28 Februari 2014

Terkenang Semasa Dulu... ^_^

Ni time nak buat photobook aritu la
Dok belek-belek gambo lama, gelak sengsorang pun ada
Terus macam-macam memori lama timbul balik 
Adoiiiii! Syahdu tetiba!

Saje la nak kongsi ngan kengkawan :)


Nayli masa umo 1 bulan

Lain kan muka Nayli? Banyak ikut apaknya
Dengan raut mukanya, dengan gelapnya
Ada jugak la yang bertanya
Dulu masa preknen banyak makan kicap ek?
Mesti tak selalu minum soya atau susu ni dulu
Asyik minum kopi ek masa preknen?
Uhuk, uhuk... Mak sentap!
Dulu la, sekarang dah steady jek 
Malas nak amik port apa orang cakap T__T


Beza sungguh dengan sekarang
Nyata jelita gitewww =p
Kahkahkah! Budak bertuah banyak akal :)


Zakwan time umo 1 tahun lebih kot masa ni

Dulu Zakwan tembam
Suka tengok Zakwan time dulu-dulu
Lahir pun berat gak ni 3.66kg
Bila tanya, Sape baby ni, Zakwan? Mula la dia malu-malu, haha!


Sekarang dah nak masuk 6 tahun
Dah beso dah anak mak ni, huhu! Tapi kurus keding!

Kengkadang tu Zakwan cakap kat mama dia, 
Mama, sekarang umo saya 16 tahun kan?
Aah, iyo la tu 16 tahun... Cuti skolah karang sunat dulu, haha!
Perangai sedikit sebanyak banyak ikut mak nya ni, huhu!
Tak menyabo tapi suka shopping, ekekeekke =p


Last but not least
Malu sengsorang masa buat photobook aritu bila tengok gambar-gambar kawen, haha!

Dulu kemain memasing maintain selim-melim
Sekarang...?
Hahahaha! Mak segan nak citer
Nak tengok jarum penimbang pun mak dah seriau, ekekkeke =p


Apa-apapun, Alhamdulilah happy dengan kehidupan sekarang
^____~

AKSI TERLAMPAU Time Tunggu Makanan! =p

Lepas kami mandi kolam beramai-ramai aritu
Balik umah Aunty Wawa jap utk mandi & solat
Pas Maghrib, kami keluar balik untuk dinner
Tempat yang kami pilih tak jauh pun
Kat area Sungai Merab sana - Perantau Hill

Punya la ramai orang!
Servis pun paham-paham je la ye bila orang ramai ni
Naseb baik datang makan beramai-ramai
Boleh la chit chat pungpangpungpang sementara tunggu makanan tiba
Dengan layan bebudak yang berlima ni lagi
Takde la terasa boring menunggu 
Cuba kalu pegi berdua jek, ko tgk aku, aku tgk ko
T______T

 Tapi bila ramai bebudak ni 
Tau sangat dah depa ni
Mana boleh lambat sket, mula la sorang-sorang buat perangai
Macam Zakwan & Adib ok lagi la sebab dah beso sket
Kasi henpon tgk Upin Ipin senyap la dema
Yang anak dara lagi bertiga tu la
Adoiiii!
Bikin fenin! =p


Takyah tengok kat bebudak lain
Tumpu kan je perhatian korang kat budak Nayli ni, haha!


Ni ok lagi bleh wat 'peace' bagai...


Disebabkan Zakwan marah tak tenang tengok Upin Ipin reramai
Nayli bawak diri, Khadeeja folo
Tengok la diorang dah kat mana...



Yang ni paling tak bleh blah, hahahaha!
Memang rasa nak cubit-cubit jek budak Nayli ni, kekekkee... =p


Lama sangat makanan nak sampai! Haha
Sampai Nayli protes pi baring atas meja =p

Nayli ni kalu perangai dia lain macam camni
Memang tak lain tak bukan sebab ngantuk la
Siang tak tido, pastu penat plak asyik main je
Malam mendapat la buat peel macam ni =p



Photobook FREE Daripada PIXAJOY Dah Sampai! :)

Assalamualaikum
Bertemu kembali di hari Jumaat yang penuh barakah
Hari terakhir untuk bulan Februari
Esok dah masuk bulan Mac dah 
Kejap plak terasa...

