30 Mei 2014

Buffet Ramadhan 2014 : Lokasi Yang Selesa & Santai @ Cyberjaya

maaf la sebab awal-awal dah up entry ini 
puasa pun belum lagi kan? -__-''

takpe, entry ni khas pada mereka
yang masih tercari-cari lokasi utk berbuka puasa 
secara buffet yang selesa & santai

pada mereka yg masih mencari 
cuba la berbuka puasa di Bayou Coffee House, Cyberjaya
mamaZN promote free-free je ni, hehe
sebab tempat ni memang selesa
tak pack macam sesetengah tempat
mamaZN & famili pernah berbuka di sini
tu sebab nak share dengan kawan-kawan :)

kalau nak baca review kami, boleh baca entry ni :

http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/07/buffet-ramadhan-bayou-coffee-house.html?m=1
&
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/07/buffet-ramadhan-bayou-coffee-house_16.html?m=1

jangan risau tentang variasi makanan
jangan risau tentang surau
jangan risau nak tempat terbuka atau ber'aircond'
^___^

bagi kami yang pernah mencuba tempat ni
sangat lah berpuas hati
dah menjadi aktiviti wajib kami 1 famili
cari 1 hari utk gathering sambil berbuka di luar
in shaa Allah, tahun ni pun bakal ke sini juga ;)

sebab apa mamaZN share awal-awal?
sebab sesiapa yang booking sebelum 14/6/2014
harga early bird akan diberi iaitu RM49.90
kalau booking selepas 14/6/2014,
akan kembali kepada harga normal iaitu RM55
kanak-kanak 6-12thn dikenakan bayaran 30% dari harga dewasa

mesti ada yg berpendapat buffet berbuka puasa ni membazir & tak berbaloi kan?
takpe it's up to u :)
pendapat masing-masing
mamaZN terima :)

untuk maklumat lanjut
bleh baca info kat gambar yang mamaZN share bawah ni :)

Tak Sangka Masih Diingati ^_^

cewahhh! tajuk amat poyo di situ
muahahaha..!

walaupun mood nak meng'update'
2-3 entry dalam sehari masih belum mai
tapi tetap ada be/cpuv yang sedang menari :)
2 be/cpuv yang masih dok running sekarang
tenkiu nuffnang!

lama dah tak memunculkan diri
tapi di saat kemalasan melanda
time tu la dia nak berjoget, hehe
takpe, takpe... sila la berjoget selama yg boleh
ai is suka ja! :P

tangan dah gatal-gatal nak klik 'cashout'
tapi hati dok kata 'sabar, sabar...'
adoi! tak tenteram dibuatnya, haha!

teringat 1 status blogger terkenal, bro framestone aritu
pasal ramai blogger update entry pasal be/cpuv masing-masing
dia tanya, perlu ke?
hahaha! terkono den! :P
bagi saya perlu la kot
di saat takde menda nak bercerita
sedikit sebanyak bleh gak dijadikan modal update blog, hikhikhik
suka-suki je kan? hahah!
pendapat anda pula bagaimana? :P




29 Mei 2014

Raja Dr Nazrin Shah Diisytihar Sultan Perak Ke-35

baru sekejap tadi telah berlangsung
sesi perisytiharan Sultan Perak yang baru
untuk menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam

Raja Dr Nazrin Shah diistihar sebagai Sultan Perak yang ke-35

Daulat Tuanku!


berita lanjut : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RajaDrNazrinShahdiisytiharSultanPerakke-35/Article/?mutakhir=1

Pilih, Jangan Tak Pilih... -___*

ni la dia...
mak nak kemas almari baju
anak dara dah berguling soh bukak kan baju
motif?
sebab nak pakai bju lain, nak pilih sendiri
pffttt..!

tengok la, stokin dah siap pakai awal-awal
pastu baru cari baju yang berkenan
adoi la hai, dok umah je pun, nak...
bukan nak jenjalan ke mana pun
padahal baju dalam lemari tu baju utk gi jalan-jalan

layankan aje
janji jangan bersepah dalam almari tu sudahhh
kang mak bertukar hijau plak kang, haha!

mood berblog dah dipukul ombak hingga ke tengah lauttttt!
aptb!

