18 Mac 2014

Mengubat Hati Duka Kerna Tak Dapat Berpiknik | PapaZN Tidur Luar Rumah? =p

Perancangan minggu lepas, nak pegi piknik ari Sabtu aritu
Konon-kononnya nak pasang khemah
Baru la ada tempat nak santai-santai nanti
 Kemain lagi, siap SMS AtokZN mintak tolong bawakkan khemah dari kampung
Semangat dah ni nak bawak ZakwanNayli pi menikmati keindahan alam
Tapi Allah yang tentukan segalanya... 
Keadaan cuaca tak mengizinkan - jerebu
Jadiknya plan nak berpiknik tu terpaksa la ditunda ke minggu akan datang
Taktau la lagi bila pulak nak peginya
Bergantung pada keadaan...

Dalam pada tak dapat nak berpiknik di tepian pantai
 Bagi mengubat hatinya yang duka
Ada orang tu (ehem, ehem... =p) buat aktiviti sendiri
Dia senyap-senyap pi pasang khemah kat luar rumah
Patut la dia parked kereta kat luar pagar
Ada agenda rupanya, haha!


Gigih wooo, siap berpeluh bagai, hahahah!


 Cuba tengok tu, kasut boot pemberian AtokZN jadi mangsa utk pacak tiang
Kakakaka..! 
Papa, Papa... Ada je idea nya =p


Sementara PapaZN pasang khemah sengsorang tu
Si Zakwan ni pulak sebuk tengok kartun
Dah diajak soh tolong pun, dia bo layan
Idaknya dia nak layan apa yang apaknya tengah buat
Dia bukan suka nak bersusah payah gitu, kikiki...
Dia tau khemah dah siap jek nanti, haha!
Sejibik ikut perangai mak dia =p


Khusyuk tgk tv


Masa ni Nayli tengah tido
Kalu Nayli jaga memang Nayli la yang akan layan sesambil 'tolong' PapaZN
Kalu dia ada memang lambat la khemah nak siap, kikikiki...


Melayan perasaan sengsorang nampakkkkk... =p


Khemah yang PapaZN pasang ni memang special, haha!
Siap ada kipas & tilam angin beralaskan toto
Pastu dengan bantal lagi, perghhh!
Papa, sila tido luar la ye, haha!

Memang syok la PapaZN melayan perasaan kat dalam khemah tu, hehe
Nak-nak pulak petang Sabtu tu hujan lebat
Sejukkks je ;)

Bila citer kartun kegemaran Zakwan dah abes
Bila Nayli pun dah bangun tido
Baru la anak-anak ni pi temankan Papa diorang kat dalam khemah
Kemain lagi la seronok depa ni kluar masuk kluar masuk
Almaklum, tak pernah merasa dok dalam khemak kekdahnya, haha!
Nayli pun dah 'dapat habuan' akibat suka sangat kluar masuk
Tersilap langkah punya pasal, huhu!

 


Sabtu malam Ahad tu, PapaZN lepak kat dalam khemah
PapaZN cakap, kalu dia tertido kejutkan sebab dia nak tengok bola
Kul 1 suruh kejut kan? Sori la.....
MamaZN dah tengah syok diulit mimpi indah, haha!
Memang sampai ke subuh sepi'e la PapaZN tido kat luar - dalam khemah
Hahahaha!

Merasa jugak tido kat luar, ye Papa...
Siang tu MamaZN gurau ngan incik suami
'Pa, biar je khemah kat sini... takyah bukak balik
Kot kalu balik lambat, pastu tak bawak kunci
Ada dah tempat nak berteduh & tido'

Sekali gurauan menjadi kenyataan daaaaa
Pengalamannnnn
Kan Papa? ;)

14 comments:

Petak Bunga berkata...

mana aci khemah pasang kipas..ho..

mummy_ayu berkata...

seronoknya..rajin tul papa nya melayan..

mummy_ayu berkata...

seronoknya..rajin tul papa nya melayan..

Sue-Rya Qistina berkata...

hahaha..terbaiklah!
jadilah daripada xdpt lepaking langsung dlm khemah tu kan..hehe

syawalsimpsons berkata...

org duduk dalam khemah tidoq atas rumput lantai gak...tp ni mmg kena ngan siap kipas bgai..mmg layan la papaZN kat dalam tu ye...haahhah

lieyalatif berkata...

hahaah ye ke nad...mmg betul2 tdo luar kat kemah tu la yeak hahaahaha..adoi lawak2...tapi seb baik ade kipas....ni la name nye perkhemahan moden...siap ade kipas tilam bagai hahaahahahaah

lieya penah sekali jek berkemah mcm ni kat pantai....skrang kemah dah tersadai dah....

Falsya berkata...

Hahahahaa..kelakar..papaZN yg hover kat situ..siap kipas toto segala..ahahhaa..

Pssstttt, mmg betul2 terjd ke kunci terlupa nak bawak pastu berkemah kat luar..hik3.

Lynn Hamzah berkata...

hiihihih...seronok ler dapat tidur dalam khemah...

salwana nordin @ che'wa berkata...

kemain rajin papanya pasang khemah kt luar hhheeee..

tp mmg best kan sekali sekala duk layan luar rumah siap ada toto dan kipas tu :)

Zura@Iwan berkata...

hahaha..
mmg best psg khemah tido luar umah

kalau irfan ni..mmg dia syok la..

duk dlm khemah..haha...

el berkata...

hahahaha bestlah uols ni
siap berkemah lagi depan umah
kiut sgt taw
tiba2 nak pi cari kemah jugak ekeke

IDAYU ARIFFIN berkata...

alooo sweetnyeee akak :)

eima berkata...

ptt nad pun sama dok dlm tu br romantik .. hihih

mamaarifakeem berkata...

Hahaha.. adoi, jadi kerja sungguh apaknya... merasa juga bermalam dlm khemah ye... ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...