26 Julai 2014

Sembang-Sembang | Menu Berbuka 26 & 27 Ramadhan

ramai dah balik kg
tah berapa kerat jek yang ada bukak blog
hikhikhik
saje gatei nak update jugak
pendek pun jadik la :P


~ 26 RAMADHAN ~
papaZN kata balik keje lambat
dan maybe berbuka kat kilang je
mamaZN pun ok je la
malas nak pikir nak masak-masak dah
makan roti pun ok je ;)
tup-tup, orang tu called kata nak balik awal
sudahhh mana sempat nak masak ni
bahan-bahan semua tak ready
mamaZN memang tak suka last minute camtu last- last papaZN kata, takpe beli je kat param
papaZN beli murtabak ngam popia feveret mamaZN
malam tu papaZN nak jumpa kawan kat syed bistro seksyen 11 shah alam
kitorang pun pelagi, folo la hehe
beli la nasi beriyani sorang 1 buat sahur, hehe


~ 27 RAMADHAN ~
arini la kan...
sepatutnya papaZN balik lambat jugak
tapi hati dia pikir dah nak raya je kot, mihmihmih
balik awal jugakkk :)
papaZN soh masak nasi goreng je
pastu mamaZN masak megi goreng jugak
hmmm jadik la kan..
lagipun, brg basah banyak dah takde
almaklum nak balik kg dah :)


esok (28 Ramadhan) berbuka ala kadar je kot
sebab lepas berbuka kami balik kg
29 Ramadhan nanti in shaa Allah berbuka dgn famili mamaZN kat kg


huhu...
dah nak abes Ramadhan
pasti merinduinya...
moga berkesempatan & panjang umur
utk bertemu Ramadhan akan datang...
in shaa Allah
^^

25 Julai 2014

Rezeki Di Akhir Ramadhan | Dapat Biskut Raya FREE! :)

alhamdulillah
dah lama tak bercontest montest ni hehe
hari tu helly dalia ada buat contest
(contest ke ek?)
emmm tapi macam kuiz 'siapa cepat dia dapat' la
syaratnya siapa cepat private message beliau kt fb (lepas pukul 3ptg)
dapat hadiah
hadiahnya 2 balang biskut raya pop rice

wahwahwah
memang tak sabar nak jadi org yg pantas
siap-siap dah tulis kat mesej
kang pukul 3, trus je send mesej tu
semangat! haha!
dan berkat ketaksabaran & kesemangatan iteww (owh, my bm! :P)
berjaya jugak miliki hadiah yang tersebut
wee!

tapi hadiah kena amik sendiri kat kedai kek tu
kat pinggiran usj, dekat dgn umah aunty yaya (my adik)
nanti la, esok kot nak pi amik
harap kedai x tutup lagi, hehe

menang berjemaah dengan kak amy mamatisya
moga banyak lagi aura kemenangan kak amy mamatisya
datang bertandang ke diri guwe, haha! :P



selamat hari raya! ('',)v




24 Julai 2014

Salam Aidilfitri Daripada Kami, FAMILI Z.N.Z.N :)

ramai yang mula cuti esok kan?
ramai jugak yang dah mula nak balik kg
tgh countdown je kan? hehe...
jasad pi keje, hati dah kt kg :)
hati-hati k!
moga selamat perjalanan kawan-kawan semua!


di kesempatan ini
mamaZN mohon ampun dan maaf
andai ada tersalah bahasa, tersilap kata
sepanjang kita semua berkawan
kot ada yang terguris hati, maafkan mamaZN
moga Syawal ini disambut dengan penuh kesyukuran
dan penuh kegembiraan bersama famili tercinta


dalam kita bergembira menyambut Syawal
titipkan doa moga kita akan dipertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang


dalam kita bersuka ria bersama keluarga dan sanak saudara
jangan dilupa pada mereka yang telah tiada
begitu juga pada mereka yang kurang upaya
usah dipinggir pada mereka yang sengsara
tak kurang jugak pada mereka yang kehilangan orang tercinta
hadiahkan al fatihah pada mereka-mereka...


kita diduga dengan pelbagai dugaan sepanjang Ramadhan (dan juga sebelumnya)
teruskan berdoa, berdoa dan berdoa
hanya itu senjata kita
dengan harapan, moga segalanya Allah permudahkan...


#prayforgaza
#prayforMH17
#prayforMH370
#doauntukkitasemua


sekali lagi, maaf zahir batin
dari kami famili z.n.z.n
:)


