04 Ogos 2014

Cerita Kami BERAYA DI KAMPUNG ^_^

assalamualaikum
selamat hari raya! :)
wahwahwah, seronok ye cuti lama...
harap-harap mood nak berblog tak merudum
tak sabo ni nak baca cerita raya kawan-kawan jugak ;)

cerita kami?
biasa-biasa je, ala kadar kata orang ^_^

tahun lepas kami beraya belah papaZN
tahun ni pun beraya kat sana jugak
hehe...
hmmm, mana-mana pun sama je kot
kampung kami bukan jauh sangat pun
saje je nak kasi zakwannayli beraya dalam suasana kampung

pagi raya 1 syawal rasa sayu & syahdu sangat
sebak, sedih, terharu, gembira, semua bercampur baur
rasa lega bila dapat bermaafan di pagi raya

lepas bersalaman kami pi beraya ke bagan datok
kampung belah bapak papaZN
ziarah kubur & pi beraya rumah saudara mara
dapat la dalam 5 buah rumah
petang tu rasa letih giler kot, haha!
dengan perut tak sedap, memulas dari pagi
tah salah makan apa tah, huhu

dalam kul 6 balik ke teluk intan
beraya kat umah mamaZN plak
3 beradek je, jadiknya takde meriah sangat macam famili papaZN
malam tu 3 famili sedara datang beraya ke rumah

esoknya turn beraya dengan famili mamaZN plak
seharian tu dapat gak 5 buah rumah
beraya dari padang tembak, langkap
pastu patah balik terus ke batak rabit plak
ikut plan ada beberapa buah rumah lagi
tapi masing-masing tak larat dah, haha!
lagipun, malam tu ada saudara nak datang beraya

malam tu kami dah kena bersiap kemas beg
sebab nak balik umah papaZN plak
walau kampung dekat-dekat
giliran beraya tetap ikut (kecuali pagi raya tadi tu :P)
bergilir setiap hari tau!
kadang letih gak sbb ke hulu ke hilir
tapi apadahal, syawal setahun sekali je pun
tahan je la sikit, ye tak? :)
sebelum balik beraya ke kota setia
kami penuhi undangan open house kawan sekolah mamaZN yang dah 7tahun tak jumpa
nanti mamaZN citer kat entry lain :)

raya ke-3, last day papaZN cuti
uwaaaaa...! tak dapat berlamaan di kampung
hari utk balik ke klang
tapi sebelum balik tu
kami ikut adikberadik papaZN pi beraya
rumah saudara mara kat sabak bernam
yang ni belah mak papaZN plak
kebetulan sehala jalan nak balik, beraya je la sekali kan? hehe...
dapat pegi 4 buah rumah je huhu!
tu pun dah dekat pukul 3, perjalanan jauh lagi
terpaksa la beransur dulu
risau jem je sebab ramai orang keluar beraya jugak kan

alhamdulillah tak jem tapi kereta memang banyak
jadiknya perjalanan slow n steady je la
dalam kul 6 ptg kami sampai umah
bermula la sesi mendobi 4-5 trip, hehe

cerita pasal mendobi ni...
memang la boleh mendobi kat kampung
tapi ye la, lain orang, lain caranya kan
ada sesetengah orang suka mendobi terus kat kampung
macam mamaZN lagi selesa mendobi kat umah sendiri
unless dok kampung lebih dari seminggu
terpaksa gak la basuh baju kat kampung kan
takkan nak biar terperam plak! haha!

itu je la cerita raya kami di kampung
tak best pun
biasa-biasa je, hehe...
tapi nak share jugak :P

gambar raya?
raya pertama memang nan ado gambar 1 famili
apa yang bz bebeno ntah, haha!
ada la beberapa gambar amik gitu-gitu je
tapiiiii
kebanyakannya DAH DIDELETE oleh budak bertuah si nayli!!!
geram ya amat la mak dia ni ha! adoihai!
yang dapat diselamatkan
ada la 3-4 keping jek, uwaaaaa!
so, mengharapkan ihsan dari adik-adik ipar la nanti, huhu!

okeh, tak sabar nak baca cerita raya korang plak ;)






14 comments:

Adlin Mohamad berkata...

tu dia meriah ok hehehhe
minggu ni nk update gak citer raya harap rajin la menaip hehhe

Cho Zila berkata...

meriahler tu .. tak macam akak tak berapa rumahjer dapat beraya... sebab kebiasaan family akak menungu orang datang.. tu yang tak boleh nak berjalan.. boring sikitler.. anak2 tak payah belikan baju rayapun sebab nyer duk rumah pakai baju biasa2je sebab budak2ni nak melasak..

LYAfrina berkata...

Salam aidilfitri nad.
maaf zahir n batin..


Waaaa.. sungguh meriah n ceria.. lya x smpat lg nak update citer raya
. Huhu

Amanda Suria berkata...

Citer raya SA pun x berapa nk best...biasa2 je...bsb posing2 satu fmly tu ada la....rsya ni metiah kat budak2 je

mummy_ayu berkata...

seronoknya raya kat kg..ramai2..

QasehnyaRania berkata...

meriah berjalan sakan :)
akak, cntik la baju. suka warna biru tu..

sama la dgn saya x berapa suka nk.mndobi baju kalau blk kg. kalau byk hri blk mmg terpaksa la jga mndobimlebih selesa mndobi di rumah sndiri..
hahaha tak tau la nape kan..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

SELAMAT HARI RAYA Nad....meriah raya yer...

Sweetmama berkata...

mood berblog k.eija ni mmg merudum je..huhu.

cerita raya kami pun biasa2 je nad..

ch@ berkata...

kita paling suka bila part gmbr fmly di blog kakNad ni. mcm2 keletah yg kelakar. bila tgk pun tersengih-sengih, mood ceria.

syawalsimpsons berkata...

papaZN muka tak boleh tahan je kan..hahahhahah...best2 semua sporting n happening

Fiza Rahman berkata...

Meriahnya. Seronok tgk.

Aty_Fared berkata...

part anak delete gambar tu.. samaaaaa..!!!! memang geram kan.. aty kat hp tah mana2 gambar yang tinggal.. kat camera gabak ni die tak pandai godek lagi...ngee...

attyfir berkata...

Selamat hariraya nad.
byk jgk jln beraya tu .

eB berkata...

wah.... english... mak x reti.... ho3... how?... how?... how?...
so gedixs kan? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...