29 Januari 2014

ROBOCOP, Coming Soon!

Aritu masa jenjalan kat AEON Bukit Raja
Dari jauh Zakwan dah nampak topeng ni
Mula la dia menggeletis mintak dibelikan -____-

Bukan anak je minat ngan topeng ni
Apaknya pun suka jugak :)
Siap dah berjanji bagai nak pi beli
Masa ni tak beli lagi
Saje jadi model topeng Robocop dulu

Zakwan plak dah ajak tgk movie Robocop
Hari-hari asyik ajak je
Esok dah mula ditayangkan
Taktau la termakbul ke idak hasrat nya tu hihi
Kena ikut budi bicara apaknya la :)

Ps: lambat bersiaran... Mood 'M' melanda!

28 Januari 2014

Masak-Masak | Ikan Kukus Kuah Asam

Assalamualaikum
Lambat rini!
Banyak urusan nak settlekan dulu :)

Arini nak citer pasal masak-masak la hihi...

Weekend baru ni tetiba rasa cam maaaalas sgt nak masak
Tapi orang dlm umah nak gak makan kan
Kena la ke dapo jugak...
Tapi nak masak yg simple-simple jek
PapaZN dah offer nak masak
Tapi rasa cam takbest la plak bila dia yg take over dapo, huhu

Last-last masak la masakan yang paling simple, hehe
Dasar kan?! :P

Maka, terhasil lah Ikan Kukus Kuah Asam
Senang keje, kukus sudaaa ;)

Biasanya kuah asam ni sedap cicah ngan ikan bakar kan
Tapi kali ni MamaZN buat kuah ni lawan dengan ikan kukus
Resepi MamaZN amik kat FBPage-BukuResepi
Cam sedap je, tu yg nak try tu :)

Caranya cam kukus biasa jugak
Cumanya ikan tu direndam dengan kuah asam
Dan dikukuskan sekali
Kukus dalam 15-20minit pastu dah siap :)

Ada MamaZN printscreen bahan-bahan untuk air asam tu
Leh la kot sesape nak try buat
Tapi ramai je yg dah expert buat kan
MamaZN jek baru 1st time nak merasa hasil air tangan sendri
Haha! :P

27 Januari 2014

'Heavy Metal' Weekend!

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)

Korang, cemane weekend?
Mesti macam-macam cerita kan?
Ada pi jenjalan, ada balik kampung
Ada yg kena kerja, ada yg dok umah je.. (-___-)"

Yg dok umah tu kami la salah satunya, haha!
Tak pernah-pernah hari Sabtu dok umah seharian
Sebab biasanya hari Sabtu la kami berjalan
Ahad baru dok umah sbb arini dah keje

Tp sebabkan Zakwan la
Kami terpaksa dok umah!
Asal ajak kuar berjalan,
Zakwan dah buat muka pastu marah-marah
Kang ugut dia, biar dia tinggal kat umah sorang-sorang
Menangis plak!

Last-last semua pun beralah demi Zakwan
Terutama mak dia ni, hukhuk
Layankan aje peel Zakwan tu

Kenapa Zakwan berkeras takmo keluar jenjalan?
Sebab satu ni la...
Grrrrr..!
Sebab kat channel Astro 617
Ada rancangan 'Heavy Metal Weekend!'
Ini bukan rancangan konsert heavy metal
Yang lagu bingit sampai nak pecah kepala tu tau! Haha
Tapi ni sebenarnya sempena ada movie Ironman & Transformers!
Dua hari berturut plak tu...
Sabtu - Ironman 1 & Transformers 1
Ahad - Ironman 2 & Transformers 2

Sebab ni la anak bujang sanggup taknak kluar dari umah
Walaupun dia sebenarnya 'kaki jalan' cam mak dia jugak! :P
Padahal citer tu dah berapa kali tgk daa...
Siap ada CD lagi, haha!
Penangan anak punya pasal...

Janji anak happy
Takbest plak kan kita nak kluar
Tapi anak muncung jek hihihi
Takpela... -___-

Kenapa tak kluar malam?
Hmmm, memang berhajat dah nak kluar malam
Ingatkan saje la nak jalan ke Uptown Shah Alam
Tapi bila malam, depa ni tido awal
9.30 dah light off dah
Tak kira weekdays atau weekend
Terus tak jadi nak kluar

Nak keluar sendiri kang tak syok gak
Sebab weekend kan masa bersama famili, hehe...

