuti
bz sampai stress kepala otak dibuatnya
hahahaha!
bz okeh walau dok umah aje
kadang stress mengalahkan org keje ofis! :P

start kenduri kat kg papaZN awal bulan 5 aritu
pastu zakwan sunat bulan 6
nak jaga dia je dah dekat 2 minggu (10hari)
pastu puasa, memang tak ke mana la kan
pastu raya pulak, bz dengan pi beraya
belum lagi keje-keje rutin harian yg hakiki
adaaa je menda yang nak dibuat
sebuk itu, sebuk ini

papaZN pun kerja tak menentu waktu
dengan hal orang kat ofisnya lagi
memang masing-masing perlukan vacation
anak-anak pun lama tak pi memana
setakat pi mall je weekend bebila pun boleh, kan? hewhewhew ;)

cuti merdeka kan straight sampai isnin ni
papaZN pun memang payah sangat nak amik cuti
jadiknya kita gunakan peluang yg ada :)
dapat 2h1m pun jadik la...
pi dekat-dekat je pun
janji bleh tenangkan fikiran kejap, hehe
zakwannayli tak kesah kat memana pun 
janji tau dok hotel dorg suka je :)

panjang umur, murah rezeki nanti bleh la pi jejauh sket ye dok? hehe

moga dipermudahkan segala perjalanan dan urusan...

Masak-Masak | Mi Kantonis (Resepi)

selama ni tak penah try pun buat mi ni
makan pun tak penah, hahaha! :P

tapi bila tgk fiza rahman share kt blog ritu
tetibe trus rasa terliur, hehehe
tapi fiza share resepi kuey teow kantonis
mula la nak mencuba buatnya tapi olah sket
makan dengan mi
tq fiza sbb share resepi ni :)

okeh, mmg sedap
nak membuatnya pun senang ya amat
bila dah buat tu, baruuu la tau
oooo..
camtu rupanya nak buat rasa kuah cenggitu
camni rupanya nak buat kuah pekat cenggini
kalau kita tak cuba mana nak tau, ye dok? :)

mi kantonis versi mamaZN ni sempoi jek
takde banyak bahan pun - guna apa yg ada kat peti ais tu je, hehe

jadik la jugakkk
sedap pun sedap :)
yang ni versi tak pedas sebab nak suapkan nayli
klu ada cili potong atau sambal kicap mesti lagi terangkat! :)

nak share resepi gak ke?
ni main campak-campak bahan apa yg ada je ni, hehe

Mi Kantonis (versi mamaZN) :p
* tumis bawang putih
* masukkan sos tiram
* letak 1 cawan air
* masukkan 1/2 kiub ayam
* masukkan fish ball
(tu je ada, huhu! klu ada isi ayam ke, udang ke, sotong ke, sukati la nak letak k! hehe)
* masukkan sayur carrot & sawi & tomato
(kalu ada kobis bunga & baby corn pun bleh campur jugak)
* perasakan dgn garam & gula
* biar api perlahan, pecahkan telur dalam kuah tu (jangan kacau)
* bancuh 2 sudu tepung jagung+air pastu tuang dalam kuah - gaul sket2
*tengah panas-panas tu, bleh la tuang atas mi yang dah dicelur

memang sodap makan tgh panas-panas :)

p/s : dalam gambo tak berapa nampak plak kuahnya yang pekat tu, huhu

28 Ogos 2014

Tetamu Pembawa Rezeki ^_^

betul la orang kata...
tetamu yg datang umah ni sebenarnya pembawa rezki pada tuan umah
tak elok la ditolak bila ada tetamu yg datang kan?
tapi tengok la jugak...
kalu tetamu tu 'tetamu' yang 'lain macam' kena la waspada jugak, k! :)

ni citer masa buat makan-makan aritu
aih, tak sangka la pulak kan...
kita jemput orang datang umah, nak jamu orang makan...
tapi kita pun dapat balasannya
tu la dia... 'mudahnya menjemput rezeki' :)

terima kasih pada kawan-kawan yang kasi duit raya pada zakwannayli
seronok btul depa bila dapat angpau raya tu

terima kasih jugak pada kawan-kawan yang kasi fridge magnet pada mamaZN
u know who u are ^____^
haaa, ini memang tak disangka-sangka!
excited mak depa ni sbb collection bertambah

buat susah-susah je korang ni tau...
apa-apapun, moga kalian sekeluarga dimurahkan rezeki
tq banyak-banyak :)