Baju Raya Dah Siap! ;)

yeayyy! gembira sangat bila baju yang ditempah dah siap
hantar awal bulan 4 aritu
kelmarin baru dapat


sangat puas hati...!
rasa nak nanges sebab happy sangat, haha!
jahitan dia cantek, kemas jek
pastu harga pun bagi mamaZN berbaloi kot
tempah baju kurung nayli RM20
tempah baju melayu zakwan RM30


mamaZN guna kain sendiri, pos pada tailor
then dia tolong jahitkan
bila dah siap, dia poskan semula pada kami
mamaZN tak kasi ukuran dan contoh baju
memang bergantung pada saiz & ukuran yang dia ada
tailor ni jual baju kurung & baju melayu kanak-kanak jugak
jadiknya memang dia ada measurement nya la

memula macam risau jugak
kot tak muat pada zakwannayli
memang dah ada plan B dah, huhu
tapi bila sampai, sedang elok je pada diorang
rasa legaaaaa sangat :)


seronok sangat zakwannayli bila dapat baju raya
tak sempat nak basuh, terus nak cuba
sempat la diorang melaram jap, hehe


tahun ni tahun ke3 mamaZN berurusan dengan tailor ni
- masa tahun pertama (2012) beli baju kurung sedondon mak & anak
- masuk tahun kedua (2013) tempah baju 1 famili
baju melayu apak & anak, baju kurung mak & anak
masa ni pun kami guna kain sendiri, pos pada tailor
- dan tahun ni (2014), tempah baju utk anak-anak je


owh ya, mamaZN tak share lagi tempah ngan sape kan?
hehe, excited bercerita sampai lupa
kalau kat FB bleh search : Baju Kurung Bayi Hannan
kalau kat IG bleh search : koleksibayihannan




p/s:
beli kain baju budak2 ni kat K RM35/m
tengok kat MD hanya RM14/m!!!
sakitnya hati kitewww!










23 Julai 2014

Wordless Wednesday : Hamper Raya :)

dapat hamper dari supplier kat tmpt keje papaZN
siap dia hantar ke rumah
almaklum, papaZN pi keje naik moto
cemana la ghupenya papaZN nak bawak hamper ni sambil bawak moto kan? kan?
hehe...

dah selamat dah bebudak ni kasi perabeh
tinggal biskut raya satu dua jenis
memang jadi juadah hari raya la jawabnya ;)


Sembang-Sembang | Menu Berbuka 21-25 Ramadhan

Allah...
kejap je masa berlalu
arini dah 25 Ramadhan dah kan?

okeh, berbalik tajuk
meh nak share apa yang ada
sementara masih ingat ni, hehe


~ 21 RAMADHAN ~
hari sabtu
time ni berbuka kat luar dgn famili
dah citer dah ritu
mmg recommended la tempat ni
pada sesapa yg tercari-cari venue berbuka
leh pi thn dpn
ehhh, sempat lagi ni nak pi tahun ni, hehe


~ 22 RAMADHAN ~
hari ahad
kami berbuka nasi tomato
alhamdulillah sodap, hehe...
selama ni papaZN ditugaskan masak nasi
tapi sebab mamaZN ABC, papaZN buat jelatah je
mamaZN kena la masak nasi, naseb baek sedap
fobia nak masak nasinya sbb takut lembik
tapi aritu, alhamdulillah ok, weee~ ;)


~ 23 RAMADHAN ~
hari isnin
mamaZN masak bihun goreng
pastu buat agar-agar roti & milo jugak
ikut resepi chekgu azrine
memang sodap!


~ 24 RAMADHAN ~
1st time terlajak waktu sahur, huhu!
bertahan je la nampak gayanya...
arini kami berbuka mi goreng plak
pastu buat ayam goreng
berselera zakwannayli makan
ehhh, sape yang puasa, sape yang tak pose ni?
hahaha!


~ 25 RAMADHAN ~
hari ni la kan...
cadangnya nak masak roti daging berlapis keju
amboiiii, nama menu kemain lagi, haha!
ni gara-gara papaZN dah tagged mamaZN kat resepi yang dishare di FB
nampak rupa macam sedap, ala-ala lasagna
tah jadik ke idok, tgh membakar dalam oven
harap menjadik la, hehe...
nnt mamaZN share k! ;)




Kad Raya Pertama Untuk Tahun Ini...

balik dari sekolah tadi
zakwan terus kluarkan sesuatu dari beg nya
terus dia hulur kat mamaZN
'nah, untuk mama... selamat hari raya, mama!' alololololo, suwiiittttt!

tq zakwan
walau pun simple jek tapi mama tetap terharu

dan nampak gayanya
ini la kad raya pertama dan terakhir untuk tahun ini kot, hehe...

lama dah tak dapat kad raya
beza sangat masa sekolah rendah & menengah dulu
banyak dapat kad raya
siap bleh gantung kad ranting2 pokok buat hiasan
pastu ada gak gantung/tampal kat dinding
budak-budak sekarang memang tak merasa kot kan kenangan camtu? :)

pantun paling famous amos:

- pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas
- pecah kaca pecah sampan, sudah baca harap simpan
- pen merah, pen biru, u marah i love u
ehhh? pantun ni ada kaitan dengan raya ke? hahaha!


apa kenangan kawan-kawan plak pasal kad raya?


Wordless Wednesday : Rambut Raya ;)

2 minggu sebelum raya papaZN dah ajak potong rambut
rambut pun nak raya jugak, hehe
baru la nampak hensem di pagi Syawal :P
semangat abang-abang tukang gunting tu
sesambil kerja sesambil dengar lagu raya
memang feel abes! haha!