Bukan selalu pun camni
Asek jalaaaaan jek kan
Apa la salahnya dok umah plak
Tapi tu la, kalu dah mmg 'kaki jalan'
Bila dok umah dah rasa cam cacing kepanasan, hahahaha..! :P

Petang Ahad baru kluar p AEON Bukit Raja
Rasa cam pelik je tetiba
Bila tgk ramainya umat manusia
Sebab biasanya kami p pagi-pagi
Time banyak parking & orang tak ramai lagi, haha
Memang di luar kebiasaan la kiranya
Lawak plak rasa kikiki
Ehhh, lagipun kan nak dekat CNY
Ramai yang beli barang sbb nk raya :)

Orang lain yg raya
'Orang kita' plak yg ramaikan mall hihihi
Sama la yg menaip ni pun :P

Ok daa..!

Gmbr2 Heavy Metal Weekend
Heavy metalnya la hai
Siap fries ngan sosej - kudapan time tgk movie :)

24 Januari 2014

SIAPA NAK? | Kalendar Eksklusif 2014 Daripada 8TV

Tahun lepas (Disember 2013)
MamaZN ada share pasal menang contest Instagram 8TV
Hadiahnya dapat kalendar jek pun, haha! =p
Tapi ok whattt, dah orang nak kasi free
Terima je la, hehe

Nak dijadikan cerita, tahun lepas submit details utk penghantaran
Tahun ni baru terima hadiahnya t___t
Yang best tu, posmen amik masa 12 hari nak hantar ke rumah 
Apa hal??!
Tengok kat sampul tarikh 10/1/2014 tapi kami terima pada 22/1/2014
Apa-apa aje la dorang ni
Ehhh, apsal ek lately ni macam banyak masalah penghantaran jek?
Sana sini komplen pasal posmen ni, huhu!
 



MamaZN dapat 2 kalendar ni
Alahaiiii, nak buat apa la banyak-banyak kan
Kalendar yang EB kasi pun ada lagi
Tambah plak yang ini

Jadiknya, MamaZN berbesar hati la nak kasi pada sesape yang berminat
Nak buat giveaway cam tak best plak kot hadiahnya kalendar jek
Muahahaha! =p
Sape nak inform jek la ek
Nanti MamaZN pos kan
Kalu takde sape nak, MamaZN pilih jek sesape yang MamaZN nak kasi, haha! =p


Siapa nak kalendar ni? ;)



Zakwan Excited Melawat Tempat Bersejarah | BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR

Hari tu ingatkan nak bawak ZakwanNayli gi jenjalan ke muzium area Klang
Zakwan ni kan suka bab-bab sejarah, pi muzium bagai ni
Dah dia rekues, saje la nak turutkan
Lagi elok dari dia ajak pi tempat-tempat yang banyak guna duit kan? 
Hehe

Masa survey kat google
Banyak gak tempat yang boleh dilawati kat Klang ni
Macam Kota Raja Mahadi, Galeri Diraja, Muzium Timah
Tapi sayang la, takde tunjuk lokasi nya kat mana
Kami pun aci redah je ikut signboard yang ada
Huhu! Tak jumpa!

Last-last PapaZN ajak kami ke Bukit Malawati
Saje jenjalan ke arah Kuala Selangor sana
Dari Klang makan masa 1 jam gak la

Zakwan dah mula nak nangis dah sebab tak sampai-sampai muzium lagi
MamaZN cakap, tunggu la ada surprise utk ZakwanNayli ni
Baru la dia macam tak sabar-sabar nak tau

Bila sampai jek, teruja la 2 beradik tu tengok ada tram/keretapi
Tak sempat-sempat nak naik kekdahnya
MamaZN ni takmo memula
Sebab takuttttt! Area sana banyak monyet itam!!!
Ntah xtau la monyet ke lotong ke
Janji haiwan berbulu tu la! Gerun jek, huhu!