Menang RM10 Untuk Komen Terbaik

alhamdulillah...
dapat RM10, Bro Eyriqazz kasi, hehe
sebab terpilih menjadi peng'komen' terbaik di blog beliau :)
rezeki namanya tu

mana ada orang yg suka-suki nak kasi free, ye dop? :)

terkejut malam tadi dapat email dari empunya diri
mengatakan yang komen mamaZN terpilih menjadi yang terbaik
tak sangka la jugak
komen pun biasa-biasa je sebenarnya hehe
tq banyak-banyak Bro Eyriqazz!
banyak kali dah kot menang dari blog blogger hebat ni
Bro Eyriqazz ni pun memang rajin 'memberi'
berkat dari selalu memberi tu la
beliau pun makin maju nampaknya :)
tahniah ye, baru dapat anak ke-3

28 Mei 2014

Sultan Azlan Shah Mangkat | Terasa Kehilangannya :'(

innalillahiwainnailaihirojiun...
salam takziah buat keluarga dan kaum kerabat diraja negeri Perak
atas kemangkatan Almarhum Sultan Perak tgh hari tadi

selama 32 tahun bleh berlagak dgn kawan-kawan
sangat bangga sebab sambut hari kelahiran sama dengan hari keputeraan Sultan Perak
iaitu pada 19 April
selalu berlagak sbb dapat 'kasi cuti' pada seluruh negeri Perak
tapi lepas ni, tinggal kenangan...

sebagai anak jati negeri Perak
sebagai rakyat Perak yang sama tarikh lahir
saya sangat terasa kehilangannya >___< 

moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali...

~ al fatihah ~

Wordless Wednesday : Anak-Anak Zaman IT

comel je bersusun ngadap laptop :)
tengok kepala mana depan sekali
kemain tu konker kawasan, hehe...

ni la anak-anak zaman sekarang
anak-anak zaman it :)
yg kecik pun dah pandai
kita yg beso ni plak kadang terkial-kial
hehe

masa dah berlalu
zaman dah berubah
rindunya zaman kecik-kecik dulu
main polis sentri, main mak-mak,
main teng-teng, main lompat getah, main tutup botol, main batu seremban

sekarang? ada nmpk ke bebudak main lagi mainan sume tu?
jarang dah kot kan?
rindu!

Makan Popia Basah Sedap Sambil Layan Piala Thomas

belum terlambat kot nak wish tahniah pada team malaysia 

walaupun tak dapat bawak balik piala thomas 

tapi diorg dah berusaha
kekalahan bermaruah kot kan? ;)

kali terakhir kita menang tahun 1992
masa tu mamaZN baru darjah 4, hehe
takpela, usaha lagi utk 2thn akan dtg

orang lain yg mengerah tenaga berhempas pulas main badminton
kami ni plak bersenang lenang sambil makan popia basah, hehehe...
pastu sebuk plak nak jadi pengulas sukan tak bertauliah plak kan, kihkihkih :P

serius sedap popia ni
ingat lagi masa bulan puasa tahun lepas
kitorang kan tgh bz nak pindah
makanya tak sempat la nak masak
terjah param (pasar ramadhan) je la
popia basah ni la yg tiap-tiap hari kami beli
memang sedap, memang mantop, memang ummpphh!