27 Ogos 2014

Nak Jadi Princess, Katanya... :)

haiii la anak... ;)
cenggini la ye bila ada anak dara
kemain nak high heels, kemain nak crown
sejak sebelum raya lagi dia dah mintak
sweet jek dia rekues 'mama, nak kasut camni'
sambil jalan kaki terjengket-jengket, haha!
comel sangat! :P

aritu jenjalan kat aeon big
lalu area toys department
alaaa, dia nampak plak dahhh
1 set memang ada high heels ngan crown
naseb rege murah - rm15 jek
ok la, amik la... ksian plak kan

kalau dalam umah
memang keletuk-keletak-keletuk-keletak je la
pi dapo pakai high heels, pi bilik pakai jugak
layankan aje ;)

jangan tak tau
nayli skrg tgh pilih-pilih nak kek besday
kemain lagi awal kan? haha!
padahal besday bulan 12 nanti, hehe...
memula bertahan lagi nak kek hello kitty
tetibe nampak je kek princess ni trus berubah fikiran
hati member tu dah tak tenang
asek dok belek je gmbo kek princess tu haha!

Wordless Wednesday : Beg Comel Free From Drypers :)

yeayyy! dapat dah beg comel ni ;)
comel sangat macam tuan punya beg, hehe

kengkawan pun bleh dapatkan jugak
hanya daftarkan diri di website drypers
dan berharap la akan jadi 50,000 org yg terawal yg mendaftar :)

cepat, cepat! sebelum terlambat! hehe...
kami dah dapat ^_____^

26 Ogos 2014

Masak-Masak Lagi Untuk Tetamu (Versi 2.0)

hamboi, ada versi 2.0 plak? haha! :P

okeh niatnya cuma 1
nak jamu kengkawan sambil beraya
sedap tak sedap belakang kira (hakhakhak :P)
janji dapat jumpa dan berkumpul bersama
haaa, tu dia! macam pantun! :)

kalau sebelum ni masak-masak utk jamu
sepupu2 mamaZN & adik beradik mamaZN,  kawan ofis papaZN & kawan utm kami
kali ni pulak utk kawan2 sekolah menengah, kawan2 blog & adik beradik papaZN

memang kami saje nak asing-asingkan
sebabnya rumah kecik, mana nak tampung ramai orang
takde nak berkhemah-khemah bagai
bukan buat open house besar-besaran pun :P
pastu masak mana yang mampu je
dan paling penting dapat la layan semua seadanya...

masak pun biasa-biasa je, takde meriah pun
beberapa jenis tapi kuantiti sikit-sikit :)
taktau la sedap ke idak
QC a.k.a tukang rasa (papaZN) kata ok, sedap
maknanya ok la kot, haha!

kalu makan-makan versi 1.0 aritu
menunya laksa, lontong, rendang & ayam masak merah, tembikai, nugget & sosej

kali ni menunya mi kari, nasi tomato, bihun goreng, karipap, samosa, popia goreng, tembikai, nugget & sosej
kuih-muih tu beli yang frozen tu jek, hehe
tinggal nak gorengkan aje :)

tetamu pulak dtg seawal jam 1 lebih
tq pada sue ibu syawal&izz sebab jadi tetamu terawal, haha! :)
rileks je dapat melepak & makan sesama
kalau dorg dtg time ramai org
memang tak dpt nak bersembang camni

dan tetamu terakhir plak balik jam 10.30mlm
kawan ofis papaZN dan famili nya
masa ni rasa dah letih sangat dah
kaki pun dah tak leh nak diri betul huhu
penat ya amat!
tapi diorang nak dekat sampai, takkan nak halang pulak kan?
layan seikhlas yang boleh...
tetamu kan pembawa rezki pada tuan rumah :)

#feelingexhaustedtapiseronok

alhamdulillah
selesai semuanya...
berakhir dengan kepenatan tapi rasa lega dan rasa berbaloi
lega dapat jamu dan jumpa kengkawan
jangan tak tau...
salah sorang tetamu yang datang tu
kawan mamaZN yang dah 17tahun kami tak berjumpa!
lama kan?
alhamdulillah dipertemukan juga akhirnya :)
tq shikin! ;)

tq jugak pada kawan-kawan blog yg sudi dtg
seronok dapat jumpa kawan-kawan alam maya ;)
sue, cutemum, kak ilah fazilah, fazilzura & yana masya
1st time jumpa yana masya ni, hehe...
tq semua sebab sudi dtg dr jauh huhu!
ada yg sampai sesat-sesat ;)