Demi kesian punya pasal kat anak-anak
MamaZN terpaksa mengalah uwaaaaa!
Asyik pegang PapaZN jek la kekdahnya sebab takut kena terkam! =p


Tram ni la yang ZakwanNayli nak sangat naik



Boleh je sebenarnya nak jalan kaki naik ke atas bukit sana
Tapi malas melanda, dengan takut kat monyet punya pasal, haha!

Harga tiket naik tram ni ada 2 harga :
[1] 8pagi-5ptg : Dewasa RM5 / Kanak-kanak RM3
[2] 5ptg-6ptg : Dewasa RM2 / Kanak-kanak RM1

Harga berbeza sebab yang [1] tu tram jalan sampai ke Taman Ikan Air Tawar
Yang sejam kul 5 sampai 6 tu tak sampai sana - tu sebab murah


Sebelum naik beratur dulu, huhu
Tapi ada jek yang kurang kesedaran sivik
Main potong line bagai! Nyampah betul!





Last MamaZN sampai Bukit Malawati ni rasanya masa umo 5-6tahun kot!
Giler la!
Lebih 20tahun dah, haha!
Padahal kalau balik kampung memang akan lalu Bukit Malawati ni
Tapi tak tergerak hati pun nak singgah =p

Banyak kesan-kesan sejarah yang boleh dilawati kat atas bukit tu
Tapi macam biasa, MamaZN taknak turun dari tram! Haha!
Sana sini sinun ada monyet! Sori ZakwanNayli, hehe
Tunggu ada kekuatan dulu...
Masa tu baru bleh berjalan kaki jek & melawat setiap tempat, hehe


Bukit Malawati ni ada sejarahnya
Mengikut sejarah,
Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784)
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya,
Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang
Telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja
Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu
Telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing
Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan
Sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah


Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung.
Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka


Muzium Permainan Tradisional


Laman Budaya


Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
  • Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  • Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  • Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)

Baitulhilal Bukit Malawati - tempat tengok anak bulan :)


Muzium Sejarah Kuala Selangor
Rugi tak pergi sini!
Kena pegi lagi nampak gayanya ni nanti, hehe


Mercu tanda utama Bukit Malawati - rumah api


Sepanjang naik tram tu, ini la antara tempat-tempat yang boleh dilawati
Tapi kami tak turun kat mana-mana pun
Kat area meriam tu pun tak turun gak, haha!
Kat situ lagi banyak monyet!
Siap ada orang jual makanan untuk diberikan pada monyet, huhu!
Sori, takkan turun =p

Banyak lagi sebenarnya tempat yang mempunyai kesan sejarah
Contohnya, Meriam Penggawa, Makam Anak Dara, Tangga Seratus, Telaga Tujuh
Batu Hampar - tempat pancung penderhaka, Bukit Belanda & Kota Malawati tu sendiri

Dah lepas pusing kat atas bukit tu
Tram yang kami naiki lalu plak kat pekan kecik Kuala Selangor
Lalu la deretan kedai lama dan Masjid Pekan Kuala Selangor
Kat masjid ni pun banyak monyet!




Pastu tram tu akan pergi ke Taman Alam & Taman Ikan Air Tawar
Boleh turun kat sini jugak
Tapi lagi sekali kami malas nak turun hahaha!
Ksian ZakwanNayli, dah bersedia nak turun dah dari tram
=p
Nape ntah, macam malas jek nak gi tengok ikan-ikan dalam akuarium tu, huhu




Bila gi tempat-tempat macam ni semacam ada 'perasaan' lain kan
Macam ada 'yang melihat' kita melawat tempat tinggal 'diorang'
Sebab suasana dia suram & redup je kat atas bukit tu
Taktau la kalau MamaZN jek yang rasa camtu, hehe


23 Januari 2014

Masak-Masak | Zakwan Rekues Nak Burger Bakar Lagi! (Resepi)

Cuti Maulidur Rasul aritu terrrrrajin la pulak nak buat burger bakar
Sebenarnya dah lama dah Zakwan dok rekues
Tapi asek adaaa jek halangannya
Adaaa jek alasan Mama dia dari nak buat, huhu!
Last-last, cuti am hari tu baru la berkesempatan nak buat ;)
Seronok sangat la anak bujang tu


