28 Jun 2014

Salam Ramadhan

in shaa Allah,
esok semua umat Islam
akan mula menunaikan ibadah puasa
tak lupa juga dengan ibadah sampingan yang lain

sempena Ramadhan yang bakal menjelma
kami sekeluarga mengucapkan Salam Ramadhan...
semoga Ramadhan kali ini akan lebih diberkati dan dirahmati buat kita semua

maaf atas segala salah dan silap
terlanjur bahasa tersalah kata
yang ada mengguris hati kalian selama ini
kosong-kosong, k! :)

selamat berpuasa!

27 Jun 2014

Geng #CeriaPopstar! ;)

anak & anak buah belah MamaZN
campur ZakwanNayli, 5 orang setakat ni
bila dah berkumpul, kemain riuh!
yang paling kecik tu pun sama je :P






'Orang Jauh' Nak Merasa... :P

selama ni kami je yang selalu ke Setia City Park
biasa sangat dah pun citer kat blog, hehe
tapi kali ni bawak 'orang jauh' plak
diorang teringin nak lepak/riadah kat taman ni
nak merasa sendiri kemeriahannya hehe
moh le reramai ke Setia City Park lagi :)
merasa la jugak diorg datang sini
kalau tak, terpaksa tadah telinga je
dengo kami bercerita pasal tempat ni, haha!

'orang jauh' la sangat kannn :P
padahal dari Shah Alam & Putrajaya je pun!
kasik la dorang merasa kemeriahan taman ni bila petang-petang weekend
baru diorg tau betapa sesaknya padang tu!
sampaikan tali layang-layang pun boleh terbelit-belit sesama sendiri
camno tu? :P
nak tunjuk betapa ramai beno la yang main lelayang jugak, haha!

lepas ni bleh repeat lagi
janji, aunty wawa & aunty yaya sanggup datang ke Klang, hehe

Klang best, apa?
haha! saje sedapkan ati :P








26 Jun 2014

Nuffnang Berwajah Baru Ek? ;)

tiap-tiap hari mesti masuk nuffnang
pagi - sbb nak check be/cpuv
malam - sbb nak check viewers
hehe.. tade keje, gitu la ;)

semalam masuk lagi
wah-wah-wah!
sudah berwajah baru maaa..!
nampak lebih kemas gitewww :)

dan sempena berwajah baru tu
nuffnang berbaek hati bagi be/cpuv baru
kekekekke
mak is soookaaa! :P
tq nuffnang!
ada 4 be/cpuv sedang dok running
cepat gak amount setiap 1 be/cpuv tu berubah setiap hari
walau naik beberapa sen pun kan
tu yg slalu check tetiap pagi tu hehe

dan blogspot pun dah kembali kepada asal
sebelum ni jenuh la semua pun bermasalah dgn dashboard blogspot tu
macam mamaZN memang refer dashboard je utk blogwalking
bila problem, jadi macam tak best plak nak BW
terpaksa refer bloglist kat blog je la, huhu


Zakwan Nak FrenchFries Sebagai Reward (T_T)

alkisahnya,
masa dok sebuk-sebuk exam pertengahan tahun aritu
mamaZN cakap kat zakwan
'kalau zakwan dapat no.1, dapat hadiah'
teruja la zakwan (as usual)
mula la dia rekues macam-macam mainan

tapi macam biasa mamaZN bolayan, hehe :P
kalau dilayan karang, nanti dia ungkit sampai mainan tu ada dalam tangan, huhu!
tu payah kalu berjanji ngan zakwan ni ;)

baru-baru ni zakwan bawak balik report card utk makpak sign
exam pertengahan tahun aritu zakwan dapat no.3, alhamdulillah

zakwan takde la mintak apa-apa
sebab dia ingat janji mamaZN aritu
'no.1 je baru dapat hadiah'

mak dia sorang ni plak dah rasa kesian...
mamaZN ajak makan kat luar
zakwan jawab, 'saya dapat no. 3 je, mana boleh dapat hadiah'

alahaiii, sedih la plak!
mamaZN balas balik, 'takpe, makan kat luar tu hadiah mama sebab zakwan good masa periksa... zakwan nak makan apa nanti?

