10 Jun 2014

Selamat Berangkat Demi Menuntut Ilmu

sebaknya nak bercerita :(

khamis lepas
selamat la sudah anak buah papaZN berangkat ke Yaman
di usia muda (15thn)
beliau meninggalkan tanah air
membawa harapan keluarga dan diri
demi perjuangan dalam menuntut ilmu

sedih, sebab kami tak dapat nak hantar ke airport
dalam keadaan zakwan yang belum sembuh 100% ni
memang takkk la dapat ke mana-mana
dan papaZN kena kerja - takleh nak amik cuti
huhu! redha... -___-

dari kejauhan, kami mendoakan
moga selamat dan sehat sentiasa
moga beliau cepat sesuaikan diri
moga dipermudahkan urusan pengajian
moga sentiasa dilindungi Allah hendakNya

bersabar la dalam menuntut ilmu
memang akan banyak ranjau dan cabaran yg terpaksa ditempuhi
nak-nak bila berada di negara orang
moga terus cekal demi mencapai kejayaan

selamat berjuang & jaga diri baik-baik...
:(((

in shaa Allah
dalam masa zakwan umo 11-16 tahun
dan nayli umo antara 8-13tahun
baru dapat berjumpa semula kot dengan abang sepupu dorang ni
in shaa Allah, andai umur masih panjang...

doakan yang baik-baik saja...

p/s: tahniah pada ibu dan ayah (kakak & abg ipar papaZN) kerana berjaya mendidik anak mereka hingga ke tahap ini. moga terus diberkati Allah...

*sepupu zakwannayli berbaju merah, 2 tahun yg lepas* ni je gmbar yg ada complete semua sepupu sepapat belah papaZN

p/s: apa nak jadi la ni, mood dah sampai ke laut dalam! stress!

8 comments:

eima berkata...

ni mesti sekolah tahfiz ni kan .. dah lulus hafaz Quran mesti dpt pi sana .... tahniah
jgn sedih² nad .. anak buah tu insan terpilih dpt mendalami ilmu agama tu .. inshaaAllah balik nanti boleh jd ustaz² cam kazim Elias dll

mummy_ayu berkata...

alhamdulillah..mesti ibu & ayah dia bangga sgt...
semoga berjaya di perantauan tu..

babYpose berkata...

Alhamdulillah, rasa sedih juga dan bangga dalam usia muda berjaya ke luar negara menuntut ilmu, tahmiah kepada ibu bapanya jugak. teringin nak tau bagaimana mulanya perjalanan beliau hingga ketahap ini..

Falsya berkata...

Tetibe terikut skali sedih..

Semoga sukses!!!..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Menuntut ilmu itu juga satu jihad Nad.. semoga dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu anak buah Nad tu.. :)

QasehnyaRania berkata...

Ya Allah tumpang bangga jap. semoga dipermudahkan hendakNya aamiin
muda2 dh merantau ke negara luar..

Chekgu Azrine berkata...

Alhamdulillah..tahniah.supaya jadi tahfiz yang berjaya dan disegani..

SyaNa berkata...

alhamdulillah sejuk perot mak nye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...