Patty kali ni tebal! :)


Sorang satu, hehe...
Sape la yang dah cuit cheese kat patty hujung tu =p



Bila buat macam ni, masing-masing bleh 'hias' burger bakar masing-masing
Haha!
Ikut suka la nak letak apa
Janji, mak nya dah bako kan patty burger =p

Tu PapaZN dah siap-siap letak cheese kat setiap patty burger
Masa patty tu masih panas lagi (baru angkat dari pan)
Terus la cheese tu mencair bila dah letak camtu
:)

Ada yang nak resepi cemane nak buat patty burger tu? ;)
Meh MamaZN share

Bahan-bahan:
Daging cincang  
(yg pek brand Ramly tu boleh dapat 4 biji patty burger)
1 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji telur
Serbuk lada hitam kasar
Serbuk roti
(tips : kalau takde serbuk roti, bakar jek roti pastu blender kering)
Serbuk mixed spice 
Garam & Gula secukup rasa
Semua bahan-bahan di atas disatukan dalam 1 bekas
Gaulkan bagi sekata pastu bentukkan jadi patty macam gambar bawah ni
Tips : buat besar-besar dan leper-leper
Sebab masa masak nanti, dia akan mengecut dan menebal
Biarkan seketika dalam peti ais dalam 1-2 jam
Pastu boleh la dibakar kan :)
Untuk aksesori terpulang ikut selera masing-masing
Macam kami 1 famili letak hirisan tomato, salad, cheese,
Moyanis, sos cili & sos black pepper
Memang terangkat! :)


Selamat mencuba! 
 

Breakfast, Piknik & Riadah @ Setia City Park | BEST!


Hari Jumaat kan cuti am Thaipusam
Kami ni pulak, tetibe teringin nak pi piknik
Sesaje nak kasi ZakwanNayli seronok ^_^
Masa bagitau Zakwan tu, dia ingat kami akan ke Cyberjaya
Tak sabar-sabar dia nak kasi makanan pada ikan-ikan yg besar-besar kat sana!

Sekali tu, bila dah siap parked kereta
Zakwan terkejut la sebab rupa-rupanya kami piknik dekat je dengan rumah, hehe
Dekat dataran/padang sebelah Setia City Mall
Masa perjalanan pun singkat jek la - dalam 15-20minit 
Berbanding kalau kami ke Cyberjaya sana
Mau makan masa 1 jam!

Makanan nasi lemak, roti canai & karipap kami beli je
Cuma bawak peralatan makan macam pinggan dan sudu garpu
Air teh & milo pun bawak je siap-siap dari rumah :)


Tanda terima kasih Zakwan pada Mama nya ;)


Anak manja Papa! :)


Pukul 8 dah berpiknik
Dapat banyak la vitamin dari cahaya matahari yang baru nak naik tu, hehe
Orang lain datang bersenam, berjogging & beriadah
Kami plak dok melantak kat situ, haha! =p


Tengok tu, sebelah jek dgn SCM :)


Dah abes makan, ZakwanNayli buat macam-macam pose :)
Mama nya layan kan aje la anak-anak beraksi, hehe


Nayli kasi tabik hormat! =p


Ni gaya ape ntah dema ni, haha! Comel!


Zakwan sakat Nayli! Haha!


Ni plak gaya Ironman! Nayli pun takmo kalah =)


Dah lepas makan, kita nak pi bako kalori balik hahahah!
Moh le kita main kat playground =p
Yang main ZakwanNayli jek la kan
Kalori makpak tak terbako sangat pun lagi pagi tu, kihkihkih =p

Best la datang pepagi kat sini
Tak ramai orang
ZakwanNayli pun selesa jek nak main
Sebab tak perlu nak berebut dan bersesak
Tapi tu la, panas pagi ni kan lain macam sket panas nya hehe
Tapi ok la, sebab redup banyak pokok :)


Tegak-tegak rambut Nayli hihihi



Owh, sebenarnya kan...
Sebelum kami pi piknik kat seberang padang sana nun
Kami kasi ikan-ikan ni sarapan dulu, hihi
Tiap-tiap hari PapaZN balik keje bawak sebuku roti
Mana dan nak abeskan semua, huhu!
Rezeki ikan-ikan ni la makan roti expired tu :)




Ikan-ikan kat sini takde la besar-besar macam kat Taman Tasik Cyberjaya
Tapi tetap banyaakkkkkk!
Berebut-rebut ikan nak dapatkan roti yang seciput tu, huhu


Memang best!
Boleh dijadikan aktiviti mingguan ni
Pasni Mama nya kene rajin bangun pagi la masak-masak utk breakfast
Takyah beli-beli lagi dah pasni, hehe


22 Januari 2014

Wordless Wednesday : BESARNYA!