zakwan jawab, 'papa tak dapat duit dari bos papa lagi kan mama? saya nak makan fries je la'

boleh plak zakwan mintak nak makan fries je!
huhu... sebak plak rasa :(

tapi kitorang ikutkan je kemahuan zakwan

sebenarnya boleh je nak bawak pi makan kat mana-mana,
makan seafood ke, steamboat ke...
tapi zakwan ni memang jenis pilih makan
kalau kita paksa, bukan la nak meraikan dia kan?
sebab tujuan asal nak celebrate zakwan
makanya kita ikut kehendak zakwan je la

kalau ditanya banyak kali
memang zakwan akan ajak pi fastfood
tapi kebetulan,
kitorg baru je lepas makan fastfood jugak jadiknya makan fries kat kedai biasa jek la dulu...

in shaa Allah, nanti lenkali kita pi makan kat tmpt lain plak ek, zakwan...
sayang zakwan!
usaha lagi k exam akan datang! ;)

*** markah utk matematik tu cikgu silap tulis, patutnya 98, bukan 92 ^_^


p/s: weekend ni bleh la zakwan claim kat papaZN, hehe..





25 Jun 2014

Bergumbira @ Kidz Paradise, Klang Parade! :)

sabtu malam 2minggu yg lepas
mamaZN berwasap dengan aunty yaya & aunty wawa
saje nak together gather reramai
dah lama kot tak berjumpa sejak family vacation April aritu
almaklum, masing-masing ada komitmen
nak berkumpul timing kena baekkk punya! ;)

mula-mula aunty yaya ajak pi zoo
tapi cam panas meghelit plak
berpeluh budak-budak ni karang kan
kesian dorang
mamaZN suggest diorg datang Klang
ajak budak-budak main kat Kidz Paradise
padahal The Mines pun ada kan? hehe
saje nak suruh aunty wawa jalan jauh sket :P

details sket pasal Kidz Paradise ni:

bayaran masuk RM38 utk per budak
(mula dari umo 6bulan dah kene bayo)
makpak adalah free! :)
bayaran ni adalah utk 10pg-10mlm
maknanya kalu korang dah masuk
pastu nak keluar untuk pi makan ke
nak shopping, round-round mall ke
atau balik umah sekalipun (hehe)
korang bleh masuk balik utk sambung main
janji, tag tak dibukak atau dikoyakkan
tapi hari yang sama la ye
jangan nak sambung main tapi datang esok! haha! :P
owh ya, jangan lupa bawak stokin!
makpak pun kena pakai stokin tau, hehe

disebabkan kitorg bawak 5 orang budak
rugi la kalu bayo RM38 x 5 = RM190
jadiknya, kitorang guna pakej
RM150 utk 7 keping tiket
ada lebih 2 tiket, valid 1 tahun
ok kan?

seronok tengok depa berkumpul sepupu2
main sama-sama
makpak pun excited main sama
almaklum, masa kecik tak pernah main :P
haha!

kitorg masuk jam 11.30pagi
kluar makan jam 1.30ptg
pastu masuk balik jam 2.30ptg
biar diorg main sampai pukul 3.30ptg
tak syok datang petang, orang dah mula ramai
ca-ya-nun-alip plak tu yang ramai, huhu
diorg pun dah tak syok nak main
sbb masing-masing berebut mainan
malas la!

lagipun petang nak pi lepak kat tempat lain plak, hehe...