Hari tu MamaZN ada share yang MyDeal buat promosi photobook free
Ramai yang klik 'Buy' kan? ;)
 
Pagi-pagi semalam ada orang kurier datang umah
Rupanya dia nak anta bungkusan daripada Pixajoy
Hihihi, bila tau tu sengih memanjang jek la, haha! =p
Nayli dah terjerit-jerit kat pintu sebab ingatkan bungkusan tu untuk dia
Adeyhhh! Amik la, amik la... Haha!

Photobook ni merupakan photobook kami yang ketiga
Dan yang pertama daripada Pixajoy
Dan yang pasti persamaan nya adalah ketiga-tiga nya adalah FREE! Haha!
Ehhh, idok le free 100%
Cuma kena bayar postage RM8
Apa-apapun, memang berbaloi :)

 
Tangan bambam yang sebuk! Haha!


Kalau photobook sebelum ni MamaZN buat khas untuk ZakwanNayli 
Dan jugak aktiviti-aktiviti kami sepanjang 2012 & 2013
Kali ni MamaZN buat photobook khas untuk kami laki bini plak 
Hikhikhikhik
Lomentik lorrr =p

Takde la, bukan pasal apa pun
Just tempek gambo masa kawen dulu jek pun, haha!
Start dari nikah sampai la part majlis bertandang
Saje nak mengimbau balik kenangan zaman selim-melim dulu
Auwww! Haha! =p

Memang malas nak buat beriya sangat
Main tempek-tempek gambo je
Kalu sebelum ni kemain la letak macam-macam utk kasi cantik
Kali ni kejap jek dah siap, haha
Dasar mim alip lam sin! =p
 

Simple-simple jek


Salah satu page
Memang letak gambo beso-beso jek sbb malas, haha!


Nayli kan masa mula-mula MamaZN tunjuk gambo-gambo dalam photobook ni
Boleh plak dia cakap, 'Eee kawennn, yekkk!'
Hukhuk, mak taktau la nak geram ke, nak marah ke, nak sedih ke
Taktau apa maksud sebenar dari apa yang dia cakap tu
Muahahaha!
Ntah tau ke idak tu maksud 'kawen'
Memang nak kena gigit jek budak ni

Ada sesapa yang masih ragu-ragu nak buat cemana?
Harapnya tutorial ni membantu ^____^


 

27 Februari 2014

Beli LEGO Murah-Murah


Karang, selagi tak dibeli... Selagi tu la dia dok 'berzikir' kat telinga ni ha
Bila nak beli, bila nak beli...
Kadang tu geram jek, sebab asyik ulang-ulang ayatnya tu

Cemana tah nak elak
Dah makpak nya pun cepat sangat cairnya
Last-last belikan la jugakkkk =____=
Dah tu, bila beli tak boleh la beli untuk sorang jek
Yang si kecik tu pun dah pandai mintak-mintak
Kalu tak dibelikan, lagi hebat protesnya
Siap menjerit satu mall bleh dengar suara dia sorang
Haihhh!





Nak beli yang original memang takkk la kan
Beli jek yang mana ada, janji murah
Seketul lego tu RM5.90
Jadik la...

Eima cakap ada tempat lain yang jual lagi murah Lego ni
Kedai kat Dengkil jual RM2 kan, Eima?
Tapi jauh sangat la pulak dari Klang ni

Sape tau kat mana lagi jual menda alah ni dengan harga murah?
Meh nak kirim =p

Ehhh nak pi tengok kat GM Klang la nnt
Kot-kot ada jual kan


Time Robocop, asyik dengan Robocop aje
Bila sampai time Lego The Movie, asyik nak main Lego aje
Memang ikut peredaran semasa sungguh la anak-anak kesayangan ni
Pastu elok plak tu, peredarannya ikut movie yang ada kat pawagam
Sighhhhh..! 
T____T

Moga Terus Dimurahkan Rezeki, Sahabat... :)

Aduuuuu...
Memang terharu sangat la
Sebab ada kawan-kawan yang mengingati kami kat sini
Padahal jarang jumpa dan ada jugak yang tak pernah pun jumpa
Ada je ole-ole dan buah tangan untuk kami
Atau lebih tepatnya utk anak-anak :)
 Bersyukur sangat sebab dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik hati
Thanks uols!