Cuba teka buah apa ni?
Hihihi...
Mesti ramai yang tau kan?
:)




Masa shopping barang dapo kat NSK aritu 
Terkejut tengok bapak besar saiz buah ni!


Wordless Wednesday : AROMA IKAN BAKAR, Jeram Selangor



Saje nak share no telefon Aroma Ikan Bakar, Jeram tu =p



Lokasi:
Jalan Jati Off Jalan Pantai Jeram

Dari KL - Klang - Kapar - Jeram
Ikut signboard Medan Ikan Bakar Jeram (belah kiri)
Selepas Masjid Jeram



p/s:
tak cuba pun lagi makan kat sini
kena try 1 day, umah pun dah dekat ni...
^_^

Wordless Wednesday : NENEK!

Nayli : Mama, ni nenek, nenek...
(sambil buat gaya terbongkok-bongkok)

Tu hammer mainan utk ketuk-ketuk dijadikan tongkat




Ni sebab selalu sangat tengok Upin Ipin episod Nenek Si Bongkok Tiga la ni
Tu yang bijak je meniru ;)



Masak-Masak | Mi Kari Kerang Lebih! (Resepi Ohsem Blogger El Od =P)

Lama dah tak buat mi kari
Yumyum!
Last buat rasanya masa buat makan-makan kat umah sempena Aidilfitri aritu
Lama gak tu, lepas tu langsung takde buat-buat dah
Huhu!

Ni sebab PapaZN rekues, tu yang buat jugak tu
Kalu idak, lagi lama la tak buat haha!




Kali ni kerang kasi letak lebeyyy, haha!
Baru umpph! =p

Serius la, sejak kali pertama buat dulu
Guna resepi daripada blogger El ni
Memang simple, mudah dan senang nak buat
Yang paling penting sedap! =p
TQ El sebab share resepi


Meh MamaZN share resepi lagi =p

RESEPI MI KARI

Bahan-bahan untuk kuah :
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
(semua diblend)

2 sudu cili blend/giling
1 mangkuk air rebusan kulit udang
4 ekor isi udang yang telah diblend
1kg kerang yang telah siap direbus
5 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh ngan sedikit air)
fishball
fishcake
isi ayam beberapa ketul
1 biji ubi kentang di rebus dan dilenyek
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 batang serai
sedikit daun kari
1 kotak santan
mee kuning
1 keping asam keping


Bahan-bahan untuk hiasan :
telur rebus (kalau nak)
sawi & taugeh dicelur
daun bwg dan sup
cili potong dan bwg goreng


Cara2:
[1] Tumis cili blend & bahan kisaran hingga naik bau
[2] Masuk bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari
[3] Tumis sampai semuanya sedikit garing 
[4] Masukkan air rebusan kulit udang dan isi udang - kacau sebati
[5] Masukkan serai yg dititik
[6] Masukkan pes kari dan sedikit air
[7] Perasakan dengan garam dan gula
[8] Kacau hingga naik bau
[9] Masukkan kerang, isi ayam, fishball, fishcake, tauhu goreng dan kentang yang dilenyek
[10] Perlahankan api dan gaul hingga sebati
[11] Masukkan santan
[12] Kacau dan biar hingga pecah minyak dan pekat

Siap untuk dihidang bersama sayuran dan mee :)


Serius la sedap!
Pastu lagi best, kalu ada balance kuah tu
Boleh buat cicah ngan roti
Takpun makan ngan nasi putih
Apa ada hal kan? ;)
(pada yang tak cerewet la =p)

21 Januari 2014

Komen Terpilih | RM10 Hadiah Daripada GTO Eyriqazz!