LAN POPIA nama kedainya
sesapa suka makan popia basah
pastu ada tersinggah rantau panjang, klang
memang kena try popia ni
mesti tak mengecewakan, hehe
1 bekas ada 6biji popia = RM4
besau-besau saiznya! :)

27 Mei 2014

Lamanya Tak Minum Rutbir A&W!

semalam nan ado up entry baru pun
kemalasan sudah mula menerjah diri ini
huhu!
harap tak berterusan, mihmihmih ;)

esok zakwan start cuti sekolah, yeayyy!
bertambah la kawan gado di siang hari
pftttt! >__<

okeh, tu baru intro...
rasanya lama gilerrr kot tak makan kat A&W
sangat lama!
seingat-ingatnya, kali terakhir makan masa zakwan umo 3thn
lamanya! haha!

dalam minggu lepas kot
kak amy mamatisya ada up gambar kt ig
minum rutbir A&W
dan-dan tu la menelan air liur sbb teringin! hahaha!
kuat ni pengaruh rakan blogger, kihkihkih

ahad lepas jenjalan sampai ke gombak
(nnt citer ni kat lain entry k!)
masa balik lalu federal hiway
nampak plak la A&W kat petronas batu 3
waaaa, best ni! takmo lepaskan peluang
terus ajak papaZN pi sana! :)

tujuan utama nak minum rutbir tu je
tapi alang-alang, order la fries & nugget utk zakwannayli
legaaaaa sangat bila air rutbir tu dah lalu kat tekak
alhamdulillah, sangat nikmat :)

sempat gak la amik gambo ngan maskot
mak plak yg terlebih sengih dari anak, hahaha!
excited beno gayanya tu :P

zakwan ajak makan kat sini lagi, hehe
tengok la bebila nanti
kalu terlajak sampai sana, ye zakwan
mama pun rasa macam nak pegi lagi
rasa tak puas plak ritu, hehe ^_______^

korang suka tak rutbir A&W?
kalau suka hi-5 sket! :P

23 Mei 2014

Masak-Masak | Non Bake Oreo Cheese Cake (Resepi)

malasnya nk taip semula, huhu
dah elok panjang menaip bleh plak ilang tetiba
tu la gateyyy takmo save draft, uwaaa!
mendapat la... >__<

1stly, credit utk kak ilah utk entry ini:
http://mamailahfazilah.blogspot.com/2014/02/masak-masak-non-bake-oreo-cheese-cake.html?m=1
sebab mamaZN follow resepi yang kak ilah share ;)

kelmarin kak ilah update blog pasal buat cheese cake ni sbg kek bday anak bujangnya
terus mamaZN terasa teringin nak buat jugak
padahal hakikatnya mamaZN memang kurenggg bab kek-kek keju macam ni

gigih la malam tu pi cari bahan-bahan
balik umah terus mulakan operasi, hehe
tak menyempat kan? :P
tapi malam tu buat base je
pagi esoknya baru sambung buat yang lain
pagi buat, masuk peti, petang dah bleh makan, weee!

1st time ni nak membaking oreo cheese cake
sebab tak guna oven, tu yang gagahkan jugak
mula-mula nampak cam comot je
pastu macam lembik je
baru teringat sbb mamaZN tak letak gelatin
kak ilah cakap, kalau letak gelatin kek jadi pejal sket
tapi mamaZN tak letak sebab tak jumpa pun kat AEON Big, huhu

nak elak lembik tu...
mamaZN letak kat peti ais tingkat atas dalam 2-3 jam
pastu kluarkan letak atas meja kejap dalam 30minit
pastu baru sambung letak kat peti ais tingkat bawah
baru nampak kek nya pejal sket

ramai tanyakan resepi, hehe
nak senang, bleh ke link blog kak ilah
yang mamaZN share atas tu
sebab kak ilah share step by step secara bergambar
senang nak paham :)

mamaZN share resepi secara bertulis je la, hehe
copy paste dari blog kak ilah jugak :P
mohon share, kak!

resepi yang mamaZN share ni ada olahan sket tau! ;)

RESEPI: NON OREO CHEESE CAKE
*Bahan-bahan:
1. biskut oreo
2. unsalted butter (3-4 sudu besar)
3. 250g cream cheese (mamaZN guna brand tartura)
4. 200g whipping cream
5. gula (4-5 sudu besar)
6. esen vanila (1 sudu kecil)