Just nak ucapkan penghargaan pada kawan sekolah lama MamaZN sorang ni
Sejak lepas SPM kalu tak silap kami tak pernah pun berjumpa
Tau khabar berita pun dari FB
Kami masing-masing ada 2 orang anak, sebaya pulak tu dua-dua
Pastu sepasang plak - pun sama ^_^

2 minggu lepas, posmen datang umah hantar parcel
Lagi skali, MamaZN blurrr, sebab memikirkan siapa pengirimnya
Bila tengok nama pengirim dan isi dalam nya tu
Adoi, sebak tetiba!
Rezeki lagi untuk anak-anak, Alhamdulillah :)


Nayli menggayakan baju baru :)




Untuk Zakwan pun ada, FM Sabah utk MamaZN pun ada jugak :)


Thanks Dalila! 
Panjang umur, murah rezki harap-harapnya dapat la ketemu ye ;)
Dan lagi kebetulannya, Dalila ni jiran setaman perumahan dengan Adlin Mama3K
 Alahai, kecik je dunia ;)





Mandi Kolam Beramai-Ramai, Yeay! =p

Lepas dah shopping kat Big Bad Wolf @ Mines tu
Kami semua balik lepak umah Aunty Wawa
Melepas lelah penat bershopping, muahahah! =P
Lepas Asar, kami kluar balik sebab nak pi Dataran Gemilang, yeayyy!

Minggu lepas ZakwanNayli mandi berdua jek
Minggu ni mandi ngan cousins plak ;)
Dua minggu berturut la ZakwanNayli mandi kat sini
Seronok sangat la depa :)
Baby Khadeeja pun kemain lagi dia, siap beli swimming suit baru 
Sebab nak join abang-abang & kakak-kakak sepupu mandi sama :)




Khadeeja yang 1st time mandi kat Dataran Gemilang :)


Seronok sangat mandi manda
Bila naik je tengok jari masing-masing dah macam asam kecut!
Haha!
Perut pun cepat lapo, abes bekalan makanan yang dibawak, hehe


Minum milo anda jadi sehat dan kuat!


Cuaca cun... Cantik sangat, redup je
Almaklum, dah jam 6.15 dah time tu :)
Mula-mula ramai gak bebudak yang mandi
Dah lama pastu mula bernasur kurang
Sebab dah petang sgt kot
Yang kami plak stay sampai jam 6.40 je
Dapat mandi kejap je, sebab sampai pun dah lewat kan
Berbulu jek bebudak ni bila disuruh bilas badan =p

Takpe, next time bleh buat aktivit camni lagi :)
 

26 Februari 2014

Wordless Wednesday : Keselamatan Diri, Katanya... ^_^

Dah kenapa Nayli main bricks sampai bertopi bagai?
Haha!
Untuk keselamatan diri ke?
Kikikiki...


Comel!



Nampak macam muka pun dalam bekas baldi yang dibuat topi tu kan?
Jangan risau, in shaa Allah Nayli tak apa-apa
Sebab memang muat sampai tang kepala jek tu
Angle Nayli teleng kepala macam tu 
Membuatkan macam dia takleh nak bernafas dalam tu kan?
Tak, tak...
Kalau betul, dah lama MamaZN tak kasi dia pakai ;)
So, don't worry k! :)


Wordless Wednesday : WhatsApp Bertukar!

Saje nak release kan tensi di petang hari
Hahaha..!
Kredit pd yg share di FB :)

Wordless Wednesday : General Meeting

Ala-ala di bilik mesyuarat =p

 








PEMENANG Total Harga Hasil Shopping @ BBW :)

Alhamdulillah, tak sangka ramai yang sudi join :)
Thanks uols!
Sangat-sangat hargainya ^_^

Senyum sorang-sorang MamaZN baca jawapan kawan-kawan
Meh MamaZN kasi jawapannya ye ^_~


Ni utk 1 famili :)
Dari atas ke bawah : RM3, RM5, RM5, RM12



Yang ni utk ZakwanNayli, semua pun hardcover
 Dari kiri ke kanan : RM10, RM8, RM8, RM8