dah alang-alang jarang berkumpul
meh guna sepenuhnya masa yang ada ^_^



















Wordless Wednesday : Senyum Paksa :P

muahahaah!
dah mak dorang ni suka bebeno amik gmbo
sampaikan terbantut keseronokan dorang nak bermain, hehe :P
alaaa, kejap je pun... bukan lama ;)

senyum diorang berbeza
tapi menyampaikan maksud yang sama
SENYUM PAKSA
:p


24 Jun 2014

Masak-Masak | Basic Choc Chips Muffin

teringin nak membaking
tapi nak try yg bako-bako punya
selama ni buat guna kukus jek
serius 1st time nak membako
riso gak kot kalu tak jadi

nak membako cemana punnn
tak pernah ada pun oven sebelum ni, hihi
kemain kata nak beli, nak beli
lama-lama niat terkubur gitu jek
naseb baek la ada oven cap rerama
ihsan dari nenekZN ni
guna je la apa yg ada... janji hasilnya menjadi, huhu ;)

jadiknya, sebagai permulaan
amik resepi yg paling sempoi
bahan-bahan mudah & buat dalam kuantiti yg sikit
kalu x jadi, idok le rasa terkilan sangat
hehehee :P

mamaZN amik resepi dr fb, ada kawan share
sapa ntah, lupa...
tq pada yg share resepi tu

bila dah siap, rupa not bad
rasa pun still ada
tapi tah kenapa, zakwannayli tak berapa minat plak uwaaa..!
kalau ayat zakwan camni :
'sedap mama buat kek, tapi saya boleh makan sikit je...'

maknanya ada la yg tak kena dengan tekak dia, huhu
lain la kalau mcm masak popcorn aritu
ayat zakwan :
'mama, best la mama pandai masak popcorn! nanti buat lagi tau, saya nak bawak masa tengok movie'

haaa nampak tak beza isi ayatnya tu kat mana?
biasa la, mak-mak ni... boleh rasa naluri anak T_T

sesekali bleh la buat
kalau selalu, mungkin tak la kot
kang mamaZN sorang je plak yang kasi perabeh, huhu! ;)




Hari Sukan Sekolah Zakwan

ahad baru-baru ni
mamaZN & nayli jadi pompom girl
sokong rumah merah - rumah sukan abang zack :)
papaZN plak jadi pompom boy, hikhik
1st time papaZN tengok abang zack bersukan
tahun lepas tak berkesempatan

zakwan masuk 5 acara termasuk perbarisan
mamaZN dok risau-risau je dr malam sebelum sukan
takut zakwan nangis macam tahun lepas
sedih sangat bila kenangkan balik
ye la, ksian kat zakwan
ksian jugak kat cikgu
nak kena arrange budak sebagai ganti
kalau-kalau zakwan buat hal kan

sukan buat kat perkarangan sekolah zakwan
kul 8 dah kena ada kat sekolah
alhamdulillah, cuaca pun baek sepanjang sukan
alhamdulillah jugak zakwan nampak happy kali ni bersukan dgn kawan-kawan
memang lain sangat kalau nak dibandingkan dgn masa kat sekolah lama, huhu

dalam 4 acara yang zakwan join
ada yg dapat tempat pertama, ke-2, & ke-3
tapi bila penyampaian hadiah
berdasarkan markah keseluruhan rumah sukan
rumah sukan zakwan dapat no.2
ok la tu, at least zakwan pun ada membantu kasi markah jugak, hehe

part hadiah pulak
zakwan teringin nak dapat medal macam masa sukan kat sekolah dulu
dari pagi dia kata dia nak buat betul-betul
nak dapat medal, nak kumpul banyak-banyak
tapi bila penyampaian hadiah 
memang tak dapek la, huhu
ketua kontinjen jek dapat piala
yang lain semuanya dapat tipuware
memang kasi kat mama je la hadiah tu ye, zakwan hehe...
















23 Jun 2014

Kejutan Kami Untuk PapaZN :)

kekekekeke, boy la sangat kan hihi :P

jenuh gak sebenarnya nak planning
sebab kena ajak anak-anak kompromi sama
jadiknya takleh kasitau awal-awal kat dorang
kalau tak, pecah rahsia! haha!

plan nak buat surprise tu hari sabtu
on birthday date tu sendiri
tapi risau plak takde peluang nak buat surprise
sebab papaZN ada kat umah

akhirnya mamaZN decided utk celebrate 1 hari awal - means, jumaat la
pagi jumaat tu plan masak kek
petang masa papaZN balik work
boleh potong kek terus kan

takyah la tanya resepi
mamaZN pakai tepung kek instant tu jek, haha!

tapi tu la...
dalam pada nak buat kek sendiri
macam-macam pulak yang terjadi!
adoi, makcik mula kalut dah ni
takleh panik! kena la hadapi ngan tenang
fuhhh! fuhhh!