22 Julai 2014

Sembang-Sembang | Menu Berbuka 16-20 Ramadhan

hampir terlupa nak update menu kami...
minggu yang paling buntu skali
sampaikan taktau nak masak apa!
serius, blurrrrr!
bertambah blurrr maybe sbb mamaZN sedang ABC
ehhh ada kaitan ke? haha! :)


~ 16  RAMADHAN ~
papaZN teringin nak makan nasi ayam
pastu nak puding roti jugak
okeh, kita buat...
:)


~ 17 RAMADHAN ~
cuti nuzul quran
serius lupa masa ni masak apa! haha! :P


~ 18 RAMADHAN ~
masak apa ek masa ni??? aisey, lupa sudaaa
yang pasti ada ikan goreng je


~ 19 RAMADHAN ~
kalu awal minggu aritu papaZN teringin nak nasi ayam
kali ni mamaZN plak yang teringin nak makan nasi ayam
pecah rekod ni, 2x masak nasi ayam dalam masa seminggu
lantakkannnnn, janji kenyang :P


~ 20 RAMADHAN ~
hari jumaat tu
mamaZN just masak ayam goreng jek, huhu!
makan ngan nasi putih
tu jek semata... T_T
pastu mamaZN ada buat kek keju jepun
pastu papaZN pun ada beli kuih jugak
hmm tu je la menu berbuka kami aritu


semua pun berasaskan gorengan
ayam goreng, ikan goreng, nasi goreng
tu je la punnn, hukhuk :(


terasa lega sangat
sebab tempoh blurrrrr taktau nak masak apa
untuk minggu tersebut berakhir!
cam kelakar plak sbb xleh berpikir dgn baik time tu, hehe
maybe sebab papaZN je kot yang berbuka
hehehe
takde kena mengena kan? :P
sabtu & ahad otak bleh rehat kejap
bleh pikir pelan-pelan & susun jadual masak utk minggu berikutnya pulak

harap kebuntuan dan rasa blurrr tu takde
utk minggu terakhir ramadhan nanti

Iftar Bersama Famili | Buffet Ramadhan @ Bayou Coffee House, Taman Tasik Cyberjaya

alhamdulillah
sabtu lepas kami pi berbuka secara buffet
@ Bayou Coffee House, Cyberjaya
awal kitorang booked tempat
sebelum puasa aritu lagi
kitorang pilih 19 Julai utk berbuka bersama
bersempena dengan bday atokZN jugak
tapi takde la sambut-sambut
just berbuka bersama tu je la...


tahun lepas kami berbuka kat sini jugak
disebabkan tempat yang selesa, food yang sedap & harga berbaloi
kami pilih utk berbuka kat sini lagi
variety makanan tak banyak macam kat tempat lain
janji sodap, tu yang penting!
memang sangat puas hati dengan kesedapan food kat sini...


tahun lepas budak-budak ni kecik lagi
nak main pun tak reti
tahun ni..... penat jaga diorang je kot!
lima-lima sama jek perangai! haha!
biasa la budakkk kan? ;)
tu sebab suka kat tempat ni, sebab luas
walau budak nak main, tapi masih tak ganggu orang lain


kitorang sampai awal
almaklum, dah duduk jauh huhu!
sementara tunggu yang lain tiba
sempat la posing sket anak beranak, haha!
sempat jugak tengok bomba beraksi padamkan kebakaran
kat hutan kecik sebelah tempat go kart tu
cepat betul api marak!


in shaa Allah
tahun depan kalu masih panjang umur
bleh la makan kat sini lagi...
harap rate tak naik la, haha! :P


















21 Julai 2014

Projek Hujung Minggu | 1st Time Buat Biskut Raya!;)

kagum! serius kagum kat diri sendrik
sebab tahun ni tetiba bersemangat nak buat biskut raya
walau sejenis pun apadehal kan?!
janji niat nak buat tu ada...
dan lagi kagum bila hasilnya menjadikkk!
yeay! ;)
selama 32 tahun, asik makan jek
tak pernah buat pun biskut raya
tahun ni pecah rekod, huhu!
1st time buat katanya :P


tahun-tahun lepas
jangan harap la nak pikir pasal buat-buat biskut raya ni
kalau jenjalan kat supermarket tu
memang tak pandang pun
kat bahagian yang jual bahan-bahan buat biskut raya
biskut 'tunjuk' jek senang, takyah nak pikir dah
tapi tahun ni, lain plak jadiknya...
faktor usia kah? hahaha!
ai is sudah tuaaa :P

resepi awal-awal lagi mamaZN dah google & bookmark
pilih resepi yang paling mudah sekali, haha!
mamaZN google cemana nak buat cookies ala-ala famous amos tu
tengok bahan-bahan cam mudah jek
okeh, terus 'on'

hari sabtu dalam kul 10 camtu mulakan operasi
papaZN ditugaskan utk bersihkan tingkap-tingkap umah
mamaZN plak sebuk buat biskut raya
bagus jugak zakwannayli ni jenis tak mengaco! haha!
sonang hati den! :P

biasala...
kata pun 1st timer...
sesi pembakaran yg awal-awal tu
memang ada problem sket
almaklum, tak pandai nak handle temperature oven dgn masa pembakaran
ada la 2x ter'over' bakar T_T
lama-lama okeh dah, hehe

bakar pun atas tudung periuk jek dek non!
takde beli talam pembakar tu
hahaha! rasa lawak pada diri sendrik :P
guna je apa yang ada, hehe

alhamdulillah
berkat sokongan dan dorongan daripada papaZN
menjadik jugak mamaZN buat biskut raya tahun ni
rasa cam nanges, kakakaka!