Buku-buku kisah Nabi Muhammad SAW
RM1 setiap 1 buku


Buku-buku aktiviti ZakwanNayli
Dari kiri ke kanan : RM3, RM3, RM5

* Takde dalam gambar, 2 buah buku ZakwanNayli : RM9


So, totalnya adalah : RM101 :)


Berikut adalah jawapan-jawapan yang kawan-kawan kasi
Takde siapa-siapa yang kasi jawapan yang tepat
Tapi ada sorang je yang jawapannya hampir tepat :)
Dan pemenang nya adalah yang bertanda merah tu :)
Tahniah! 
Nanti kasi alamat kat nadyaewani@gmail.com



Hadiahnya berupa RM20 dan 2 helai shawl :)))
Harap pemenang suka ^______^


TQ korang sebab sudi join!
Really appreciate it!


Wordless Wednesday : Kenapa Tengok Mama Macam Tu? =p

ZakwanNayli pelik ke tengok Mama buat gaya camtu?
Macam tak cantik je, macam tak comel je
 ZakwanNayli tak sangka kot yang MamaZN bleh buat gaya cam depa depan kamera
Hahahahaah!
Puiii, sangat! =p




Ok la, pasni Mama tak buat dah gaya camni T_____T



25 Februari 2014

TEKA TOTAL HARGA Hasil Shopping @ Big Bad Wolf

1st of all, sukacita la nak diingatkan yang entry ni bukan nak show off apa-apa
Takde faedahnya pun, huhu! Sekadar nak berkongsi cerita
Dengan harapan...
Lepas ni lebih ramai yang teruja nak membeli buku untuk anak-anak 
Lebih ramai yang lebih terbuka minda untuk hadiahkan buku pada anak-anak
Berbanding dengan kasi tab/ipad
Dan yang paling utama...
Lebih ramai tak sabar-sabar nak memupuk minat suka membaca pada anak-anak
Anak-anak masih 'rebung' lagi, masih boleh nak dilentur ;)
Kalau sekarang dia tak appreciate, mungkin 1 hari nanti dia akan hargainya
Benda takde depan mata kan?
Cuba kasi buku-buku yang colourful, mesti boleh tarik minat anak-anak :)

MamaZN ni pun banyak cacat celanya
Takde la baik mana pun...
Cumanya kalau ada 'barang baik' (hahaha!)
MamaZN suka nak share dengan kawan-kawan

Nak beli buku-buku terbitan oversea dengan berkulit tebal lagi
Rasa-rasanya mampu ke nak beli kat kedai biasa tu?
Try la pi BBW ni, in shaa Allah memang mampu milik pada semua :)


Excited dia nak membaca! :)


So, ini la buku-buku yang MamaZN sempat beli aritu
Eyyyyy, rasa macam nak pi lagi jek sebab terasa macam nak membeli lagi
Tapi kena beringat gak la kan
BBW ni akan-akan datang akan lagi
Kang tak terbaca pulak kang, jadik hiasan jek la pulak kannn
Tu dah membazir namanya =p


Buku-buku kisah Nabi Muhammad SAW
Nak beli 1 set, tapi tak cukup 2 buah buku, huhu!


Yang ni utk ZakwanNayli, semua pun hardcover


Ni utk 1 famili :)


Buku-buku aktiviti ZakwanNayli


Harga?
Memang harga unsangkarable =p


Cuba la teka ^_^


MamaZN kasi peluang kawan-kawan sekalian teka
Start sekarang dan berakhir jam 12 malam karang
Tak lama, kejap je :)
Hint : 
Ada 34 buah buku 
Tak payah kasi harga lebih RM500 =p

Boleh kasi 3 jawapan
Setiap jawapan berlainan kotak komen k!
(1 jawapan, 1 kotak komen)

Selamat mencuba! :)



Sangat Best SHOPPING @ BIG BAD WOLF FireBall Book Sale!