tq pada kawan-kawan seratas jugak
berry, sop, zaim, udeng, matdek dan famili masing-masing
tak dapat jumpa serentak sebab dtg lain-lain waktu

tq jiran depan umah & kawan ofis papaZN & kakak ipar

huhu! nampak macam sikit je yg dtg
tapi tetap tak terlayan! :/

maaf semua andaikata ada kurang sana sini
kurang layanan, kurang makanan, kurang kesedapan, hehehe
halalkan semuanya ya!
dan terima kasih sebab sudi kasi duit raya
pada zakwannayli :)
moga selalu dimurahkan rezki buat kalian semua...

maaf jugak pada yg tak dijemput
in shaa Allah panjang umur & murah rezki
kita jumpa lain kali...

habes dah citer raya utk tahun ni :)
alhamdulillah puasa pun selesai diganti

hari ni syawal terakhir utk tahun ni
moga kita semua diberi kesempatan
utk berjumpa Ramadhan & Syawal akan datang
in shaa Allah...

25 Ogos 2014

Penuhi Jemputan Kenduri Kahwin Di Musim Hari Raya :)

dalam orang sebuk nak ber open house
ada jugak yang amik kesempatan untuk buat kenduri kawen, kan? :)
kira 2 in 1 ni...
majlis resepsi & open house hehe
kebetulan masih dalam mood raya kan

ni kenduri kawen anak kepada kawan atokZN
lama dah kitorang kenal famili kawan atok ni
sejak mamaZN baby lagi kot, hehe
yang kawen tu kiranya childhood friend kitorang dulu la, haha!
dah beso panjang ni masing2 dah segan silu
hehehe...

lokasi majlis kat taman melawati
cantek sangat tempatnya, kat atas bukit
owner rumah tu memang renovate umah
untuk dijadikan tempat buat resepsi kawen
kiranya sesapa yang nak buat majlis
boleh la sewa tempat ni
apatah nama dia, tak ingat plak kat melawati tu area mana

memang complete la tempat ni
ada hall untuk majlis nikah, ada dewan makan, ada hall untuk famili bertanggak & istirehat
surau & toilet pun ada
cukup semua

kitorang ni follow atoknenekZN je :)
sampai trus makan, pastu lepak kt tmpt istirehat
sambil tunggu atoknenekZN beramah mesra
dengan kawan-kawan
yang dorang dah lama tak jumpa
atoknenekZN pun ada gathering, uols! hehe
masa ni je la pun yang sesuai kan
walau dapat say 'hi' dan bertanya khabar kejap
at least dapat la berjumpa :)

disebabkan dah kepenatan otw balik dari kl ke klang
terus keterlupaan ada jemputan makan-makan! huhu!
sori kak eina (mamalieyna) sebab tak dapat nak penuhi jemputan
sampai klang baru teringat...
nak patah balik dah petang sangat la pulak
melepas la nak makan laksa air tangan kak eina tahun ni :(

22 Ogos 2014

#malaysiaberkabung #alfatihah #mh17 #sebak #nangis

Allah... :'(
sebak sangat terasa hari ni

dari pagi tadi ikuti siaran langsung kat tv
memula rasa ok lagi
sampai je jenazah-jenazah tu kat klia
diangkat dengan penuh hormat
dan dimasukkan ke kenderaan jenazah
terus rasa nangis semahunya
seolah-olah mereka saudara terdekat kita

kita yang takde kena mengena dah rasa macam ni
apalagi la keluarga dan kawan rapat mangsa
Allah..! :'(

bagi yang beragama Islam
moga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
al fatihah

salam takziah pada semua keluarga mangsa
sesungguhnya kalian insan terpilih
untuk menghadapi dugaan sebesar ini

seluruh negara merasa pemergian mereka
seluruh negara merasa kesedihan yang tak terhingga

damai la kalian di Sana...