dah kasi atoknenekZN rasa
dah kasi aunty wawa, uncle najjib & aunty yaya rasa
dah kasi papaZN rasa
dah kasi zakwannayli rasa

dalam banyak-banyak tu
komen zakwan sangat la buat mamaZN terharu, haha!
zakwan kan manis mulut
butir bicara memang kasi cair punya la! :P

papaZN plak...
sambil kunyah, sambil senyum & tunjuk thumbs up

yang lain-lain...
diorang kata, rupa x cantek tapi sedap
muahahaha!
okeh la, mmg rupa tak cantek punnn
tapi cookies famous amos tu x cantek gak
tapi ramai jek beli
hahahaha...! saje nak sedapkan hati :P




18 Julai 2014

Reveal Hadiah Daripada PapaZN =p

dalam entry yg lepas
ramai plak yang tanya
apaaa agaknya hadiah yang papaZN belikan
masa jualan sale IKEA aritu :)

pada mulanya papaZN nak kasi menda lain
menda yang memang khas utk mamaZN
contoh macam handbag la, jam la...
tapi mamaZN taknak
sebab yang ada ni pun boleh pakai lagi
takyah membazir
lagipun mamaZN dok umah je
masa bila pun nak melaram tukar-tukar handbag, jam sume tu kan?
guna je apa yang ada sampai dah betul-betul xleh guna ;)

jadiknya
mamaZN rekues menda lain, hehe...
disebabkan sofa yang sebelum ni tak bertukar lebih 7-8 tahun
pastu kaler pun dah bertukar
kainnya dah tercarik sendiri, koyak-koyak lagi
span pun dah terkeluar-keluar
mamaZN pun rekues la nak sofa baru sebagai hadiah, kekekekeke...

dah alang-alang memang nak tukar sofa
jadikan sofa sebagai hadiah pun apadehal?!
lagi beso, lagi bleh pakai sesama plak tu

sofa murah-murah je
takde pun sampai riban-riban, hehe...
dah tengok kat kedai perabot lain
memang takde yang berkenan
hmmm, IKEA jugak la jawabnya :)

sofa sebelum ni beli kat IKEA jugak
bertahan dekat 7-8 tahun
harapnya kali ni bleh bertahan selama itu
ataupun bertahan lebih lama...
kalau nak tukar pun, tukar sarungnya je nanti
tapi idak la dalam masa terdekat
tahun-tahun akan datang nanti la kan
hehe

jadiknya, reveal la sudahhh hadiah itewww
memula segan nak share, hehe
dah ramai plak yang bertanya
dapat gak jadi 1 entry, kehkehkeh...


Innalillahiwainnailaihirojiun | MH17

Allah, Allah, Allah...
dugaan demi dugaan
kejutan demi kejutan


kali ni kita dikejutkan & diduga
dengan berita kapal terbang mh17
yang dalam perjalanan amsterdam-kl
dikatakan terhempas di sempadan ukraine-russia
280 penumpang bersama 15 anak kapal menjadi mangsa


innalillahiwaiinailaihirojiun...
dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali...
salam takziah buat keluarga mangsa


ya Allah..!
speechless bila dapat tau berita ni tadi


moga kita muhasabah diri
dengan pelbagai dugaan yang datang ni
Allah sedang menguji kita
Allah nak kita merintih kepadaNya, menangis kepadaNya
Allah nak kita sentiasa ingat kepadaNya
tak kira di kala senang ataupun susah
T___T


di bulan yang mulia ini
perbanyakkan berdoa, perbanyakkan beramal
moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa...


#prayformh17
#prayforgaza
#prayformh370


p/s:
Allah...
sebak, pilu, hiba, sedih, mood down trus
:'(


17 Julai 2014

Doa Hilangkan Migrain & Sakit Kepala

orang lain share resepi masakan di bulan puasa
mamaZN nak share doa plak, hehe
bukan apa, mamaZN tau
ramai kawan-kawan yang macam mamaZN
sekali migrain datang...
memang satu hapah kerja xleh buat, huhu!

cuba la amalkan...
rasa-rasa sakit kepala tu macam nak datang
baca doa ni berulang kali
in shaa Allah
moga kesakitan yang kita alami tu berkurang

hafal la...
pendek je pun doa ni :)


#sharingiscaring





Anak-Anak & Toys Kesayangan

nayli memang suka kucing
abang zack tak berani, macam mamanya jugak :P
tapi kalau nayli, pegi mana-mana kalau ada kucing
dia yang jerit-jerit nak kucing tu
sampaikan kucing pun takut ngan nayli, haha!

papaZN kasi idea soh bela kucing
sebab ksian kat nayli
owh, tidakkkkk! mamaZN takmo!
nehi, nehi....!
baik bela ikan laga sekor, takpun ikan puyu sekor
daripada nak membela seekor kucing

last-last
mendapat la nayli dgn soft toy kucing tu
tu pun cemana tah dia jumpa kat ikea aritu
bila dah nampak, memang payah la nak soh nayli letak balik
dipeganggggg kuat-kuat
so papa, sila la bayar hehe...