Jumaat aritu masa dok scroll baca update status kawan-kawan di FB
Ternampak la yang Bro Eyriqazz adakan contest/giveaway gitu, hihi
Hadiahnya dapat RM10 kalau komen kita menjadi pilihan beliau

Dah la siangnya dapat surprise daripada rakan blogger
Malamnya plak terpilih sebagai peng'komen' pilihan Bro Eyriqazz!
Dapat la hadiah RM10
Hehe...
Sikit?!!
Banyak la tu....! =)






MamaZN saje jek pun komen - simple plak tu
Takde letak harapan tinggi pun
Sebab ada orang lain yang komen gempak-gempak gak
Tup-tup malamnya tu dapat notification kata komen MamaZN terpilih
Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat lagi =D






TQ Bro Eyriqazz!


p/s:
Suka dengan perkongsian dari Bro Eyriqazz di FB Page nya yang ni :

Rahsia Rezeki Seorang Blogger. Perkongsian Peribadi :
* Hidupkan untuk memberi
* Jangan kedekut untuk keluarkan modal... 

I.e. kalau first income kita dpt rm100, 
maybe rm50 tu kita boleh jadikan modal untuk mempromosikan blog sendiri 
dengan anjurkan contest or happykan orang lain....
Hukum alam, what u give, u will get back..Always, u will get bigger than what u gave
* Jangan mudah lupa diri dan syok sendiri
* Jaga relationship dengan orang lain
* Jangan mudah mengalah...

* Baca entri ini --> http://www.hasrulhassan.com/2014/01/rahsia-rezeki-seorang-blogger.html

Berturut-Turut Terima SURPRISE! | Daripada Rakan Blogger Lagi :D


Hati masih berbunga-bunga ni
Rasa seronok tak abes lagi =D
Jumaat sebelum ni baru jek dapat surprise daripada rakan blogger
TQ Adlin Mama3K!
Tup-tup-tup, Jumaat baru-baru ni dapat lagi kejutan!
Alhamdulillah...
Rezeki datang di hari Jumaat yang penuh barakah! :)

Poslaju tak cuti ek masa public holiday Thaipusam aritu? ;)
Elok Zakwan tengah bersiap-siap nak pi solat Jumaat
Van Poslaju datang hantar barang
 Barang terakhir sebelum nak solat Jumaat kot, hehe
PapaZN pi amik

MamaZN dah dok terpikir-pikir bila masa pulak shopping online ni?
Bila tengok je alamat pengirim
Masha Allah! Surprise apakah ini..?!

Suraya Ibu SyawalIzz berbesar hati kasi surprise pulak :D
Naseb baek la takde penyakit berkaitan dengan jantung
Sebab asyik dapat kejutan jek ni ^_____^

Terima kasih banyak-banyak Sue
Sebab sudi kasi hadiah pada ZakwanNayli
Zakwan seronok sangat dapat baju Tom & Jerry tu
Kartun feveret Zakwan tu :)
Merasa gak Sue shopping baju baby girl ye, hehe
In shaa Allah, ada rezki dapat baby girl nanti leh shopping sakan lagi ek :)

MamaZN pun dapat ole-ole gak :)
Tudung half moon ngan glitter shawl
Aduhhhh, wat susah-susah jek Sue ni tau!

Moga Allah kurniakan rahmat dan rezki yang melimpah ruah pada Sue & famili
^___^





p/s:
ai is hepi jerrr kalu ada yg nak wat surprise lagi, hekhek ;p



20 Januari 2014

'Maaf Mama, Saya Muntah Atas Telekung Mama...' =(

Rancangnya petang semalam nak bawak ZakwanNayli beriadah
Zakwan demam
Ingatkan nak kasi dia berpeluh sket
Masa mula-mula bagitau tu dah tengah hari
Excited Zakwan asek tanya, 'bila nak pegi, bila nak pegi...'
 Dan-dan tu Zakwan rasa segar bugar

Bila dah petang tu tengah bersiap-siap
Zakwan lemah balik, dah tak excited macam mula-mula tadi
Tapi kami pegi la jugak sebab dah janji kan
Nanti dia tuntut plak
Lagipun, Nayli dah dok tertunggu-tunggu depan pintu - tak menyempat kekdahnya

Masuk je kereta, Zakwan dah terbaring kat belakang
Tak lama pastu terus tertido
Amik kesempatan, hihi

Sekejap jek pun, tak lama pastu kami balik
Otw balik Zakwan termuntah dalam kereta
Terkena telekung yang PapaZN jadikan selimut utk Zakwan
Sebab nak bersihkan Zakwan, PapaZN berentikan kereta kat tepi jalan - emergency!

