18 Ogos 2014

Beraya Dengan Kawan Yang Dah Lamaaaaa Tak Berjumpa :)

selagi masih bulan syawal
selagi tu la citer pasal raya tak abes
semua pun nak abadikan kat sini :P

syawal kali ni sangat-sangat bermakna
sebab hari raya kali ni mamaZN berkesempatan beraya dengan kawan-kawan yang memang cukup lama dah tak berjumpa..

masa raya ke-2 aritu
mamaZN dapat jemputan open house
oleh kawan yang dah sangat lama mamaZN tak jumpa
kawan masa sekolah convent kenal sejak form 1
masa form 4 masing-masing masuk skolah lain
last jumpa masa raya tahun 2007
makkk aih! dekat 7 tahun gak tak bersua!

segan nak terjah open house ni
sebab dibuat khas utk famili & saudara mara
kita plak dtg sebagai kawan je kan
tapi disebabkan rasa membuak nakkkkk sangat jumpa
acik redah je la hehe
lagipun dah dapat jemputan kan :)

seronok sangat!
macam-macam kitorg sembang
tq kat husband memasing sbb kasi chance kat kitorg hehe
makanan pun sedap-sedap
tapi segan nak makan banyak, haha! :P

tq azila! moga 1 hari nanti kita jumpa lagi :)

*****

raya ke-3
on the way balik klang dari teluk intan
kami pi beraya kat sabak bernam
time ni ada jugak kami beraya dengan kawan yang dah lama tak bersua
kebetulan rumah famili dorg berdekatan dengan rumah saudara papaZN
memang amik kesempatan la ;) 

kawan kami ni pulak kawan masa sekolah kat taiping
dorg ni cam kitorg gak la, hehe
husband & wife sebaya & sama-sama 1 sekolah :)

last kitorg berjumpa masa zakwan umo 4 bulan!
lebih kurang 6 tahun tak berjumpa!
serius sangat lama
masa tu memasing ada sorang anak
sekarang kawan tu dah ada 3 puteri :)

tq matlan & fiza
in shaa Allah, andai ada kesempatan & rezki
kita jumpa lagi kan? ;)

time raya ni je la kadang tu berkesempatan nak jumpa kawan lama
kadang tu memang dapat jumpa masa raya je pun, hehe
almaklum, masing-masing ada komitmen dgn famili & kerja kan...
tu yang bila dah jumpa, memang bleh gamat dibuatnya :)

15 comments:

suhailah hamid berkata...

itulah indahnya ukhuwah kan mamaZN...ceria je semua gmbr mamaZN :)

salwana nordin @ che'wa berkata...

seronoknya nad..

dpt jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa mmg mengusik jiwa kan :)

MizzTina berkata...

bestnya..raya thn ni, sy sempat beraya umah kwn sy seketul umah je.. sedeyyy

Chekgu Azrine berkata...

Saat yg pling best ialah jmpa kawan2 lama..kan

syawalsimpsons berkata...

seronok jumpe kengkawan lama kan

Tihara berkata...

seronok kan dapat jumpa kawan-kawan lama ni :)

kayyana berkata...

bercinta satu skolah ke kak nad? eheheh.. sweetnyer... btul kak.. time raya la bru kite berpeluang ziarah kawan kawan lama.. saudara mara lama... klu tak masing masing dengan urusan masing masing kan..

Fiza Rahman berkata...

Bestnya dpt jumpa kawan lama.

lia berkata...

best nyer dpt jumpa kawan lama...

Iela Fazielah berkata...

seronok jumpa kwn2 lama kan...akak pun lama xjumpa dorang

eima berkata...

wahh semangat nyali tu ... ketara sgt bila nad dukung die tu

Ida Puanstoberi berkata...

Hye Dear...,

Sabtu ni akak dah full prog.. dari pagi sampai malam. Huhu.. next time oke :)

fazilzura berkata...

syokkan jmp kwn2 lamaaaa

Nory Zoulkefle berkata...

syokkan dapat jmpa balik kawan2 lama...

LYAfrina berkata...

Alhamdulillah.. bestkan leh jumpa kwn y dh lma x jumpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...