pegi mana-mana mesti nak bawak kucing
pegi soping memana pun nak bawak
pegi besday tisya anak kak amy aritu pun nak bawak
pegi rumah sesapa pun nak bawak
time tido, time makan toksah kata la
memang berkepit je dia...
haihhh la budak ni!

selalunya mamaZN soh tinggalkan dalam kereta
tapi jarang la nayli nak dengar
dia lebih rela nak kepit jugak
ha, bawak la... jangan sumbat dalam henbeg mama sudah :P

baru sebulan dua beli kucing tu
nampak gaya cepat lunyainya hehe

kalau zakwan masa kecik dulu-dulu
mesti bawak kereta kecik cars lightning mcqueen
ke mana-mana nak bawak
sampaikan penah tertinggal kat kampung
dah halfway patah balik amik
sebab riso zakwan takleh tido malam nanti
ala-ala bantal busuk dah huhu
hilang warna dah kereta kecik zakwan tu
bila dah besar ni, takde dah perangai camtu lagi, hehe...

kalini turn nayli plak
bersama kucing kesayangan
kita tengok la apa jadik kt kucing tu nanti, hehe

anak kawan-kawan ada yang macam ni x?
pegi mana-mana mesti bawak 1 mainan kesayangannya
botol susu & bantal busuk lain citer la hehe








16 Julai 2014

Giliran Berbuka Bersama Geng Sekolah :)

hari ahad lepas
kami berkesempatan berbuka bersama geng sekolah
kalu yang selalu baca blog ni
mesti perasan punya la...
yang mamaZN banyak kali citer pasal geng yang 1 ni hehe
kan? kan? :)

ada pasal berbuka sama-sama
ada pasal bercuti sama-sama (CH & PD)
ada pasal makan-makan sama-sama
ehhh, banyak lagi la kot!
tapi citer pasal makan-makan sesama mmg banyak la, hehe

iftar versi potluck
kami bawak bihun goreng, haha! sempoi :P
tau dah...
sebab sampai sana nanti
mesti ada banyakkkkkkkkkk sangat makanan :)

owh, lokasinya kat umah kawan kitorang di kajang
selalu umah kami kat bsp jadi port kan?
tapi bila dah dok jauh kat klang ni
kasi chance tukar venue la huhu
ksian kawan-kawan nanti kena datang jauh ke klang ;)
in shaa Allah satu hari nanti
nak ajak gak geng makan-makan kat umah kami, hehe...

seperti dijangka, memang banyakkkkk makanan!
alhamdulillah...
tuan rumah masak nasi ayam
pastu kawan-kawan ada yang bawak roti john, murtabak, kuey tiow goreng, capati ngan kari kambing, karipap sardin, kuih tepung pelita, tembikai, kerang bakar sambal, apam balik
masha Allah, memang banyak!
penuh 1 meja :)

kalau dulu ahli majlis tak ramai
ramai yang solo hehe
bebudak pun zakwan je yg slalu jadi penyeri majlis, haha!
tapi sekarang...
antara budak-budak, zakwan yang senior! kakakakaka!
ahli majlis pun makin lama makin bertambah
alhamdulillah, makin meriah, makin enjoy! :)

in shaa Allah
akan ada lagi gathering camni akan dtg
bukan apa, slalu bertegur dalam grup wassap je
nak jumpa selalu pun, masing-masing ada komitmen
time berbuka ritu pun ada jugak beberapa kawan yang ada hal - xdpt datang
kalu tak, mesti lagi happening!

cara camni je la pun kan nak gather-gather
acara makan-makan, hehe
sesambil makan, sesambil bertukar cerita
anak-anak pun bleh berkawan

sebelum makan, masa makan, masa berborak
jangan tanya la mana gambar, haha
memang nan ado!
nak buat cemana, seronok sangat kekdahnya :P
sampai apa pun terlupa, hehe

lepas makan, tu pun sebelum nak balik dah
baru la ada sesi fotografi
memang pecah perut kitorg gelak masa ni, haha!
ada sesi selfie guna monopod
ada sesi selfie guna tripod
hahaha, sangat best!
kalau tengok balik gambar mesti tersengih sengsorang, hehe...

moga persahabatan yang dah dekat 15 tahun (sejak 1998) ni terus berkekalan hendakNya...
huisy! macam tak caya je... 15 tahun!
lagi lama dari wedding anniversary!
kawen pun baru 8 tahun :P
sayang korang semua! :)




