13 Mac 2014

Macam Ni Rupanya Rasa Melawat Anak Di Asrama.....

ZakwanNayli masih kecik lagi, belum sekolah pun
Apatah lagi sekolah asrama
Jadiknya taktau cemana perasaan seorang mak jenguk anak-anak yang dok jauh dari umah
Tau pun dari pembacaan entry kawan-kawan blog yang selalu lawat anak yang sekolah berasrama
Takpun tengok sendiri cemana AtokNenekZN dulu
Tapi time tu perasaan nya lain la
Sebab kita yang dilawatnya, hihi (means, MamaZN yang dok asrama)

Ahad lepas kami pi melawat anak sedara PapaZN
Kat Hulu Langat sana
Masa ni berpeluang la merasa
Seolah-olah nak pi melawat anak sendiri kat sekolah

Pagi-pagi dah bangun nak siap-siapkan bekalan makanan
Kot boleh makan sesama kat memana ke kan
Pastu check barang-barang yang dipesan
Takut kang tertinggal pulak, tak pasal-pasal kena beli lain
Memang terasa macam mak-mak yang ada anak sekolah asrama la
Masa tu la dok pikir nak belikan biskut tak utk kudapan?
Asyik cakap kat PapaZN jek, jom la singgah kedai beli biskut
PapaZN jawab, takyah... tanya dia dulu nanti, kalu dia nak tau la dia pilih nak biskut mana
Aah betul gak kan kot pilihan biskut yang kita beli tu tak dimakan ke kan
Elok tuan punya badan yang pi beli sendiri nanti, ikut citarasa dia
PapaZN rileks jek sedangkan tu anak sedara dia, haha!
MamaZN yang gelabah, haha!

Dalam kul 1.30 ptg, kami sampai kat sekolah nya
Senang je kot nak mencari walau baru 1st time lalu sana
Guna Google Maps jek, hihihi...

Seronok la pulak dengan suasana sekolah tu
Atas bukit, tenang, rasa nyaman pun ye sebab dok kat area kampung
Kampung pun, bukan sebarang kampung
Trafik heavy gak kat sini
Hulu Langat kan, selain penduduk ramai
Banyak gak tempat-tempat menarik utk dilawati kat area sini
Terutamanya tempat-tempat perkelahan


Sementara tunggu anak sedara, meh lepak sat kat pondok wakaf ni :)
Papa, awat terkepit? Haha! =p


Sesambil tu tengok-tengok sat sekeliling sekolah :)



Kalau nak diikutkan, rasa-rasanya dekat 4-5 bulan jugak kot
Kami tak jumpa dengan anak sedara PapaZN ni
Alhamdulillah, nampak sehat...
Seronok la kot kan dok 'ngaji' kat sekolah ni

Dah borak-borak kejap, kami bawak anak sedara PapaZN pi kedai sat
Beli barang sket
Pastu kami cari port nak makan tengah hari
Perut berkeroncong sebab dekat kul 3 baru nak lunch, haha!
Kami lepak kat tepi sungai, weeehuuuu!
Best sangat kot! Rasa macam nak terjun je dalam air sungai tu
Dah la cuaca pun tengah panas-panas ni kan, hihi...


Amboi, lapo bebeno ni... Kikikiki =p



Dah lepas waktu tido Nayli, tu yang tak terjaga time ni, huhu


Ini la anak sedara PapaZN :)
Rancak bersembang. Kalu sebelum ni lebih senyap je dia, hehe


Owh, hari tu MamaZN sempat masak bihun goreng
PapaZN tolong masakkan nasi impit ngan rendang
Pastu otw, beli plak kuih n pisang goreng
Ok la kot kan, hehe...
Seronok bersembang je, makan pun dah tak lalu :)


Jeles!


Pasni kalu diizinkan datang melawat lagi
Nak ajak PapaZN pi berkelah plak la kat memana, hehe
Syok sket kan :)
Sambil menyelam sambil minum air gitewww =p

Tak dapat nak bayangkan la kalu melawat anak sendiri kat asrama, huhu
Ni baru anak sedara je pun dah terasa sebak masa nak tinggalkan
Kalu ZakwanNayli mau maknya teresak-esak kot setiap kali pi melawat, hukhuk
Nak buat camno, hati mak macam tisu, huhu! =/


9 comments:

Chekgu Azrine berkata...

Sek agama erk..bertutup litup..alhamdulillah.

Petak Bunga berkata...

sekolah asrama mostly kat tempat2 baru..sejuk je kan nampaknya..senang budak2 nak terima ilmu..& jauh dr shopping complex.
mesti masa nak tinggal anak rasa sayu sgt kan..?

:: idzwa :: berkata...

huwaa..tak nak antar anak kat asrama bleh???nanti nangissss jugak...

Zura@Iwan berkata...

tk dpt bygkan lg kn nad..
nnti dia sek biasa pon rasa mcm sebak kan..inikan pula duk asrama berjauhan..huhu..

lizz berkata...

tak tau la acaner anak kiter nanti..sedih tu memang dah tentu...kalo saya memang nangis berlinangan jerla...adik abang tak pernah lagi berpisah kalo pi outstation pun nagis tak tau nak tnggal lelame...
hehari la maknyer gi melawat diasrama....hehe

amboi kemain banyak makanan tu...seronok tau sekali...cantik tempat ni berkelah kat tepi sungai memang syokkan...

Eliss Mie berkata...

sejuk perut ibu mengandung tengok anak2 macam ni :)

lia berkata...

owhhhh nasi impit + rendang... dapnyer...

kita dulu, tiap kali mak&ayah mai..mesti ada sambal sotong... makanan fav kita katanyer... happening sgt... biler mak nak balik, mula la cebik nak meraung ha3

syawalsimpsons berkata...

wah seronok dapat melawat..sue merasa jadi anak sedara papaZN tu..

Mysterious Mel berkata...

Salam. Seronok baca entry ni. Teringat time2 saya melawat anak kat asrama. Kalau sudi singgah blog saya Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Kosong?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...