05 Mei 2014

Alhamdulillah, Selesai Sudaaa... :)

assalamualaikum, selamat pagi :)

alhamdulillah
selesai sudah majlis yang dah dirancang sejak akhir tahun lepas
fuhhhhh!
selagi tak selesai, selagi tu la asek dok terpikir, haha!
bila dah selesai, baru rasa tenang semula bajet cam orang penting jek kan, kikiki...
alhamdulillah, cuaca pun elok
majlis pun berjalan lancar
#feeling blessed

sabtu lepas (3 mei 2014) berlangsungnya majlis kenduri kesyukuran keluarga belah papaZN
sempena adik papaZN yang dah sehat selepas alami kemalangan setahun yang lepas
sempena anak buah papaZN yang akan berangkat ke Yaman utk sambung pelajaran
dan jugakkk.....
sempena zakwan nak berkhatan time cuti sekolah nanti..! :D
#feelingexcited

sebab kenduri ni jugak la mamaZN bz siapkan door gifts minggu lepas :)
kena siapkannnnn... menda penting kot tu!
kang tak siap, cemana nak kasi pada tetamu kan?
memanggg pengalaman sungguh! kalah nak buat majlis kawen! :)

memang macam kenduri kawen punnn
2 ekor lembu tumbang! =P
terkejut gak la kan bila bapak papaZN bagitau
bayangkan la tetamunya ramai mana plak
cemana laaa kalu kenduri kawen betul-betul
mesti lagi meriah!

jumaat malam tu kami sampai kampung dalam kul 11
terus bekerja siapkan doof gifts sampai la ke pukul 3.30pg
dah selesai, baru nak lelap - kerja masak-masak plak dah mula
tak sampai hati kot nak lelap kejap
walhal orang lain dah sebuk buat kerja
makanya tak tido langsung la kami aritu, huhu
tapi takpe, bukan setiap hari kan? malam tu je pun
mamaZN tolong potong2 cili & nenas je pun utk buat jelatah, haha!
bab memasak mamaZN surrender!
biar yg expert je buat
kang lagi makan masa plak nak siap kalau amatur cam mamaZN yang take over hehe
lagipun nayli wat perangai! asek nak berkepit je, huhu...
nak gi bilik air pun xleh
apa daaa ;)

paginya, seawal 9 pagi majlis dah bermula dengan marhaban oleh kawan-kawan mak papaZN
pastu jam 11 plak majlis tahlil - buat kat bawah khemah je
selesai tahlil, sesi makan-makan pun bermula
yang bestnya, time tetamu menjamu selera
ada kumpulan maulid oleh kawan-kawan anak buah papaZN yang sekolah tahfiz
seronok la dapat tgk live!
ala-ala tgk program malam cinta rasul :)
1st time jugak kot kat dalam kampung tu ada kumpulan maulid dalam majlis
so, ramai yang excited

tetamu mula beransur kurang bila jam 1.30-2ptg

ex-jiran kami masa kat bsp pun ada dtg
rasa terharu sangat sbb dorg dtg dr jauh
semata-mata nak penuhi jemputan
atoknenekZN pun sampai lambat sebab ada kenduri lain hari yg sama
tertunggu-tunggu la si anak bujang tu
setiap jam suruh telefon atokZN tanya kenapa lambat sampai, huhu!

3 mei tu jugak sepupu mamaZN bertunang
sedih tak dapat datang sbb clash dgn kenduri yang ni
xpela, aunty wawa ada pegi
dapat tgk gambar pun jadik la :)

21 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

alhamdulillah.. dah setel. cepatnya zakwan nak sunat. hadif penakut. sebut sunat pon dah meraung huhuh

~aSHa~ berkata...

alhamdulillah selesai...

k.sha pun nak buat majlis kesyukuran gak ni....utk bakal baby...akikah dan cukur jambul...beserta sambut menantu...

eima berkata...

tahniah ....akhirnye berjaya hasil penat lelah Nad kan ...


zakwan nk bersunat dah ... cepatnye... fahim aku tak rancang pun lg ..lmbt lagi kot 3-4 thn lg kot ....

pas ni zakwan kire dah matang la tak leh nk bogel2

Falsya berkata...

Alhamdulillah syukur..

Boleh lunjur kaki dh nad pasnie..heheh

lieyalatif berkata...

2 ekor lembu nad?!! uihh mmg besar-besaran tu ...dah mcm nak terima menantu hah heheeheh...alhamdulillah...rezeki yg ade di kongsi bersama...moga berkat majlis keluarga nad yeak....

Rai Ourkizuna berkata...

wah!! meriah..sampai dua ekor lembu tumbang ya.. alhamdulillah majlis berjalan lancar...

*∽ IZAN ∽* berkata...

Alhamdulillah Nad dah selesaiiiii.... penat2 pun berbaloi. memang meriahhh .. maklum la banyak event yg diraiikannnn hihi

Nafisa81 berkata...

Eh awalnya zakwan nak khatan...

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Wahhhh..meriah..meriah..meriah..bgsnya zakwan dh nk sunat ye..^_^

Chekgu Azrine berkata...

Alhamdulillah

idzwa kamaruddin berkata...

alhamdulillah seronok nyer..

Mar Mansor berkata...

legakan bila majlis yang diatur dah selesai dengan jayanya..alhamdulillah..

Eliss Mie berkata...

nampak meriah yer. my nayla punya akikah tak buat2 lagi. tggu raya haji. x sabar pulak nak buat door gift gak.

Sweetmama berkata...

wah meriah..

dah nak sunat dh zakwan, dh jd abg besar la lepas ni..

Adlin Mohamad berkata...

dah nak sunat dah dia ..bujang dah hehehe ..majlis meriah kan lagi2 kat kpg

dalila berkata...

waahhh..zakwan dh nk berkhatan..cptnye..hihi..

Fiza Rahman berkata...

Alhamdulillah. Majlis berjalan dgn lancar.

el berkata...

gud boy lah zakwan
nak gak dia bersunat
ritu sj lah melawak ngan danish
nak sunatkan dia taun lepas
ngis2 takmau
tp bila ckp..ok nti mama beli satu bakul soldier ngan gozila ok x..terus hari2 tya..mama bila nak sunat hahahaha
semoga dipermudahkan urusan zakwan nti ea

QasehnyaRania berkata...

alhandulillah, selesai sudah.lega kan :)
meriah ni 2 ekor lembu tumbang..

mmm, kalau x salah mcm pernah bc la kisah yg adik papazn xcident tu.bc kat blog iman. betul tak mamazn?

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

alhamdulillah..majlis berjln lancar..

mmg meriah tu nad..2 ekor lembu tumbang ha...

best kn dpt berkumpul family ramai2 gini...

neway slmt berkhatan ye zakwan..semoga semuanya dipermudahkan..

mamaarifakeem berkata...

Alhamdulillah, majlis brjln lancar, meriah tuu... :-)
Akak pun tk sempat cerita lg majlis 3 mei kt pontian ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...