*gambar-gambar ehsan daripada kawan-kawan, hehe...peace!*












15 Julai 2014

Masak-Masak | Puding Roti (Versi Berbeza)

chewah! haha! :P
lately ni rasanya nuffnang baek hati sangat
banyak kali dah dapat be/cpuv dalam masa terdekat

minggu lepas check nuffnang
mulanya ada 4 be/cpuv tapi dah tinggal 1 yg ongoing
3 lagi dah credited
kejap jek, huhu! ingatkan nak menari lama

pagi isnin check nuffnang lagi
vavavavava..!
dapat 3 be/cpuv yang baru - gantikan yang lama tu
bestnya!
harapnya lama sket la bertahan, hehe

tq nuffnang
tq jugak kat kawan-kawan yg support :)


tapi memang resepi nya berbeza kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni
masih menggunakan kaedah yang sama - kukus
tapi cara buatnya tu yang lain

bila dah siap tu
teksturnya berbeza dengan yang biasa buat
saje la nak try, kot sedap ke tak ke kan
kiranya memang 1st time nak buat versi yang baru ni
so, ada la mamaZN share resepi, hehe

bahan-bahan
* 3-4 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
* 4-5 keping roti
* 4biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 2 cawan air suam
* 1 sudu kecil esen vanila

cara-cara
* panaskan gula sampai jadi perang
* tambah 1 sudu air utk cairkan
* pindahkan ke dalam bekas lain - sejukkan
* panaskan pengukus
* pukul telur (lite-lite je) ketepikan
* carik-carik roti - masukkan dalam blender 
* masukkan jugak susu pekat, air suam & esen vanila
* blend semua bahan-bahan tu
* masukkan telur yg dah dipukul tadi dalam blender - blend lagi beberapa minit
* tuang bahan yang dah diblend ke dalam bekas gula hangus
* kukuskan dalam 30-40minit

taktau la korang suka ke tak versi camni
cuba la buat kalau nak rasa
bahan dan cara agak mudah jugak tu

kalau tanya papaZN dia tak berapa suka kot sbb takde dpt kata-kata pujian pun
hahaha! :P
tapi kalau tanya mamaZN plak
emmm, agak manis sket
(bleh la kurangkan susu pekat tu)
pastu tekstur dia mcm taufu fa hehe..
ala, tak reti la nak describe cemana
tapi cuba la...
kot 'kena' dengan citarasa korang plak :)


14 Julai 2014

Sembang-Sembang | Menu Berbuka 11-15 Ramadhan

cepat jek rasa masa berlalu kan?
tup-tup dah setengah bulan kita berpuasa...
masing-masing dah start bz menyoping raya
:)

saje nak sembang pasal menu berbuka puasa
utk 11-15 Ramadhan yang lepas
macam biasa, gambar nan ado, hehehe


*11 Ramadhan*
time ni ari rabu
buntu giler kot nak masak apa!
last-last ajak papaZN berbuka kat luar, haha!
dengan alasan nak cari kasut raya nayli :P
actually takde la betul-betul berbuka kat luar
pi booked tempat berbuka ke apa ke..
kitorg bawak bekal kuih & kurma dari rumah
duduk kat luar SCM, masuk azan terus berbuka
pi solat maghrib baru pi cari makan hehe
tak kuasa kot nak cop-cop tempat bagai
nak solat 1 hal nnt..penuh!
baek buat semua awal-awal, senang sket hihi
kitorg pi makan kat food court SCM jek
makan kat ani sup utara :)


*12 Ramadhan*
adik papaZN nak datang!
kemain masak macam-macam, haha!
ada ikan masak sambal, masak lemak sawi & toge dan ayam goreng
pastu papaZN bawak adik dia pi param
beli la ayam percik ngan popia basah
feveret mamaZN tu popia basah :)
(arini macam nak makan popia basah lagi la...sambal dia sodap!)


*13 Ramadhan*
start buntu balik, hahahaah..!
last-last kitorang berbuka dengan nasi goreng je
alhamdulillah jiran kasi agar-agar cendol
pastu papaZN pun beli kuih kt param
simple jek... tu pun dah lebih dari cukup
time makan tu pun dok teringat saudara-saudara kat gaza, cemana la dorang berbuka kan? :(


*14 Ramadhan*
hari sabtu
migrain sudah mariiiii!
memang takleh nak bangun, huhu
tapi sebab papaZN kata nak berbuka kat umah kakak dia
jadiknya gigih la buat bihun goreng
last-last papaZN kata tak jadik pegi, huhu
sebab papaZN kena masuk kilang
alaaaa, sedih xdapat berbuka reramai
dengan adikbradik papaZN kat bangi :(
tengok gambo kat wassap, woww!
macam-macam jenis menu ada!
takpela takde rezki...


*15 Ramadhan*
semalam la tu
kitorang ada berbuka puasa sesama geng sekolah
papaZN kata masak bihun lagi, haha!
sebab katanya ramai yang suka
ok la, masak je la..
berbuka versi potluck
memang banyakkk la makanannya bila ramaiii yang join
alhamdulillah dapat berbuka dengan dorang
geng yang best ;)
nanti yang ni mamaZN citer entry lain
sebab nak share gambo, hehe


okeh tu je la nak citer :)
menu berbuka utk 16-20 Ramadhan
in shaa Allah minggu depan mamaZN up citer
tu pun kalau ingat, haha!


