16 Mei 2014

JJCM | Makan Western Food @ Restoran D'Mesra, Klang

aritu lepas beriadah kat setia city park
zakwan ajak makan kat kedai
pandai zakwan ni, pujukan dia memang buat makpak cair
tu sebab kitorg kengkadang tu kena kuat semangat! haha!

okeh, sambung...
mamaZN teringin nak makan kat restoran D'Mesra ni
lokasi kat jalan batu belah, kapar, klang
ada baca kat blog mana tah
kata servis bagus & makanannya sedap
dulu pernah singgah, tapi tak jadi makan
sebab ramai sangat time tu
kali ni dapat la nak merasa

memula ingat nak makan hidang
order nasi n lauk pelbagai
sekali papaZN nak makan western plak
aihhh mana bleh jadi!
kami pun nak order western food jugak, hehe

mamaZN order grilled chicken chop
papaZN order lamb chop
zakwannayli share fish & chips

rasanya,
sape yg order goreng-goreng dan nasi lauk hidang baru bleh dapat cepat kot
sebab kami order western food, dekat 45 minit menunggu tu!
orang lain yg dtg kemudian dari kami
dah abes makan dah pun
kami baru dapat makanan kami
lepas ni nak try makan nasi lauk hidang gak la

makanan kitorg ok, harga pun not bad
memang bleh order lagi lenkali
tapi sebab lambat tu rasa cam tak syok sket la
takpe, dimaafkan
pasni nak try order lain plak
pastu nak check masa gak
hehe

ni la dia bila dah letak benchmark pada 1 tahap
sebab kedai *** (bukan nama sebenar)
baru order 5 minit dah sampai dah makanan!
hebat kan? ;)

psst.. takde yg puasa kan arini?
nak tunjuk gambo makanan ni, hehe


15 comments:

idzwa kamaruddin berkata...

aaa..saje je tauuu buat kiter laparrr...huwaaa nak jugakkk

lia berkata...

lamb chop papaZN tu... aishhhh meleleh air liur tengok...

eima berkata...

wahh klu lmbt tu yg bikin pns...tp nampak sedap

Myra Jay berkata...

Pergghh penat jugak tu nak menunggu smpai 45min, tp kalau sedap + harga ok, berbaloi la menunggu pun kan :D

salwana nordin @ che'wa berkata...

lamanya menunggu :)

tp nampak sedap tu..harap2 berbaloi ye..

Falsya berkata...

Mak aiiii..45minit???..lamanyeeeee..

Nafisa81 berkata...

Pernah tunggu makanan lebih sejam. ..anak anak dah tido kat meja ....suh bungkus je

el berkata...

mak oi nak dekat sejam tu..uols boleh sabar menunggu yea..lau anak2 el dah bising ma..mana makanan ni nape lmbt sgt huhuhu...tambah2 mama diorg ni lagilah mn leh tunggu lama2..haru blah cam tu je huhuhu
tp tgk portion western tu besar

QasehnyaRania berkata...

lama nya kak nunggu.
panas punkoq dh kalau saya. hikhik

Sue-Rya Qistina berkata...

fuhhh..mmg jenuhlah nak menunggu selama 45min tu! kalau kami dah angkat kaki dah, mana dgn anak2 mmg x bole r tunggu lama2. maybe sbb ramai org kot, or tukang masak sorg je..

Sweetmama berkata...

service kalau slow mmg spoil jgk kita dibuatnya, tp sib baik sedap kan..

dalila berkata...

alahaiii makanan..
xleh nk tgk lebih2 skang ni..
kang xpasal2 kene pegi klang..adoyaiii..

Fiza Rahman berkata...

Pujukan anak2 memang boleh cair dibuatnya nad.

jauhar nawi berkata...

Assalamualaikum...
Mula2 skali sy nk ucapkan terima kasih sebab sudi menjamu selera di kedai kami..
Saya memohon kemaafan sekiranya anda tidak brpuashati dengan servis di kedai kami..
Saya memberanikan diri utk tampil memberikan penjelasan..
Skali lg sy memohon maaf..
Mgkin berlaku pertindihan oder sewaktu ader anda sampai..
Dapur western kami tidak dapat menampung oder yg bnyak..ats fktor itu lah kelewatan mgkin brlaku..
Saya berharap anda dapat memaafkan pihak kami...tq

Tanpa Nama berkata...

depan rumah jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...