*Cara-cara:
1. cairkan 3-4 sudu besar unsalted butter

2. pecah halus biskut oreo (ketepikan krimnya) - amik la dalam 15-20 keping

3. gaul sebati butter cair dengan biskut oreo

4. tuang dalam bekas & padatkan (boleh lapik dgn kertas minyak)

5. sejukkan dalam peti ais dalam 2-3 jam

6. pukul hingga kembang cream cheese, 4-5 sudu besar gula & 1 sudu kecil esen vanila

7. dalam bekas lain, pukul hingga kembang whipping cream

8. campurkan bahan di no.6 & no.7 - gaul hingga sebati

9. campurkan jugak pecahan biskut oreo (tanpa krim) - amik la dalam 7-8 keping

10. gaul kesemuanya dan tuang di atas base oreo yg dah disejukkan tadi

11. sejukkan dalam peti ais

12. sedia utk dimakan, yeay! :)

okeh, tu je... selamat mencuba! ^_____^

22 Mei 2014

Tempat HangOut Yang Best @ Klang

ingatkan semalam hari selasa
tu entry pun panjang lebar
kalu tau hari rabu, nak buat wordless je
cemana bleh lupa hari tah, huhu

ni citer lama, masa nak celebrate mother's day aritu
kitorang 1st time nak jejak Klang Parade
papaZN la ni ajak ke sana
papaZN cakap jom la kita pi tempat yg belum pernah kita pegi lagi...
hmmm ye la, nak dekat setahun dok klang
baru ni nak jejak Klang Parade, hehe

sebenarnya tempat ni baru je dibuka semula lepas dibuat renovation
tu nampak baru je dalam bangunan ni

best gak la tmpt ni
pegi pagi-pagi mmg takde orang pun
main mall dia dalam ni econsave & parkson
tmpt makan tak berapa banyak
kalu fast food aritu nampak subway je
pastu ada la secret recipe, baskin robbins
kfc @ mcd takde plak nampak
actually banyak lagi outlet yg masih under renovation

kenapa Klang Parade ni tempat bersantai yg best untuk famili & kawan-kawan?
sebab kat sini ada pusat boling, haha!
rate dalam kategori murah gak la
bab-bab murah ni yg memang dicari-cari, haha! :P
padahal kat Setia City Mall ada gak boling
tapi tak sure rate nya cemana
lagipun sana lagi jadi tumpuan, tu yg asek ramai je
kami tak main pun ritu
tengok rate & tengok orang main je hehe
papaZN dah gatal tangan nak main
tapi mamaZN cam malas, hehe

pastu kat sini ada gak playland mcm kat the mines tu
kidz paradise kot namanya, lupa
zakwannayli dah menggeletis la nak pi main, haha!
tapi kesian, papaZN tak kasi
aritu nak melawat kawasan je, papaZN cakap :P
rate masuk cam mahal, rm38 utk weekend
tapi standard la, kat the mines pun camtu gak regenya
kena tunggu deal murah kat groupon lagi la camni, haha! :P

ada kamdar gak
bestnya tgk kain murah-murah!
rasa nyesal beli kain kat ****L
harga 1 meter kain kat sana dapat 3 meter kain kat kamdar
kain yang sama tau, adoiyai...!
nak wat cemana, dah beli dan hantar tempah dah pun :(

pastu lagi 1 yang best sbb ada mr.diy
kedai ni cam 'berhantu' sket la, hahaha!
bila masuk sini, macam-macam nak beli
sebab terasa cam murah & macam-macam pun ada
bila dah murah, macam-macam la yg nak dibeli
padahal tah bila tah nak gunanya haha!
tu yg mamaZN cakap berhantu tu hehehe

kalau tanya papaZN, memang tempat ni menepati citarasa dia, huhu
tapi kalau nak bershopping
mamaZN tetap suka SCM & AEON lagi
sebab lebih byk pilihan banding kat sini
sini nak jenjalan rileks-rileks, santai-santai bleh la pada kami hehe

okeh, tu je utk rini
mood nak meng'update' makin lama makin selowww-melowww skrg ni
tu 1 hari 1 entry jek hehe
badai M beso bakal melanda nampaknya! :P
daaaaa...!!!