Sedih sangat bila dalam keadaan demam tu 
Zakwan masih dok mintak maaf je
'mintak maaf mama, saya muntah atas telekung mama...'
Sebak kejap =(

MamaZN mampu jawab,
'takpela, Zakwan tak sengaja... bukan Zakwan saja-saja nak muntah pun'
Dalam hati Allah jek la yang tau hibanya rasa, huhu!
MamaZN jawab jugak apa yang Zakwan cakap tu
Sebab takut kang kalu senyap je Zakwan ingat kita marahkan dia pulak
Tak sampai hati kot nak marah-marah dalam keadaan dia camtu
Bukan sengaja pun kan... (-_____-)


 
Moga ZakwanNayli cepat sehat & aktif macam biasa =/


Nayli plak minggu lepas dia cherry berry
2-3 hari jugak la kenanya - on off plak tu
Lesu jek badan dia
Harap cepat la Nayli ok
Buntu dok pikir Nayli tersalah makan apa, huhu!

Harap ZakwanNayli cepat-cepat baik
Biar aktif macam biasa
Sunyi pulak bila tak dengar depa bergaduh
Huhu...


Takpela, dugaan untuk makpak ZakwanNayli ni
Belajar utk lebih bersabar dan tabah melayan kerenah anak-anak sakit
Kalau kita rasa kita susah sangat, sebenarnya ada lagi yang lebih susah kan?
In shaa Allah akan hadapi semua dengan senyuman ^_^

Doakan ye kawan-kawan!


19 Januari 2014

Happening @ Setia City Park !

Live update dari Setia City Park
Ramai gilllsss kat sini!
Macam ada event apa-apa jek
Padahal takde pun!
Penuh padang tengah tu dgn orang ramai

Ada dok melepak je sambil makan2 n sembang2
Ada yg beriadah main bola, main layang2, main skate board

Parking pun payah beno!
Full!
Tepi-tepi bahu jalan pun penuh kete parking
Terpaksa la kami melepak kat area parking yg jauh sket dr Setia City Mall tu
Happening gak tp tak macam kat padang tu
Jadik la Nayli main kete remote kejap
Main ngan PapaZN
MamaZN temankan Zakwan kat kete
Sebab Zakwan demam
Ingat nak kasi dia berpeluh tp ksian plak dah tertido jek tu

Ok la, jumpa lagi
Kbai!

16 Januari 2014

Masak-Masak | Apam Beras (Resepi)


Sebenarnya dah lama dah ada simpan (printscreen) Resepi Apam Beras ni
Tapi tu la, tak terbuat-buat pun
Punya la lama dok tersimpan jek
Kebetulan aritu ada la lebihan nasi putih
Tetiba terasa macam nak try buat apam beras ni
Kebetulan bahan-bahan pun ada kat umah
Untuk pengetahuan, ni kali pertama MamaZN nak buat apam beras
Risoooo jek kalu tak jadi, muaahaha! =p

 Alhamdulillah menjadik jugak kihkihkih
Suka sangat! =p
Tapi AtokZN & PapaZN cakap agak manis sket
It's ok, memang penting kata-kata kritikan camtu
Supaya akan datang boleh perbaiki lagi mutu masakan 
(ececece, poyo nya! =p) 
Jadiknya pasni bleh adjust kasi kurang manis :)
Cemana bleh terlebey manis ntahhhh
Aisey, rugi-rugi... Dah la gula mahal skrg ni, haha!
Amboi berkiranya! =p


Rupa nampak buruknya...!
Tapi rasa not bad
Ni kalu ada kelapa parut tu lagi sedap kan? ;)