21 Ogos 2014

Yeay! Menang Duit Raya :)

alhamdulillah...
melekat gak nama ai sebagai salah sorg pemenang :)
lama giler tak join contest / giveaway
yang simple-simple, takyah buat entry bleh la join
kalu idak, memang malas jek huhu!

tq kat adlin mama 3K sebab kasi tau kat fb
tq kat kak amy mamatisya yang anjurkan ga ni
tahniah gak pada kengkawan lain yang menang berjemaah

sepantas kilat dah anta details thru emel tadi
hehe
tengah tunggu $$$ masuk akaun jek :P
sikit ke banyak ke bukan ukuran
janji ada orang nak bagi, hehe
ai is suuuka jaaa! :)

Beraya Bersama Rakan Blog @ Bangi :)

selagi belum abes syawal
cerita raya, raya, raya
cerita makan, jalan, makan, jalan
hehehehe...

sebenarnya lepas dapat jemputan dari cutemum
memang rasa berbelah bahagi sama ada nak pegi atau tak
sebabnya, ada jemputan gathering sekolah kat denai alam
tetiba last minute, atoknenekZN ajak pi beraya plak sabtu tu
so, family comes first la kan huhu
tak sampai hati nak tolak permintaan atoknenekZN utk beraya bersama

terpaksa la dengan berat hati tak dapat attend gathering @ denai alam
in shaa Allah ada rezki, bleh jumpa lagi k!

disebabkan atoknenekZN ajak pi beraya area hulu langat
kami amik kesempatan la nak pi beraya kat bangi dulu
tu pun ada satu lagi jemputan open house tak dapat pegi kat equine
rasa terkilan gak, sebab rakan blogger yang ajak
mmg silap kami la sebab salah bajet time, huhu!

tq cutemum sebab jemput kami
food mmg superb!
kambenggggg adalah thorbaek, haha!
sedap giler kot!
no wonder la kan, sebab famili cutemum kan buat bisnes katering :)

sempat la berlaga pipi beramah mesra dengan sue ibu syawal & izz
mana bleyyy tak jumpa, hehe..
macam biasa, sue memang penyeri suasana
:)

dan paling best, sebab dapat jumpa kawan baru, yeay!
selama ni kenal thru blog & fb je
tapi hari tu dapat la face to face :)
tq ibu idlan & irshad sebab tegur kami
ceq ni pemalu, apatah lagi nak ingat muka orang hehe

kami terpaksa balik awal
sebab dah berjanji ngan atoknenekZN nak pi beraya
tak sempat jumpa cik jue, kak eija zaquanziqry & fazilzura
hope ada kesempatan lain utk kita bertemu ya! :)

20 Ogos 2014

Wordless Wednesday : Keywords Hot Di Musim Hari Raya :)

muahahahaahah!
gelak dulu...
hahahahaha!

adoihai...
berair mata dibuatnya sebab gelak

cer tengok kat gambar bawah tu ^_____^

masalahnya...
bila plak la mamaZN wat entry
pasal tips susun atur meja untuk open house tu?
hehehe
ada-ada je korang ni :)

apa2pun mekaseh pada yang sudi datang sini
keywords tu hot!
jadi carian pertama plak tu utk minggu lepas
:)

Pertama Kali Makan Laksam & Pavlova

kesian, kesian...
hahahah!
kesian pada diri sendiri :P

orang lain dah lama menikmati
kita baru nak merasa
pulak tu, baru tau kesedapannya, hehe...

almaklum, jenis yang tak suka mencuba kekdahnya
tu yang lambat tu :)

musim raya ni plak baru berkesempatan
dapat makan 2 menu ni
sepanjang hidup memang tak pernah makan pun
kesian kan? hahaha!
takpe, ai is ok je...
orang jawa kata 'better late than never' :P

okeh, memang sedap!
yang laksam tu memang sampai skrg terbayang-bayang akan kesedapannya
dalam ramai-ramai beri komen kat ig/fb semalam
ada 2 orang jek yang bagi jawapan yang dikehendaki, haha!
tq pada akak-akak yang komen tu :)

pavlova pun sedap!
cukup rasa manis & masamnya
disebabkan tuan rumah dah jamu makanan berat sebelum tu
at last hanya mampu makan 1 slice je
sebab perut sudah full! :)
takkan nak melantak kat umah orang...
amboiii buruk perangai aihhh! haha!

okeh, memang bleh makan lagi
ada yang komen, buat sendiri jek
okeh, ai akan buat sendiri nanti
tapi nak makan yang sedap-sedap dulu kat memana

ada sesapa tau ke laksam/pavlova sedap kat area kl/selangor ni?

takyah la ajak pi terengganu...
jenuh la nak tunggu lama lagi nak ke sana
ceq dah teringin tahap ngidam mengada ni
hahahaha! :P