* p/s*
dalam kita bergembira
jangan dilupa pada mereka yang tiada
macam tu jugak pada mereka yang kurang mampu

12 Julai 2014

Dapat Lagi! ;)

lately ni rasanya nuffnang baek hati sangat
banyak kali dah dapat be/cpuv dalam masa terdekat

minggu lepas check nuffnang
mulanya ada 4 be/cpuv tapi dah tinggal 1 yg ongoing
3 lagi dah credited
kejap jek, huhu! ingatkan nak menari lama

pagi isnin check nuffnang lagi
vavavavava..!
dapat 3 be/cpuv yang baru - gantikan yang lama tu
bestnya!
harapnya lama sket la bertahan, hehe

tq nuffnang
tq jugak kat kawan-kawan yg support :)


11 Julai 2014

Shopping Raya =)

sebenarnya aktviti shopping raya ni dah start sejak bulan 5 lagi
shopping sikit-sikit tiap bulan
takde la terasa sangat gedebukkk $$ mengalir, hehe
shopping pun kebanyakannya utk zakwannayli je la pun
sapa lagi kan? hehe...

lokasi plak campur-campur
macam dress nayli cari kat gm klang
berdoa banyak-banyak moga nayli nak pakai dress raya nanti, huhu
kalu idak rugi jek T_T
beli 3 helai dapat la rm75
ok la kan

selain gm klang, ada gak cari kat dalam jusco
tapi takde berapa nak berkenan sangat
almaklum, beli awal bebeno
stok raya pun tak masuk lagi kot! haha!
jadiknya takde la meriah sangat pun
kat brands outlet je yang menarik
beli la tshirt zakwan kat sinun

lain-lain kami ke setia city mall je
sejak 2 menjak ni memang suka pegi h&m
tiap bulan mesti ada masuk kedai ni
beli sehelai 2
pastu nanti bulan depannya repeat lagi, hehe
takde beli sederap
ukur baju di badan sendiri katanya ;)
beli pun yang murah-murah rm19.90 jek hihi
kedek makpak zakwannayli ni ye :P

kasut zakwan pun pakai je yang beli aritu
beli aritu pun sebab zakwan nak p school trip
alang-alang buat raya terus
nayli ni je kena carikan yang lain
aritu kasut dia kotor
mamaZN pi rendam nak cuci
sekali tertanggal gambo barbie kat kasut tu
amukan ablasa la nayli, langsung takmo kawan haha!
dah kata kat dia nanti cari yang baru
tengok la nanti cemana pilihan dia, hehe

seluar nayli pun kena cari lagi kot
seluarnya special, kena cari yang bergetah je kat pinggang
macam legging jugak la
tapi jenis jeans, memang payah sket nak cari
harapnya ada la nanti...
ksian kalu kasi jeans berbutang & berzip tu
perut nayli comel sangat! haha :P

songkok pun takyah cari
kalu songkok, alamatnya setahun sekali je la pakai...
pakai je kopiah putih yang ada
ada sesapa nak cari songkok baru utk anak-anak?
cari kat tesco, murah... aritu tengok rm8 je

apa yang dah dibeli tu semua pun dah siap basuh
dah siap lipat letak dalam bakul
malas nak letak dalam beg
angkut je bakul bawak balik kg nanti
nak cari pun senang, hehe...

senang dah siap awal-awal camni
memang la tak dapat nak merasa sale raya
tapi kalau ikutkan tiap2 bulan time gaji mesti ada sale je kan? layan je, hehe
beli sekarang, sure sesak, ramai orang
penat plak tu-puasa :P

p/s : makpak pakai apa yang ada je la... :)


Menang PONEY Membership Secara Percuma! Wee!

aritu boring-boring saje join contest PONEY kat FB
tengok kak amy mamatisya join
rasa nak join jugak, hehe

saje je pun...
biasanya contest camni (like & share)
lepas dah join, biar je sampai terlupa, haha!

tup-tup tetiba semalam dapat email dari pihal PONEY
kata yang mamaZN menang! yeayyy!

hadiahnya dapat la jadi member PONEY secara percuma!
just tunjuk gambar yang dikongsikan tu kat mana-mana outlet PONEY

mamaZN taktau la...
sebenarnya kalau nak jadi member ni
kena bayar apa-apa tak sebenarnya?
baca kat website PONEY tadi
kena belanja minimum rm250 baru dapat jadi member
betul ke?

kalau betul, syukur alhamdulillah...
takyah la belanja sampai rm250
dah dapat jadi member dah pun
free-free ni memang mamaZN suka je, hehe

sempat lagi ni nak soping raya, muahahah!
tak hagak-hagak!
eyyy, tak la... bebila pun bleh je soping kan
soping raya kitorang dah settle dah :)



10 Julai 2014

Sambal Hitam Poh Paleh Weh!

ini kali kedua mamaZN beli sambal hitam ni
memang sesuai sangat la time puasa-puasa ni
boleh dijadikan menu tambahan masa berbuka atau bersahur

rasa dia?
sedap!
kalau tak, takde la beli sampai 2x kan? hehe

mamaZN pernah masak nasi goreng
perencahnya guna sambal hitam ni je
pecah kan telur, gaulkan sekali dengan nasi putih
dah siap ;)
dah la mudah, cepat plak tu...
sedap toksah kata la, hehe

sesuai jugak kalau nak makan macam tu je
ada nasi putih panas dengan telur mata je pun dah ok

mana nak beli?
mamaZN beli dari kawan yang kenal thru blog jugak - kak ejan mamalyna
kenal tak?
kalau kenal siapa tokey crabstick popia
makanya kenal la dengam tokey sambal hitam ni jugak
sebab orang yang sama :)

try search kat fb : sambal hitam pahang poh paleh weh

try la beli, rasa sendrik hehe
mesti puas hati

sebelum-sebelum ni takde servis utk pos sambal
jadiknya memang tahan sabo je la
baca testimonial semua pun kata sedap
rasa cam geram jek, sbb tak dapat nak rasa b
dah banyak kali terliur dibuatnya, haha!

akhirnya, bila kak ejan kata dah bleh dipos
memang mamaZN takmo lepaskan peluang la nak merasa :)
packaging pun dah cun sekarang ni
pos je la klu payah sangat nak amik kat putrajaya sana tu hehe
mesti tak mengecewakan, serius!