1st time nak masak kek guna oven
selama ni buat kek kukus jek
dah tu, kenapa tak buat kek kukus?
sebab takde bekas yang muat dgn pengukus, huhu!
mana ntah peginya bekas lama tu
tawakal je la bako kek
mamaZN riso hangit, hangus jek
kalu itu yang terjadi, memang no turning back la bak kata orang jawa :)

dan apa yang tak diingini tu la yg terjadi
malahan ada lagi menda lain yang terjadi jugak
segan plak nak citer, hehe

disebabkan masalah-masalah yang timbul
dari kek yang saiznya beso
terpaksa dipotong kecik - muat 1 piring je

pastu bermasalah plak masa nak letak topping
tu yang macam comot jek kat bahagian tepi, huhu

memang kelakar bila dipikirkan balik, haha!

petang tu, dah plan dengan zakwannayli
elok papaZN balik keje, tutup semua kipas, lampu, tv
buat-buat macam takde orang kat umah
bila papaZN panggil-panggil nama kitorg, terus jerit 'kejutan!'
plannya gitu la

tapi hakikat sebenar.....
urut dada la nak pastikan budak-budak ni tak gelak
memang asek kene marah je la, haha!

tapi Alhamdulillah
walau banyak sangat pancaroba
kejutan boleh dikategorikan menjadik la jugak, hehe

moga jadi kenangan terindah buat kami terutamanya papaZN :P









21 Jun 2014

Happy Birthday Untuk Si Dia :)

bersempena 21 Jun 2014
ucapan khas ditujukan buat:

teman bersembang,
teman bergaduh,
teman yang sanggup tadah telinga dengar luahan hati ini,
teman yang sangat la penyabar dengan baran dan bebelan 'orang rumah' dia (hehe),
teman yang bergelar papa pada zakwannayli

dengan ucapan:
selamat hari lahir yang ke-32

semoga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki
semoga dilindungi & diberkati Allah selalu
semoga impian & cita-cita terlaksana, in shaa Allah...

terus-terusan la sudi menjadi teman sepertimana yang disenaraikan di atas - tanpa jemu! ;)

we love u, papa!


20 Jun 2014

Terjebak Sudahhh... Acaner? ;)

drama ni dah start sejak bulan lepas kot!
sikit pun tak pernah tengok
tau pun sebab baca review kawan-kawan
dan tengok iklan drama ni kat tv
walaupun ada feveret aktor berlakon
tetap gak tak tengok huhu!

masa tengok iklan tu
rasa menyampah dengan watak indah harlina
macam over acting pun ada
macam gedik pun ada...
tu yang lagi malas nak tengok tu


sampai la 1 ketika
semasa didatangi 'bff' setiap wanita
(cewah! :P)
ada la masa kejap nak tengok citer ni
suka la dengan abang zen tu!
nampak strict tapi sweet :)
gaya macho tapi ada sense of humour
muka macam nak senyum tapi sipi2 jek senyumannya
suka, suka! :)
terpaut sudaaa, haha! camne ni? :P

yang watak indah tu plak
1st impression macam menyampah jek tengok minah ni...
tapi bila dah folo citer ni 1-2 episod
dah boleh accept dah karaktor nya gitu
takde dah rasa menyampah hehe
suka lagi ada la, sbb gaya sempoi abes! ;)

tapi tu la...
sebab time maghrib kan citer ni
tu yg macam tak syok je nak tgk
nanti papaZN marah, huhu -___-''

ehhh jap!

bleh tengok online kan?
apa ek link website nya?
ada sesapa tau? share jap :)

aiseyyy, awat la tak terpikir dari awal! 