19 Ogos 2014

Beraya @ Shah Alam - Bangi - Denai Alam - Meru

okeh ni citer sabtu minggu lepas
bukan sabtu yang baru lepas ni tau, haha!
sabtu sebelumnya, hehehe
berkurun baru nak bercerita kekeke :P

asal weekend jek memang full dgn aktiviti  berjalan-jalan a.k.a beraya
sebuk la susun jadual perjalanan
supaya 'cantek' je laluannya tu
idak la bersimpang siur, hehe

memula kami pi beraya umah kawan sekolah
kat shah alam umahnya
kebetulan ni 1st time nak sampai umah baru kawan ni sejak dia pindah hehe
cantek! seronoknya dapat dok umah sendiri kan...
berangan jek la dulu huhu!

tuan umah hidangkan mi bandung ngan makaroni bakar
alemakkk sedapnya la hai!
yang zakwannayli mana ingat nak makan
tau nak mainnnnn jek!
siap bergaduh lagi berebutkan buai ngan beskal, haha!
mmg tak leh lupa betul la bila teringat aksi dorang :P

tq fizzone n famili! best sgt lepak umah korang, hehe :)

pastu kami sesama gerak ke bangi plak
umah kawan kitorang sesama sekolah jugak
dia wat open house + 1st birthday anak
wahwahwah! memang meriah!
kalah kenduri nak sambut menantu kekdahnya hehe
kat sana jumpa lagi ngan kawan 1 sekolah kitorg
apalagi, dok menyembang jek la kami hehe

dah lepas tu kami berpecah
dan kami teruskan perjalanan ke denai alam plak

dapat jemputan makan-makan kat puncak jalil
tapi memang tak sempat la nak pegi, huhu!
terkilan gak sebab tu kat umah kawan sekolah kitorg gak
tapi disebabkan dah berjanji dgn geng denai alam
terpaksa la teruskan dengan plan asal, huhu!

sampai denai alam dah petang
memang tumpang solat asar la jawabnya
kat denai alam ni umah kawan se-utm
pastu jumpa lagi 3 orang kawan yang sama2 blaja kat utm jugak
ada 2 orang daripadanya tu
dekat 10 tahun kot mamaZN tak jumpa!
memang lama! bila jumpa balik rasa seronok!
kemain lagi la dapat bersembang!
yang best husband memasing pun leh join sembang sama
siap plan nak bercuti bersama lagi, haha! :)

balik tu sempat maghrib kat umah
pastu kluar balik, kitorang pi meru plak
open house kawan x-ofis papaZN
sebab open house dia buat sampai malam
so dapat la singgah umah dia yang paling akhir, hehe...

**********

tu la dia
asal weekend memang berjalan jek kerjanya
kluar tgh hari, malam baru sampai umah
walau peginya 3-4 buah umah je pun
tapi tu la...
lokasi jauh-jauh! huhu...
takpela, at least dapat gak pi beraya kan
harap hari lain tah bila la gamaknya tu :)

18 Ogos 2014

Beraya Dengan Kawan Yang Dah Lamaaaaa Tak Berjumpa :)

selagi masih bulan syawal
selagi tu la citer pasal raya tak abes
semua pun nak abadikan kat sini :P

syawal kali ni sangat-sangat bermakna
sebab hari raya kali ni mamaZN berkesempatan beraya dengan kawan-kawan yang memang cukup lama dah tak berjumpa..

masa raya ke-2 aritu
mamaZN dapat jemputan open house
oleh kawan yang dah sangat lama mamaZN tak jumpa
kawan masa sekolah convent kenal sejak form 1
masa form 4 masing-masing masuk skolah lain
last jumpa masa raya tahun 2007
makkk aih! dekat 7 tahun gak tak bersua!

segan nak terjah open house ni
sebab dibuat khas utk famili & saudara mara
kita plak dtg sebagai kawan je kan
tapi disebabkan rasa membuak nakkkkk sangat jumpa
acik redah je la hehe
lagipun dah dapat jemputan kan :)

seronok sangat!
macam-macam kitorg sembang
tq kat husband memasing sbb kasi chance kat kitorg hehe
makanan pun sedap-sedap
tapi segan nak makan banyak, haha! :P

tq azila! moga 1 hari nanti kita jumpa lagi :)

