31 Mac 2014

Aktiviti Cuti Sekolah ZakwanNayli | Jom Buat Gitar! =p

Cuti sekolah yang baru lepas ni
Kami memang takde perancangan nak ke mana-mana pun
-____-
PapaZN pun baru kat tempat kerja sekarang ni
Masih dalam tempoh probation lagi
Cam tak syok plak nak mintak cuti 
Pastu cuti sekolah ni mesti mana-mana pun ramai kot
Paham-paham je la PapaZN ni, mana suka bersesak, huhu!

Dok rumah je la kita ye ZakwanNayli
Lepas abes cuti sekolah baru gi jenjalan ;)

Jadiknya, cuti sekolah tu kami dok umah je la
Zakwan pun siapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak
Adoi, kesian betul nengoknya...
Baru tadika, kerja sekolah dah menimbun
Takpela, persiapan awal nak menghadapi sekolah rendah
Nanti lagi banyak kerja sekolah cikgu bagi kan? Hehe

Sebenarnya dah lama dah Zakwan mintak dibelikan gitar
Apa tah mimpi Zakwan tetiba nak gitar bagai
PapaZN memang takkkkk la nak membeli
MamaZN plak jenis kesian 
Bila dah mintak banyak kali tapi tak dapat-dapat jugak
Kena cekalkan hati jugak la, huhu!
Sampaikan satu masa Zakwan kata, takyah beli la mama, kita buat je gitar
Alahaiiiiii, ksiannya dia!

Jadiknya aritu, meh la kita buat gitar sendri
Sempoi-sempoi jek
MamaZN mana tau nak buat gitar d.i.y ni
Hantam saja la labu ;)
Janji ada tali & bila dipetik ada bunyi, hahahaha!


Zakwan tolong trace kan nanti MamaZN tolong potongkan buat lubang :)



Budak ni lebih banyak menyibuk dari menolong, haha!


Sempoi jek kan? Hihi... Guna barangan terbuang sudaaa ;)


Taraaa... Haha! =p


Anak dah 2, kena buat gitar 2 jugak la
Kalu tak kang ada yang berebut dan bergado 
Dan pengabesnya, ada yang kena marah, hehe


Jadik la...
Tu pun Zakwan dah hepi sangat dah, hehe
Siap dia deko-deko gitar tu dengan sticker-sticker spiderman
Cuma Nayli je tak berapa berminat dengan gitar tu
Penat mak buat 2, haha!

Sejuk hati, hilang penat bila Zakwan cakap
Terima kasih Mama! Ini la hadiah cuti skolah yang paling saya suka!
Alahai Zakwan.....
Buat gitar jek pun, hukhukhuk
Sebak mak ni nak..


Bertambah sebak dan terharu bila tido pun Zakwan dok peluk gitar tu, huhu :')


Bukan kami tak nak beli kan
Tapi rasanya main nya kejap je tu
Dah membazir plak nanti
Bukan kedekut dan tak sayangkan anak
Cuma taknak biasakan Zakwan manja berlebihan
Mintak je terus belikan, mintak je terus dapat
Lama-lama kang, naik lemak la dia
Takpe, belajar dari kecik 

Lagipun buat aktiviti camni best apa..!
Buat sama-sama, bila dah siap sama-sama pun hepi ;)


Mak Yang Menangis, Dah Kenapa....?

assalamualaikum
selamat pagi! :)
hari terakhir untuk Mac
bakal berakhir lah suku tahun 2014 yg pertama
esok dah bulan yg baru
sekejapan!

bangun je pagi-pagi ni
kepala dah rasa laen macam - nyut,nyut nyut!
mata sembab dan bengkak
sudahhhhh....! kenapa plak ni? :)

kepala rasa berdenyut tu
sbb malam tadi tido lambat huhu
menemankan si anak dara yang baik hati
tu tgk tv, uwaaa!
lepas maghrib dia dah tido, bleh plak kul 11.30mlm dia pakat bangun!
nak susu, nak tgk tv
masuk je kul 1.30pagi, mak dah tak larat nak teman!
mama tukar kan channel 613, nayli tgk sorg ek, sori sangat! huhu...
tah jam berapa nayli tido malam tadi
tuptup pagi ni kul 8 udah bangun!
hmmm

mata sembab dan bengkak plak?
haiiiii... mak kan ratu air mata, hihihi...
bergelen berjujuran malam tadi
emo tetiba sbb zakwan dah nak p skool!
hahaha!
alasan mcm tak masuk akal je kan? :P
tak puas zakwan dok umah seminggu cuti sekolah kekdahnya
kakakaka!
ceh! x malu! ;)