p/s: amar baharin dah masuk list my feveret actor, hewhewhew :P


Masak-Masak | Karipap Roti Berinti Kentang Kari

1st of all, thanks pada Alya Kamal
sebab share kan cemana nak buat karipap roti
almaklum, nak dekat bulan puasa
elok sangat la pun dapat resepi best camni ;)
lagipun, papaZN memang bawak balik roti setiap hari
dapat la memvariasikan menu roti, hehe

disebabkan resepi ni jugak la
gigih mamaZN mengkari kentang jam 11 malam! :P
sangat tergoda dengan gambar yg Ya upload kat fb, hehe
see, kuatkan pengaruh rakan-rakan ni? :)

1st time uols, masak-masak inti karipap
selama 32tahun ni, tau makannnnn jek
sekarang baru ada kesedaran nak mencuba haha!
alhamdulillah, puas hati sangat
kagum kat diri sendri, hehe

korang, try la buat jugak...
sonang jek ;)
buat jugak tau!
mamaZN share masak inti sempoi-sempoi jek
janji ada rasa kari, haha!
kalu korang nak google cari resepi lain pun no hal ;)

bahan & cara masak inti
1. 2 biji kentang dipotong dadu
2. 2 biji bawang merah & 1 bawang putih dihiris
3. panaskan minyak
4. tumis bawang merah, bawang putih & daun kari, bunga lawang & kulit kayu manis
5. masukkan 3-4 sudu serbuk kari
6. tuang 1 1/2 cawan air
7. masukkan kentang
8. perasakan dengan garam & gula
9. tuang santan sket
10. masak hingga kentang empuk

* kalu air kering tapi kentang belum empuk, tuang air sket
* kalu ada daging cincang, bleh masukkan sket gak

bila inti dah siap bleh la mula mengkaripap roti, hehe

bahan & cara mengkaripap
1. roti apa2 jenama dipotong kulit tepi
2. gelek jadi nipis (guna penggelek bleh, guna tangan tekan-tekan je pun no hal)
3. letak 1 sudu inti kentang kari tadi
4. katup dari bucu ke bucu
5. 'gam' kan guna telur (guna bancuhan air & tepung gandum @ tepung ubi pun bleh)
6. jangan sampai terkoyak, k! ;)
7. goreng dalam minyak yg banyak & betul-betul panas
8. balik-balik kan sekejap je sampai jadi warna keperangan
9. angkat, sejukkan & siap utk dimakan!

bleh gak kalau diketipkan roti tu dengan alat kelim karipap
tapi mamaZN takde alat tu
kalu guna tu cantek la sket kan kelimnya
takde la nampak macam samosa jek, haha! :P
takpe, janji sodap ;)

try k! hehe




19 Jun 2014

Bila Nak Cash Out Ni? :P

tahun ni belum lagi klik cash out
walau $ dah lebih rm50
asal nak klik je, mesti rasa terbantut
sebab terasa sayang plak amount dalam nuffnang tu, hehe

ala, bukan banyak sangat pun
rm200 pun tak cecah, haha! ngade je kan? :P
rasa macam nak kumpul bebanyak
tapi tu la...
xtau la niat ni bertahan sampai bila, hehe
kot kang akhir bulan ni cash out jugak kekdahnya, haha! :P
bukan leh percaya mamaZN ni
tak tetap pendirian, kekekeke :P

orang kata, kalau nak cash out tunggu akhir bulan
baru la tak terasa lama sangat nak tunggu cheque, hehe
mamaZN akui sbb dah penah buat camtu

orang kata jugak, lepas cash out
be/cpuv lagi 'berduyun tiba'
(nyanyi ala juliana banos ;P)
lagi mahsyuk la kan..? hehe

tapi tu la...
ni lagi 1 sebab kenapa mamaZN tangguh-tangguh nak cash out
sebabnya, baru pasang niat nak klik
be/cpuv baru muncul
bila dah muncul mesti la nak tunggu sampai dia metered
baru la $$$ bertambah kan...
kang, niat lagi nak klik cash out
be/cpuv baru datang lagi dok running, haha!
memang sampai ke sudah la tak cash out pun, kekekkeek :P

panjang lebor bercerita
padahal nak share baru dapat be/cpuv lagi
sekarang ada 2 ketul yang dok running
please, lama sket menari...! :P

tq nuffnang!
tq kawan2 yang slalu dtg sini
sekaligus menjana pendapatan mamaZN yg tak seberapa, hehe
merepek meraban pastu dapat $ free sapa takmau kan? ^_^