21 Mei 2014

JJCM | Gathering Dinner @ Restoran Adam Lai, Shah Alam

setelah 2-3minggu diskus
akhirnya restoran adam lai, seksyen 15 shah alam
menjadi pilihan lokasi gathering kami dengan member seratas :)
lama dah kot tak berkumpul reramai camni
rasa rinduuu sangat nak jumpa semua!
tu sebab seboleh-bolehnya kami nak join jugak
puas rasa bila dapat jumpa kawan-kawan yg kami dah berkawan dekat 15-16tahun ni :)
ada la 5-6 famili yg join dinner tu

restoran adam lai ni ada beberapa cawangan
ada kat seri gombak, ada kat wangsa melawati jugak
tempatnya tak luas, tapi selesa la
rata-rata yang datang kebanyakannya gathering bersama kawan/family
seronok tengok ;)
ala-ala makan besar belaka semuanya hehe

kitorang sampai dalam kul 6 lebih
dok sembang, dok tunggu kawan
kul 7-7.30 baru kitorang order makanan
owh ya! better call dulu utk reservation k! riso full house je :)

macam dah lambat sangat kan kami order makanan tu?
karang pukul berapa pulak makanan sampai
dengan pelanggan yg memang penuh 1 restoran tu, riso lambat je huhu
tup-tup 15-20minit makanan sampai!
vavavava..! servis mantop ni! memang best!

macam-macam kami order
mamaZN pun dah ingat-ingat lupa apa dia, kikikiki...
antaranya shark fin soup
kerapu 3 rasa
butter prawn
ketam masak apa tah - lupa!
siakap stim nyonya style
bawal masak apa tah, lupa jugak!
sayur baby kailan
sotong goreng tepung
kitorg order utk 9-10 orang dewasa makan
budak-budak bukan makan sangat pun
lagi-lagi zakwannayli - dorang makan kek je
ehhh jap!
nayli makan 2 mangkuk sup shark fin!
amboiii, sedap kemain tu ;P
serius, not bad makanan kat sini - sedap!

lagi 1 kelebihan restoran adam lai kat seksyen 15 shah alam ni
lokasi nya betul-betul depan surau
alhamdulillah ;)
tak perlu nak bersesak solat kat surau kedai
yang kadang tu bleh muat 2-3 orang je, huhu!

puas hati sangat makan kat kedai ni
dalam kedai selesa, kedai ber'aircond'
waiter yg rajin layan pertanyaan kitorg ttg menu
servis pantas, makanan sedap
lokasi pun depan surau je

dan yang paling penting, harga berpatutan ;)
total rm utk apa yg kitorang makan tu rm350! ok kan?
dengan kerapu, ketam, siakap, bawal, udang, shark fin soup
orait kot!
kalau share-share tu, sorang bayar rm35 la camtu

tapi yang tak puas nya...
rasa sangat sekejap masa berlalu!
kejap je dah pukul 10 malam, huhu
takdan nak sembang-sembang
serius tak puas part yg ni :(
in shaa Allah klu masing-masing free
memang wajib repeat makan-makan lagi
thanks pd semua yg join
korang mmg ohsem!
nanti repeat lagi k!
pada aunty berry, moga baby dah tak ngidam seafood, hehe...
moga dipermudahkan urusan bersalin nnt
bestnya tengok perut aunty berry, comel! :P

20 Mei 2014

Habis...Habis Mekap Mak!