emosi tak stabil malam tadi...
sedih zakwan dah nak p skool tu 1 hal
sedih sbb x bawak zakwan ke mana-mana cuti sekolah ni
dok memerap je kat umah
sedih gak sbb sepanjang zakwan kat umah
anak bujang tu asek kena marah je
hehehe...
mana tak nya, setiap masa adaaa je sbb nak bergado ngan adik
dah mengenangkan semua tu, mula la sedih bagai nak rak
sampai papaZN pun penat nak layan
hahahah...
nak buat cemana, lagi skali emosi tak berapa stabil malam tadi
hihihi...

pagi ni mendapat la...
kepala berdenyut mata pun membengkak
;)

harapnya zakwan ok je arini
dapat jalani hari persekolahan dengan tenang dan happy bersama kawan-kawan
^_______^

luahan rasa seorang mak :P
(sori ye, hehe)
riso plak kang ada yang tegur,
'cam dia sorg je la ada anak'
'cam dia sorg je la sayang anak'
takmo, takmo...
again, just luahan rasa... ;)

okeh, okeh...!
cargasssss sambung wat keje! :P

29 Mac 2014

EPHYRA | Nak Free Gift Tak? ;)

Rasanya ramai kot yang dah tau pasal Ephyra ni
Minuman berkhasiat yang yang mempunya collagen dan supplement lengkap
Yang terdiri daripada 9 keajaiban alam semulajadi
Untuk kesihatan badan secara luaran dan dalaman
Tidak dikhususkan kepada wanita sahaja 
Malahan lelaki juga boleh menikmati khasiat tersebut
Ehhh, kanak-kanak pun boleh minum jugak!
Amboi, kecik-kecik dah minum Ephyra
Kalau dah diamalkan selalu sampai besar, cemana la agaknya ye?
Hehehe :)
 



Mulanya MamaZN memang tak berapa yakin dengan Ephyra ni
Tapi setelah dicuba, memang sedap
Rasa minumannya tu lain dari yang lain
Dan yang paling penting
Terbukti ia membantu memberi kesegaran tubuh badan 
Setelah seharian membuat aktiviti rutin di rumah
Kurang rasa letih dan masih boleh teruskan beraktiviti
Almaklum, housewife kan kerja nya 24jam/7 hari
Non-stop! ;)

Banyak khasiat Ephyra ni
Pada mulanya MamaZN ingatkan ia hanya sesuai untuk mereka yang pentingkan penampilan diri
Rupa-rupanya bekesan juga pada mereka yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan
(dengan izin Allah)
 Bagus la jugak kan
Sebab semuanya all in 1
Tak perlu makan/minum pelbagai supplement dalam 1 masa ;)
Hanya dengan Ephyra sahaja, hehe




MamaZN tak jual! ;)
Tapi kawan MamaZN jual
Kalau nak dapatkan harga best, cepat-cepat la contact kawan MamaZN ni :)
ZTEE - 012 968 5344

Masih belum terlambat pada kawan-kawan yang nak dapatkan free gift beli Ephyra ni
Sebab Ztee ada buat promosi untuk bulan Mac
Dengan pembelian Trial Pack Ephyra
Kawan-kawan boleh pilih sama ada nak free gift berupa recycle bag ataupun shaker
Sementara stok masih ada!
Jangan terlambat! :)



 


My bad sebab lambat up kan entry ni
Harapnya masih belum terlambat buat korang untuk dapatkan free gift tu :)
Contact terus ZTEE - 012 968 5344 k! :)


28 Mac 2014

Ada Budak Tu Dah Pandai Jeles ;)

assalamualaikum
bertemu lagi kita dengan jumaat
penghulu segala hari
moga hidup kita lebih diberkati
in shaa Allah ;)

masa pi kenduri kawen @ Jalan Gurney aritu
mamaZN memang tercari-cari je anak kecik ummi :)
pertama kali jumpa masa melawat ummi baru lepas bersalin tahun lepas
kira-kira 7bulan la selepas pertemuan pertama
apa yang buat mamaZN nakkkkk sangat jumpa anas (baby ummi)
sebab nak tgk secara live ke'chubby'annya, haha!
selama 7bulan tgk perkembangan anas kat fb je
geram nak tgk badan 'hantap' nya anas ;)
ummi cite umo 7bulan beratnya dah 10-11kg!
arghhh geramnya! rasa nak geget! :P

masa mula-mula sampai tu anas tido lagi :)
nyenyak sungguh tido walau suasana meriah hehe
bila dia terjaga, sempat la mamaZN dukung kejap
diam jek dia bila kena dukung
tak nanges plak walau dia nampak mamanya sendiri depan mata :)
mmg sedap digomol-gomol, dipeluk-peluk haha!