Frustnya Pegi IKEA!

ngeh-ngeh-ngeh... :P
tajuk tak menahan kan? haha! poyo :P

sabtu ritu
sbg tanda meraikan zakwan yg dah berjaya sunat
nak la bawak dia jenjalan
tapi...
kitorg buntu taktau nak berjalan ke mana
zakwan ajak tengok transformers kat midveli
tapi event tu dah abes 8jun kan?
menanges la anak bujang sbb hajat tak kesampaian, huhu!

last-last kitorg pi IKEA je
nak cuci mata sambil cari idea utk deko-deko umah
showroom IKEA kan best giler
suka tengok
sbb walau ruang sempit tapi diorg bleh deko jadi cantek!

bila dah sampai...
aikkk, apsal semua pun berjalan menghala ke market hall ni?
alaaaaaa...! area showroom tutup daaa!
under renovation
cemana la bleh lupa padahal dah tau dah sblm ni
grrr! salahkan diri sendrik! T_T

gi market hall bukan cari apa pun
ehhh jap
tapi capai gak langsir baru
ehhh? hahaha! awal kot dah ganti langsir
beli murah-murah sajork - RM29.90 sepasang, haha!
jadik la...

nayli pun perangai cam mak dia
dalam takde apa nak beli tapi capai gak soft toy kucen, haha!
suruh letak balik, dia marah kita plakkk
sudahnya, papaZN soh beli je...

lepas bayo lepak jap kat area melepak kat vending machine tu, hehe
kitorg bawak bekalan popcorn
mu adooo? muahahah! :D

zakwan ni 1 perangai dia...
mesti nak beli popcorn kat IPC
apatah yang sedap sangat tu?!
hah, mama dah buatkan - bawak je bekal :P

alahaiii
bila la renovation tu nak settle ek?
takde plak dibagitau aritu (signage / announcement)

alamatnya mmg kena datang lagi la sblm raya nanti, huhu!
alasannnnn...! :P













Aplikasi Untuk Update Blog Thru Handphone

adoi-doi-doi..!
kelmarin, seharian tak bleh nak publish entry
rasa geram dari pagi membawak ke malam!
taktau apa punca
dah godek-godek tak bleh jugak
ggrrr..!

skrg ni mamaZN memang online thru hp je
update blog, bw, fb, ig semua thru hp
malas sesangat dah nak on lappy, huhu!
update blog plak, guna aplikasi Blogger
mamaZN install dari playstore
selama ni tak pernah ada masalah pun
tetiba kelmarin, bikin jiwa guwe kacau!

godek-punya godek-punya godek
last-last install je la apps lain
try guna Bloggerdroid
tah la ok ke idak
masih baru lagi kan, banyak kena blaja
testing smlm, lepas la plak publish 1 entry
fuhhh! alhamdulillah... lega rasa

ada kan entry baru mamaZN kat dashboard korang? ^_^

nak tanya...
ada tak yg update blog thru hp macam mamaZN?
korang guna apps / aplikasi apa?
share jap! ;)
tqia!