*****

raya ke-3
on the way balik klang dari teluk intan
kami pi beraya kat sabak bernam
time ni ada jugak kami beraya dengan kawan yang dah lama tak bersua
kebetulan rumah famili dorg berdekatan dengan rumah saudara papaZN
memang amik kesempatan la ;) 

kawan kami ni pulak kawan masa sekolah kat taiping
dorg ni cam kitorg gak la, hehe
husband & wife sebaya & sama-sama 1 sekolah :)

last kitorg berjumpa masa zakwan umo 4 bulan!
lebih kurang 6 tahun tak berjumpa!
serius sangat lama
masa tu memasing ada sorang anak
sekarang kawan tu dah ada 3 puteri :)

tq matlan & fiza
in shaa Allah, andai ada kesempatan & rezki
kita jumpa lagi kan? ;)

time raya ni je la kadang tu berkesempatan nak jumpa kawan lama
kadang tu memang dapat jumpa masa raya je pun, hehe
almaklum, masing-masing ada komitmen dgn famili & kerja kan...
tu yang bila dah jumpa, memang bleh gamat dibuatnya :)

15 Ogos 2014

Marah Pada Hujan? :)

kadang kita tak sedar
apa yang kita marahkan
apa yang kita rungutkan
almaklum, nafsu marah dah kuasai diri
walhal menda tu perkara kecik je
ye, yang tengah menaip ni pun 2x5 jugak
sikit-sikit, nak marah.. sikit-sikit nak merungut

contohnya : marahkan hujan :)

'alaa, masa ni la nak hujan pun.. baju tengah banyak nak dijemur ni!'

'asek hujan je, bila nak kering baju-baju ni..?!'

ehem-ehem...
marahkan siapa tu?
Yang Turunkan hujan?

(-________-)''

sama-sama kita ubah diri ye
sama-sama muhasabah diri...

p/s: sering kita lupa... hujan pun rezeki juga

Movie Time! | Guardian Of The Galaxy

beraya di pawagam pada hari raya ke-6
huhuhu!
layankan aje la kehendak anak bujang
sekaligus nak celebrate besday dia (ikut bulan islam)

trailer citer ni dah ada kat channel 615, 617
sejak bulan jun-julai lagi
setiap kali muncul kat tv, setiap kali tu dia ajak pi tengok
sampaikan rasa gerammmmm jek ngan budak ni
hari-hari dok ajak, bikin kapla ada fenin-fenin jugaaa

last-last pegi tengok jugakkk
abes, apaknya mana bleh tahan tengok anak sedih je

macam biasa, tiket beli thru online
sampai-sampai terus beli popcorn, hehe

citer dia?
hmmm, best la jugak
masih bleh layannn
tapi biasa-biasa je la tahap ke'best'annya
belum sampai tahap 'wowww!' lagi
belum apa-apa dah diberitau ada sekuel
hmmm mendapat la, anak bujang tu dah get ready jek tu!

sekarang ni...
citer ninja turtle plakkk!
adeyh!

14 Ogos 2014

Walau Mood Ke Laut, Board Bertambah Jugak :P

2012-2013 memang giler-giler obses!
seriously, 2014 ni mood pada hobi yg 1 ni dah merudum, haha!
apa kenanya ntah...
faktor usia kah? kekangan masa kah? hehehe
rasanya lebih kepada niat nak berjimat kot :P

sepanjang 2014, fm bertambah sebab pemberian orang je
kata nak beli sendiri, takde banyak mana pun
fb page yang jual fm pun dah lama tak terjah
wat bodooo je kalu ada yg keluar kat newsfeed fb, kikikiki...
giler pemalas skrg ni :P

kalau dulu
asal ada fm sket, sure dah order board
biar la board rompang, ada kosong sana sini
janji 'tempat khas' dah sedia ada
skrg ni pulakkk
biar berlambak je kat pintu peti ais tu
malas nak jaga pun ye jugak, haha!

sblm raya aritu baru la ada kesedaran nak mengemas sket
maybe sebab dah nak raya kan
otomatik, nak seluruh rumah kemas dan cantek, haha! :P
dan-dan tu la baru nak order board nya pun
baru la clean n clear pintu peti ais tu dibuatnya, hehe...

board baru pasni?
ntah bila la...
nak tuko pada hobi lain plak kot, haha! :P

13 Ogos 2014

Wordless Wednesday : Selfie & Wefie Di Hari Raya :P

fenomena di kala hari raya kali ini
SELFIE / WELFIE!
betulkan? mana-mana pun ramai yg suka bergambar skrg ni..
mmg glemer abes la segala mala monopod la, go pro la, apa-apa aje la :)

famili kitorg tak kurang juga, hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...