tapiiiiiiiii.....
ada sorang budak tu sudah jeles maaaaa hahaha!
terserlah ke'jeles'annya tu
sebab masa mamaZN dukung anas
budak tu dudok sebelah papaZN
dia diam jek takmo tengok kat baby
pastu papaZN perasan dia hentak-hentak kaki kat bawah meja
kikikikiki... :P
comel jek!
pandai jeles ye walau umo baru 2thn
hihi...

kitorang saje kacau
'mama bawak baby balik ek dok ngan kita'
dahhhhhh drama air mata pun bermula
hehehe...
baru acah-acah je tu, kalau btul ada baby ni cemane?
manja sungguh anak dara ni :)

nayli ni suka dengan budak kecik dr dia
tapi dia takleh tgk mamaZN dukung budak lain
nanti mula la merajuk, hehe...
yang dia tau, mama&papa ada sorang je baby (nayli la tu)
owh, nayli pun bahasakan dirinya 'baby'
cute jek kan? ;)

27 Mac 2014

Layan Main Giant Bubbles Dalam Rumah :)

alkesahnya...
atoknenekZN ada belikan ole-ole utk ZakwanNayli
pistol buih sabun yg guna bateri tu
tgk kat kotak mainan, tulis giant bubbles
rasa-rasanya mcm giant bubbles yang org dok main kat taman la tu agaknya
cuma bezanya itu guna tali pastu celup dalam buih
yg ni gaya org malas, guna pistol bateri yang ada kipas, hehehe :)

baru je dapat, zakwan dah sebok nak bukak kotak
mamaZN tak kasi, sebab nanti berebut ngan nayli
zakwan redho je...
tak sangka la pulak
nayli pi pandai-pandai amik sendrik
dan pandai-pandai bukak kotak sendrik
elok pulak dapat kat tangan nayli
dia pi hayun-hayun sampai menda alah pistol tu patah!
padahal tak guna lagi
apalagi, amukan ablasa la mamat sorang tu!
nayli ni pun 1, adaaaaa je akal dia nak sakitkan hati abang
grrrr!

last-last apaknya layan dua-dua
letak bateri, kasi adjust-adjust sket
naseb baek kipasnya masih boleh berpusing
tapi dah xleh jadi giant bubbles dah
jadi buih-buih saiz biasa je la jawabnya
jadik laaaaa, asalkan anak-anak hepi
takde gado-gado
kang kalau gado, sorang nanges (atau dua-dua)
ada jugak maknya tukar jadi hulk plak kan
hahah!

main la kome sampai sabunnya tu abes hihi.....
janji kome hepi :)

pssst, harap maaf - papaZN agak seksi di situ ;)





JJCM | Cendol Sedap Best In Klang

penah la google sebelum ni
orang klang kata, tak sah kalau dtg klang
tapi tak merasa cendol sedap best in town :)
katanya.....
teringin la nak pi rasa, memang btul sedap ke? ;)

makanya ahad lepas kami singgah kejap
currrlasss!
minum petang pun nak jjcm :p
nampak sangat pemalas nak masak kat umah, hehe
saje je amik angin petang, haha!
alasan, alasan... :)

kedai ni dah dibuka sejak 1970
kiranya dah lama gak bertahan tu kan
mesti la ada something yang buat kedai ni boleh survive selama itu
betul tak?

kedainya biasa-biasa je
memang takde deko dinding langsung
melainkan papan tanda harga makanan yang dijual
sempoi abes!

konsep self-service
korang sampai-sampai je...
pilih menu, beratur, order, tunggu then amik order yang dah siap tu
memang takde pelayan kedai yang dtg amik order kat meja

aritu kami order:
cendol biasa untuk mamaZN
cendol campur untuk papaZN
(cendol campur ni = cendol biasa + abc)
abc untuk zakwan
eskrem 2 scoops untuk nayli
sepinggan mi goreng kami kongsi ber-4

dari segi rupa, menarik - memang tertawan
dari segi rasa, memang menepati citarasa :)
bagi mamaZN, cendolnya sedap
takde rasa manis sangat-sangat
takde rasa lemak santan berlebih-lebih
just nice
sap-sap soi gitewww, haha! :D