Sabtu baru-baru ni kami pi Big Bad Wolf (BBW) kat Mines tu
Memang berhajat lama dah nak pi 
Sebab asyik tak berkesempatan jek
Lagipun dah lama tak membeli buku-buku kekdahnya, huhu!
Last pegi BBW masa dia buat kat MAEPS Serdang dulu
Time tu masih preknen kan Nayli (2011)

AtokZN datang dari Teluk Intan pagi Sabtu tu
Pastu kami gerak ke Shah Alam amik Aunty Yaya & kids
Then gerak ke Putrajaya plak amik Aunty Wawa & family
Cukup cucu-cucu semua berkumpul :D


Sebelum masing-masing berpecah kat dalam tu, moh amik gambo reramai dulu ;)
Anak-anak dara Encik Hamidi bersama anak masing-masing


Dalam lif pun sempat :)
Aunty Yaya, Aunty Wawa & AtokZN :)


Rambang mata bila tengok hargaaa!!!!!
Belum tengok buku-bukunya lagi :)


Okeh, ni baru rambang mata yang sebenarrr!!!


Bila masuk jek dalam dewan, masing-masing dah berpecah
AtokZN pi cari buku-buku koboi
Aunty Yaya & Aunty Wawa cari buku dengan famili masing-masing
Berjanji pas abes soping calling-calling saja ;)

Kami?
PapaZN tolong jaga anak-anak, dok je kat 1 tempat beralas kan kotak
Layan ZakwanNayli membaca, hehe
MamaZN pulak pi melilau cari buku-buku yang dirasakan sesuai
Dah penuh tangan sampai tak larat nak bawak
Baru pi kat port tempat diorang bertapa tu, pilih buku yang mana nak dibeli
Mana rasa macam tak payah beli, letak balik buku tu
Senang keje, idok le anak-anak dok ikut je ke hulu ke hilir
Kang ada plak yang buat peel kat dalam tu karang
Biar diorang dok rehat-rehat sudaaa
Hati mak nak menyoping pun ceria, haha! =p


QC tengah cek buku, kot tak perlu dia tolong letak balik, haha!



Zakwan tengah turun slide pakai baju ijo tu :)


Lepas settle bayar semua, boleh plak menda alah ni ada kat pintu keluar!
Layan la Zakwan main dulu
Tu pun sebab ada sepupu-sepupu dia main jugak
Kalu idak, jangan harap la PapaZN nak kasi main, huhu!
Tapi Alhamdulillah, nampak Zakwan seronok sangat! :)
Nayli la kesian sebab tak dapat join abang & cousins, haha!
Takpe, dah beso sket nanti Nayli join, k! :)




Kesimpulannya, memang besttt gilerrrrr la dapat membeli kat BBW ni!
Sangat best, sangat berbaloi, sangat excited nak pi lagi kalu ada nanti
Dan paling best nya
Sebab tak sangka harga-harga yang perlu dibayar adalah sebanyak itu!
Harga yang unbelievable dengan kuantiti & kualiti buku-bukunya
Serius tak sangka!

*******************************

Mana hasil shopping nya?
Nanti ekkk
MamaZN rasa macam dah lama tak buat contest / giveaway hehe
Nanti next entry MamaZN share hasil shopping nya ye! :)
 Dan MamaZN nak kawan-kawan teka berapa RM yang dibayar untuk buku-buku tu :)
Sape teka betul, macam biasa akan dapat hadiah :)
Excited takkk? 
Stay tuneeeee! :)


24 Februari 2014

TQ Kepada Henpon Cokia Bernama Sonya, Haha! =p

Entry ni bersambung dengan entry yang tadi, hehe
Saje takmo kasi combine =p

Kitorang ni sebenarnya kalu pi mana-mana 
Memang mengharapkan kamera 5MP henpon memasing jek la utk amik gambo
Selama ni gambo-gambo kat blog pun hasil dari kamera henpon cokia tu jek la ;)
Dah tu pulak punya la pemalas nak edit gambo kasi cantik kan
Tu sebabnya kengkadang tu kualiti sememeh jek! Haha!
Sejak kamera rosak 2 tahun yang lepas, memang takde berhasrat nak beli pun
Tapi taktau la akan datang kan
Tapi tu kena tanya bos besarrr la, hehe
Kalu bos mau beli, ai is okeyyy jek! Lagi la suka! =p


Layannnnn :)




 Gigih letak kamera kat atas rumput, haha! =p





Ni kengkononnya feeling-feeling amik gambo ala-ala guna DSLR (puiii! hahah!)
Tapi disebabkan tak penah nak ada kan, kamera henpon pun jadikkk la =p
TQ sesangat kepada henpon yang banyak berjasa
Bernama SonyA (bukan nama sebenar) =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...