Sambal Hitam Poh Paleh Weh!

ini kali kedua mamaZN beli sambal hitam ni
memang sesuai sangat la time puasa-puasa ni
boleh dijadikan menu tambahan masa berbuka atau bersahur

rasa dia?
sedap!
kalau tak, takde la beli sampai 2x kan? hehe

mamaZN pernah masak nasi goreng
perencahnya guna sambal hitam ni je
pecah kan telur, gaulkan sekali dengan nasi putih
dah siap ;)
dah la mudah, cepat plak tu...
sedap toksah kata la, hehe

sesuai jugak kalau nak makan macam tu je
ada nasi putih panas dengan telur mata je pun dah ok

mana nak beli?
mamaZN beli dari kawan yang kenal thru blog jugak - kak ejan mamalyna
kenal tak?
kalau kenal siapa tokey crabstick popia
makanya kenal la dengam tokey sambal hitam ni jugak
sebab orang yang sama :)

try search kat fb : sambal hitam pahang poh paleh weh

try la beli, rasa sendrik hehe
mesti puas hati

sebelum-sebelum ni takde servis utk pos sambal
jadiknya memang tahan sabo je la
baca testimonial semua pun kata sedap
rasa cam geram jek, sbb tak dapat nak rasa
dah banyak kali terliur dibuatnya, haha!

akhirnya, bila kak ejan kata dah bleh dipos
memang mamaZN takmo lepaskan peluang la nak merasa :)
packaging pun dah cun sekarang ni
pos je la klu payah sangat nak amik kat putrajaya sana tu hehe
mesti tak mengecewakan, serius!






Doakan Mereka...

masih tak boleh tidur...

tiba-tiba terkenangkan saudara seIslam kita di sana...
hancur luluh hati ni bila tengok gambar-gambar keganasan Israel terhadap mereka
Ya Allah! moga mereka terus kuat :(

bayangkan la kalau yang di sana tu ahli keluarga kita...
anak kita, suami kita, makpak kita...
tak sanggup nak bayangkan! serius!
T_T

sangat terkesan di hati
bila baca apa yang disharekan di fb
tentang kenapa rakyat Palestin tak lari selamatkan diri ke negara-negara jiran?
jawapan mereka?
kalau bukan mereka yang melindungi masjid al-aqsa, siapa lagi?
kalau bukan mereka yang memperjuangkan tanah islam, siapa lagi?
Ya Allah... sebak, sedih, terharu, rasa geram semua ada!

apa pula sumbangan kita pada mereka?
apa pula bantuan kita?

sentiasa beringat la kita...
sedang kita berbuka puasa yang sedap2
(siap boleh buat pilihan menu lagi kan?)
sedang kita bersorak menyokong team bola mana yang kita minat
tolong la...
tolong la ingat kat diorang walau sekejap
mesti ada rasa belas dan kasihan
mesti ada rasa prihatin dalam diri kalian kan?
kirimkan la doa, senjata kita dari sini buat mereka...
agar mereka sentiasa dilindungi Allah sentiasa

dalam pada kita buat persiapan utk hariraya
luangkan la rm10-rm20 atau semampu kalian
sebagai bantuan mereka di sana...
semoga dengan pertolongan kecil kita ni
dapat sedikit sebanyak membantu mereka

follow la fb page : aman palestin
kawan-kawan tengok la sendiri kesengsaraan mereka...
bandingkan dengan kehidupan kita sekarang ni
insaf!


maaf la...
agak beremosi pagi-pagi buta camni
taktau la kenapa di waktu-waktu ini
'sangat-sangat terasa' keperitan hidup saudara kita di sana...

tak sampai hati tengok anak-anak kecil yang berlumuran darah
terbayang macam mana kehidupan diorang
bilamana mak dan ayah diorang syahid
tak dapat nak bayangkan!

sama-sama la kita berdoa
sama-sama la kita beri sumbangan seikhlas mungkin
ini sahaja cara kita boleh bantu diorang
lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni...
sedekahkan la alfatihah pada mereka
sedekahkan la sedikit wang ringgit yang kita ada

Ya Allah... tak terkata sebaknya :(

#savegaza #prayforgaza


p/s:
salam takziah pada kawan blogger, kak Zieda Zakaria
atas kepulangan anak comelnya ke rahmatullah...
bidadari syurga yang sudah sedia menanti keluarganya di Sana...
Al-Fatihah



*images taken from fb













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...