MamaZN nak share resepi kat blog ni la
Hehehe
Padahal baru jek pertama kali buat =p
Pastu bukan resepi sendrik plak tu, kikiki
MamaZN copy dari FB Page: Buku Resepi
Kredit utk empunya yang sudi share resepi tu :)

Resepi Apam Beras

Bahan-bahan :
2 cawan lebihan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu teh yis (mauripan)

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga betul-betul hancur
2. Masukkan gula dan blend skali lagi
3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, tepung beras & yis
4. Satukan bahan kisar dengan tepung - gaul sebati
5. Perapkan selama 3 jam
6. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan apam
7. Kukus selama 20-30minit atau sehingga apam betul-betul masak

*betul-betul masak : takde bahan melekat bila dicucuk dengan lidi @ pisau

Pasni tah bila pulak nak buat lagi
Tunggu rekues dari PapaZN jek la kot
ZakwanNayli tak berapa suka makan apam
MamaZN pun kureng sebenarnya makan apam ni
Tapi sesaje jek nak try buat :)


PapaZN kata, LULUS! ;)



Allah Maha Mendengar | Rezeki Zakwan Di Hari Maulidur Rasul

Bila terkenangkan balik kisah kelmarin
Macam ada rasa 'sesuatu' dalam diri ini
Taktau nak gambarkan cemana...
Memang Allah itu Maha Mendengar 
Dia mendengar 'doa' Zakwan

*****

Zakwan ni sejak pindah Klang
Ada masa-masanya dia akan bercerita pasal sekolah lama
Pasal kawan-kawan lama
Pasal Radiah la (yg ni slalu!), pasal Aqasha, pasal Alif Haziq
Pasal apa yang cikgu-cikgu pernah ajar
Kita ni pun paham la...
Kalau tetiba jek dia bercerita pasal menda-menda tu
Maknanya dia rindu la tu

Mana tak rindu...
Kadang tu bila tersinggah BSP, mesti Zakwan ajak tengok sekolah lama
Orang tua-tua cakap
Dapat tengok bumbung pun jadik la...
Ha, macam tu la Zakwan ni

Kengkadang tu rasa sebak pun ada
Rasa macam bersalah pun ada 
Sebab pindah ni, Zakwan & kawan-kawan terpisah
T_____T

Nak dijadikan cerita
Masa cuti Maulidur Rasul hari tu
Tah cemana Zakwan tergerak hati nak main kat porch
Biasanya dia suka tengok tv jek
Tetiba ada sorang budak yg tengah main kat luar tu tegur
'Eh, awak Zakwan kan? Nama awak Zakwan kan?'
'Kenapa awak tak sekolah Alif Ceria lagi?'

MamaZN yang kat dalam pun terus kluar ke pintu
Nak tau siapa pulak kawan Zakwan tu
MamaZN tanya la Zakwan, 'Zakwan kenal ke? Kawan tadika baru ke?'
Sebab tak berapa jelas mula-mula apa yang budak tu tanya

Pastu Zakwan cakap, tu kawan sekolah lama
Masa tadika kat Alif Ceria, namanya Aqasha!
SubhanAllah! MashaAllah!
Tak sangka sangat-sangat-sangat yang Zakwan dapat jumpa lagi kawan lama dia!
Kawan yang selalu disebut-sebut namanya plak tu! :D
Tu la asek dok teringat jek, dah jumpa pun sekarang 
Allah perkenankan kata-kata Zakwan nak jumpa kawan lama ^_^


Zakwan & Aqasha :)



Allah! 
Betapa seronoknya MamaZN tengok Zakwan main sama-sama dengan Aqasha
Kalu tak sebelum ni, Zakwan mana penah main dengan budak-budak lain
(takde budak pun, yg lain semua dah besar - sekolah rendah)
Nak gi taman pun kena tunggu PapaZN balik
Tak pernah lagi Zakwan dilepaskan pegi sorang-sorang

Rupa-rupanya Aqasha & famili datang rumah sepupu dia
Dok sebaris dengan rumah kami - ada la selang 4-5buah rumah
Keciknya dunia! =)

Lepas ni, kot Aqasha datang rumah sepupu dia lagi
Dapat la Zakwan jumpa Aqasha jugak
Boleh la dapat tau perkembangan terbaru kawan-kawan kat Alif Ceria =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...