18 Jun 2014

Wordless Wednesday : Model Tudung AIDIJUMA Yang Comel! :)

apa mimpi tetibe nak bertudung
dah dia nak, pakaikan je la, hehe...
comel!
dapat la bertahan 5-7minit
pastu cepat-cepat ditanggal
takpela, kejap pun jadik...
nanti bebila pakai lagi ;)


Rindu Bau Newborn Baby ;)

lately ni mamaZN terima beberapa berita gembira dari kawan-kawan
ada yang baru disahkan preggy
dan ada jugak yang baru lepas melahirkan
tahniah korang! sangat happy utk korang! :)

sabtu lepas mamaZN pi lawat baby baru lahir, hehe
bestnya! excited nak tengok baby kecik
sahabat mamaZN yang pernah 1 sekolah, 1 dorm, 1 kelas, 1 rumah dulu baru bersalin 1st baby
tu yg bertambah excited nak pi tengok tu :)

wangiii jek bau baby kan?
tak jemu plak tu bila tengok baby
rasa mcm takmo buat kerja lain
asek nak ngadap baby jek, hehe
tapi ada budak tu 'sikit juga ada jeles' haha!
pantang mamaZN nak cium baby
mula la ada rasa cuit-cuit, soh cium dia jugak
sabo je la nayli ni ;P

kengkadang ada rasa sebak jugak
bila pikirkan, kalu tak pasal keguguran dulu tu
mesti duedate mamaZN dekat-dekat waktu sekarang ni
mesti tengah tunggu hari
Astghfirullah...
tak baek kan?
Allah knows the best utk setiap seorang dari kita
ada sebab kenapa perkara sebegitu terjadi
kalau itu yg terbaek buat keluarga kami
siapa kita utk menidakkan ketentuan Dia kan?

bila 'rasa' tu tiba-tiba datang
cepat-cepat mamaZN pikirkan betapa bersyukurnya
dengan kehadiran zakwannayli - anugerah terindah kami
kalau ada rezkinya nanti pasti tak kemana... betul tak?

lagipun rezki yang Allah beri ada dalam pelbagai bentuk
kesihatan, kasih sayang, kewangan, anak
macam-macam...
kalau kita rasa kita kekurangan dari segi yang ni
mungkin Allah lebihkan rezki dari segi yang lain plak

mamaZN pikir macam tu je sekarang ni
sentiasa berbaik sangka...

pada kawan-kawan lain yang belum merasai rezki yang 1 ni
jangan cepat putus asa k! 
in shaa Allah, akan tiba jua 'hari'nya nanti
teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal

p/s: lega dapat luahkan perasaan...





16 Jun 2014

Masak-Masak | Homemade Popcorn (Guna Pemanggang Ajaib)

teruja banget bila 1st time buat dan menjadik, haha!
senang je rupanya nak membuat...
kenapa la taknak cuba dari dulu, huhu!
banyak dah bleh save utk beli popcorn masa tengok movie, haha! :P

lama dah janji ngan zakwan nak buat popcorn
tapi asal pi beli barang mesti lupa nak beli jagung kering tu
pernah sekali, tersalah beli jagung, haha!
sebab salah, terus jagung tu dibuat bubur :P

bila dah buat sekali dan menjadik
terus tiap-tiap hari buat sebagai kudapan kat rumah, haha!
zakwan puji mama dia lebih-lebih sangat
tu yg mama dia asek nak tunjuk skill jek, kahkahkah! :P
amboi-boi-boi asamboi... riak dah tu, huhu! ampunnn...!

meh mamaZN nak share jugak cemana nak buat popcorn ni
sangat mudah & simple
mamaZN guna pemanggang ajaib
kalu nak guna kuali biasa pun bleh je, no hal la! :)
janji ada penutup

1. panaskan pemanggang ajaib/kuali
2. tuang 1 senduk minyak
(lebih kurang 4-5 sudu)
3. tunggu sampai minyak betul-betul panas
(campak 1 biji jagung, kalau dah 'meletup' jadi popcorn maknanya dah panas la tu)
4. tuang 1/4 cawan jagung kering
5. tutup periuk dan tunggu sampai abes bunyi 'pop' meletup
6. tutup api & bukak penutup & sejukkan
7. dalam kuali lain, panaskan 1 sudu mentega & 3 sudu gula
8. cairkan sampai jadi karamel
9. agak-agak dah brownish, tutup api dab tuang popcorn tadi - gaulkan
10. siap! :)

cuba la, cuba la...
senang je...
:)
cuba tau! hehe...

daaaaa....!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...