pantang nampak kita bermekap
dia pun datang tunjuk pipi, mata & bibir
tepek blusher kat mana? dia tunjuk pipi 
eye shadow kat mana? dia tunjuk mata 
lipstik kat mana? dia muncungkan bibir
pandap plak tu
belajar dari pemerhatian kan... ^_^

bila tak kasi, dia dah pandai marah
jeritan tak puas hati dia kalah penyanyi soprano, haha! takut mak :p
dalam keadaan paksa rela, kasi la jugak, huhu!

abes pecah dah compact powder mama
kita pegangkan takmo, nak pegang sendiri
bila bagi pegang, dia pi bawak lari
bedak muka sendiri jauhhh dari mama
pastu letak kat tmpt lain
pastu lupa
pastu terlanggar
pastu terjatuh
pastu pecah...!!!
uwaaaaa...!
mama hanya mampu melihat dengan hati yg pedih
naseb baek la mama bukan guna jenama yg mahal-mahal ye nayli

sama jugak la dgn lipstik
perkara yang paling merisaukan dah pun terjadi...
apa dia kawan-kawan? ;)
lipstik patah..!
mak redhooo je
pakai jugak la selagi boleh calit, haha!

teringin nak cari yang mainan punya
nak tengok apa lagi yang nayli pandai buat, haha!

belum part baju...
baju nak pi jenjalan ke, baju dok umah ke
semua nak pilih sendiri
mak ni geram la jugak kengkadang
abes mana tak geram...
baju yg semalam basuh, arini lipat
baju tu jugak la yg dicapainya
macam takde baju lain dah...
adoiyai!

sabo...
memang kena banyak sabo dengan nayli
dia lain sket dari abang zack
paling manja pun dia, paling ngengada pun dia, paling tak dengo arahan pun dia
apa lagi? setakat ni memang dia je la, haha!
abang zack kena pasrah je
naseb baek abang zack baek, hehe

cer tanya kat nayli
'mama nak baby, bleh?'
nanti dia jawab dgn garang, TAK BOLEH!
dengan tiba-tiba dia jadi manja nak peluk-peluk bagai, hahaha!
eyyy, geram betul! :P

19 Mei 2014

Happy Moments!

assalamualaikum
selamat pagi :)

sekejapannya hujung minggu!
rasa tak puas!

arini zakwan start periksa 1/2 tahun
harapnya zakwan dapat buat yg terbaik
bila tanya, 'tau tak periksa tu apa?'
zakwan jawab, 'tau...nanti kalau dpt nombor 1 mama kasi hadiahkan?'
aikkkkk, ke situ plak dia! haha!
* happy - saat bersembang dgn anak ;)

weekend full dgn aktiviti
tapi beberapa aktiviti je yg bergambar, hehe
sabtu pagi hujan lebat btul kan? alhamdulillah...
kami plak redah sunway, tgk rumah
terkedek-kedek lari dukung nayli, haha! lawak plak bila pikirkan balik
masuk kete lenguh lengan, sbb berat! :P
* happy - settle 1 masalah! :)

ingatkan sabtu dpt la gantung kuali
tapi segan plak bila SIL nak dtg tapi tak masak apa-apa
jom la masak nasi ayam
save sket dr makan kat luar, hehe
* happy - dpt jumpa SIL & masak utk tetamu :)

ptg plak kelamkabut keluar pi shah alam
takut jadi org yg paling lambat sampai
alih-alih, kami rupanya org pertama yg tiba
haha!
seronok dapat berkumpul ramai-ramai
serius dah lama tak hang-out camni
harapnya sebelum puasa ni
dorang setuju nak repeat balik perjumpaan ;)
* happy - jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa :)

ahad plak cadangnya nak gi jumpa org bank
papaZN dah arrange time n tempat utk diskus
sekali tu, tak jadik plak. org bank bz huhu!
takpe la, dapat gak kami habeskan masa bersama 1 famili ;) 
* happy!