mi goreng pun sedap
sempoi je, takde bahan sampingan pun dalam mi tu
kosong jek tapi sedap, kikikiki... :P

total harga menu kami : rm13.50
mahal x? ok je kot kan
cendol biasa rm2.30
cendol campur rm2.80
mi goreng rm3.90
eskrem rm1
abc rm3.50

ok, not bad
bleh je kalu nak singgah lagi

cuma yang macam terkilan sket tu
bila kata cendol ni
mesti la kita bayangkan yang jualnya
ala-ala mamak atau india muslim kan?
tapi kat kedai ni, pekerjanya semua indon & myanmar, huhu!
macam makan kat kedai orang seberang je kekdahnya
tak nampak ke'mamak'an di situ
maybe owner mamak tapi pekerja foreigner
cuma cashier je nampak cam mamak
tu pun budak kecik belasan tahun, hehe anak tokey kot ;)

pasni nak try Cendol Kak Long plak
bisnes milik kak heze suze
kalau ada yang kenal, akak ni blogger gak dulu
tapi skrg dah bz ngan bisnes ;)
aritu masa dalam perjalanan, baru terperasan banner Cendol Kak Long ni
bleh la try bebila nanti :)

26 Mac 2014

Wordless Wednesday : Harap Lama Bertahan! :)

weee!
suka sangat!
ada lagi be/cpuv yang datang bertandang
alhamdulillah...
2-3minggu berturut muncul be/cpuv baru
plz, plz, plz...
dok la menari-nari lama sket! haha!
lama dah tak terasa excited camni, huhu ;)

tq nuffnang!
tq-tq-tq :)
tq jugak kawan-kawan yang tak jemu-jemu datang sini :)

ford fiesta in da house! ^____^

Makan Nasi Kenduri @ Jalan Gurney, KL

ari ahad aritu kami pi keyyy elll! haha
ngade jek bunyiknya kan? mihmihmih! :P
almaklum dah cuti sekolah
banyak la kenduri kawen di sana sini
ehhh tapi kami pi 1 kenduri tu jek pun, heee ;)

actually ni kenduri kawen adik kepada sahabat mamaZN - ummi
kawan masa stadi dulu
tq mi sbb jemput kami :)
mamaZN sangat berbesar hati nak penuhi undangan ni
seboleh-bolehnya nak datang jugak
lain la kalau ada halangan yg memang takleh nak elak kan
tapi kalau boleh, nak jugak datang :)

kendurinya bertempat di Casa Heliconia, Jalan Gurney
kalau ikutkan senang je nak ke tempat ni
sebab dah ada map kan
tapi tu la, kami ni kalau tak sesat memang tak sah! haha!
lagi-lagi kalau tempat tu baru 1st time sampai hehe
naseb baek papaZN is kewlll jek hee
padahal mamaZN yang salah tgk map :P
sori pa!

bila sampai je kan
terus tergoda dengan ke'best'an tempat ni
berangin jek sentiasa walau tengah hari tu panasnya meghelit!
deko & hiasan sweet jek, cantek!
tema putih, kuning & biru
susun atur meja pun x crowded, tersusun jek
yang paling best famili pengantin (perempuan) sangat beri kerjasama
semua pun sedondon kaler kuning!
ai is loike sangat!
dari adek bradek, makpak, sepupu sepapat sampai ke nenek pun kaler kuning jek
senang nak kenal, hehe...

kami sampai awal, jam 11.15 camtu
jadiknya tak tunggu pengantin sampai
cam lama plak nak dok bertandang kat kenduri orang kan
orang lain pun nak gak duduk makan
kalu kami wat dekkk je, nanti apa plak kata orang lain
takpe la, soh ummi wassap je gambar pengantin :)

apapun thanks lagi skali mi sbb jemput kami
pasni turn syida ngan era plak kan :P

dan ucapan selamat pengantin baru buat
Dr. Maisarah & Kapten Syazwan
sama cantek sama padan
selamat menempuh alam baru
moga bahagia hingga ke syurga :)

seronok bila dengar citer pasal pertemuan awal pasangan mempelai ni
haha, sempat lagi tu korek rahsia daripada kakak pengantin!
sori ek ateh! :P

Wordless Wednesday : Family Potrait ;)

yang boboy tema kaler purple
yang gegurl tema kaler pink
ZakwanNayli yang tentukan kaler tema
hebat anak-anak mama! :P
haha!