hujung minggu yg best
sampaikan terasa singkat plak sabtu & ahad tu hehe

weekend korang plak cemana?
takpe walau dok umah je pun...
lagi best dapat abeskan masa bersama famili
guling-guling, lepak tgk tv sama-sama pun dah cukup
selagi punya quality time
lain citernya kalu mak+pak+anak masing-masing ada gadget sendrik!
hmmm tu payah sket nak cite hehe

***amik kesempatan jap : ada sesapa yg ada kawan kerja bank bhgn refinance rumah?

16 Mei 2014

JJCM | Makan Western Food @ Restoran D'Mesra, Klang

aritu lepas beriadah kat setia city park
zakwan ajak makan kat kedai
pandai zakwan ni, pujukan dia memang buat makpak cair
tu sebab kitorg kengkadang tu kena kuat semangat! haha!

okeh, sambung...
mamaZN teringin nak makan kat restoran D'Mesra ni
lokasi kat jalan batu belah, kapar, klang
ada baca kat blog mana tah
kata servis bagus & makanannya sedap
dulu pernah singgah, tapi tak jadi makan
sebab ramai sangat time tu
kali ni dapat la nak merasa

memula ingat nak makan hidang
order nasi n lauk pelbagai
sekali papaZN nak makan western plak
aihhh mana bleh jadi!
kami pun nak order western food jugak, hehe

mamaZN order grilled chicken chop
papaZN order lamb chop
zakwannayli share fish & chips

rasanya,
sape yg order goreng-goreng dan nasi lauk hidang baru bleh dapat cepat kot
sebab kami order western food, dekat 45 minit menunggu tu!
orang lain yg dtg kemudian dari kami
dah abes makan dah pun
kami baru dapat makanan kami
lepas ni nak try makan nasi lauk hidang gak la

makanan kitorg ok, harga pun not bad
memang bleh order lagi lenkali
tapi sebab lambat tu rasa cam tak syok sket la
takpe, dimaafkan
pasni nak try order lain plak
pastu nak check masa gak
hehe

ni la dia bila dah letak benchmark pada 1 tahap
sebab kedai *** (bukan nama sebenar)
baru order 5 minit dah sampai dah makanan!
hebat kan? ;)

psst.. takde yg puasa kan arini?
nak tunjuk gambo makanan ni, hehe


Selamat Hari Guru, Cikgu!

16 mei 2014 - selamat hari guru!
kepada semua cikgu-cikgu seluruh malaysia

terutamanya cikgu-cikgu
tadika ihsan, utm
sekolah kebangsaan sri skudai
sekolah agama batu 10
sekolah menengah skudai
sekolah menengah convent teluk intan
SERATAS, taiping
pensyarah @ utm
& semua cikgu yg penah mengajar secara langsung atau tak

tak lupa jugak pada cikgu yg paaaaling awal mengajar , atoknenekZN :)

hari ni sekolah zakwan ada sambutan hari guru
ada pertandingan mewarna
ada persembahan murid-murid utk cikgu
apatah lagi, lupa plak...

sebenarnya tak ready pun hadiah cikgu
pastu tetiba terpikir, kesian plak kat zakwan
kang dia tengok je kawan-kawan bagi
so, malam tadi baru bertungkus lumus sediakan, hehe
last minute betul!

mamaZN je yang sediakan
zakwan kul 8 dah selamat beradu dah...
-_-'

tak sempat dah pun nak beli-beli
nak tempah apatah lagi huhu
wrapping paper pun nan ado
nak kasi pada cikgu kelas zakwan je
jadiknya kami sediakan 1 hadiah
hadiahnya tudung AJ, hehe!
kurrrlasss cikgu! :P

biasa-biasa je hadiah zakwan ni cikgu
harapnya cikgu sudi terima...
^___^

buat kawan-kawan bergelar guru
teruskan usaha anda
anda memang layak utk dirai :)
moga terus mendidik anak bangsa 
dengan lebih berdedikasi dan terus tabah tempuhi cabaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...