sebelum makan nasi kenduri
moh amik gambar sat barang sekeping dua :)

memang sekeping jek pun yg menjadi, huhu!

kenduri kat mana tu? tggu....! ^___^

25 Mac 2014

Menangis Kerana Tetamu Tak Diundang ;)

kalau tengok gambar nayli
alahaiii ksiannya dia...
sampai nanges-nanges dibuatnya
ni ok lagi sbb gambar masa dia dah reda sket
kalau takkk....
lagi bingit dalam kereta sebab dengar suara dia jerit & nanges je
ni bukan sebab nanges sedih tapi sebab nanges takut, hehe... :)

alkisahnya,
sabtu ritu kami p beli barang dapur
sebelum naik kereta, tak perasan plak menda alah ni ikut sekali
dah on the way baru perasan...
ada tetamu tak diundang ikut sama! :P

mamaZN yang mula-mula perasan
pastu bila tunjuk kat nayli, dia terkejut la
terus nanges, haha! ksian nayli :)

maybe nayli ingat menda alah tu ada dok dalam kereta sekali
padahal dia kat cermin belah luar
kalau dalam kereta, mamaZN melompat trus agaknya, haha!

mamaZN tak berani nak tengok lama-lama
geli!
lagipun mamaZN 2x5 je ngan nayli - penakut!
hihi...
tapi kena la cover sbb nanti nayli bertambah plak takutnya :P

siapakah atau apakah menda alah yang nayli takut sangat tu?
jeng-jeng-jeng!
inilah dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CICAK!

Hahaha! :D

Innalillahiwainnailaihirojiun..


innalillahiwainnailaihirojiun...
salam takziah diucapkan kepada waris mangsa #mh370
jika itu suratannya, terima la dengan redha
memang sedih, perit, sebak, etc.
bila mengetahui itu pengakhiran kehilangan #mh370
tapi siapa kita untuk pertikaikan segala yang dah berlaku?
Allah SWT Maha Mengetahui apa yang sebenarnya terjadi
berbalik pada Dia...
terus berdoa, berdoa dan berdoa
untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat sejagat

hari yang sedih buat kita semua...
-_____-

-al-fatihah-

24 Mac 2014

Nasi Lemak Halba

adoi, dah taip panjang-panjang
bleh ilang plak semuanya, adesss!
gara-gara tak save la ni tadi, huhu!

okey, petang-petang ni nak cite pasal makan lagi, heee
sori ye kawan-kawan :)

korang suka makan nasi lemak kan?
selalu gak masak nasi lemak kan?
heee
apa punya soalan daaa :P

sebenarnya nak share
aritu mamaZN masak nasi lemak
gara-gara tengok entry fizarahman la ni
beliau update entry masak nasi lemak di hari minggu ;)
terus rasa kepingin nak masak & makan, hehe
kuat jugak pengaruh blog ni, haha!

biasanya mamaZN masak nasi lemak letak halba
korang letak tak?
kalu tak letak, try la letak bila masak :)
wangi aromanya, bercampur dengan aroma kulit kayu manis, halia & santan, heee ;)

banyak gak khasiat halba ni sebenarnya
lebih kepada untuk jaga kesihatan
bleh tgk link ni utk tau serba sedikit pasal khasiat halba

tak pernah jumpa lagi orang jual nasi lemak berhalba ni kan?
ehhh ke ada yang jual cuma mamaZN yang taktau? hehe
:)

Masak Laksa, Makan Laksa :)

assalamualaikum
selamat pagi :)

lambat bersiaran sebab siapkan anak-anak dulu
tak sempat nak buat entry autopublish
tido awal malam tadi
lagipun migrain melanda, adeyh!

saje nak cite
sabtu ritu lepas balik dari beli barang kat NSK
sampai je umah terus masak-masak
masak apa? masak laksa, hehe
ada orang tu dok teringin memanjang
sapa lagi papaZN la :)

lama dah tak masak laksa
ada dekat setahun lebih kot hehe
kali terakhir masak laksa tu mamaZN tak makan pun
sebab tak terasa langsung nak makan
terasa nak masak-masak je
kasi orang lain makan, hehe

lagipun orang kata
lepas bersalin kena pantang setahun lebih kan makan laksa ni?
mamaZN baru tau time tu...

nak resepi ke?
takyah la kot kan...
rasanya ramai yang tau masak laksa hehe

korang suka makan laksa?
kalau ada petis otak udang tu lagi sedap
yummm!
ni laksa versi mamaZN, takde letak bunga kantan :)

p/s: migrain, migrain... plz go away!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...